5th Birthday Dzal Aidi Fiqry
5TH BIRTHDAY DZAL AIDI FIQRY ! - Happy birthday Dzal Aidi Fiqry (namanya yang membawa maksud punya kekuatan, pemikiran / berfikir). Tahun ini 2019, merupakan sambuan kelahiran yang ke 5 tahun untuk Dzal Aidi Fiqry. Di lahirkan pada 25 Jun 2014 secara pembedahan (elective ceaserian). Macam biasa, elektif czer ini, dapat tarikh, check in hospital dan terus bedah hehehe. Tapiii....Pada awalnya, tarikh pembedahan adalah awal seminggu dari tarikh ni. Kalau awal tu, samalah lah tarikh birthday dengan Daim Naufal. Tapi extend date, sebab masa nak admit doktor pakar bius tengok mummy ada batuk. So, kena hilangkan batuk sebelum czer. Orang kata asbab je ni,kan. Allah dah tetapkan tarikh hidup dan mati kita sebenarnya.
Prolonged Jaundice . Baca : http://www.azlindaalin.com/2014/07/dzal-aidi-fiqry-jaundice.html
5TH BIRTHDAY DZAL AIDI FIQRY !
sama muka daddy anak lelaki mummy semua
5TH BIRTHDAY DZAL AIDI FIQRY ! Okaylah, macam biasa doa seorang mak pada anaknya. Mestilah nak anaknya taat kepada suruhan Allah, dengar cakap orang tua, sihat walafiat, kuat semangat, bijak belajar dan di kurniakan rezeki melimpah ruah.
Ya Allah rindunya saat ini. Nasib ada blog, boleh ku coretkan detikmu dari kecil hingga besar :) Hilang rindu
Dzal ini seorang yang banyak cakap, suka bercakap (selalu kena marah dengan cikgu sebab kat sekolah suka berborak), suka berangan pun ada juga (ikut mummy dia hahaha), tak banyak ragam, cepat lembut kalau kita pandai ambil hati dia, kuat makan ketika mengantuk, berani.
Bab belajar, Dzal tak berapa suka menulis dan mewarna. Ikut mood orang kata ! Alasan yang di berikan ialah tangan abang dah penat !
Suaranya halus dan sedikit manja, kalau cakap lelaju ramai orang tak boleh faham. Bila orang tak faham, dia naik marah hehehe. Rajin kena sakat dek cikgu sekolahnya !
Walau apa pun, masih awal lagi 5 tahun kan, kita nak judge bebanyak pun. Mummy dan daddy senantiasa doakan yang baik-baik buat Dzal !
Jadi hari ini, kita tak buat potong kek kat sekolah sebab sekolah akan buat sambutan Hari Raya dan sambutan Hari Jadi sekali pada Khamis ini.
total 4 karton hehe. Borong ! Tak pilih bersusu, sebab ada setengah budak alergik susu. Mummy pun baru tahu, Susu bukan semua budak boleh minum. So, pilih buah pulak
untuk cikgu dan kawan sekolah
Cuma hari ini, mummy siapkan goodies birthday Dzal untuk kawan sekolah. Nak bagi pada Khamis ni kang takut mummy terlepas pandang aman kawan-kawan yang dah dapat ke belum untuk goodies bag. Kalau boleh nak semua dapat dan tak ada yang tertinggal.
Goodies bag kali ini mummy buat biasa-biasa je ! Air kotak anggur dan keropok je. Dzal cakap bagi ni aje cukup. Okaylah nak. Memang kekdah orang lelaki gini. Suka hat simple !
Sebab apa? Sebab minta celebrate birthday kat McDonald's sebenarnya. Kakaknya dah pernah rasa sambutan kat McD. Okaylah nak, kita proceed plan. BUat kat McD Sabtu ini ajak sepupu-sepupu je :)
Untuk cousins pulak
Ada additional sweet nak buat ala-ala candy buffet
McDonalds ruangannya kecil je. Untuk 50 orang macam tu. Ngam-ngam mak abah, adik beradik husband, adik beradik mummy dan sepupu mereka dalam 60 orang !
So, merangkap sambutan hari jadi dan makan-makan adik beradik je. Lama kami tak ajak adik beradik makan bersama beramai macam ni. Rezeki mereka juga !
Baca juga :-
Dzal 1 tahun : http://www.azlindaalin.com/2015/10/dzal-aidi-dah-pandai-jalan.html
Dzal 2 tahun : http://www.azlindaalin.com/2016/06/dzal-aidi-fiqry-2-tahun.html
Dzal 4 tahun : http://www.azlindaalin.com/2018/06/happy-4th-birthday-dzal-aidi-fiqry.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azlindaalin.com/2019/06/5th-birthday-dzal-aidi-fiqry.html