6 Hotel Di Sekitar Kuala Lumpur Yang Sesuai Untuk Famili Staycation
6 Hotel di Sekitar Kuala Lumpur Yang Sesuai Untuk Famili StaycationAlangkah seronoknya kalau dapat melihat keriangan anak-anak ketika bercuti apatah lagi dapat bercuti di hotel yang selesa dan lengkap dengan fasiliti, tambahan pula terdapat kolam renang serta taman tema yang disediakan di hotel tersebut yang membuatkan anak-anak teruja dapat menghabiskan masa mereka bermain dengan puas ketika disana.
Pastinya ibubapa sedar bahawa pemilihan hotel amat penting ketika merancang untuk bercuti bersama family. Seperti TB sebelum ini pernah bercuti ke Melaka bersama family dan saudara mara, suami TB adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan urusan hotel. Kami pun memilih hotel yang betul-betul sesuai untuk kami dan anak-anak kami. Pastinya hotel yang menjadi pilihan adalah hotel yang mempunyai taman tema yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Setahun sudah berlalu, namun kenangan itu masih bermain di fikiran. TB tak pasti bilakah masa itu akan kembali...
Kalau diwaktu sekarang ni boleh pergi bercuti bersama famili, pastinya hotel yang kami pilih hotel yang mesra famili dan mesra kanak-kanak dan sudah semestinya yang mesra poket. Hotel yang TB maksudkan ialah hotel yang menyediakan kemudahan seperti kelab kanak-kanak, Wading Pool ( kolam buatan yang ketinggiannya hanya beberapa inci dan tidak dalam dimana kanak-kanak kecil boleh mandi didalam kolam tersebut dengan selamat ) .
Sekarang ni semakin banyak hotel yang menyediakan aktiviti dan peralatan tambahan yang menarik untuk kanak-kanak seperti gelongsor air, air pancut, Kids Playground, malah ada juga hotel yang membekalkan barang-barang seperti katil bayi dan peralatan mandian bayi juga macam-macam lagi..So, kena pandai memilih hotel yang betul-betul berbaloi untuk percutian kita.
PILIH HOTEL YANG BERBALOI UNTUK PERCUTIANKetika melancong atau bercuti, sudah semestinya penginapan di hotel adalah bahagian yang paling menarik dalam setiap percutian. Jadi jangan semberono sahaja pilih hotel untuk menginap ye! Hotel yang mesra famili adalah hotel terbaik untuk mommy dan daddy serta anak-anak.
Oh ya, kali ni TB nak share dengan semua pembaca tentang 6 Hotel Yang Sesuai Untuk Famili Yang Ada Anak Kecil supaya nanti senang mommy dan daddy nak pilih kalau ada merancang nak staycation dimana-mana hotel selepas masalah pandemik usai nanti.. Haaa... Sekiranya korang berada di Kuala Lumpur atau merancang untuk bercuti di Kuala Lumpur bersama anak-anak korang, adalah selamat untuk mengatakan bahawa mereka tidak akan bosan jika korang menempah penginapan di salah satu hotel mesra famili ini:
SUNWAY PYRAMID HOTELSunway Pyramid Hotel merupakan salah satu hotel tiga segi di Sunway City, yang menawarkan penginapan bertaraf 4 bintang di Kuala Lumpur di samping destinasi pilihan yang semuanya terhubung dengan lancar ke hotel. Ini termasuk pusat membeli-belah Sunway Pyramid dan taman tema Sunway Lagoon (Theme Park). Dengan kemudahan tambahan dan pelbagai tempat acara yang terletak dalam jarak berjalan kaki, Sunway Pyramid Hotel sangat sesuai untuk para tetamu yang melakukan perjalanan untuk urusan perniagaan atau bersantai
Terletak di Bandar Sunway kira-kira 25 minit dari Pusat Bandar KL, Sunway Pyramid Hotel ialah antara family hotel yang sangat bagus untuk dikunjungi setelah seharian bersantai di Sunway City atau Kuala Lumpur. Dengan kemudahan moden dan kemudahan yang lengkap, penginapan yang selesa adalah sebagai pelengkap yang sesuai untuk setiap perjalanan dan percutian
Di hotel ini pelbagai kemudahan ada disediakan dan TB sendiri tertarik untuk mencari peluang suatu hari nanti menginap di Hotel Sunway Pyramid ini, Selain mesra famili, ada theme park dan tempat shopping, bilik penginapan di hotel ini pun nampak sangat selesa dan cantik decorationnya.. Kalau lihat bahagian lobby nya pun dah woww sangat kan.. dengan lampu simbahan yang cantik gitu..
Inilah Family Room yang selalunya menjadi pilihan keluarga kerana sukakan gabungan daripada sebuah katil king dan 2 tingkat untuk anak-anak, dan akses mudah ke semua tempat menarik di sekitarnya.
Haa.. yang ni something yang orang paling suka, termasuk TB sendiri..
Menghabiskan bercuti bersama anak-anak adalah satu kemestian
Terkini mereka telah mempelbagaikan lagi aktiviti untuk para pengunjung dengan membuka tanah baru seluas 10 hektar di antara tanaman hijau dan bukit batu, yang terletak di Tanah Bertema Nickelodeon pertama di Asia. Asal-usulnya berasal dari peradaban yang hilang dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi yang subur dan utopia bagi semua orang yang suka menjelajah. Seronoknya kalau dapat menjelajahi kawasan fantasi hutan hujan ini yang dipenuhi dengan perjalanan air besar, jalan pejalan kaki, tempat rehat rekreasi, dan kaya dengan flora
Dengan 14 tunggangan baru, ia juga akan menampilkan top hit Nickelodeon termasuk SpongeBob SquarePants, Dora the Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles. Ikuti setiap langkah Wonder menjelajah di sepanjang air terjun untuk menemui Nickelodeon Lost Lagoon. Sepanjang perjalanan korang akan melihat laman perkhemahan penjelajah, tiang nanas, ukiran yang rumit di Colonnade dan berhadapan dengan SpongeBob SquarePants yang ikonik.
Pendek kata Sunway Pyramid Hotel ni adalah salah satu pilihan TB nanti kalau berpeluang bercuti ke sana nanti.. Sebab tertarik sangat dengan Hotelnya serta kemudahan yang disediakan juga seperti yang kebanyakan pengunjung mahukan..
berikut ialah komen pengunjung-pengunjung yang telah berpuashati dengan servis hotel ini ;Saya menikmati penginapan saya di Sunway Pyramid Hotel selama lebih dari 2 minggu. Hotel ini bersih, luas dan terasa selamat. Bilik eksekutif king saya luas dan mempunyai pemandangan Sunway yang indah. Shanta pengurus itu sangat membantu dan bertimbang rasa. Dia sentiasa responsif dan memahami keperluan saya selama ini. Hotel ini terletak berhampiran dengan Pusat Perubatan Sunway, Sunway Lagoon dan Pusat Beli-belah Sunway Pyramid. Walaupun terdapat COVID, anda dapat menikmati penginapan yang selesa dan selamat di hotel ini. komen seorang pengunjung. Satu lagi komen seorang pengunjung yang juga berpuas hati dengan Hotel Sunway Pyramid ;
A very pleasant and convenient place for holiday and shopping. Excellent services, good foods, friendly & polite staffs. Hope can come again in future. Thank you Sunway Pyramid Hotel & Ms. Cherrol.
Sunway Pyramid Hotel, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Selangor, Malaysia, +603 7492 8000, www.sunwayhotels.com/sunway-pyramid
HOTEL SHANGRI-LA, KUALA LUMPURTerletak di Segitiga Emas bandar KL, hotel ini adalah sebuah bangunan mewah di tengah-tengah lalu lintas pusat bandar yang sibuk. Terkenal dengan keramahan staff dan restorannya yang hebat, lokasi tepat di tengah-tengah KL, ini bermaksud bahawa semua tarikan utama mudah dicapai, termasuk KL Tower yang terletak sangat dekat. Terdapat juga perkhidmatan ulang-alik hotel untuk membawa pengunjung ke pusat membeli-belah seperti Pavilion KL dan Fahrenheit 88.
Hotel ini baru-baru ini memperkenalkan aktiviti keluarga hujung minggu percuma seperti memberi makan ikan, bengkel seni dan kraf, kelas memasak dan waktu senggang untuk anak-anak, jadi pastikan untuk mengetahui apa yang pihak hotel sediakan sebelum korang membuat tempahan
Satu-satunya hotel di Kuala Lumpur yang menawarkan aktiviti keluarga yang sesuai dan membuatkan pengunjung berasa puas menghabiskan masa yang berharga di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur terutamanya apabila kita memilih Family Premier Suite. Dimana ia lengkap dengan khemah moden dan disertakan kemudahan untuk anak-anak, yang menjanjikan penginapan keluarga yang santai
Jadi, tulis nota siap-siap apa yang menarik di hotel ini dan tempah nanti kalau nak plan untuk menikmati pengalaman keluarga yang menyeronokkan dengan Aktiviti Keluarga Percuma di hotel seperti memberi ikan makan, Yoga Keluarga, Berkebun, Bengkel Seni & Kraf, SLKL Junior Chef, Jiggle Wiggle dan Bingo Time
Oh ya, untuk info semua untuk aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak Hotel, terdapat terma dan syaratnya yang perlu kita ikuti ye, antaranya hanya kanak-kanak yang berumur 3 hingga 11 tahun sahaja yang dibenarkan untuk aktiviti ini. Pendaftaran pendahuluan diperlukan untuk Aktiviti Keluarga kerana pengesahan dibuat berdasarkan pada kedatangan pertama (1st come 1st served). dan disebabkan slot terhad, penyertaan sekali sahaja dibenarkan dalam setiap jenis aktiviti dengan maksimum dua kanak-kanak setiap bilik setiap penginapan, terhad kepada 40 tempahan pertama
dibawah adalah antara komen pengunjung-pengunjung yang pernah menginap di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur ini
Saya suka kesemuanya. Makanan, bilik, ostaff disitu dan aktiviti. Terutama aktiviti untuk anak-anak. Anak perempuan saya sangat berseronok dalam kelas memasak, kelas seni dan beri makanan kepada ikanSaya sangat menyukainya kerana ia hampir dengan semua yang ada di tengah-tengah KL. Kakitangan sangat ramah dan membantu. Sarapannya hebat. Biliknya bagus dan saya sangat suka semua reka bentuk dalaman yang lama tetapi eksklusif.
Shangri-La Hotel, 11, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia, +603 2032 2388, www.shangri-la.com/kualalumpur/shangrila
BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL, KUALA LUMPUR
Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur terletak di lokasi yang tepat di tengah-tengah pusat hiburan paling hidup di bandar dan kawasan membeli-belah yang menjadi kemestian buat pengunjung. Berjaya Times Square Hotel terletak berdekatan dengan Berjaya Times Square Shopping Mall, dengan sambungan terus ke sistem KL Monorel melalui Stesen Imbi dan hanya 15 minit sahaja berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas yang terkenal di dunia menjadikannya ia tempat yang mudah untuk menerokai tarikan utama di bandar KL.
Pastinya famili yang mempunyai anak kecil sangat teruja untuk menginap di Hotel ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang tersedia termasuk kolam renang di atas bumbung (rooftop), spa, wap & sauna, gimnasium, gelanggang skuasy dan taman permainan kanak-kanak. Apatah lagi terdapat taman tema yang menarik di hotel ini, pastinya ia plan yang menyeronokkan, menuju ke Berjaya Times Square Theme Park
Selain itu, TB sangat kagum dengan pemandangan langit yang menakjubkan di hotel mewah di Bukit Bintang ini. Pastinya ia akan menjadikan penginapan yang mengagumkan untuk dikenang
Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, 1 Jalan Imbi 55100 Kuala Lumpur, Malaysia,
[email protected], +603 2117 8000, www.berjayahotel.com/kualalumpur
AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT
Ok, untuk hotel yang satu ni, ia bukan saja hotel, tapi ia juga adalah resort golf yang terletak di Pulau Carey di Selangor dan berfungsi sebagai tempat percutian yang indah untuk keluarga. Peminat sukan golf pasti akan menyukai padang golf yang disediakan, sementara remaja dan anak-anak akan menikmati banyak aktiviti yang terdapat di sini termasuk kolam renang dengan slaid dan splash bucket, karaoke, snooker and pool room, tenis meja, zon keseronokan kanak-kanak, dan kemuncaknya adalah mini kebun binatang yang terletak di sebuah pulau kecil di seberang tasik.
Bagi TB Hotel ini mempunyai view yang sangat cantik disekitarnya, disamping boleh menikmati pemandangan, terdapat pelbagai aktiviti boleh kita sertai untuk mengoptimumkan masa percutian kita sekeluarga. Pastinya korang pun mahukan percutian korang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang akan menggamit memori korang satu hari nanti kan
dan yang paling gembira dan ceria pastinya anak-anak kita kerana terdapat pelbagai aktivit menarik untuk mereka lakukan ketika bercuti di hotel ini. jom lihat gambar-gambar dibawah ini.. dan rancanglah percutian korang disini nanti yea..
Yang paling penting, pemandangan di waktu malam sangat cantik dan menenangkan .
Amverton Cove Golf & Island Resort, PT 673, Jalan Pulau Carey 42960 Jugra, Selangor, Malaysia, +603 3123 3888, www.amvertoncove.com
PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTER
Satu lagi tempat menginap yang mesra famili ialah Pullman Kuala Lumpur City Center Hotel & Residences yang menempatkan 450 bilik dan suite kontemporari yang menampilkan kemudahan moden, dan 157 kediaman yang direka untuk keselesaan dan kemudahan
Hotel ini sesuai untuk famili kerana Pullman Kuala Lumpur City Center Hotel & Residences telah mengumumkan bahawa hotel ini diperakui ALLSAFE. Pullman Kuala Lumpur City Center Hotel & Residences telah memperkenalkan langkah-langkah kebersihan & pencegahan yang diperkukuhkan untuk memenuhi standard kebersihan, kesihatan, jarak sosial dan keselamatan. Label ALLSAFE yang disahkan oleh Clifton mewakili protokol dan piawaian kebersihan dan memberikan jaminan kepada semua tetamu tanpa risiko
Selain itu untuk part selera pengunjung, di Pullman juga terdapat enam restoran dan bar menjanjikan masakan yang menggoda, memenuhi setiap selera. Manakala Oasis di tingkat atas di 10th mempamerkan ruang-ruang taman yang santai, kolam renang, Fitness Lounge, The Zone (bilik kanak-kanak), Ruang Tamu (tempat tinggal kediaman), Poolside Bar & Grill dan Vibes Spa
Apa yang TB boleh katakan, hotel Pullman ni sangat selamat untuk pengunjung kerana ia telah menepati Piawaian keselamatan kebersihan yang baik dengan pembersihan biasa dan protokol jarak sosial yang dipatuhi dipatuhi dengan ketat di seluruh hotel. Malah yang menariknya Kit Penjagaan Peribadi juga disediakan semasa ketibaan
Haa.. Untuk Keluarga yang mencari ruang yang bersih dan selamat ketika bercuti, bolehlah melihat Kediaman Keluarga dua bilik berukuran 107 meter persegi dengan hiasan ceria untuk anak-anak, katil yang bersaiz king, tempat tidur tersusun untuk dua orang, PlayStation, dan ada pilihan untuk menambah katil twin untuk keluarga dengan empat orang anak.
Terdapat juga dapur yang lengkap dan ruang tamu dan ruang makan yang berasingan. Hotel ini menyediakan konsol permainan di The Zone (kawasan kanak-kanak) dan filem di home theater, dan berada dalam jarak berjalan kaki ke pusat membeli-belah Pavilion KL yang dihubungkan dengan sky bridge walkways.
Pullman Kuala Lumpur City Center, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia, +603 2170 8888, www.pullman-kualalumpur-citycentre.com
HILTON KUALA LUMPUR
Hilton Kuala Lumpur menjadi kegemaran keluarga kerana lokasi yang strategik di kawasan KL Sentral dengan pusat membeli-belah Nu Sentral yang terletak tidak jauh dari hotel. Dari bilik-bilik bergaya yang dilengkapi dengan tab mandi hingga pelbagai jenis restoran, spa dan banyak lagi, tinggal di sini adalah satu keseronokan tetapi yang paling disukai oleh kanak-kanak adalah kawasan kolam renang yang indah dengan gelongsor yang mesra kanak-kanak dan kolam wading untuk anak-anak kecil bermain di dalam
Hilton Kuala Lumpur berada tepat di luar pusat bandar, dan tempat-tempat menarik tempatan yang boleh dikunjungi dengan pengangkutan awam. Bersama dengan lebih daripada 500 bilik - beberapa dengan pemandangan indah ke langit atau tasik berdekatan - hotel ini mempunyai 10 restoran dan bar, termasuk panggangan yang terkenal, dan berkongsi dua kolam renang dengan Le Meridien yang berdekatan.
Yang menarik tentang Hilton Hotel :Hotel besar dan moden di seberang stesen keretapi KL Sentral30 minit dari lapangan terbang dengan kereta api berkelajuan tinggiBilik-bilik moden dan luas, beberapa dengan pemandangan tasik atau latar langit yang indah10 restoran dan bar serta koleksi wain yang luasBersantai dengan faedah percuma untuk tetamu Bilik EksekutifKolam renang luaran yang besar merangkumi gelongsor air dan kawasan kanak-kanakGim besar dengan peralatan latihan kardio dan berat badan modenSpa yang menarik dengan menu rawatan lengkapPusat perniagaan yang betul dan kemudahan mesyuarat yang sangat baikWi-Fi percuma di kawasan awam
Hilton Kuala Lumpur, 3 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur 50470 Malaysia, +603 2264 2264, www.hilton.com/en/hotels/kulhihi-hilton-kuala-lumpur
LEXIS HIBISCUS, PORT DIKSON Credit: Lexis Hibiscus Port Dickson on Facebook
Dan yang terakhir untuk entri kali ini, TB nak selitkan juga satu tempat penginapan yang selesa tetapi bukan didalam Kuala Lumpur, saja TB nak share memandangkan tempat penginapan ini sememangnya amat selesa dan mempunyai Pemandangan yang indah, kehidupan moden yang mewah, reka bentuk moden, kualiti hebat, dan kemudahan bertaraf dunia. Sekiaranya korang bercuti dan ingin menginap di Port Dickson, Lexis Hibiscus adalah pilihan utama yang TB syorkan.
Lexis Hibiscus Port Dickson terletak di Tanjung Gemok, boleh diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Port Dickson-Seremban. Resort ini terletak berhampiran bandar Lukut dan hanya 4.8 km dari Port Dickson di sepanjang kawasan pesisir Negeri Sembilan.
Ini adalah percutian utama untuk lari dari dari hiruk pikuk KL. Vila air kolam renang peribadi mereka akan menjadi permulaan yang menyegarkan untuk percutian impian dengan anak kecil. Hanya kira-kira 1.5 jam perjalanan dari pusat bandar, pengunjung dapat menikmati pemandangan yang cantik, pasir dan angin bersama anak-anak. Di lokasi ini, pengunjunga akan dapati Roselle Coffee House mereka beroperasi dari sarapan sehingga malam untuk Makanan Halal
Kidz World
Bagi golongan muda seperti anak-anak kecil yang sedang membesar, Kidz World adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa mereka di persekitaran yang selamat. Merangsang secara visual, Kids World adalah bilik tertutup yang menyenangkan di mana kanak-kanak kecil akan bersenang-senang dengan rakan-rakan mereka, sambil meneroka pelbagai aktiviti yang dirancang untuk memperkenalkan mereka kepada pengalaman baru
Lokasi: Tingkat 2, Bangunan UtamaJam: Ahad - Khamis: 9.00 pagi hingga 6.00 petangJumaat, Sabtu, Cuti Umum & Cuti Sekolah: 9.00 pagi hingga 9.00 malam
Games Room / Bilik Permainan
Bagi anak-anak kecil yang suka bermain dan inginkan keseronokan, Bilik Permainan adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Pelbagai permainan arked disediakan, seperti Meteor Shower, Candy Shop, Super Bike, Lucky Win, Air Hockey, Happy Scooter, Air Force dan banyak lagi
Jam: 8.00 pagi hingga 8.00 malam (Ahad hingga Khamis) | 8.00 pagi hingga 10.00 malam (Jumaat, Sabtu, Cuti Umum & Cuti Sekolah)
Lexis Hibiscus Port Dickson,12th Mile, Jalan Pantai, Pasir Panjang 71250, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Resort Tel: +606 660 2626 Resort Fax: +606 660 2628, Website: www.lexishibiscuspd.com
MUDAHNYA BUAT TEMPAHAN HOTEL UNTUK STAYCATION MELALUI WEBSITE TRAVELOKA
Haa.. buat korang yang merancang nak bercuti dan menginap / Staycation KL tu boleh la buat tempahan melalui website Traveloka ni
Traveloka adalah salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara, berkhidmat lebih daripada 100,000 laluan penerbangan dan hotel 100,000+ seluruh dunia. Pelanggan pastinya sangat beruntung kerana Team Traveloka sentiasa bekerja keras untuk menyediakan pelanggan mereka dengan hotel dan penerbangan kadar paling murah setiap hari
Dengan adanya website Traveloka ini amat memudahkan kita membuat carian, tempahan dan pengurusan lawatan untuk hotel dan penerbangan. Tak kira domestik atau antarabangsa. Maknanya kita boleh menggunakan Traveloka untuk merancang percutian kita. Satu laman web yang menguruskan semuanya. Memang mudah
Oh ya.. di Website Traveloka juga kita boleh menempah penerbangan menggunakan aplikasi Traveloka atau melalui laman web
Selain itu, Traveloka pun ada buat banyak tawaran menarik tak kira untuk hotel ataupun penerbangan. Seronok kan kalau dapat harga yang lebih murah, jadi percutian kita lebih jimat. Caj tersembunyi pun tak ada
psss.. Nanti dulu.. Sebelum tu TB nak gitau.. kalau nak dapat harga lebih murah, korang boleh aje guna aplikasi Traveloka. Pastinya Cheaper if you book through app now. haaa.. cepat-cepat download aplikasi Traveloka ni di henfon korang. cari kat google play atau Playstore.. mesti ada punya. Traveloka ni dah popular di serata negara.. dan kalau korang nak jenguk-jenguk dulu laman sosial Traveloka ni, silalah klik link-link yang TB dan sertakan dibawah ni yea!
Website Traveloka : www.traveloka.com
Facebook : https://www.facebook.com/TravelokaMY
Instagram : https://www.instagram.com/travelokamy
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.tengkubutang.com/2021/07/6-hotel-di-sekitar-kuala-lumpur-yang.html