506 Mangsa Dirawat 43 Sekolah Tutup Akibat Pencemaran Kimia Beracun


MALAYSIAKINI

    Sejumlah 506 orang dirawat dengan sembilan daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala 43 buah sekolah di Pasir Gudang diarah tutup hari ini ekoran pencemaran toksik akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim, di Johor Bahru, Khamis lalu

Seramai 166 orang kini dirawat di HSI.

Kes pencemaran toksik yang masuk hari ketujuh hari ini menyaksikan jumlah kes baru meningkat apabila pelajar dan murid beberapa lagi sekolah di sekitar kawasan itu mendapatkan rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih kerana mengalami sesak nafas, loya dan muntah.

Berikutan penutupan sekolah tersebut, Kementerian Pendidikan berkata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah terlibat boleh mendapatkan keputusan peperiksaan itu esok di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang selepas jam 10 pagi atau menyemak keputusan melalui mySMS 15888.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya menggerakan enam pasukan klinik kesihatan; dua ambulans dan dua pasukan dari HSI; dua ambulans dan dua pasukan Hospital Sultanah Aminah; serta bantuan ambulans daripada badan bukan kerajaan untuk menangani pesakit yang terjejas dalam kejadian itu.

Tiada keperluan isytihar darurat
Selain itu, klinik bergerak juga ditempatkan di Taman Mawar dan Taman pasir Putih untuk memberikan rawatan awal kepada pesakit terlibat.

Dr Dzulkefly turut mengingatkan orang ramai terutama yang tinggal di kawasan Pasir Gudang supaya melakukan pencegahan dengan mengelak daripada berada di kawasan kejadian serta memakai topeng muka jenis R95.

“Kita dapati antara beberapa faktor pencemaran kimia itu tersebar dengan kelajuan angin dan arah angin, dalam radius lima kilometer pun boleh kena bahan bahaya toksik ini,” katanya.

Keadaan itu menyebakan kerajaan negeri meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta sebagai bantuan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kepada mangsa dan keluarga serta kakitangan keselamatan yang terdedah dengan bahaya pencemaran itu.

Menteri Besar, Osman Sapian, pada sidang media selepas hampir tiga jam mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, setakat ini keadaan terkawal dan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di kawasan itu.

Beliau meminta orang ramai tidak panik, jangan membuat spekulasi dan berhenti menyebarkan maklumat tidak betul yang boleh mendatangkan perasaan cemas kepada umum, sebaliknya sentiasa mengikuti maklumat yang betul daripada pihak berkuasa.

F​​okus utama sekarang ialah kerja-kerja pengawalan pencemaran dan mengurus serta merawat pesakit yang terkesan dengan pencemaran ini, katanya.

Tiga kontraktor dijangka menyelesaikan operasi pembersihan sungai yang terjejas sepanjang 1.5 kilometer dalam masa kurang seminggu.

Kejadian itu turut menyaksikan tiga orang termasuk dua pemilik kilang ditahan dan seorang daripadanya dijangka didakwa di mahkamah esok.

Sementara itu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah pun melengkap kertas siasatan dan tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM500,000 jika sabit kesalahan.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/506-mangsa-dirawat-43-sekolah-tutup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencemaran Toksik 506 Dirawat 111 Sekolah Ditutup

Pencemaran Toksik 506 Dirawat 111 Sekolah Ditutup

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 431 hits
Sejumlah 506 orang dirawat dengan sembilan daripadanya di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail manakala kesemua 111 buah sekolah di Pasir Gudang diarah tutup hari ini ekoran pencemaran toksik akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim ...
Pencemaran Sisa Kimia Kpm Tutup 21 Buah Sekolah Lagi

Pencemaran Sisa Kimia Kpm Tutup 21 Buah Sekolah Lagi

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 411 hits
SEBANYAK 34 sekolah sekitar Pasir Gudang Johor diarah tutup serta merta berikutan pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim sejak Khamis lalu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata ketika ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri membab...
Pencemaran 506 Mangsa Sisa Kimia Direkodkan Hari Ini

Pencemaran 506 Mangsa Sisa Kimia Direkodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 344 hits
13 Mac 2019 9 38 PM JOHOR BAHRU Seramai 506 orang mangsa direkodkan hari ini sahaja berikutan pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim dekat Pasir Khamis
Pencemaran Bahan Kimia Lima Lagi Sekolah Ditutup Serta Merta

Pencemaran Bahan Kimia Lima Lagi Sekolah Ditutup Serta Merta

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 381 hits
Astro Awani Kesemua mangsa dibawa ke Dewan Komuniti Pasir Putih untuk menerima rawatan Gambar fail PASIR GUDANG Lagi lima buah sekolah diarah tutup pagi ini susulan terdapat pelajar yang mengalami simptom loya muntah muntah dan pening diper...
Pnbrk Td Membantu Mangsa Dalam Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang

Pnbrk Td Membantu Mangsa Dalam Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 930 hits
CBRNC Nuclear Biological Radiological Chemical Army Centre ataupunPNBRK TD Pusat Nuklear Biologi Radiologi Kimia Tentera Darat di bawah Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja yang berpangkalan di Markas 3 Divisyen Kem Terendak Melaka telah diatu...
Pencemaran Makin Teruk Tutup Semua Sekolah P Gudang Beerjaga Jaga

Pencemaran Makin Teruk Tutup Semua Sekolah P Gudang Beerjaga Jaga

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 625 hits
PASIR GUDANG Semakin teruk Itulah gambaran yang dapat diberikan berikutan isu pencemaran udara akibat sisa pembuangan bahan kimia oleh pihak tidak bertanggungjawab di Sungai Kim Kim di sini Menteri Pendidikan dalam kenyataan pada jam 10 30 ...
Isu Pencemaran Semua Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup

Isu Pencemaran Semua Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 525 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan untuk menutup semua sekolah iaitu sebanyak 111 buah di daerah Pasir Gudang berkuatkuasa serta merta hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak Menterinya Dr Maszlee Mali...
Maszlee Jawab Isu Sekolah Terlibat Pencemaran Kimia

Maszlee Jawab Isu Sekolah Terlibat Pencemaran Kimia

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 389 hits
Dr Maszlee Malik Kenyataan penuh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Berkaitan dengan isu penutupan semula 2 sekolah di Pasir Gudang berikutan bencana pencemaran sisa kimia Pada 7 Mac atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video

Where Would You Be Having Your Next Meal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suara 160 Ketua Bahagian Umno Sedikit Pun Tidak Membuatkan Pm Gentar

5 Sebab Kenapa Anda Mesti Minum Teh Hijau Setiap Hari

Bertahan Demi Isteri Dan Anak Anak Kapsyen Almy Nadia Undang Sebak Usai Kontrak Fizz Fairuz Tamat

Waktu Makan Masa Paling Bernilai Tapi Skrin Dah Curi Segalanya

Realme 14 5g Telefon Permainan Rasmi Untuk Kejohanan Mlbb Msl Musim 5

Simptom Simptom Sindrom Watak Utama