5499 Jangan Jadikan Tahfiz Pusat Pemulihan Akhlak Sinar Harian 17 11 2019



MELAKA - Ibu bapa perlu melihat dan menghormati institusi tahfiz sebagai pusat pembelajaran al-Quran dan ilmu agama bukannya sebagai pusat pemulihan akhlak bagi remaja bermasalah dan gagal dikawal.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ibu bapa tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawab menjaga anak yang bermasalah kepada pihak lain dengan menghantar mereka yang sukar dibentuk itu ke sekolah tahfiz, bagi memperbetulkan akhlak mereka.

"Institusi tahfiz adalah institusi pembelajaran ilmu al-Quran, justeru ibu bapa sepatutnya menghantar anak-anak mereka bagi tujuan mendalami ilmu tersebut dan bukan untuk menyelesaikan masalah anak yang tidak dapat dikawal.

“...dan apabila hantar anak ke institusi tahfiz atau sekolah berasrama penuh, ibu bapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak, buatlah pemantauan dan jangan serah tanggungjawab bulat-bulat kepada ustaz atau guru,” katanya.

Turut berkongsi pendapat, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affandi Hashim berkata, ibu bapa perlu membetulkan niat dan tujuan, kenapa mereka menghantar anak ke institusi tahfiz.

“Kalau niatnya untuk melepaskan tanggungjawab setelah gagal membentuk anak atau untuk tujuan bermegah-megah 'anak saya masuk tahfiz'... saya nasihatkan agar ibu bapa yang berfikiran demikian membatalkan sahaja hajat mereka itu.

“Ini kerana institusi tahfiz adalah pusat ilmu bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam ilmu dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa yang mengambil jalan mudah melepaskan tanggungjawab mendidik anak kepada orang lain, dengan menghantar anak mereka ke institusi tahfiz boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2011, kerana mengabaikan anak-anak.

Kamal Affandi menasihati ibu bapa memilih institusi tahfiz yang berdaftar dengan pihak berkuasa dengan membuat semakan terlebih dahulu terhadap taraf sekolah terbabit.

“Jangan hanya dengar cakap-cakap orang bahawa sekolah itu bagus, sekolah ini kurang bagus. Sebaliknya saya nasihatkan ibu bapa menilai sekolah tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan,” katanya.

Selain itu Kamal Afandi berkata, pihak pengurusan sekolah tahfiz juga perlu mengambil tindakan proaktif, termasuk membuat saringan polis sebelum mengambil tenaga pengajar supaya tidak terambil mereka yang bermasalah ataupun mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, selain mengadakan saringan, pihak pengurusan sekolah tahfiz juga perlu melakukan pemeriksaan berkala atau pemeriksaan mengejut kepada tenaga pengajar selain daripada mengadakan perbualan dengan pelajar bagi mengesan masalah. - Bernama

Artikel oleh: Sinar Harian

JANGAN JADIKAN TAHFIZ PUSAT PEMULIHAN AKHLAK

https://www.sinarharian.com.my/article/57617/BERITA/Nasional/Jangan-jadikan-tahfiz-pusat-pemulihan-akhlak



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/11/5499-jangan-jadikan-tahfiz-pusat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5512 Apabila Rokok Menjadi Larangan Sinar Harian 22 11 2019

5512 Apabila Rokok Menjadi Larangan Sinar Harian 22 11 2019

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 509 hits
BERMULA 1 Januari 2020 penguatkuasaan terhadap larangan merokok di tempat makan di bawah Peraturan 11 PPKHT 2004 akan bermula sepenuhnya Perkara itu turut ditegaskan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye Kata beliau mereka atau p...
5488 Memberi Erti Pada Buy Muslim First Sinar Harian 13 11 2019

5488 Memberi Erti Pada Buy Muslim First Sinar Harian 13 11 2019

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 570 hits
BARU BARU ini sementara menunggu Zuhur saya berbincang dengan beberapa rakan sekerja mengenai isu isu keusahawanan Melayu Banyak masalah yang klise disebut sebagai antara sebab mengapa usahawan Melayu sukar meningkat maju Alasan yang klise ...
5475 Meningkatkan Pendapatan Mengurangkan Kemiskinan Harian Metro 11 11 2019

5475 Meningkatkan Pendapatan Mengurangkan Kemiskinan Harian Metro 11 11 2019

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 419 hits
BAGI mengatasi masalah kemiskinan terutamanya kumpulan B40 kerajaan melancarkan Program Sinergi Sosial dan Sistem MySynergy hari ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata objektif utama program itu adalah bagi...
Perjumpaan Bersama Ketua Pusat Pelajar Dess 2019 2021

Perjumpaan Bersama Ketua Pusat Pelajar Dess 2019 2021

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 325 hits
Hari Selasa lepas19 November 2019 kami tak ada kelas Jadi petsng jam1530 1700 hrs dibilik Kuliah DESS 2019 2021 kami adakan perjumpaan dan motivasi dengan YDH ACP Nor Ainin Binti Nuh Ketua Unit Siasatan Pendakwaan Kami seramai 40 orang pela...
Krisis Tahfiz Daripada Pusat Pembuangan Anak Jadi Torture Chamber Sekali

Krisis Tahfiz Daripada Pusat Pembuangan Anak Jadi Torture Chamber Sekali

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 240 hits
Dia ambil tahi kucing sumbat dalam mulut sayaRemember this sekolah tahfiz case Here is the latest from Sinar Harian Selepas kebakaran asrama 2017 mengorbankan 23 nyawaTahfiz Ittifaqiah sekali lagi menjadi perhatian pelajar dikejarkan ke Hos...
Penguatkuasaan Pengawasan Pusat Tahfiz Perlu Ditangani Secara Holistik Kata Tpm

Penguatkuasaan Pengawasan Pusat Tahfiz Perlu Ditangani Secara Holistik Kata Tpm

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 207 hits
Penguatkuasaan pengawasan pusat tahfiz perlu ditangani secara holistik kata TPM Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan
Usahawan E Rokok Gempur Forum Sinar Harian Bincang Isu Vape

Usahawan E Rokok Gempur Forum Sinar Harian Bincang Isu Vape

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 371 hits
SEMASA Malam tadi Sinar Harian membawakan wancana VAPE Trend atau Bahayakan Nyawa Diskusi itu disertai oleh empat panel iaitu PU Hafiz PendakwahMohd Fadhli Othman Pengerusi IkramTeensAmir Hassan PenyanyiDr Munirah Ibrahim Pakar Perubatan Ke...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan