5019 Ambil Tindakan Tegas Pada Orang Tengah Yang Sengaja Naikkan Harga Durian Ppim Bernama 26 06 2019



MELAKA, 26 Jun (Bernama) – Rungutan harga durian mahal dan membebankan pengguna berpendapatan rendah dan sederhana akan terus berulang sekiranya tiada tindakan pihak berkuasa terhadap ‘orang tengah’ yang sewenang-wenangnya menaikkan harga, kata Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
“Bagi pendapat saya, selain penguatkuasaan undang-undang dan tindakan tegas terhadap penjual yang menipu dalam timbangan, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh mengambil tindakan awal seperti menganjurkan kursus asas etika perniagaan kepada mereka yang ingin terlibat sebagai orang tengah dalam pasaran durian tempatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini

Nadzim berkata beliau tidak menafikan bahawa peranan orang tengah penting bagi membawa masuk bekalan durian dari kebun-kebun ke pasaran, namun tidak wajar sekiranya mereka mengambil untung berlipat kali ganda sehingga membebankan pengguna

“Mengambil untung tidak salah, namun janganlah sampai membebankan pengguna yang akhirnya merugikan semua pihak,” katanya yang turut mencadangan pihak kerajaan memberi pendidikan awal etika perniagaan untuk melahirkan peniaga yang jujur

“Daripada pemerhatian saya, agak sukar mencari peniaga yang jujur di negara ini, jadi perkara ini perlu segera diperbaiki bagi melahirkan peniaga yang mempunyai etika pada masa depan,” katanya

“Tidak wajar sekiranya pengguna terus memboikot peniaga yang menjual durian secara timbang sebaliknya mereka perlu memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk bertindak terlebih dahulu atau pengguna boleh mengambil tindakan tidak membeli durian timbang terlebih dahulu sehingga harga turun atau membeli terus daripada pekebun bagi mendapat harga yang lebih rendah,” katanya ketilka diminta mengulas mengenai desakan beberapa pihak meminta pengguna memboikot peniaga yang menjual durian secara timbang

Beliau menggalakkan pekebun dan penanam durian menjual terus hasil tanaman mereka kepada pengguna bagi mengecilkan kuasa orang tengah yang ingin mendapat keuntungan lebih

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mendapati kebanyakan pengguna dan pekebun durian menyalahkan ‘orang tengah’ atau pemborong dalam isu kenaikan harga durian kerana mereka membeli pada harga rendah tetapi menjualnya pada harga berlipat kali ganda

Seorang peminat durian dari Bukit Baru, Melaka yang ingin dikenali sebagai Rizal, 42, berkata adalah tidak adil peniaga menjual durian secara timbang kerana yang berat bukan isi tetapi kulitnya

“Jika ditimbang, sebiji durian bersaiz sederhana boleh mencapai berat sehingga dua kilogram, harga pasaran durian kampung adalah sekitar RM6 hingga RM8 sekilo, jadi pengguna perlu menbayar sekitar RM16 hingga RM20 sebiji dan ianya agak mahal untuk durian kampung,” kata bapa kepada empat orang anak itu

Peniaga durian yang hanya ingin dikenali sebagai ‘Hassan’, 40, berkata, beliau yang pernah menjadi orang tengah tahun lepas berpendapat harga pasaran durian sekarang tidaklah terlalu mahal dan pengguna mempunyai pilihanan untuk membeli durian mengikut gred dan jenis

Pemborong bukan sengaja hendak menaikkan harga tetapi perlu untuk menampung kos pengangkutan dan risiko buah rosak, katanya dan menambah, harga antara RM6.40 dan RM7 sekilo adalah berpatutan kerana pekebun memerlukan modal besar untuk menanam dan menjaga pokok durian dan bukan semua orang mampu melakukanya

-- BERNAMA
Artikel oleh: BERNAMA
AMBIL TINDAKAN TEGAS PADA 'ORANG TENGAH' YANG SENGAJA NAIKKAN HARGA DURIAN - PPIM
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1739251

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/06/5019-ambil-tindakan-tegas-pada-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5020 Authorities Should Educate Durian Middlemen Ppim Bernama 26 06 2019

5020 Authorities Should Educate Durian Middlemen Ppim Bernama 26 06 2019

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 390 hits
MELAKA June 26 The onset of every durian season for the past few years have been met with a furore over high prices of the King of Fruits Complaints were heard nationwide over durians being priced according to weight making it unbearably ex...
5002 Mesyuarat Ppim Bersama Jabatan Penjara Dan Gisb Holdings Ppim 19 06 2019

5002 Mesyuarat Ppim Bersama Jabatan Penjara Dan Gisb Holdings Ppim 19 06 2019

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 538 hits
Mesyuarat PPIM bersama Jabatan Penjara dan GISB Holdings membincangkan peluang kedua untuk bekas banduan serta beberapa program akan datang yang dirancang dapat membantu golongan bekas banduan mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih ba...
4996 Toqqi Turun Padang Bantu Pengusaha Restoran Ditekan Dbkl Ppim 18 06 2019

4996 Toqqi Turun Padang Bantu Pengusaha Restoran Ditekan Dbkl Ppim 18 06 2019

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 565 hits
Pada Selasa 18 Jun 2019 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi turun padang melawat tapak restoran milik Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin Restoran milik Qobin dilaporkan telah melanggar syarat bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpu...
4990 Tokki Berbincang Dengan Tnb Ppim 17 06 2019

4990 Tokki Berbincang Dengan Tnb Ppim 17 06 2019

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 315 hits
PPIM telah mengadakan sesi penerangan isu pengguna berkenaan bil TNB baru baru ini bersama wakil TNB yang hadir
5006 Perjumpaan Ppim Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Ppim 20 06 2019

5006 Perjumpaan Ppim Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Ppim 20 06 2019

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 507 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan hari ini telah mengadakan sesi perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO Dato Sri Dr Mohammed Azman Bin Dato Aziz Mohammed tentang masalah kesihatan dan tahap kesedaran mengenai gaya hidup sihat gol...
Jamuan Raya Ppim 2019

Jamuan Raya Ppim 2019

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 632 hits
AssalamualaikumRabu 19 6 2019 Dataran Surau As Syuhada SKIDilampirkan ppimmajubersamaski
5015 Majlis Sambutan Aidilfitri Tekun Nasional Ppim 24 06 2019

5015 Majlis Sambutan Aidilfitri Tekun Nasional Ppim 24 06 2019

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 803 hits
Toqqi hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Tekun Nasional Di majlis tersebut PPIM membincangkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Dato Adam Abd Ghani mengenai potensi program usahawan bekas banduan PPIM menerajui program usahawan...
15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Norza Leaves Bam On A High

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Cancel Culture Antara Keadilan Sosial Dan Pengadilan Massa Digital

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Beto Tolak Babak Atas Katil Watak Lgbt Saya Tak Mahu Cemar Maruah Keluarga