6 Cara Legakan Hidung Tersumbat Di Rumah
Adakah anda mengalami masalah hidung tersumbat? Walaupun ia bukan satu penyakit yang serius, namun ia boleh menyebabkan ketidakselesaan sehingga menjejaskan aktiviti harian seseorang.
Lebih teruk lagi, ia juga boleh mengganggu tidur seseorang pada waktu malam.
Punca bagi masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor serta kondisi kesihatan seperti :
Flu
Jangkitan sinus
Alahan
Septum hidung bengkok
Asma
Selsema
Tidur yang terganggu
Udara kering
Benda asing termasuk ke dalam hidung
Pengambilan ubat-ubatan tertentu
Perubahan hormon dalam tubuh
Kehamilan
Dalam kebanyakan masa, hidung tersumbat boleh atasi melalui rawatan di rumah. Ayuh ikut perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Cara Atasi Masalah Hidung Tersumbat
1. Mengambil Ubat
Sekiranya hidung anda tersumbat dan disertai dengan simptom lain seperti sakit kepala, sakit tekak dan demam, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan paracetamol.
Bagi mengurangkan rasa tidak selesa pada hidung dan masalah selsema, anda juga boleh ambil ubat dengan kandungan antihistamin.
Namun, ia perlulah diambil secara berhati-hati kerana ia mungkin boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti mulut kering dan mengantuk.
2. Guna Alat Semburan (Nasal Spray)
Penggunaan nasal spray adalah antara kaedah yang cukup berkesan dalam mengatasi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat.
Alat ini dipercayai dapat mencairkan serta mengeluarkan hingus yang tersumbat.
Pastikan alat yang ingin dibeli selamat untuk digunakan dan bebas daripada bahan pengawet atau bahan aktif.
3. Gunakan Kompres Panas
Kompres panas adalah antara kaedah yang paling pantas dan mudah bagi rawatan hidung tersumbat di rumah.
Caranya ialah dengan meletakkan kompres hangat pada dahi serta hidung. Ini dapat membantu melegakan keradangan, membuka saluran hidung serta ketidakselesaan pada hidung.
Untuk menyediakan kompres hangat di rumah, anda perlu rendamkan tuala kecil ke dalam air suam.
Kemudian, perahkan lebihan air dan letakkannya dia atas dahi serta hidung.
4. Tinggikan Kepala Ketika Tidur
Sekiranya anda sering terbangun akibat hidung tersumbat, anda boleh atasinya dengan ubah ketinggian kepala.
Caranya adalah dengan menambahkan katil atau tinggikan sedikit katil sekiranya katil anda boleh laras.
Kaedah ini dapat membantu sinus dalam hidung mengalir dengan lebih lancar dan membantu anda tidur dengan lebih nyenyak.
5. Menyedut Udara Hangat
Menyedut wap atau udara hangat adalah antara cara berkesan dalam melembapkan serta membersihkan saluran.
Kaedah ini telah digunakan sejak dahulu bagi memberikan kelegaan segera akibat ketidakselesaan hidung.
Antara kaedah yang anda boleh lakukan adalah dengan membuka air mandian panas dalam bilik mandi dan biarkan udara panas memenuhi ruangan bilik mandi.
Seterusnya, ambil sehelai kain bersih dan letakkan di belakang kepala dalam keadaan kepala tertunduk.
Sekiranya tiada mandian air panas di rumah, anda juga boleh menyedut wap hangat dengan menyediakan semangkuk air panas.
Tundukkan kepala dan selubung kepala untuk memastikan wap sampai ke saluran pernafasan dengan lebih baik.
Untuk tingkatkan keberkesanan, anda juga boleh gunakan beberapa titis minyak kayu putih atau minyak pudina.
6. Banyakkan Minum Air
Mengambil air yang mencukupi adalah sangat penting bagi kesihatan menyeluruh.
Salah satu manfaatnya adalah ia dapat membantu mengurangkan masalah berkaitan saluran pernafasan seperti mencairkan lendir, melancarkan pernafasan dan melegakan kesesakan hidung.
Selain air kosong, anda juga boleh minum sup panas atau teh hangat.
Kini, anda sudah tahu beberapa cara untuk atasi masalah hidung tersumbat dari rumah. Ia biasanya boleh reda dalam masa beberapa hari sahaja.
Namun, jika anda dapati masalah ini tidak reda dan semakin teruk, sebaiknya berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan bantuan perubatan yang lebih khusus.
Sumber : alodokter.com, Hello Doktor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/hidung-tersumbat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hidung-tersumbat