6 Jenis Kucing Yang Sesuai Dengan Personaliti Anda


Jika anda merancang untuk membela kucing tetapi tidak tahu bagaimana cara memilih kucing yang sesuai, di sini terdapat beberapa personaliti kucing yang mungkin berpadanan dengan apa yang anda inginkan.

Kucing (atau kucing-kucing) yang sesuai untuk anda akan membawa keceriaan, kemesraan dan tenaga positif pada seisi rumah anda.

Sebelum kita teruskan, anda harus ingat bahawa personaliti kucing tidak hanya bergantung pada jenis baka.

Seperti juga manusia, faktor-faktor lain seperti genetik, latar belakang peribadi, tahap keyakinan dan kepandaian akan mempengaruhi kelakuan seseekor kucing di rumah anda.

Terdapat banyak kucing liar dan tidak bertuan yang menjadi manja serta suka bermain sebaik sahaja dibiasakan berinteraksi dengan manusia, dan sebaik sahaja dimandulkan.

Kita disarankan membela kucing yang berada di pusat perlindungan haiwan dan bukan membelanjakan wang untuk membelinya.

1. Personaliti: Peramah


Cadangan baka: Maine Coon, American Shorthair, Burma, Bombay

Banyak kucing yang memiliki sifat ramah dan setia — mereka boleh bergaul dengan sesiapa sahaja; muda atau tua, dan bertoleransi dengan haiwan peliharaan lain samada anjing, ikan emas mahupun kucing lain.

Kucing dengan personaliti ramah biasanya berperwatakan lembut dan sesuai untuk semua jenis rumah.

Namun jika anda berkongsi tinggal di rumah sewa , mungkin akan ada rungutan-rungutan dari rakan serumah. Maka lebih eloklah jika anda tinggal di pangsapuri studio jika ingin memelihara kucing.

2. Personaliti: Lincah


Cadangan baka: Abyssinian, Bengal, Egyptian Mau, Siam

Jika anda memilih baka kucing yang lincah, ini bermakna anda bersedia untuk menjaga seekor kucing yang berkelakuan seperti anjing.

Kucing yang lincah sukakan rangsangan — mereka berlari, memanjat, melompat, berjalan-jalan dengan tali cawak dan belajar membuat aksi apabila disuruh.

Kanak-kanak dan orang dewasa menggemari kucing yang seperti ini kerana boleh diajak bermain dan sama-sama mempelajari aksi baru.

Sesetengah baka seperti Bengal lebih sesuai menjadi haiwan peliharaan tunggal.

Cuma ingat, fikir betul-betul sebelum mengambil kucing yang aktif seperti ini!

3. Personaliti: Lembut


Cadangan baka: Parsi, Birman, Chartreux, Manx

Walaupun kucing yang sudah biasa dengan manusia menjadi ramah atau aktif, ada juga yang masih berperwatakan lembut.

Kucing begini akan melarikan diri apabila suasana menjadi bising. Mereka tidak sesuai untuk isi rumah yang bingit dengan teriakan kanak-kanak dan jeritan orang dewasa.

Kucing bersifat lembut akan rapat dengan manusia yang menjaga mereka dengan hormat dan cermat, membalas budi dengan menyelit dan berkepit dengan anda di atas sofa untuk tidur.

4. Personaliti: Tenang


Cadangan baka: Russian Blue, British Shorthair, Selkirk Rex, Li Hua

Jika kucing berperwatakan lembut mudah terganggu dengan kekecohan, kucing yang tenang pula akan melihat kekecohan itu dari jauh.

Kali pertama anda membawa pulang kucing jenis ini ke rumah, usah harapkan apa-apa selain renungan kosong yang bermaksud, "Hei, saya belum kenal kamu, relakslah dulu okey?"

Setelah ia biasa dengan rumah anda, ia akan menjadi manja dan lembut. Jika anda berparti dengan rakan-rakan di rumah, ia mungkin mahu turut serta.

Jangan terkejut jika anda rasa sentiasa diekori, kerana ada seekor kucing yang ingin tahu setiap perkara yang anda lakukan di rumah.

5. Personaliti: Pemalu


Cadangan baka: Exotic Shorthair, Himalaya, Parsi, Korat

Kucing yang pemalu sesuai untuk rumah tanpa kanak-kanak atau bunyi bising. Pasangan warga emas, penghuni tunggal dan pasangan yang tidak bercadang untuk memiliki anak amat cocok untuk kucing jenis ini.

Sebaik sahaja kucing pemalu menyedari yang ia dijaga rapi secara eksklusif, ia akan menjadi mesra dan bermanja dengan anda, tidur di atas riba atau mahu didakap.

Baka kucing seperti kucing Korat pula akan 'menyuarakan' pujian buat anda apabila berpuas hati.

6. Personaliti: Nakal


Cadangan baka: Singapura, Bali, Scottish Fold, Cornish Rex

Kucing nakal bersifat ingin tahu dan peramah. Mereka juga bersifat penyayang dan mudah mesra dengan tuan mereka.

Mereka mahukan perhatian apabila anda tidak mengendahkan mereka; melompat ke riba anda ketika anda sedang bekerja, menonton TV atau tidur.

Apabila anda membersihkan kotak pasir atau mengelap lantai, mereka sentiasa mahu membantu (baca: menyibuk).

Jika anda tidak mahu kerap menukar tisu tandas dan kusyen sofa, pastikan mereka tak dapat bermain dengan barang-barang tersebut atau latih kucing anda untuk tidak menyentuhnya — tetapi ini memerlukan kesabaran dan kepintaran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Keunikan Dan Sejarah Kucing Siam7 Baka Kucing Paling Sukar Ditemui di Dunia
sumber: iP



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/09/jenis-kucing-yang-sesuai-dengan-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Personaliti Orang Yang Memiliki Darah Jenis O

Personaliti Orang Yang Memiliki Darah Jenis O

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 419 hits
13 Fakta Mengejutkan Mengenai Orang Berdarah OAda sesiapa yang tergolong insan berdarah O Jika ada pertahankanlah mereka Mereka adalah orang yang penting untuk dikenali seumur hidup Jika anda sendiri seorang yang bergolongan darah O berbang...
Lelaki Ditikam Kerana Air Minuman Kucing Bernama

Lelaki Ditikam Kerana Air Minuman Kucing Bernama

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 240 hits
Kuala Lumpur 4 Sept Gara gara terkena percikan air minuman kucing seorang lelaki warga Bangladesh maut ditikam di hadapan sebuah rumah di Petaling Jaya dekat sini malam tadi Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata man...
Mengapa Kucing Sering Tidak Menatap Apa Apa

Mengapa Kucing Sering Tidak Menatap Apa Apa

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 190 hits
Beberapa orang percaya bahawa jika kucing sering menatap tanpa melihat apa apa bererti dia sedang melihat hantu Namun faktanya kucing melakukan hal ini kerana akan bersiap siap untuk tidur Kucing menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk...
Pisang Nipah Sesuai Digoreng

Pisang Nipah Sesuai Digoreng

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 469 hits
Pisang nipah merupakan sejenis pisang yang agak terkenal di Malaysia di pelbagai nama seperti pisang abu pisang kebatu pisang batu pisang sepatu pisang cepatu pisang kepok pisang kapok dan beberapa nama lain Buah pisang nipah biasa dijadika...
Cadangan Tarikh Sesuai Trip Candat Sotong 2020

Cadangan Tarikh Sesuai Trip Candat Sotong 2020

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 1346 hits
Cadangan Tarikh Sesuai Trip Candat Sotong 2020 Jadual di atas adalah cadangan tarikh tarikh berdasarkan jadual pasang surut air laut Secara umumnya saya cuba membantu anda membuat perancangan awal Trip Candat Sotong sebelum membuat tempahan...
12 Lukisan Outline Postur Kucing Yang Nampak Aneh Tapi Real

12 Lukisan Outline Postur Kucing Yang Nampak Aneh Tapi Real

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 737 hits
Lucu ada comel pun ada itulah reaksi apabila meliat telatah si meow yang sentiasa mencuit hati Apalagi penggemar kucing di luar sana pasti senang dan terhibur sendiri melihat kelibat si comel ini beraksi Ada aksi tidur di tangga aksi mengua...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidup Setiap Orang Berbeza

Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat