5543 Muslim Friendly Bukan Sekadar Produk Ppim 14 04 2021


Amat menarik perhatian apabila seorang artis terkemuka negara baru-baru ini melancarkan produk keluarannya dan perakukan sendiri akan produknya yang mesra Muslim atau Muslim Friendly. Beliau seolah-olah telah membuka lembaran baru dalam perakuan sendiri (self-endorsement) produk untuk menarik pasaran khususnya pasaran Muslim.
Namun, tanpa disedari umum, istilah Muslim Friendly sebenarnya telah berlegar di kalangan masyarakat sejak tahun 2007 lagi di mana Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM, telah memberikan tafsiran yang jelas dari perspektif sistem dan tatacara pengurusan sesebuah organisasi dengan mengambil kira kepentingan masyarakat Muslim dari segenap peringkat; bukan dari sudut produk dan pelanggan sahaja. Malah pihak kerajaan pula telah memperkenalkan satu standard pengurusan dari perspektif Islam untuk pensijilan dalam sektor pelancongan iaitu MS2610:2015; Muslim Friendly Hospitality Services. 
Baru-baru ini, syarikat Notion Venture telah meraih perakuan sebagai sebuah organisasi ‘Muslim Friendly’ atau Mesra Muslim dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia melalui protokol Muslim Friendly Halal Excellence (MuFHE) yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Standard dalam Islam atau (RISIS).
Notion Venture adalah syarikat pengeluar pelitup muka yang mesra pengguna yang menggunakan bahan yang lembut yang tidak mengakibatkan kegatalan pada muka di samping fungsi utamanya melindungi dari kuman serta virus. Pelitup yang boleh digunakan sehingga 10 jam ini juga telah mendapat pensijilan dari SIRIM, TUV SUD Lab, ISO13485:2016 dan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan atau Medical Device Authority.
Syarikat ini telah berjaya memenuhi kriteria sebagai sebuah organisasi Mesra Muslim dengan mengambil kira 3 teras utama iaitu:
1. Aktiviti utama yang tidak bercanggah dengan Syariat Islam
2. Meraikan semua keperluan wajib kakitangan Muslim yang bekerja di organisasi itu
3. Produk atau perkhidmatan tidak mengandungi elemen-elemen yang terlarang.
Disamping itu, keperluan untuk mendapatkan perakuan menjadi organisasi Mesra Muslim ini ialah komitmen terhadap menyokong dan menggunakan instrumen kewangan Islam terutamanya perbankan Islam dan takaful.
Selain dari itu, organisasi ini juga perlu memberikan ruang dan peluang kepada peniaga-peniaga Muslim yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang diperlukan untuk berurusniaga dengan mereka sebagai satu langkah untuk menyemai minat dan mengembangkan perniagaan mereka.
Antara keperluan lain ialah organisasi itu tidak boleh terlibat dalam sebarang bentuk gerakan yang berbaur anti Islam dan mengamalkan sebarang bentuk dan tindakan yang opresif terhadap umat Islam serta menjadi sebuah organisasi yang menjadi majikan yang menawarkan peluang pekerjaan yang setara (equal opportunity employer).
Organisasi juga dikehendaki memperuntukkan jawatan yang penting kepada Muslim yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bahagian pengurusan dan operasi serta mana-mana sektor yang utama. Untuk rekod, Notion Venture menggaji lebih 70 peratus pekerja Muslim di pelbagai peringkat operasi pengeluaran dan pengurusan.
Syarikat ini juga telah menyediakan kemudahan musolla yang memudahkan pekerja Muslim mengerjakan solat serta memberikan waktu anjal untuk mereka menunaikan solat Jumaat serta jadual kerja yang fleksibel bagi membolehkan mereka menyesuaikan waktu mereka apabila berpuasa wajib. Cuti khas juga dipertimbangkan untuk kakitangan yang menunaikan Haji.
Program-program kesedaran mengenai etika serta kesedaran Halal juga akan diterapkan di dalam organisasi ini sebagai satu input yang penting untuk menerapkan keharmonian dalam tempat kerja dan memahami antara satu sama lain. 
Mana-mana organisasi yang diperakukan boleh menggunakan logo Muslim Friendly RISIS di bungkusan produk-produk mereka untuk satu tempoh yang ditentukan.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia juga menyokong usaha Persatuan Penyelidikan dan Penarafan dalam usaha mereka untuk memberikan tahap penarafan dan pemeringkatan (Rating and Ranking). Dalam usaha ini, perakuan sebagai organisasi Mesra Muslim mampu membawa sesebuah organisasi kepada tahap menarafan yang signifikan. 
Melalui Muslim Friendly ini, organisasi atau mana-mana entiti perniagaan berpeluang untuk meraih satu lagi kaedah perakuan bagi mereka menarik minat pasaran Muslim tempatan dan global terutama bagi mereka yang menghasilkan produk yang tidak ada relevansi dengan pensijilan Halal dan tidak terdapat skim pensijilan Halal yang bersesuaian.
Dalam usaha memberikan apa-apa perakuan Muslim Friendly ini, RISIS mengambil pendekatan yang amat teliti dan berhati-hati dengan memastikan mana-mana organisasi itu mampu akur serta memberikan komitmen mereka dengan konsisten.
RISIS tidak akan teragak-agak untuk menarik balik perakuan itu sekiranya didapati organisasi itu gagal untuk mematuhi keperluan-keperluan protokol MuFHE.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/04/5543-muslim-friendly-bukan-sekadar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Habis Selipar Aku Selama Ni Apa Netizen Garu Kepala Lihat Neelofa Lancar Selipar Muslim Friendly

Hiburan Habis Selipar Aku Selama Ni Apa Netizen Garu Kepala Lihat Neelofa Lancar Selipar Muslim Friendly

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 515 hits
Noor Neelofa sememangnya merupakan seorang ikon selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia Saban minggu pasti ada sahaja berita mengenai dirinya Belum selesai netizen berbincang mengenai isu Neelofa dan PU Riz rentas neger...
Produk Muslim Harga Yahudi

Produk Muslim Harga Yahudi

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 378 hits
Biasa dengarkan tajuk begini Segelintir yang tidak tahu hujung pangkal akan mudah menjatuhkan hukum kepada peniaga Muslim hanya kerana perbezaan harga tanpa mengkaji di sebaliknya Imej peniaga Muslim sering dihujani dengan negativiti Sama j...
Apakah Produk Muslim Benar Benar Muslim

Apakah Produk Muslim Benar Benar Muslim

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 302 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi lagi disayangi Sekarang ni tengah hangat di perkatakan di media bahawa minyak masak naik harga Juga turut menerima tempias adalah...
5550 Wujud Unit Khas Kendali Aduan Penerima Vaksin Covid 19 Ppim Malaysia Gazette 14 04 2021

5550 Wujud Unit Khas Kendali Aduan Penerima Vaksin Covid 19 Ppim Malaysia Gazette 14 04 2021

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 445 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mewujudkan satu unit khas bagi mengendalikan kes kes aduan membabitkan penerima vaksin Covid 19 yang mengalami implikasi kesihatan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzi...
5549 Ppim To Govt Be Clear On Special Compensation For Vaccine Side Effects New Straits Times 14 04 2021

5549 Ppim To Govt Be Clear On Special Compensation For Vaccine Side Effects New Straits Times 14 04 2021

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR The government should make clear the circumstances that warrants a compensation to be made in the RM10 million Special Financial Aid for Severe Adverse Covid 19 Effects Malaysia Muslim Consumers Association lead activist Datuk ...
Selipar Muslim Friendly Katanya

Selipar Muslim Friendly Katanya

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 342 hits
Buka twitter tengok kat trending in Malaysia Apakah Lahhh rupanya Neelofa ada projek kolaborasi dengan jenama selipar terkenal fFipper tu Fipper x Neelofa akan mengeluarkan selipar muslim friendly Yang menjadi persoalannya muslim friendly t...
5548 Kesan Sampingan Vaksinasi Covid 19 Ppim Sedia Bantu Rakyat Buat Tuntutan Terhadap Kerajaan Samudera My 14 04 2021

5548 Kesan Sampingan Vaksinasi Covid 19 Ppim Sedia Bantu Rakyat Buat Tuntutan Terhadap Kerajaan Samudera My 14 04 2021

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR 14 April 2021 Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersedia membantu penerima vaksin COVID 19 yang mengalami kesan sampingan selepas suntikan vaksinasi untuk membuat aduan dan menuntut ganti rugi terhadap kerajaan Bercakap dalam s...
Lancar Produk Selipar Mesra Muslim Neelofa Dikritik Jual Agama

Lancar Produk Selipar Mesra Muslim Neelofa Dikritik Jual Agama

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 377 hits
SURI LAILASelepas isu selebriti popular Noor Neelofa melanggar SOP kerana didakwa berbulan madu di Langkawi rakyat Malaysia sekali lagi mengkritik usahawan berkenaan selepas beliau melancarkan selipar dengan jaminan mesra muslim hasil usaha...
Fipper Jawab Isu Selipar Muslim Friendly Edisi Khas Thenoor

Fipper Jawab Isu Selipar Muslim Friendly Edisi Khas Thenoor

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 257 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Sehingga ke hari ini nama Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Nor menjadi sebutan hangat netizen selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi Pada 5 April yang la...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati