57 Lawan 1




Terdapat 57 buah negara umat Islam. Bernaung bawah OIC.  









22 daripadanya adalah negara-negara Arab. 


Negara-negara umat Islam ini wujud di kebanyakan benua. Paling banyak di benua Asia dan Afrika. Ada di Eropah, bahkan juga di benua Amerika Selatan. 


Negara umat Islam yang bukan Arab di benua Asia ialah Afghanistan, Azerbaijan, Uzbekistan, Indonesia, Iran, Pakistan, Bangladesh, Brunei, Turki, Turkmenistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Malaysia, Maldives dan Uzbekistan.


Di benua Afrika pula ialah Benin, Burkina Faso, Chad, Djibouti, Ivory Coast, Senegal, Sierra Leone, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea-Bissau, Cameroon, Mali, Mauritania, Mozambique, Niger, Nigeria, Togo dan Uganda.


Benua Eropah dan Amerika Selatan juga ada negara anggota OIC iaitu Albania dan Bosnia (di Eropah) serta Surinam dan Guyana (di  Amerika Selatan).


Sebahagian negara ini, bukanlah bermajoritikan penduduk beragama Islam. Tetapi kewujudan ramainya rakyat yang beragama Islam menyebabkan ia turut menganggotai OIC. 


Adapun 22 buah negara umat Islam berbangsa Arab, sebahagian besarnya dikira negara Arab kerana sememangnya mereka berbangsa Arab dan bertutur dalam Bahasa Arab. 


Manakala selebihnya ialah negara yang berbangsa lain dan bertutur di dalam bahasa sendiri. Tetapi majoriti rakyatnya berkebolehan menggunakan bahasa Arab. 


Seperti Comoros, Somalia, Chad dan lain-lain. Maka negara-negara berkenaan diterima menganggotai Kesatuan Negara-negara Arab.


Di benua Asia, kebanyakan negara ini ialah negara-negara yang berada di Asia Barat, iaitu Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Yaman, Kuwait, Bahrain, Qatar,  UAE dan Oman.


Manakala dari benua Afrika negara-negara Arab ialah Mesir, Sudan, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mauritania, Somalia, Comoros dan Djibouti.


_______________ 


Sejak beberapa hari lalu, sebahagian besar negara-negara ini menghantar wakil (sama ada raja, perdana Menteri, presiden atau wakilnya) ke Qatar dalam Sidang Tergempar berikutan serangan Israel ke atas negara pendamai ini. 


Saya mengikuti ucapan wakil negara-negara ini. Kebanyakannya senada sahaja. Boleh disimpulkan:


1. Menyatakan kebersamaan dan menyokong Qatar.


2. Menyifatkan serangan Israel terhadap Qatar sebagai serangan terhadap negara-negara anggota (Arab dan Islam).


3. Mendesak masyarakat antarabangsa bertindak terhadap Israel. 


________________


Resolusi Sidang 


Setelah beberapa bersidang dan berbahas dalam dewan mewah yang pastinya menelan kos jutaan dolar itu resolusi yang diumumkan tidak lari dari 3 point di atas. 


Mari kita lihat satu persatu apa yang mereka simpulkan dalam 13 perkara:


1. Memuji kebijaksanaan tindakan Qatar dalam menangani serangan khianat itu.


2. Pencerobohan ke atas tempat berkecuali untuk tujuan pengantaraan merosakkan usaha proses perdamaian antarabangsa.


3. Menyatakan solidariti mutlak bersama Qatar dan berdiri teguh menyokong langkah-langkah yang diambilnya sebagai tindak balas.


4. Mengecam sekeras-kerasnya serangan pengecut dan tidak sah Israel terhadap Qatar.


5. Tindakan zalim Israel terhadap Qatar menggagalkan sebarang peluang untuk mencapai keamanan di rantau ini.


6. Memuji peranan Qatar yang membina dan dihargai dalam pengantaraan serta sokongannya kepada usaha mewujudkan keselamatan.


7. Menyokong usaha para pengantara – Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat – untuk menghentikan pencerobohan di Gaza.


8. Menegaskan kecaman terhadap sebarang percubaan Israel mengusir rakyat Palestin dengan apa jua alasan.


9. Menekankan kepentingan keselamatan bersama dan nasib sepunya negara-negara Arab dan Islam.


10. Menegaskan penentangan terhadap rancangan Israel untuk memaksakan realiti baharu di rantau ini.


11. Serangan tersebut bertujuan meruntuhkan usaha pengantaraan yang bermatlamat menghentikan pencerobohan di Gaza.


12. Menolak sepenuhnya ancaman berulang Israel bahawa Qatar mungkin menjadi sasaran sekali lagi.


13. Menolak sekeras-kerasnya sebarang percubaan untuk menghalalkan pencerobohan Israel atas apa jua alasan.


___________________


Kesimpulan:


Mendukacitakan!
57 buah negara.... 
Bersidang dengan kos jutaan ringgit.
Hanya ini saja resolusinya. 


Israel tiada sidang kemuncak. 
Tiada negara lain yang solid sebangsa dengannya. 


Tapi bila dia rasa nak serang, dia serang. 
Dia rasa nak ceroboh, dia ceroboh.
Dia rasa nak bunuh, dia bunuh. 
Dia rasa nak bom, dia bom.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/57-lawan-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amd Kata Igpu Baru Mereka Boleh Lawan Rtx 4060 Fakta Atau Gimik

Amd Kata Igpu Baru Mereka Boleh Lawan Rtx 4060 Fakta Atau Gimik

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 1448 hits
Views 0 Selama ini iGPU dianggap tak mampu lawan kad grafik berdedikasi macam Nvidia RTX 4060 Tapi sekarang AMD buat kejutan dengan dakwaan bahawa generasi CPU seterusnya mampu bawa iGPU setaraf RTX 4060 iGPU jadi pilihan sesetengah pemilik...
Selepas Dihina Anak Fila Amir Tak Dibenarkan Dibawa Pulang Kampung Suami Di Afrika Takut Keluarga Tu Tak Baik

Rare Tribute From Perlis Mufti We Criticise Chinese Schools But What S The Quality Of Tahfiz School Kids

Hari Lahir Sarah Dan Ucid 11 Tahun

Setiap Detik Adalah Puisi Cinta Yang Tidak Terucap Nukilan Fattah Amin Kepada Amira Othman Bikin Merinding

Ustaz Azhar Idrus Ulas Kenyataan Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah Itu Jahil

Ucapan Hari Lahir Ayah Mertua Yang Ke 66

Sembang Pengalaman Di Jalan Kimanis Menuju Ke Kota Kinabalu Sabah

Funding Woes Threaten Kelantan Participation In Malaysian Deaf Games


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Polis Evo 10 Tahun Dari Pawagam Ke Hati Penonton

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Restoran Anak Mami Restoran Mamak Yang Menarik Hati Etuza

Fattah Amin Amira Othman Sah Bergelar Suami Isteri

Irresistible Cosori Dehydrator Beef Jerky Recipe Dehydrator

Maklumat Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mendaftar Untuk Menderma Darah