6 Kesilapan Tidur Yang Dibuat Ibu Bapa Dan Cara Mengelakkannya



6 kesilapan tidur yang dibuat ibu bapa dan cara mengelakkannyaBayi tidur nyenyak6 kesilapan tidur yang dibuat ibu bapa dan cara mengelakkannya

Menyuruh anak masuk tidur dan terus tidur, adalah salah satu cabaran terbesar bagi kebanyakan ibu bapa baru. Mujurlah, kami boleh membantu anda mengelakkan kesilapan tidur yang paling biasa dan menambahkan peluang anda untuk mendapat rehat malam yang baik.Kesilapan 1: Membiarkan anak anda tidur terlalu lewatS etelah bekerja sepanjang hari, anda memang mahukan bayi atau anak kecil anda berjaga supaya anda dapat meluangkan lebih masa dengannya. Atau mungkin anda berharap dia akan menjadi begitu letih, lambat laun dia akan tertidur.

Apa pun alasannya, bukanlah satu idea yang baik untuk membiarkan anak anda berjaga. Apabila bayi dan anak kecil menjadi letih, lebih susah untuk mereka tidur dan terus tidur. Mereka cenderung untuk bangun lebih awal jika tidur lambat daripada jika mereka masuk tidur pada waktu yang lebih munasabah.

Adalah lebih baik untuk menetapkan rutin tidur dan mengikutinya. Jangan tunggu sehingga anak anda menguap dan menggosok-gosok matanya sebelum menidurkannya. Tidur tambahan 15 hingga 20 minit boleh mendatangkan kesan yang baik.

Kesilapan 2: Bergantung kepada pergerakanPernahkah anda menarik nafas lega setelah bayi anda tertidur di kerusi kereta atau dalam buaian sarung? Meskipun ini memberikan anda rehat yang diperlukan, jangan terperangkap sehingga bayi bergantung kepada pergerakan sebelum dapat tidur. Adalah tidak praktikal untuk membawa bayi anda bersiar-siar dalam kereta setiap malam. Dia juga tidak akan mendapatkan tidur nyenyak yang menyegarkan yang diperlukannya.

Adalah okey untuk menggunakan pergerakan untuk menenangkan bayi anda jika dia terganggu atau merungut. Cuma jangan jadikan ini sebahagian rutin waktu tidurnya yang biasa.

Kesilapan 3: Terlalu terangsangAnda mungkin meletakkan mainan bergantung di katil bayi anda untuk menenangkannya. Namun, mainan berputar, bunyi-bunyian dan cahaya-cahaya boleh menjadi gangguan. Jika mereka asyik memerhatikannya, ia boleh membuat bayi berjaga dan mereka tidak akan mengerti bila tiba masanya untuk tidur malam.

Adalah lebih baik untuk meletakkan bayi anda tidur di dalam bilik yang betul-betul gelap. Jangan bimbang yang dia akan takut. Dia terlalu muda untuk mengerti perasaan ketakutan di waktu malam. Kipas atau album jenis white noise juga boleh membantu, sebab ia boleh menenggelamkan bunyi-bunyi lain dari seluruh rumah atau di luar.

Apabila anak anda lebih tua, cahaya malam yang lembut boleh menenangkan sebarang ketakutan dia. Jangan biarkan dia menonton televisyen sebelum tidur. Tertidur semasa menonton DVD kegemarannya bermakna dia mungkin akan kehilangan tidur untuk selama setengah jam yang penting baginya. Ini boleh menjejaskan ketenteraman dan perangainya pada keesokan hari, yang anda tentu tak mahukan!

Kesilapan 4: Tidak mematuhi rutin waktu tidurKetika anak anda bayi, anda mungkin merasakan bahawa rutin yang terdiri daripada mandi, buku cerita dan lagu ninabobok tidak lagi diperlukan. Apabila anak anda meningkat usia, anda mungkin merasakan yang dia terlalu tua untuk rutin tidur. Atau mungkin anda berasa terlalu bosan untuk meneruskannya.

Tetapi mempunyai satu siri aktiviti-aktiviti sebelum tidur yang menenang serta menyenangkan adalah penting, sebab ia menyediakan anak anda untuk tidur. Orang dewasa juga mendapat manfaat daripada mengadakan beberapa rutin untuk mententeramkan diri setiap malam. Anda tidak boleh mengharapkan anak anda untuk terus tidur jika hari yang dilaluinya sebelum itu adalah sibuk. Sudah tentu dia tidak akan mendapatkan tidur yang diperlukan.

Anda boleh membuat apa-apa rutin yang anda suka untuk anak anda. Hanya pastikan ia adalah satu siri langkah-langkah yang menyamankan yang berlaku dalam susunan yang sama pada masa yang sama setiap malam. Bacalah panduan kami tentang tabiat tidur yang baik mengikut usia.

Kesilapan 5: Tidak konsistenBeberapa kali seminggu, apabila dia tidak mahu berenggang dengan anda, memang lebih senang untuk membawakan anak kecil anda ke katil anda dan menunggu sehingga dia tertidur. Atau mungkin anda meletakkan anak prasekolah anda di dalam biliknya tetapi membenarkan dia naik ke katil untuk bersama anda pada waktu malam. Tanpa disedari, katil pasangan suami-isteri menjadi katil keluarga.

Anak anda tidak akan memahami mengapa kadangkala anda membawanya ke katilnya sendiri tetapi di masa lain anda membiarkannya di katil anda. Dia akan terus mengamuk sehingga anda membiarkan dia bermalam dengan anda, setiap malam.

Jika anda mendapati diri anda dalam situasi ini, undurkan anak anda dari katil anda secara perlahan-lahan. Duduklah di sebelah katilnya semasa dia nak tidur. Kemudian, selepas beberapa malam duduklah di muka pintu, sebelum meninggalkan bilik terus. Terangkan kepadanya bahawa apabila tiba masanya untuk tidur, dia mesti tidur di tempat tidurnya sendiri. Bertegaslah secara berlembut dan anda akan dapat mengubah keadaan.

Kesilapan 6: Berpindah ke katil besar terlalu awalJika anda mengalihkan anak anda dari kot bayi ke katil terlalu awal, anda mungkin mendapati yang dia suka merayau di sekitar rumah pada awal pagi. Sebelum usia tiga tahun, anak anda tidak mempunyai pemahaman atau kawalan diri untuk tetap tinggal di sekitar sempadan katil yang kurang nyata baginya.


Jalan terbaik ialah dengan mengenakan tempoh percubaan baginya di katil besar. Jika selepas seminggu ini tidak mendatangkan hasil, maka tidak salah bagi mengembalikan dia ke kot. Cuba pindahkannya semula ke katil setelah beberapa bulan berlalu. Cuma ingat bahawa tiada kanak-kanak yang bersekolah yang masih tidur di kot, dan anak anda pun akan begitu juga. Cuba relaks saja tentang hal ini.


rePublish Update Berita Malaysia6 kesilapan tidur yang dibuat ibu bapa dan cara mengelakkannya Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/08/6-kesilapan-tidur-yang-dibuat-ibu-bapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Bercerai Lalu Dibesarkan Datuk Nenek Gadis Kecil Berdikari Menjual Ayam Goreng Demi Meringankan Beban Keluarga

Ibu Bapa Bercerai Lalu Dibesarkan Datuk Nenek Gadis Kecil Berdikari Menjual Ayam Goreng Demi Meringankan Beban Keluarga

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 321 hits
Kehidupan normal zaman kanak kanak seharusnya penuh riang bahagia dan gembira tetapi bagi anak anak dari keluarga miskin mereka perlu mula berjuang seawal usia muda Seorang kanak kanak perempuan berusia 9 tahun bernama Bier di Thailand menj...
Polis Lapor Kes Penderaan Anak Ke Atas Ibu Bapa Meningkat Semasa Pkp

Polis Lapor Kes Penderaan Anak Ke Atas Ibu Bapa Meningkat Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 319 hits
Sering kita dengar bahawa kes penderaan kebanyakannya berlaku sesama isteri dan suami atau anak didera oleh ibu bapa Namun apa yang terjadi semasa Perintah Kawalan Pergerakan adalah sebaliknya iaitu peningkatan kes penderaan ke atas ibu bap...
Kerajaan Akan Memperkenalkan Modul Untuk Bantu Ibu Bapa Didik Dan Awasi Penggunaan Gajet Elektronik Anak

Kerajaan Akan Memperkenalkan Modul Untuk Bantu Ibu Bapa Didik Dan Awasi Penggunaan Gajet Elektronik Anak

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 327 hits
Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini merancang untuk memperkenalkan sebuah modul khas dalam usaha untuk membantu ibu bapa mendidik dan awasi penggunaan gajet elektronik anak anak Modul ini akan dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia ...
Istighfar Seorang Anak Mengangkat Darjat Ibu Bapa Di Syurga

Istighfar Seorang Anak Mengangkat Darjat Ibu Bapa Di Syurga

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 1954 hits
Istighfar adalah amalan ringkas dengan ganjaran yang cukup besar Telah banyak kelebihan yang diceritakan berkenaan amalan beristighfar dalam Islam antaranya dimakbulkan doa dan permintaan dihilangkan kesedihan serta diberikan jalan keluar d...
Nak Anak Hafal Al Quran Sejak Kecil Ini Cara Ibu Ayah Boleh Mula Dari Bayi Lagi

Nak Anak Hafal Al Quran Sejak Kecil Ini Cara Ibu Ayah Boleh Mula Dari Bayi Lagi

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 412 hits
Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan Sejuk perut bila melihat an...
10 Wajah Anak Selebriti Sebijik Ikut Muka Ibu Bapa Mereka

10 Wajah Anak Selebriti Sebijik Ikut Muka Ibu Bapa Mereka

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 296 hits
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi memanglah wajah anak sama ada akan iras ibu atau ayah bukan Begitulah fungsi DNA Tapi kalau dah macam pelanduk dua serupa memang menakjubkan Lagi lagi apabila kita tengok rata anak selebriti pujaan...
Nampak Sangat Pergunakan Anak Untuk Buat Duit Ibu Bapa Paksa Anak Usia 3 Tahun Buat Mukbang Dikecam Netizen

Nampak Sangat Pergunakan Anak Untuk Buat Duit Ibu Bapa Paksa Anak Usia 3 Tahun Buat Mukbang Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 751 hits
Nampak sangat pergunakan anak untuk buat duit Ibu bapa paksa anak usia 3 tahun buat Mukbang dikecam netizenSepasang suami isteri di China dikecam teruk oleh netizen selepas dituduh mempergunakan anak perempuan mereka untuk membuat video mak...
Tips Menggembirakan Ibu Bapa

Tips Menggembirakan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 416 hits
TIPS MENGGEMBIRAKAN IBU BAPA1 Apabila ibu bapa bertanya jawab dengan baik Usah biarkan pertanyaan ibu bapa termasuklah di WhatsApp tidak berjawab Walaupun ibu bapa tidak beritahu anak anak percayalah mereka kecil hati 2 Gunakan ayat yang pe...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan