6 Insentif Penjawat Awam Dan Pesara Diumum Perdana Menteri


6 INSENTIF PENJAWAT AWAM DAN PESARA DIUMUM PERDANA MENTERI
Ramai yang berteka-teki mengenai kenaikan gaji dan kenaikan elaun penjawat awam. Ia berikutan akan diadakan satu Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Ogos 2022 (Selasa) yang akan dihadiri Perdana Menteri. 
Akhirnya ia terjawab pada Selasa lalu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan enam insentif  buat penjawat awam di seluruh negara bermula Januari 2023.




6 INSENTIF PENJAWAT AWAM 
Pertama: Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.
Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini, membolehkan cuti tersebut disimpan bagi tujuan award wang tunai di masa persaraan sekaligus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak.

Kedua: Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah
berkhidmat melebihi 10 tahun.

Tambahan Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru bagi urusan-urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi.

Ketiga: Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CTR) urusan kematian ahli keluarga terdekat.

Jika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kematian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mertua, bapa kandung dan bapa mertua serta anak sahaja, penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kematian yang melibatkan adik-beradik, nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam.
Keempat: Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

Kerajaan bersetuju menambahbaik Kadar Tetap sebanyak tiga peratus semasa yang diterima oleh pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada suatu kadar baharu dan diseragamkan mengikut gred bagi semua klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Kelima: Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023.

Seramai 1.28 juta penjawat awam akan menerima manfaat ini dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

Keenam: Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.

Anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah akan menerima BKK berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

Beliau juga menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyegerakan kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan merangkumi saraan dan perkhidmatan agar relevan dengan keadaan semasa serta kemampuan kewangan kerajaan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2022/09/6-insentif-penjawat-awam-dan-pesara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Rm750 Pesara Rm350

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Rm750 Pesara Rm350

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 369 hits
satuberita myBy August 30 2022DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah Menurut Perdana Menteri bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen ...
Penjawat Awam Bocor Dokumen Penghakiman Boleh Dikenakan Tindakan Kata Menteri

Penjawat Awam Bocor Dokumen Penghakiman Boleh Dikenakan Tindakan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 217 hits
Penjawat awam bocor dokumen penghakiman boleh dikenakan tindakan kata menteri Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 Rm700 Untuk Penjawat Awam Rm350 Pesara Kerajaan Dibayar Januari 2023

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 Rm700 Untuk Penjawat Awam Rm350 Pesara Kerajaan Dibayar Januari 2023

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 340 hits
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 RM700 Untuk Penjawat Awam RM350 Pesara Kerajaan Dibayar Januari 2023 MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE 18 telah berlangsung 30 OGOS 2022 jam 10 00 PAGI Ianya berlangsung di PUTRAJAYA INTERNATIONAL C...
Berita Baik Untuk Penjawat Awam Diumum 30 Ogos Ini Pm

Berita Baik Untuk Penjawat Awam Diumum 30 Ogos Ini Pm

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 199 hits
PERDANA MENTERI AKAN UMUM BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM 30 OGOS INI PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 30 Ogos ini Nega...
Langsung Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke 18 30 Ogos 2022 Kakitangan Awam Menunggu Kenaikan Gaji

Langsung Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke 18 30 Ogos 2022 Kakitangan Awam Menunggu Kenaikan Gaji

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 194 hits
PM dikatakan akan mengumumkan hadiah kepada kakitangan awam seteah sekian lama tidak diberikankenaikan gaji Sepatutnya ianya disemak settiap 5 tahun sekali CUEPAC MINTA 2 KENAIKAN TKGELAUNG ITPCOLA KERAJAAN BAGI INI Pengumuman PM pada 30 8 ...
Mappa Xviii Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke 18

Mappa Xviii Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke 18

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 231 hits
LIVE 30 Ogos 2022 MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE 18 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam pada hari ini 30 Ogos 2022 Ramai...
Majoriti Ketua Bahagian Umno Desak Perdana Menteri Segerakan Pilihan Raya Umum Ke 15

Majoriti Ketua Bahagian Umno Desak Perdana Menteri Segerakan Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR Seramai 158 Ketua Bahagian UMNO yang hadir mesyuarat tergempar hari ini mendesak pilihan raya umum diadakan dengan kadar paling segera kata Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Jamal Yunos Katanya suara itu akan disampaikan kepada Per...
Siapa Calon Perdana Menteri Umno

Siapa Calon Perdana Menteri Umno

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 329 hits
Mohsin AbdullahJika Pakatan Harapan kembali memerintah negara pilihan mereka tetap Anwar Ibrahim untuk jawatan perdana menteri meskipun gabungan itu ada nama besar seperti Rafizi Ramli Nurul Izzah Anwar Mohamad Sabu Salahuddin Ayub Tidak lu...
Zahid Buat Kesalahan Sebagai Penjawat Awam Terima Wang Uksb Kata Pendakwa

Zahid Buat Kesalahan Sebagai Penjawat Awam Terima Wang Uksb Kata Pendakwa

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 218 hits
freemalaysiatoday com September 6 2022 1 30 PMTuduhan tuduhan utama terhadap Ahmad Zahid Hamidi dirangka bawah Akta SPRM manakala tuduhan alternatif bawah Kanun Keseksaan SHAH ALAM Pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap...
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami

Mcmc Sita Telefon Bimbit Amp Kad Sim Pemilik Akaun Fb Didakwa Sentuh Isu 3r

Fitnah Dan Tohmahan Bangkitkan Semangat Juang Datuk Nazrul

How Virtual Influencers Are Changing The Future Of Brand Marketing

Crescent Residence Banmai A Stunning Example Of Modern Architecture

Tb Among Penang S Top 5 Most Reported Infectious Diseases