5973 Gabungan Pemandu Pengangkutan Awam Darat Tanding Pru 15 Utusan Malaysia 30 09 2021


 

KUALA LUMPUR: Gabungan perkhidmatan dan pengangkutan awam darat menyatakan kesediaan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi membolehkan masalah yang dihadapi pemain industri tersebut sejak sekian lama dapat diselesaikan. 
Jurucakapnya, Kamarudin Hussain berkata, perkara itu berikutan kesedihan dan kekecewaan di atas ketidaksungguhan semua Menteri Pengangkutan sama ada daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan kini Keluarga Malaysia dalam menyelesaikan masalah yang pihaknya hadapi.
Beliau berkata, industri perkhidmatan dan pengangkutan darat negara adalah salah satu sektor yang selama ini menyumbang kepada keberhasilan negara, namun malangnya sejak berpuluh tahun yang lalu kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan (MoT) dilihat sama sekali tidak mempunyai hati untuk menyelesaikan masalah apatah lagi menjaga kebajikan pemain industri itu. 
Katanya, atas kesedaran itu, pihaknya merasakan sudah tiba masanya untuk semua pemain industri bersatu hati memperjuangkan nasib sendiri dengan meletakkan wakil sendiri di MoT dan tidak lagi bergantung harap kepada orang politik yang tidak pernah merasai keperitan dan kepayahan pemain industri. 
“Kami akan mendraf satu memorandum bersama dengan mencatatkan segala masalah yang dihadapi, cadangan penyelesaian dan beberapa tuntutan termasuk bertanding di 4 Parlimen dan14 Dewan Undangan Negeri (DUN). 
“Pada 2 Februari 2022 nanti, satu perjumpaan pemain industri perkhidmatan dan pengangkutan negara diadakan secara besar-besaran yang bakal melibatkan pemandu teksi, lori, bas, e-hailing dan p-hailing. 
“Kami akan menjemput semua presiden parti untuk menerima memorandum kami dan memberi tempoh sebulan kepada mereka untuk membuat keputusan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. 
Turut hadir, Persatuan Pengguna Islam (PPIM), wakil e-hailing, wakil persatuan bas dan wakil persatuan lori bagi turut sama-sama menyatakan sokongan terhadap pemain industri perkhidmatan dan pengangkutan awam darat.  
Menurut Kamaruddin, sebagai timbal balas, pihaknya akan menyeru kepada semua 1.2 juta rakan-rakan pemandu yang dianggarkan diseluruh negara supaya mengenepikan fahaman politik masing-masing dan mengutamakan perjuangan dengan berkempen dan memberi undi kepada pihak yang menerima tuntutan mereka. 
“Di situ kita akan lihat parti mana bersedia menerima tuntutan rakyat dapat menilai sendiri pihak mana yang benar-benar tulus ingin menyelesaikan masalah rakyat khususnya masalah kami golongan B40 dan pemain industri perkhidmatan dan pengangkutan negara,” katanya.
Tambah beliau, sehingga kini dianggarkan terdapat 50 hingga 60 masalah yang dihadapi oleh pemain industri tersebut merangkumi 22 masalah di teksi, empat di e-hailing, sembilan di bas sekolah dan pemain lain lagi. 
“Antaranya, kebajikan anak muda yang semakin ramai terkorban di atas jalan raya ketika bekerja sebagai penghantar makanan dan kadar tambang yang dibiarkan didagang secara tidak relevan oleh syarikat e-hailing, yang menindas pemain industri ini.
“Kami juga sudah menghantar 15 surat kepada Menteri Pengangkutan merayu simpati beliau mengadakan sesi perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ketidakadilan di antara teksi dan e-hailing. 
“Namun sehingga kini masih berdolak dalih dan tidak mahu mengadakan sesi perbincangan dengan kami, begitu juga dengan nasib rakan-rakan pemain industri yang lain seperti pemandu lori, bas, bas sekolah, e-hailing dan p-hailing,” katanya. 
Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan yang dibuat menunjukkan adanya kesungguhan pemain industri memberi signal kepada parti-parti politik di luar sana bahawa mereka tidak dapat menerima sesuatu yang adil. 
Katanya, pemain-pemain industri itu sudah lama menghadapi pelbagai masalah sama ada tidak diselesaikan atau tidak berapa diselesaikan oleh kementerian berkenaan. 
“Jadi ini satu kesungguhan yang membawa suara hati rakyat dan saya harap segala keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk menyelamatkan keluarga dan masyarakat. 
“Keputusan hari ini juga menunjukkan secara seriusnya mereka untuk menyelesaikan masalah, hasrat dan kekecewaan yang dihadapi mereka selama ini,” katanya.


Artikel oleh: Utusan Malaysia
GABUNGAN PEMANDU PENGANGKUTAN AWAM DARAT TANDING PRU-15

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/gabungan-pemandu-pengangkutan-awam-darat-tanding-pru-15/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/10/5973-gabungan-pemandu-pengangkutan-awam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5974 Gtsm Sertai Pru 15 Mahu Ahlinya Jadi Menteri Pengangkutan Malaysia Gazette 30 09 2021

5974 Gtsm Sertai Pru 15 Mahu Ahlinya Jadi Menteri Pengangkutan Malaysia Gazette 30 09 2021

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Se Malaysia akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 14 Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Keputusan itu dibuat selepas mendakwa kecew...
5975 Nasib Pemandu Teksi Diabai Gtsm Mahu Tanding Pru15 Malaysia Post 30 09 2021

5975 Nasib Pemandu Teksi Diabai Gtsm Mahu Tanding Pru15 Malaysia Post 30 09 2021

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 310 hits
GABUNGAN Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se Malaysia mahu meletakkan calon sendiri dalam Pilihan Raya Umum ke 15 bagi memperjuangkan nasib mereka yang diabaikan Yang Dipertua GTSM Kamarudin Mohd Hussain berka...
5939 Aktiviti Program Kibaran Bendera Hari Malaysia Di Pasaraya Aj Best Ppim 20 09 2021

5939 Aktiviti Program Kibaran Bendera Hari Malaysia Di Pasaraya Aj Best Ppim 20 09 2021

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 484 hits
Telah berlangsungnya Program Kibaran Bendera Hari Malaysia anjuran PPIM dan AJ Best di Pasaraya AJ Best Jalan Chow Kit semalam Turut serta Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi Chef Yang Jamil bagi memeriahkan lagi majlis
Tambah Baik Pengangkutan Awam Sebelum Perketat Lesen Memandu Warga Emas

Tambah Baik Pengangkutan Awam Sebelum Perketat Lesen Memandu Warga Emas

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 260 hits
Keputusan tak boleh disebabkan kes terpencil perlu lihat skop menyeluruh BANGI Kerajaan perlu menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam sebelum memperketatkan syarat pengeluaran lesen memandu kepada warga emas 70 tahun ke atas Perkara it...
Sabah Fc Akan Diperkemas Hadapi Saingan Piala Malaysia 2021

Sabah Fc Akan Diperkemas Hadapi Saingan Piala Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 422 hits
Datuk Ong Kim Swee menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Sabah FC Target utama untuk membawa Sabah FC kembali digeruni dan memberi saingan di Liga Malaysia KOTA KINABALU Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah Datuk Seri Bung Moktar R...
Pengangkutan Awam Kesediaan Bas Ekspres Beroperasi Semula

Pengangkutan Awam Kesediaan Bas Ekspres Beroperasi Semula

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 341 hits
Ketika mana banyak pihak bercakap mengenai kebenaran rentas negeri apabila kadar vaksinasi populasi dewasa semakin menghampiri 90 peratus bagaimana pula kesediaan operasi pengangkutan awam seperti kereta api dan bas ekspres Adakah mereka be...
Health Ministry Flags Rise In Covid 19 Cases Among Children In Malaysia Says 67 Dead Since Start Of 2021

Health Ministry Flags Rise In Covid 19 Cases Among Children In Malaysia Says 67 Dead Since Start Of 2021

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 290 hits
The Ministry of Health today said that there has been a concerning rise of Covid 19 cases among children aged 18 and below with 67 children recorded dying of the disease this year up until yesterday MoH compared this to 2020 where the novel...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid