5228 Bmbf Kita Tidak Mahu Terus Dihina Ppim Malaysia Gazette 03 09 2019



KUALA LUMPUR- Kempen mendahulukan produk bumiputera atau Muslim (BMBF) tidak sepatutnya dilihat sebagai minyak yang dicurah untuk menyemarakkan lagi api perkauman di negara ini.

Sebaliknya, matlamat sebenar kempen tersebut adalah untuk mempromosikan produk-produk keluaran bumiputera dan Muslim yang memang telah ada di dalam pasaran dan dalam masa yang sama memberikan pilihan yang lebih meluas kepada pengguna.

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, langkah mempromosikan produk bumiputera dan Muslim ini penting bagi menaikkan taraf ekonomi kaum bumiputera dan orang Islam di negara ini melalui perniagaan.

Katanya, pada jangka masa panjang, langkah sebegini mampu mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum, agama dan budaya di Malaysia kerana jurang ekonomi mengikut bangsa dapat dirapatkan.

“Orang Melayu ini memang dikenali sebagai bangsa yang lemah-lembut, bertolak ansur dan tidak provokatif tetapi sifat-sifat ini kadang-kala dipandang orang sebagai lemah.

“Apabila sudah dipandang sebagai lemah, mereka senang dihina dan diambil kesempatan oleh orang lain.

“Jadi kita tidak mahu dihina, kita perlu mengukuhkan orang Melayu melalui ekonomi kerana yang sama apabila semua rakyat di sesebuah negara itu kaya, isu perkauman tidak lagi timbul.

“Kempen ini bukan untuk menyemarakkan api perkauman tetapi adalah untuk mengajak kaum bumiputera dan orang Islam supaya bersama-sama meningkatkan ekonomi kita.

“Selama ini orang kata kita tidak bayar cukai (yang banyak), mereka sahaja yang bayar cukai jadi apabila usahawan-usahawan Muslim ini telah berjaya, mereka juga akan bayar cukai sama seperti kaum lain. Sekarang kita hendak bayar cukai dengan apa jika kita miskin?

“Dalam jangka masa panjang kita semua dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di pejabatnya.
Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menunjukan logo halal dalam tulisan tamil dan cina ketika ditemubual di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 02 SEPTEMBER 2019.Tidak menafikan kempen itu tercetus susulan pelbagai isu panas melibatkan perkauman dan kenegaraan seperti tulisan khat dan bendera terbalik, Nadzim menjelaskan setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Kesedaran mula timbul dalam kalangan orang Melayu dan Islam.

Mereka tidak mahu tidak terus diperlekehkan oleh orang lain dan ini menyebabkan kaum bumiputera bersatu untuk mencapai matlamat tersebut.

Tambahnya, melalui kempen ini juga ramai yang telah sedar mengenai barangan keluaran bumiputera yang boleh dijadikan pilihan di pasaran.

“Melalui kempen ini pengguna semakin mengenali produk-produk keluaran bumiputera dan orang Islam, tidak salah jika mereka membeli barangan bukan Islam tetapi apabila pilihan telah disediakan saya rasa lebih baik mereka memilih produk keluaran orang Islam sendiri kerana usahawan-usahawan ini membayar zakat.

“Zakat pula kita akan salurkan kepada golongan yang memerlukan.

“Maka ekonomi negara akan terus berkembang,” tambahnya lagi.

Nadzim juga meminta syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) memberi peluang kepada produk-produk bumiputera untuk dipasarkan di premis-premis milik mereka.

Katanya, produk-produk keluaran bumiputera juga mempunyai kualiti setaraf produk kaum lain.



Artikel oleh: Malaysia Gazette

#BMBF: KITA TIDAK MAHU TERUS DIHINA - PPIM

https://malaysiagazette.com/2019/09/03/bmbf-kita-tidak-mahu-terus-dihina-ppim/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/09/5228-bmbf-kita-tidak-mahu-terus-dihina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5232 Owh Mg Bmbf Kita Tidak Mahu Terus Dihina Ppim Malaysia Gazette Tv 03 09 2019

5232 Owh Mg Bmbf Kita Tidak Mahu Terus Dihina Ppim Malaysia Gazette Tv 03 09 2019

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 516 hits
Temubual Eksklusif bersama Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan di Kondominium Villa Puteri Kuala Lumpur MalaysiaGazette com Online News Portal Follow US Now Or visit www malaysiagazette com for the latest ne...
5206 Utusan Perlu Diurus Golongan Professional Bukan Politik Ppim Malaysia Gazette 23 08 2019

5206 Utusan Perlu Diurus Golongan Professional Bukan Politik Ppim Malaysia Gazette 23 08 2019

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 490 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini melancarkan kempen membeli surat khabar Utusan Malaysia dan Kosmo sebagai usaha membantu meringankan beban kakitangan Utusan Melayu Berhad Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata m...
5183 Ppim Lancar Tabung Food Bank Bantu Staf Utusan Malaysia Gazette 21 08 2019

5183 Ppim Lancar Tabung Food Bank Bantu Staf Utusan Malaysia Gazette 21 08 2019

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 480 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah melancarkan tabung Food Bank PPIM untuk membantu wartawan dan kakitangan Utusan Melayu Malaysia Berhad yang dihimpit masalah tunggakan gaji Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata i...
5231 Kempen Dahulukan Produk Muslim Dan Bumiputera Tidak Bermusim Malaysia Gazette 03 09 2019

5231 Kempen Dahulukan Produk Muslim Dan Bumiputera Tidak Bermusim Malaysia Gazette 03 09 2019

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 724 hits
KUALA LUMPUR Kempen mendahulukan produk Muslim dan bumiputera dijangka akan berlarutan kerana program ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan penyaluran maklumat kepada pengguna supaya boleh membuat pilihan yang lebih baik ketika membeli...
5193 Ppim Terus Sokong Akhbar Utusan Dan Kosmo Ppim 23 08 2019

5193 Ppim Terus Sokong Akhbar Utusan Dan Kosmo Ppim 23 08 2019

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 460 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini mengadakan majlis ringkas menyeru rakyat Malaysia membeli Utusan dan Kosmo Lebih RM2500 terkumpul untuk jualan akhbar berkenaan di Pejabat Resepsi PPIM Villa Puteri Condominium Kuala Lumpur Selama ...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Gambar Mahal Ds Bersalaman Yiddin Min Keluarga Pak Lah Tersentuh Kemu

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Surat Al Qasas Ayat 77 Arti Tafsir Dan Kandungan

Tak Rugi Invest Ini Sebab Kenapa Mak Ayah Kena Ambil Gambar Bayi

Isteri Di Rumah Kena Cantik Cantik Salima Habibi Pikat Suami Dengan Solekan Minyak Wangi

Kad Kredit Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya

Upgrade Diri Senyap Senyap Hasilnya Baru Tunjuk

Trump Sedang Memasak Dua Gajah Beseteru Rumput Hancur Terinjak