5883 Hanya Dua Penumpang Limosin Sebulan Kosmo 27 08 2021


 


BALIK PULAU – Kira-kira 300 pemandu aktif teksi dan limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas di sini mengadu pendapatan mereka terjejas teruk selepas pandemik Covid-19 melanda negara sejak Mac tahun lalu.

Ada di antara mereka terpaksa bertukar kerjaya sebagai penghantar makanan, pengawal keselamatan dan pemandu lori demi meneruskan hidup selepas berlaku pengurangan penumpang kerana banyak penerbangan tidak beroperasi.

Pengerusi Persatuan pemandu Limo dan Teksi LTAPP, Hafizi Ahmad berkata, terdapat pemandu yang terpaksa merelakan kenderaan mereka ditarik kerana tidak mampu membuat pembayaran bulanan.

“Pendapatan kini merosot teruk apabila hanya mampu mendapat antara satu ke dua penumpang dalam sebulan.
“Jika sebelum pandemik Covid-19, saya kebiasaannya boleh mendapat antara empat hingga lima penumpang sehari dengan anggaran pendapatan sehingga RM200,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Serahan Infak Rezeki Santuni Pemandu Limosin dan Teksi LTAPP oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini.

Sumbangan berupa bungkusan barangan makanan yang diserahkan Ketua Cawangan Sumber Manusia Perkeso, Mohd. Razmi Khalid itu merupakan inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban kumpulan penggiat dalam sektor pelancongan sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso

Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang disinggahi konvoi Perkeso itu selepas menghulurkan bantuan kepada pemandu limosin dan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bulan lalu.

Konvoi itu kemudiannya akan bergerak ke seluruh negara bagi menyerahkan sebanyak 900 kotak makanan termasuk kepada mangsa tragedi kepala air di Yan, Kedah. – K! ONLINE

 
Artikel oleh: Kosmo

HANYA DUA PENUMPANG LIMOSIN SEBULAN
https://www.kosmo.com.my/2021/08/27/hanya-dua-penumpang-limosin-sebulan/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/08/5883-hanya-dua-penumpang-limosin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Hanya 55 Minit

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Hanya 55 Minit

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 379 hits
Oleh AMREE AHMAD Raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan pagi tadi PUTRAJAYA Buat julung kali sambutan Hari Kebangsaan 2021 hanya akan berlangsung selama kira kira 55 minit susulan isu kebimbangan trend penularan wabak Covid 19 ...
Permohonan Skim Rumah Mesra Rakyat Serendah Rm300 Sebulan Tahun 2021

Permohonan Skim Rumah Mesra Rakyat Serendah Rm300 Sebulan Tahun 2021

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 725 hits
Syarikat Perumahan Negara Berhada merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadanan yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat Selaras dengan Dasar Perumahan Negara SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perum...
Hanya Dua Kemungkinan

Hanya Dua Kemungkinan

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 330 hits
Semua MP dikehendaki menghantar Surat untuk menamakan PM ke ISTANA negara UMNO mempunyai lebih dari 3 calon sekaligus tiada peluang Keberangkalian lebih kepada Anwar kerana sudah pun memcapai 105 UNDI sokongan sementara Muhyidfin mengharap ...
Dua Minggu Jadi Kerajaan Pn 2 0 Hanya Tambah Beban Rakyat

Dua Minggu Jadi Kerajaan Pn 2 0 Hanya Tambah Beban Rakyat

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 326 hits
Kerajaan Perikatan Nasional 2 0 genap dua minggu ditubuhkan namun tidak kelihatan apakah perancangan masa hadapan yang ditawarkan kepada rakyat kecuali meneruskan kegagalan pentadbiran Mahiaddin Yassin sebelum ini Bagi Ahli Parlimen Kapar D...
Gencatan Politik Ismail Sabri Ph Hanya Bertahan Dua Hari

Gencatan Politik Ismail Sabri Ph Hanya Bertahan Dua Hari

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 232 hits
Gencatan politik Datuk Seri Ismail Sabri dengan blok pembangkang nampaknya bertahan setakat dua hari apabila pengumuman senarai kabinet pada Jumaat yang tidak menampilkan sebarang pembaharuan mendapat kritikan keras pemimpin pemimpin pemban...
New Dealer Orientation 2021

New Dealer Orientation 2021

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 406 hits
Lokasi Zoom MeetingMasa Seminar 9 00 pagi 1 00 petang Yuran Pendaftaran RM 10 Tarikh Seminar Sepanjang Tahun 2021 Anjuran G100 Network New Dealer Orientation 2021 yang dibuat secara maya oleh G100 Network menggantikan perjumpaan melalui fiz...
24 Ogos 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Cadangan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

24 Ogos 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Cadangan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 310 hits
Penurunan harga yang berterusan di bawah zon harga 1 2050 1 2000 membolehkan aliran menurun jangka pendek semasa ditetapkan Sasaran penurunan awal berada di sekitar tahap 1 1940 dan diikuti tahap 1 1800 yang menawarkan penolakan kenaikan ha...
5880 Pelepasan Flag Off Untuk Jelajah Sumbangan Infaq Rezeki Di Utara Tanahair Ppim 27 08 2021

5880 Pelepasan Flag Off Untuk Jelajah Sumbangan Infaq Rezeki Di Utara Tanahair Ppim 27 08 2021

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 642 hits
Alhamdulillah pagi ini PPIM dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia PERKESO Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pasukan Polis Marin ATMS Persatuan Pengguna Islam Langkawi PEISO Motor Garage MAIWP dan KINGZ Motor Club menyempur...
Rahsia Di Sebalik Tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia Analisis Grafologi

Menjaga Keseimbangan Memahami Keputusan Masa Penuh Dalam Kehidupan

Pas Menang Kerana Personaliti Aliakbar Sokongan Akar Umbi

Prn Sabah Pkr Terima Suara Rakyat Dengan Hati Terbuka Tekad Perbaiki Kelemahan Dalaman

Dap S Total Wipe Out In Sabah A Clear Message To Also Exit S Wak Politics A Harbinger Of Its Fate In Ge16

Airbus A320 Lakukan Recall Besar Besaran Ganggu Operasi Penerbangan Global

Polis Mohon Bantuan Kesan Nor Adlina

Tanaman Pokok Daun Suptanaman Pokok Daun Sup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Pertunangan Anak Kak Dila Cucu Mak Andak Di Rawang 29 11 2025

Irresistible Jain Dinner Recipes Indian

Hari Pertama Disember 2025

Minat Baking Tapi Tak Sempat Ambil Tempahan Jom Niaga Tepung Premix Home Made

Setiap Kali Balik Pasar Mesti Singgah

Buah Blueberries Masam Masam Manis