6 Barang Mesti Bawa Sebelum Ke Pantai
Assalamualaikum & hello korang,
BBL suka pergi pantai terutama pantai negeri Terengganu sebab cantik. Lagi nice bila cuaca elok dan keadaan angin sempoi. Dapat berkelah dengan family bawah pokok rhu sambil makan mee goreng, fuh rasa bahagia kenyang baring. Well BBL tahu rakyat Malaysia memang suka aktiviti pantai tak kisah la nak mandi manda, berkelah, bbq atau saja ambil angin tapi 5 barang ini mesti bawa sebelum sampai ke pantai.
1. Selipar getah
Tinggalkan kasut tumit tinggi, kasut lofers atau sneaker korang tu dan pakai selipar getah ni kat pantai. Selain selesa, tak mudah putus malah sesuai untuk anda berjalan atas pasir atau tepi gigi air pantai. Yang penting ada bermacam color..
2. Cermin mata
Lindungi mata dari sinaran matahari dengan cermin mata hitam. Lagi pun kalu pose ootd pakai sunglasses terus lagi lagi kacak/cantik. Baru syok berjalan tepi pantai acah-acah macam artis gituh.
3. Topi
Aksesori topi sangat penting untuk protect muka dari cahaya matahari terik terutama di pantai. Lagi-lagi waktu tengahari hingga ke petang. Yelah mesti nak tunggu sunset kan..selain tu topi berfungsi mengelakkan rambut berterbangan bagi wanita rambut panjang.
4. Beg pelindung telefon
Bagi korang yang bercadang nak buat aktiviti air seperti snorkeling, main bananaboat, jetski atau mandi air pantai..beg waterproof ini sangat membantu melindungi telefon dari dimasuki air atau pasir. Jadi tak ada masalah nak bergambar dalam air.
5. Tuala
Ha ini sangat mustahak untuk keringkan badan korang lepas bermain air atau berenang. Tak kan nak baring atas pasir pantai macam ikan masin untuk keringkan badan. Jadi bawa tuala mandu untuk lap badan sejurus selepas habis mandi air pantai
6. Sunblock
Semestinya paling penting sekali dan tak boleh tertinggal ialah sunblock. Nanti tak pasal-pasal sunburn dek berjemur panas matahari pantai. Bukan setakat pergi ke pantai malah sebarang aktiviti luar yang memerlukan korang berada bawah matahari seharusnya sapu sunblock terlebih dahulu.
Pastinya sunblock jenama Sincerity menjadi pilihan BBL untuk melindungi kulit badan, leher, tangan dan muka dari panas terik matahari. Sincerity Sunscreen Lotion with Vitamin E SPF50+ ini bebas minyak. Paling penting cepat meresap dan kering. Sesuai untuk BBL yang tak berapa suka lotion sunblok berminyak lepas sapu.
Saiznya kecil dan comel senang nak sumbat dalam beg waterproof. Malah sunblock ini tahan 4 jam dan water resistant. Means incase selepas korang berenang dalam air laut atau swimming pool tak payah dah kena sapu lagi. Jimat kan.
Cara penggunaan sangat senang, cuma goncang dahulu kemudian sapu pada bahagian terdedah pada cahaya matahari seperti muka, leher, lengan, tangan, kaki atau bahagian belakang badan. Eloknya sapu 20 minit sebelum korang expose pada matahari dan bukannya sapu sunblock terus pergi berlari tepi pantai. Juga sesuai untuk sebarang aktiviti seperti berbasikal, berlari, bersukan, atau anda yang pergi kerja dengan motorsikal.
Oh ya, produk Sincerity ini diasaskan oleh Michael Sperber, lulusan Universiti Rhodes dengan ijazah dalam bidang Farmasi & Kimia. Beliau juga ahli Persatuan Ahli Kimia Kosmetik Australia. Sebagai pakar kimia kosmetik yang dihormati di universiti dan kolej serta diiktiraf hingga peringkat antarabangsa sebagai pakar masalah kulit dan rambut, penjagaan dan rawatan. Semua produk Sincerity dikilang di Austaralia dan pastinya kualitinya tidak perlu risau lagi.
Tempoh hari BBL pergi habiskan annual leave kat Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Perak just bawa sunblock ni. Off course kawasan pantai Lumut mengadap Pulau Pangkor tu panas lit-lit. Nasib baik dah sapu lotion sunblock Sincerity...tak lah terbakar sebab kena panas matahari tu.
Anda boleh beli sunblock Sincerity ni melalui whatsapp 0169237439 atau Facebook.com/SincerityTreatmentSkincare
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2018/12/6-barang-mesti-bawa-sebelum-ke-pantai.html