5775 Pemandu Mabuk Wujudkan Undang Undang Dapat Gerunkan Pengguna Jalan Raya Ismaweb 22 02 2020



BANGI, 28 Jamadilakhir 1441H, Sabtu – Kerajaan disarankan membuat undang-undang ‘menggerunkan’ pemandu mabuk supaya mereka tidak lagi cuai sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian di jalan raya.Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzmi Johan berkata, kerajaan perlu melihat isu ini secara bersungguh-sungguh berikutan ramai yang cedera dan mati akibat sikap tidak bertanggungjawab individu mabuk.Bahkan, beliau berpandangan, kena ada undang-undang yang lebih tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan berkenaan kerana undang-undang sedia ada mungkin tidak cukup kuat untuk menakutkan pesalah.“Selain itu, penjualan alkohol perlu dilihat kembali dari segi kaedah penjualan yang terbuka serta tanpa kawalan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.Kes pemandu mabuk saban hari berlaku dan yang terbaharu dua hari lalu apabila pemilik kilang besi yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk merempuh pintu kaca mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank di Kampung Baru, Bukit Mertajam.Sementara dua hari sebelum kejadian itu, empat beranak cedera termasuk bayi perempuan bersama ibunya parah, apabila mereka dirempuh sebuah kereta kejadian berlaku jam 11.30 malam selepas sebuah kereta jenis BMW terbabas melanggar bahagian belakang sebuah van persiaran.Minggu lalu, dua sahabat maut selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar kereta dipandu wanita disyaki dalam keadaan mabuk di KM13, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Sungai Dua, Butterworth.Sebelum itu, seorang penunggang motosikal maut, manakala rakannya cedera juga disebabkan pemandu disyaki mabuk dalam kejadian di Batu 10, Jalan Apas, Tawau.Sementera Jun tahun lalu, Roslinda Mohamad Isa, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kepala Batas selepas gerai nasi lemak dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.Sebulan kemudian, satu lagi kes sama membabitkan seorang pekerja kontrak yang maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika sedang melakukan kerja kawalan lalu lintas di Persiaran Perdana, Sri Damansara.Kejadian sama turut meragut nyawa Mohaidin Gani Mohamad, 58, apabila motosikalnya dirempuh oleh kereta seorang wanita warga China berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat, di ibu negara.Dalam pada itu, Nadzmi berkata, tidak ada salahnya sekiranya kerajaan mempertimbangkan hukuman mati kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.“… mereka ini jenis tidak sedar diri. Maknanya kita kena buat undang-undang yang menakutkan orang kerana apabila mereka takut, mereka akan mengambil tindakan yang tidak cuai,” kata beliau.Artikel oleh: ISMAWEBPEMANDU MABUK: WUJUDKAN UNDANG-UNDANG DAPAT 'GERUNKAN' PENGGUNA JALAN RAYA https://www.ismaweb.net/2020/02/22/pemandu-mabuk-wujudkan-undang-undang-dapat-gerunkan-pengguna-jalan-raya/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/03/5775-pemandu-mabuk-wujudkan-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekarang 2020 Lampu Isyarat Jalan Raya Yang Digunakan Ialah Barang Mula Mula Terciptanya Lampu Isyarat 9884

Sekarang 2020 Lampu Isyarat Jalan Raya Yang Digunakan Ialah Barang Mula Mula Terciptanya Lampu Isyarat 9884

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 397 hits
Ringkas Orang xada kau HIJAU Teringat sketsa mak kau ijau bapak kau ijau yang viral satu masa dulu Menunggu laa berminit minit di lampu isyarat Mana silapnya tuu Ke nak tahu pemimpin tuu hebat atau terbalik kita kena tengok muka Jalan Raya ...
5766 Pengguna Tersepit Bengkel Cekik Darah Tv Ppim 26 02 2020

5766 Pengguna Tersepit Bengkel Cekik Darah Tv Ppim 26 02 2020

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 358 hits
05 Hak Untuk Mendapatkan Pendidikan Pengguna Para pengguna disarankan untuk membezakan dan menilai pilihan produk atau servis yang diberikan Pendidikan ini sebenarnya menggalakkan pengguna untuk berfikiran kritis mengambil langkah berwaspad...
Seramai 919 Pemandu Mabuk Ditahan Tahun Lepas

Seramai 919 Pemandu Mabuk Ditahan Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 318 hits
Seramai 919 individu ditahan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk pada tahun lepas meningkat seramai 57 orang berbanding 862 orang pada tahun 2018 Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin...
Undang Apa Ni Pemandu Rempuh Ibu Dan Bayi Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Undang Apa Ni Pemandu Rempuh Ibu Dan Bayi Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 403 hits
Undang2 pemandu mabuk di Malaysia Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata pemandu kereta BMW yang berusia 39 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil Beliau berkata lelaki itu ber...
Kotak Bentuk Ketupat Lemang Raya 2020

Kotak Bentuk Ketupat Lemang Raya 2020

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 855 hits
Tengah plan nak buat drawing untuk kotak berbentuk ketupat or lemang sempena raya 2020 tahun ni Mungkin anda orang pertama yg kami realisasikan WhatsApp segera WA me 60145230284 RegardsAdmin
Misi Mencari Kain Baju Raya 2020 Jakel

Misi Mencari Kain Baju Raya 2020 Jakel

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 481 hits
Misi Mencari Kain Baju Raya 2020 Jakel Selalu orang akan tanya baju raya nieyl beli dekat mana Dah banyak tahun juga memang akan shopping kain kain untuk baju raya di Jakel Kalau sebelum sebelum ni nieyl akan pergi ke Jakel Shah Alam sejak ...
Drama Ramadhan Dan Raya 2020

Drama Ramadhan Dan Raya 2020

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 1068 hits
Ramadhan bakal menjelma Korang yang belum habis ganti puasa cepat cepat ganti ya Drama apa yang menarik sepanjang Ramadhan nanti Ini dia
Senarai 10 Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah 2020

Senarai 10 Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah 2020

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 1499 hits
Senarai 10 Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah Salam semua resepi biskut raya antara yang ramai orang cari kalau nak dekat musim raya puasa Macam macam orang nak buat biksut raya kan Ada orang suka biskut raya moden dan tidak kurang juga ada...
Sampul Duit Raya 2020 Rare Branded Stylista Cantik Corak Bunga

Sampul Duit Raya 2020 Rare Branded Stylista Cantik Corak Bunga

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 1135 hits
Kami menjual sampulduitraya design rare untuk anda LV Gucci Chanel VS Adidas Macam lagi Saiz besar duit RM100 Tak perlu lipat dan gam Design boleh campur STOK TERHAD 1 pack 3 packs RM 106 packs RM 209 packs RM 30Whatsapp 013 3888584 untuk t...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Rekod Kepimpinan Cemerlang Amk Wp Sokong Kamil Munim Terajui Amk

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Apakah Diet Yang Sesuai Untuk Pesakit Psoriasis

Jalur Laluan Keretapi Terpanjang Di Dunia

Ceramah Ramadhan Hari Ke 1 Merespon Ayat Puasa Ramadhan

Trump Revives Probe Over Digital Taxes