6 Adab Berpuasa Pada Bulan Ramadan
Bukan sahaja memasuki rumah orang kita perlu berada, tetapi apabila kita memasuki bulan Ramadan juga, perlu beradab. Jadi jom tengok 6 adab berpuasa pada bulan Ramadan.
Tahun ini rata-rata umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia hanya menyambut Ramadan di rumah disebabkan arahan daripada Kerajaan bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat kerana penularan jangkitan COVID-19.
BACA JUGA : Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2020/1441H
Jadi kita semua berpuasa, beribadah hanya di rumah. Tiada solat berjemaah di masjid, tiada solat tarawih di Masjid dan tiada iftar beramai-ramai di masjid.
Tetapi ianya bukan penghalang untuk kita untuk terus memburu ganjaran dan pahala yang Allah tawarkan sempena Ramadan ini yang pastinya tiada dalam bulan-bulan lain.
Ramadan sudahpun menjelma, tapi adakah anda menerima kedatangan bulan ini sebaiknya. Anda juga perlu tahu beberapa adab berpuasa pada bulan Ramadan. Ini supaya, setiap ibadah yang kita lakukan adalah pada tahap maksima dengan ganjaran pahalanya.
Senarai 6 Adab Berpuasa
1. Niat Pada Waktu Malam
Berpuasa merupakan suatu ibadah wajib ke atas setiap Muslim. Setiap ibadah perlulah disertakan dengan niat sepertimana sabda Rasulullah:
"Sesiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut" (Riwayat Abu Daud)
2. Sahur Dan Mengakhirkan Sahur
Sesiapa yang bangun sahur, Allah akan kurnia keuntungan berlipat kali ganda. Selain kenyang dan bertenaga untuk mengerjakan ibadah puasa pada siang hari, kita juga akan memperoleh keberkatan yang diturunkan sepanjang hari melaksanakan ibadah tersebut. Rasulullah bersabda :
"Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur ada keberkatan" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3. Segera Berbuka
Apabila terbenamnya matahari, kita disunatkan untuk segera berbuka puasa. Seelok-eloknya berbuka dengan buah tamar. Namun sekiranya tiada tamar, sunat berbuka dengan air. Rasulullah menyarankan kita untuk sentiasa membaca dan mengamalkan doa ini ketika berbuka puasa seperti dibawah
4. Iktikaf Pada 10 Hari Terakhir
Ini adalah sebaiknya iaitu iktikaf di masjid pada 10 hari terakhir. Tetapi dalam situasi sekarang, anda boleh bangun malam terutamanya pada 10 hari terakhir dengan mengerjakan solat, membaca al-Quran mahupun berdoa.
Pada iktiqaf ini, ada hadih memberitahu, menurut Aisyah, Rasulullah beriktikaf di masjid dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan kemudian Baginda bersabda, "Carilah lailatulqadar pada 10 malam yang terakhir dalamnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
5. Jauhi Sifat Mazmumah
Hindari daripada sifat-sifat mazmumah seperti mengadu domba, mengumpat atau melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah pada bulan Ramadan.
Sebaliknya, amalkanlah seberapa banyak amalan yang baik seperi ibadah fardu dan sunat, zikir, doa dan apa-apa sahaja amalan yang menambah nilai takwa. Kurangkan layari media sosial yang mungkin tiada faedah melainkan mencari perkara-perkara bermanfaat padanya.
6. Tadarus Al-Quran
Ramadan merupakan bulan penurunan al-Quran. Kita digalakkan menghidupkan bulan ini dengan mengadakan tadarus al-Quran bersama keluarga di rumah terutamanya ketika PKP ini. Rasulullah SAW juga bertadarus sehingga khatam pada bulan Ramadan dengan malaikat Jibril.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aimanabdullah.com/2020/04/6-adab-berpuasa-pada-bulan-ramadan.html