5175 Dulu Penerima Kini Pembayar Zakat Bernama 06 08 2020




KUALA LUMPUR (Bernama) -- Lima tahun lepas, kehidupan Shahrina Abdul Hadi, 36, dan seisi keluarganya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dengan serba-serbi kekurangan dan sebagai penerima bantuan zakat, hanya mampu menyewa unit kediaman satu bilik tidur di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Kelantan, Jalan Sentul, Kuala Lumpur

Kesusahan yang ditanggung keluarga ini turut dirasai keempat-empat anaknya yang pernah tidur di dataran persis gelandangan atau di dalam van milik suami setiap kali mereka berdua berniaga air secara kecil-kecilan di Dataran Merdeka sehingga tengah malam untuk menampung kehidupan

“Selalunya sampai awal pagi, anak akan tidur di situ. Pendapatan kami pun tak tetap. Akak juga tak tahu urus wang, dapat duit terus beli makanan dan keperluan anak. Duit keluar masuk macam itu saja

“Kami benar-benar susah dan menerima bantuan zakat hingga ada ketika sampai tak mampu bayar sewa rumah dan kenderaan pula kena tarik (kerana gagal menjelaskan bayaran bulanan),” kata ibu kepada lima anak berusia antara empat hingga 14 tahun yang kini menetap di PPR Wahyu, Jalan Sibu di ibu negara yang lebih selesa dengan tiga bilik

Shahrina yang lebih mesra dengan panggilan “Kak Rina” adalah bekas asnaf penerima bantuan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang kini berjaya keluar dari belenggu kemiskinan selepas dibantu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak 2016


LAPAN GOLONGAN ASNAF
Terdapat lapan golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan iaitu asnaf fakir, miskin, amil, muallaf, al-riqab (hamba yang ingin memerdekakan dirinya), al-gharimin (golongan berhutang), fisabilillah dan ibnu sabil (orang dalam perjalanan memenuhi syarak yang memerlukan bantuan)

Shahrina Abdul Hadi sedang melayan pelanggan yang singgah di gerai menjual produknya di Raudhah Grocer, Malakat Mall, Cyberjaya. --fotoBERNAMA(2020) Hak Cipta TerpeliharaAdd caption

Kak Rina pula tergolong dalam asnaf miskin iaitu seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya, tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan menampung tanggunggannya.
Anak kelahiran Kulim, Kedah itu adalah peniaga pertama yang mengikuti projek Pusat Perniagaan Asnaf (ABC) PPIM dan Malakat Mall, apabila diberi peluang memasarkan produknya di Raudhah Grocer di Malakat Mall di Cyberjaya.
“Alhamdulillah, dulu Akak terima zakat tapi sekarang dah boleh bayar zakat,” kata Kak Rina dengan senyuman tanda rasa puas di atas pencapaiannya hari ini.
Semua itu berkat usaha Kak Rina menghasilkan produk makanan seperti sambal ikan bilis, sambal sotong, kuah kacang, sos lada hitam dan maruku di bawah jenama "Toqqi” yang dijual di Raudhah Grocer sejak Mac lepas.
 
PRODUK KAK RINA
“Kami kerja dua orang je setakat ini (Kak Rina dan suami). Produk sambal ini kami sediakan di unit lot di Vila Putri milik PPIM,” katanya sambil matanya meleret memandang produk sambalnya disusun atas rak kosong (produk habis terjual) oleh kakitangan Raudhah Grocer.
Penulis ditemukan dengan Kak Rina oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan iaitu individu yang bertanggungjawab menyokong keluarga asnaf itu berniaga sehingga mereka keluar daripada kepompong kemiskinan sejak lima tahun lepas.
“Syukur produk laris. Akak ingin ucapkan terima kasih kepada Malakat Mall, Toqqi (Datuk Nadzim) PPIM dan Raudhah Grocer yang banyak membantu memperluaskan produk Akak hingga ke peringkat sekarang," katanya.
“Perasaan seronok terus dirasai bila produk habis. Harapan Akak semoga Malakat Mall bagi peluang untuk perluaskan bisnes supaya Akak dapat keluar daripada kepompong kemiskinan seperti slogan Datuk Nadzim di bawah kempen bebaskan ekonomi, sokong peniaga membayar zakat,” tambah beliau.
 
PROJEK ABC OLEH PPIM
Mengenai Pusat Perniagaan Asnaf di Malakat Mall, Nadzim berkata projek itu dijalankan untuk memberi ruang promosi kepada kelompok peniaga asnaf yang mahu mengubah masa hadapan.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan --fotoBernama(2020) Hak Cipta Terpelihara
“Kita fikir tempat ini boleh dijadikan sebagai pusat promosi. Kita nak mereka ini keluar daripada asnaf dan jadi pembayar zakat. Itu yang paling penting,” katanya dan menambah bahawa projek ABC adalah usaha berterusan PPIM dengan kerjasama Malakat Mall untuk membantu menjana ekonomi umat Islam.
Malah PPIM dan Malakat Mall menanam impian “sifar asnaf” menjelang tahun 2030, hasrat yang agak tinggi untuk dicapai.
“Namun, ini tidak mustahil jika semua pihak membantu kelompok sasaran dengan membeli dan menyokong produk keluaran mereka yang berniaga di Malakat Mall,” kata Nadzim dan menegaskan hanya dengan kekuatan ekonomi masyarakat bumiputera muslim mampu mengubah nasib ummah.
Nadzim berkata, ABC juga bukan hanya mempromosikan produk asnaf dari Malaysia, malahan produk dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
 
SOKONGAN MASYARAKAT
Sentimen Nadzim itu turut disokong kakitangan kerajaan, Nursyazana Hasnan, 29, yang menyokong projek ABC untuk membela ekonomi kelompok asnaf.
“Bukan senang seseorang asnaf untuk bangkit kalau tiada sokongan masyarakat sendiri. Saya pun datang ke sini (Malakat Mall) sebab nak sokong produk muslim, tapi tak sangka jumpa produk asnaf ini,” kata Nursyana yang turut membeli sambal ikan bilis Kak Rina yang dijual pada harga RM6.85.
Nursyazana menyifatkan projek ABC walaupun masih di peringkat awal namun ia sebagai kejayaan besar Malakat Mall, Raudhah Grocer dan PPIM dalam membantu memasarkan produk asnaf.
“Bukan hanya membantu tetapi pahala itu lebih penting dalam mengeluarkan seseorang daripada kelompok kemiskinan kepada yang lebih baik,” katanya.
Pengurus Stor Raudhah Grocer, Syahidan Hamidon, 45, ketika ditemui menyifatkan sokongan pengguna untuk membeli produk asnaf membuktikan semua pihak menyokong projek ABC yang mendapat kerjasama antara PPIM dan Malakat Mall.
“Alhamdulillah, pengguna juga ingin membantu golongan asnaf. Sekarang kami ingin kembangkan pilihan produk (keluaran asnaf) yang ada (untuk pengguna),” kata pengurus stor yang memakai tanjak di kepalanya.
Pada satu petang Sabtu akhir bulan lepas, penulis sempat mengunjungi Kak Rina dan beliau kelihatan amat bersemangat sekali selepas 300 produk sambalnya habis terjual.
Sambil mengharapkan sokongan pengguna khususnya mereka yang berada di Cyberjaya dan Putrajaya, Kak Rina yang masih berniaga nasi lemak di tepi LRT Masjid Jamek, menetapkan sasaran membekalkan sekurang-kurangnya 300 produk sambal setiap bulan di Raudhah Grocer.
“Bagilah Akak peluang membayar zakat secara istiqamah,” kata Kak Rina yang kini menerima tempahan 480 produk sambal dan maruku daripada Raudhah Grocer untuk tempahan berikutnya.


Artikel oleh: Bernama 
DULU PENERIMA KINI PEMBAYAR ZAKAT
https://bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1867559



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/08/5175-dulu-penerima-kini-pembayar-zakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5176 Going From Zakat Recipient To Payer Bernama 06 08 2020

5176 Going From Zakat Recipient To Payer Bernama 06 08 2020

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR More than five years back Shahrina Abdul Hadi and her family stayed in a cramped one bedroom flat in Jalan Sentul here and at night due to space constraints some of her children would sleep either in their father s old run down...
Rm8000 Untuk Penerima Bsh 2020 Melalui Skim Mysalam

Rm8000 Untuk Penerima Bsh 2020 Melalui Skim Mysalam

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 280 hits
RM8000 UNTUK PENERIMA BSH 2020 MELALUI SKIM MySALAM APA ITU SKIM MySALAM MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Pe...
Dulu Perli Pas Kingmaker Kini Parti Baharu Mahathir Nak Jadi Kingmaker Juga

Dulu Perli Pas Kingmaker Kini Parti Baharu Mahathir Nak Jadi Kingmaker Juga

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 249 hits
Selepas mengumumkan pembentukan parti Melayu dan peribumi baru Dr Mahathir Mohamad memberitahu penyokongnya bahawa wadah baru politik itu tidak perlu menjadi besar selagi mempunyai anggota yang komited Katanya parti itu mungkin tidak akan m...
Dulu Ph Dibenci Akibat Menteri Ph Buat Kerja Bodo Kini Sedikit Demi Sedikit Pn Pula Dibenci

Dulu Ph Dibenci Akibat Menteri Ph Buat Kerja Bodo Kini Sedikit Demi Sedikit Pn Pula Dibenci

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 229 hits
HAMDAN TAHAKerajaan PN ambil alih kerajaan dari PH yang ketika itu populariti telah menurun begitu teruk terutama dari pandangan masyarakat Melayu terutama dengan kebijaksanaan Umno dan Pas mengambil sesuatu isu atas kebodohan para menteri ...
6148 Nak Derma Selidik Dulu Harian Metro 25 07 2020

6148 Nak Derma Selidik Dulu Harian Metro 25 07 2020

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 298 hits
TIDAK salah berkongsi rezeki tetapi mereka yang menderma itu perlu bertanggungjawab bagi memastikan wang sumbangannya disalurkan kepada tempat sepatutnya Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata sindiket pe...
Dulu Keluar Pkr Kini Cari Mana Mahu Bertanding

Dulu Keluar Pkr Kini Cari Mana Mahu Bertanding

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 279 hits
Pemimpin PKR yang sebelum ini meninggalkan parti tersebut sekarang sedang mencari kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti tersebut tidak menghalang mana mana pemimpin un...
5790 Pusat Judi Sg Buloh Pemilik Gerai Burger Gesa Jangan Kecam Polis Malaysia Kini 10 08 2020

5790 Pusat Judi Sg Buloh Pemilik Gerai Burger Gesa Jangan Kecam Polis Malaysia Kini 10 08 2020

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 498 hits
Pemilik gerai burger yang mendedahkan kewujudan kegiatan perjudian di Sungai Buloh meminta orang ramai untuk berhenti mengecam polis Mohd Asri Hamid atau turut dikenali sebagai Asri Janggut berkata pihak polis mendapat banyak kritikan susul...
Viral Kisah Pria Dulu Pilot Bergaji Rp 60 Juta Kini Jadi Pengantar Makanan

Viral Kisah Pria Dulu Pilot Bergaji Rp 60 Juta Kini Jadi Pengantar Makanan

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 221 hits
Pandemi Corona telah memberikan dampak yang sangat signifikan bagi kehidupan terutama dalam hal keuangan Akibat pandemi Corona tidak sedikit orang yang terpaksa harus kehilangan pekerjaannya dan membuat pendapatannya berkurang atau bahkan t...
Saringan Kesihatan Percuma Kepada Penerima Bsh 2020

Saringan Kesihatan Percuma Kepada Penerima Bsh 2020

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 345 hits
SARINGAN KESIHATAN PERCUMA KEPADA PENERIMA BSH 2020 PENERIMA BSH 2020 LAYAK DAPAT SARINGAN KESIHATAN PERCUMA PEKA B40 Siapa yang perlu lakukan Saringan Kesihatan PERCUMA PeKa B40 Secara umumnya penerima BSH dan pasangan yang berumur 40 tahu...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini