5719 Caj Cecah 30 Peratus Membebankan Kosmo 17 06 2021


 

PETALING JAYA – Peniaga yang bergantung harap kepada per­khidmatan penghantaran makanan merayu agar pengendali aplikasi itu mengurangkan kadar komisen yang dianggap tinggi.
Peniaga dan pemilik restoran mendakwa, mereka perlu membayar komisen kepada pengendali aplikasi itu sehingga 30 peratus daripada harga setiap item makanan atau minuman yang ditempah para pelanggan.
Keadaan itu menyebabkan ramai peniaga terpaksa menaikkan harga makanan atau minuman untuk menampung bayaran caj tersebut bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian.
Seorang peniaga nasi ayam, Faizul Izuwan berkata, ramai peniaga mula terkesan dengan kadar komisen yang dikenakan ketika ini, namun mereka tiada pilihan kerana perlu menggunakan perkhidmatan itu demi ke­langsungan perniagaan.
Menurutnya, rata-rata peniaga dan pemilik restoran kini sememangnya bergantung harap kepada perkhidmatan penghantaran makanan terutamanya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh ketika ini.
“Caj yang dikenakan kepada kami mencecah 30 peratus, memang agak tinggi. Sebagai contoh, setiap hari saya terima kira-kira 500 pesanan dan perlu membayar caj komisen kira-kira RM200 kepada penyedia aplikasi itu,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Caj penghantaran antara kos yang perlu ditanggung pembeli yang menggunakan khidmat tempahan makanan secara online. – GAMBAR HIASANUjarnya, keadaan itu membebankan mereka yang juga perlu memikirkan kos-kos lain seperti bahan mentah, sewa tapak dan membayar gaji pekerja.
“Susulan caj yang tinggi itu, kami pun terpaksa menjual makanan dengan harga lebih tinggi menerusi pembelian online.
“Misalnya, harga nasi ayam yang dibeli secara terus di kedai ialah RM6 sebungkus, namun saya jual pada harga RM7.50 menerusi aplikasi itu,” ujarnya.
Faizul berkata, kenaikan harga itu terpaksa dibuat bagi mengimbangi semula caj yang dikenakan supaya mendapat sedikit keuntungan ketika PKP.
Sementara itu, Pengerusi Pemilik Restoran dan Kafe Negeri Melaka, Ahmad Shukri Abdul Shukor juga menyifatkan caj yang dikenakan kepada peniaga sebagai terlalu tinggi.
Katanya, ada peniaga juga bukan sahaja membayar caj sehingga 30 peratus, malah tambahan enam peratus lagi bagi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
“Jadi, kami minta penyedia aplikasi itu mengurangkan sedikit caj kepada peniaga,” ujarnya.
Seorang lagi peniaga, Elli Farhana Azisman berkata, kadar komisen mungkin boleh dikurangkan beberapa peratus lagi bagi memberikan situasi menang-menang antara penyedia aplikasi itu dan rakan niaga.
“Kami faham, caj 30 peratus itu merangkumi pelbagai aspek, namun kami juga ingin sedikit keuntungan dan tidak mahu membebankan pembeli,” katanya.
Seorang penghuni asrama pekerja mengambil bungkusan daripada penghantar makanan di Seksyen 13, Shah Alam pada 22 Januari lalu.Pengguna pula kena ‘tolong’ peniaga bayar komisen
PETALING JAYA – Pengguna perkhidmatan penghantaran makanan bukan sahaja terpaksa menanggung kos penghantaran, malah caj komisen yang dikenakan kepada peniaga juga ditanggung mereka secara tidak langsung.
Seorang pekerja swasta, Mohd. Rashid Mohd. Ali, 29, berkata, sebagai pembeli, dia lebih terbeban kerana menanggung dua kos itu.
Katanya, terdapat peniaga burger menaikkan harga jualan sehingga RM2 bagi setiap makanan yang dijual.
“Burger berharga RM6.50 akan dijual RM8.50 menerusi online, begitu juga yang berharga RM7 akan dijual pada harga RM9.
“Peniaga tidak mahu menanggung rugi, jadi caj komisen yang dikenakan kepada mereka, kami pula yang bayar,” katanya.
Peniaga produk kecantikan, Nur Ain Muhd. Rasool, 34, pula berharap kerajaan meneliti semula caj-caj yang dikenakan penyedia perkhidmatan itu kepada peniaga dan pengguna.
Katanya, dia memahami tindakan segelintir peniaga yang terpaksa menaikkan harga jualan kerana perlu menanggung komi­sen sehingga 30 peratus, namun tindakan itu menyebabkan pengguna pula terbeban.
“Pengguna yang tiada pilihan terpaksa menggunakan aplikasi itu terutamanya sewaktu PKP ini.
“Walaupun ada dalam kalangan pengguna yang tidak menggunakan perkhidmatan ini secara kerap, ia tidak mengubah hakikat mereka harus mengeluarkan wang yang lebih setiap kali membeli secara online,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu campur tangan dalam isu tersebut kerana yang menjadi mangsa adalah pengguna.
“Kerajaan sepatutnya mene­tapkan peratusan yang boleh dikenakan terhadap peniaga adalah tidak terlalu tinggi. Mungkin tidak lebih 10 peratus atau kadar yang lebih munasabah.
“PPIM pernah menerima ­adu­an berkaitan isu komisen yang dikenakan oleh syarikat pengendali aplikasi yang dikatakan terlalu tinggi.
“Kebanyakan aplikasi per­khidmatan itu sudah lama beroperasi, maka sepatutnya kos pengurusan mereka sudah tidak terlalu besar sehingga 30 peratus komi­sen yang dikenakan,” kata­nya.
Nadzim juga mencadangkan kerajaan supaya menubuhkan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyediakan perkhidmatan itu kepada pengguna.
Menurutnya, GLC tersebut perlu menyediakan perkhidmatan itu yang bukan bersifat mencari keuntungan semata-mata, sebaliknya membantu rakyat.
“Perkhidmatan penghantaran makanan adalah sektor yang sa­ngat penting kepada rakyat terutama ketika PKP ini,” ujarnya.
Artikel oleh: Kosmo
CAJ CECAH 30 PERATUS MEMBEBANKAN
https://www.kosmo.com.my/2021/06/17/caj-cecah-30-peratus-membebankan/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/06/5719-caj-cecah-30-peratus-membebankan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isyarat Dagangan Untuk Xau Usd Untuk 10 11 Jun 2021 Jual Di Bawah As 1 894

Isyarat Dagangan Untuk Xau Usd Untuk 10 11 Jun 2021 Jual Di Bawah As 1 894

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 212 hits
Semalam harga logam kuning kekal menurun di bawah tahap psikologi AS 1 900 dan di bawah EMA 200 dan SMA 21 Tahap 1 900 1 894 dan 1 890 ini bertindak sebagai rintangan yang kuat Oleh itu selagi emas berdagang di bawah zon rintangan yang kuat...
Kenyataan Akhbar Kpk 11 Jun 2021 Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Kenyataan Akhbar Kpk 11 Jun 2021 Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 185 hits
1 nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berja
Analisis Teknikal Gbp Usd Untuk 10 Jun 2021

Analisis Teknikal Gbp Usd Untuk 10 Jun 2021

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 249 hits
Prospek Pasaran Teknikal Pasangan GBP USD telah ditekan oleh pergerakan penurunan harga pada tahap 1 4185 dan ia mungkin keluar dari zon pengukuhan yang terletak di antara tahap 1 4077 1 4223 Volatiliti yang jelas reda tetapi tekanan menuru...
Analisis Mata Wang Btc Untuk 10 Jun 2021 Penembusan Untuk Saluran Terbalik Dan Berpotensi Untuk Turun Ke Tahap 31 000

Analisis Mata Wang Btc Untuk 10 Jun 2021 Penembusan Untuk Saluran Terbalik Dan Berpotensi Untuk Turun Ke Tahap 31 000

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 269 hits
Analisis teknikal Mata wang BTC diperdagangkan ke bawah dalam beberapa jam terakhir dan ada kemungkinan pergerakan menurun disebabkan oleh penembusan saluran menaik Pitchfork mini Cadangan perdagangan Nantikan potensi penjualan pada peningk...
Analisis Dan Ramalan Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 10 Jun 2021

Analisis Dan Ramalan Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 10 Jun 2021

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 303 hits
HarianPasangan mata wang pound dolar AS mempunyai masalah dengan bergerak membeli Kami bercakap mengenai tanda 1 4200 yang bertindak sebagai halangan serius untuk pertumbuhan sebut harga selanjutnya Pada awal bulan ini kenaikan pada pound b...
Kemaskini Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 10 Jun 2021 Potensi Kejatuhan Harga Ketara Ke Tahap 1 4000

Kemaskini Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 10 Jun 2021 Potensi Kejatuhan Harga Ketara Ke Tahap 1 4000

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 254 hits
Analisis teknikal Mata wang GBP telah diniagakan menurun seperti yang saya jangkakan GBP mengesahkan penembusan saluran menaik dan potensi penurunan harga yang lebih besar Cadangan dagangan Perhatikan peluang untuk membuka pesanan menjual s...
5 Perkara Penting Dalam Kenyataan Media Kkm 11 Jun 2021

5 Perkara Penting Dalam Kenyataan Media Kkm 11 Jun 2021

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 243 hits
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID 19 di Malaysia SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube...
Berakhirnya Syawal 2021

Berakhirnya Syawal 2021

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 360 hits
Maka malam ini dengan rasminya diisytiharkan berakhirnya Syawal tahun ini Alhamdulillah berakhir dgn selamat Tanpa pembaziran tanpa kebencian tanpa Oh rahsia Hihi Yang paling utama sekali tidak la seteruk sebagaimana disangka Despite all de...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025