50 Wasiat Rasulullah Istimewa Buat Wanita Muslimah


50 Wasiat Rasulullah Istimewa Buat Wanita Muslimah - Pesanan Rasulullah s.a.w buat wanita muslimah, bukan setakat 50 jumlahnya tetapi lebih dari itu. Saya kumpulkan 50 wasiat Rasulullah dalam artikel ini yang kebanyakannya amal ibadah yang mudah dilakukan oleh wanita tetapi berat timbangannya di mata Allah.




Marilah sama-sama kita panjatkan doa semoga mampu menjadi seorang wanita solehah,

Ya Allah, jadikan aku wanita solehah, yang baik di antara yang terbaik, dan kurniakan aku pendamping yang baik dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...aamiin...

50 Wasiat Rasulullah Istimewa Buat Wanita Muslimah
1. Telah bersabda Rasulullahﷺ. maksudnya:
"Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya." Sayidatina Aisyah bertanya, "Mengapa, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW: Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.

2. Rasulullah ﷺbersabda:
"Wanita, apabila ia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu syurga yang ia kehendaki."
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)

3. Rasulullah ﷺ bersabda:
"Pertama kali urusan yang akan ditanyakan pada hari Akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak)."

Imam Thabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipannya kepada Allah sehingga ia menjalankan kewajipannya kepada suaminya. Seandainya suaminya memintanya (untuk digauli) walaupun (dia) sedang berada di belakang unta maka ia tidak boleh menolaknya.

4. Nabi ﷺ bersabda:
'Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima solatnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta maaf)." (Riwayat dan Hassan)

5. Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a. berkata: 'Bersabda Rasulullah SAW: "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah." (Riwayat Muslim)

6. Sabda Rasulullah ﷺ:
"Siapa saja perempuan yang memakai bau bauan, kemudian ia keluar melihat kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina." (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)

7. Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali untuk urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.
Sabda Rasulullahﷺ :
"Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandangnya." (Riwayat Tarmizi)
Haram bagi wanita melihat laki-laki sebagaimana laki-laki haram melihat wanita (yang halal nikah) kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual-beli.

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari, ketika Rasulullahﷺ bersama sama isteri-isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum), Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, 'Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya?" (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

8. Rasulullahﷺ bersabda:
"Perempuan yang memakai pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Kiamat, tidak ada nur baginya. " (Riwayat Tarmizi)

9. Sabda Rasulullah ﷺ:
'Dikahwini wanita kerana empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu bertuah (beruntung)." (Riwayat Bukhari)

10. Rasulullahﷺ bersabda:
"Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkawinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kawinnya)."

11. Nabi ﷺ pemah bersabda:
"Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).

12. Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:
"Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana saja pintu yang disukainya dengan tidak dihisab."

13. Rasulullah ﷺ bersabda:
"Siapa saja wanita yang bermuka masam sehingga menyebabkan tersinggung hati suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sampai ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya."

Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, baik itu miskin atau kaya.

14. Ibnu Umar berkata bahwa telah datang seorang wanita kepada Rasulullah ﷺ lalu bertanya,"Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda,"Tunaikanlah hajatnya sekalipun engkau berada di alas belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, kalau engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri. Jangan keluar melainkan dengan izinnya, jika keluar juga akan dilaknat oleh malaikat Rahmat dan malaikat azab sehinggalah ia kembali ke rumahnya."

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:
"Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta dengan tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seorang laki-laki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

15. Sabda Rasulullahﷺ bermaksud:
"Tidaklah putus balasan dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya."

16. Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullahﷺ: "Siapa saja wanita yang berdiri diatas kedua kakinya membakar roti untuk suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari api neraka."

17. Dan siapa saja wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, membaikkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah kurniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan karamah itu. Tidak ada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.

18. Thabit Al Bananiy berkata: "Seorang wanita dari Bani Israil yang buta sebelah matanya, sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esok harinya matanya yang buta telah sembuh, Allah kurniakan karamah (kemuliaan) pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya."

19. Dan lbnu Mas'ud bersabda Rasulullah ﷺ:
'Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya."

20. Nabi ﷺ bersabda:
"Siapa saja wanita yang berkata kepada suaminya: Tidak pemah aku dapat dari engkau satu kebaikanpun. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari."

21. Sabda junjungan Rasulullahﷺ :
"Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menyenangkan engkau, jika engkau memerintah diturutinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya."

22. Sabda Rasulullahﷺ bermaksud:
"Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya kecuali jika terpaksa (kerana suatu urusan yang mustahak) dan dia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan di tepi-tepinya."

23. Syeikh Abdullah AL -fatani:
"Derhaka seorang perempuan yang keluar dan rumahnya kepada majlis zikir atau majlis ilmu yang bukan fardhu ain. Wajiblah atasnya keluar supaya belajar dia akan segala fardhu ain itu dan haram atas suaminya mencegah isteri jika dia (suami) tidak mampu mengajarnya. Jika dia ada ilmu niscaya wajiblah atasnya mengajar akan isterinya itu maka ketika itu haramlah perempuan itu keluar dari rumahnya lagi derhaka dia."

24. Sabda Rasulullahﷺ :
"Apabila seorang laki-laki memanggil isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya, hingga marahlah suaminya, maka tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat sampai pagi. "

25. Abu Bakar As Siddiq mengatakan. aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
"Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia semuanya "

26. Ibnu Umar r.a. berkata, telah bersabda Rasulullahﷺ : "Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

27. Tersebut dalam kitab Muhimmah karangan Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim Pattani:
"Hendaklah isteri mendahulukan suaminya atas hak dirinya dan seluruh kaum kerabatnya."

28. Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud:
"Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-samaku di dalam syurga."

29. Rasulullah ﷺbersabda:
"Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu." (Riwayat Ahmad)

30. Rasulullah ﷺbersabda:
"Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tidak ada sebab yang dibenarkan oleh syariat, haramlah baginya bau
syurga." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

31. Rasulullah ﷺ bersabda:
"Wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha (tidak marah) padanya, nescaya ia masuk syurga." (Riwayat Tarmizi)

32. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan."

33. Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud:
"Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil)".

34. Nabi SAW bersabda:
"Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya."

35. Rasulullah ﷺ bersabda:
"Perintahkanlah anak-anakmu semua yang berumur tujuh tahun untuk mengerjakan solat. Apabila mereka telah berumur sepuluh tahun tetapi belum mengerjakan solat hendaklah dipukul (tetapi jangan sampai luka) dan pisahkanlah tempat tidurnya."
(Riwayat Abu Daud)

36. Sabda Rasulullahﷺ :
"Ya Fatimah, barang siapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga, dan dicatatkan Allah baginya kebebasan dari api Neraka dan selamatlah ia melintas titian Sirat"

37. Hal-hal yang menjadikan wanita itu durhaka kepada suaminya seperti tersebut dalam kitab Muhimmah:

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya baik itu untuk jimak atau menyentuh mana saja bahagian tubuhnya.

b. Keluar rumah tanpa izin suami baik itu ketika suami ada di rumah ataupun tidak ada.

c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu fardhu ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu fardhu ain jika suaminya tidak mampu mengajar.

d. Tidak mau berpindah (berhijrah) bersama suaminya.

e. Mengunci pintu, tidak mengizinkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

f. Bermuka masam ketika berhadapan dengan suami.

g. Minta talak.

h. Berpaling atau membelakangi suami ketika berbicara.

i. Menyakiti hati suami baik itu dengan perkataan atau perbuatan.

j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

k. Mengizinkan orang lain masuk ke dalam rumah, sedangkan orang itu tidak disukai oleh suami.

Tersebut dalam kitab Muhimmah, suatu ketika di Madinah, Rasulullah ﷺ keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati beberapa orang wanita dalam majlis. Baginda lalu bertanya: "Apakah kamu menyolatkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak." Sabda baginda, "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetap tinggallah di rumah dan berkhidmat kepada suami niscaya pahala sama dengan ibadah- ibadah orang laki-laki."
Imam Ghazali rh.m berkata: "Wajib bagi wanita mengikuti perintah suaminya selagi tidak membawa maksiat."

38. Ulama-ulama ada berkata, wajib bagi wanita-wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya.

b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.

c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.

d. Dengar dan diam ketika suami berbicara.

e. Berdiri menyambut kedatangannya.

f. Berdiri menghantar kepergiannya,

g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.

h. Memakai wangi-wangian untuk suaminya.

i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.

j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tidak adanya.

k. Tidak berkhianat ketika ketidaadaan suaminya.

l. Memuliakan keluarga suaminya.

m. Memandang pemberian suami yang kecil sebagai besar dan berharga.

n. Ketahuilah, Syurga dan Neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

39. Diceritakan di dalam kitab Muhimmah bahwa seorang Badwi menemui Rasulullah ﷺ lalu berkata," Tidak akan aku percaya pada engkau sebelum ditunjukkan padaku suatu mukjizat." "Apakah yang engkau kehendaki" tanya Rasulullah. "Suruh pohon kurma yang kering itu menghadap engkau," kata Badwi itu. Maka bersabda Rasulullah, "Pergilah engkau kepada pohon yang kering itu, katakan bahwa Muhammad memanggilnya." Arab Badwi itu pun melakukan apa yang diperintahkan. Setelah diberitahu kemudian, pohon kurma itu kelihatan bergerak gerak ke kiri dan ke kanan hingga tercabut akar-akarnya dan berjalan ia menghadap Rasulullah, lalu memberi salam. Rasulullah menjawab salamnya. Melihat peristiwa itu Arab Badwi itu terus mengucap kalimah syahadah. "Cukuplah ya Rasulullah, cukuplah," katanya lagi. Rasulullah pun memerintahkan pohon itu kembali ke tempatnya. Arab Badwi itu berkata lagi. "Wahai Rasulullah, aku telah meminta darimu sesuatu yang tidak pernah diminta oleh orang lain. Itu pun engkau tunaikan, karena itu izinkan aku sujud kepadamu setiap kali sujud solat di belakangmu." Jawab baginda, "Tidak harus seorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya, karena membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka."

40. Dari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah bersabda: "Tiga golongan dari umatku akan mengisi Neraka Jahanam selama tujuh kali umur dunia. Mereka itu adalah:

a. Orang yang gemuk tetapi kurus.

b. Orang yang berpakaian tetapi bertelanjang.

c. Orang yang alim tetapi jahil.

Adapun yang gemuk tetapi kurus itu ialah wanita yang gemuk (sihat) tubuh badannya, tetapi kurang ibadahnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (iaitu berpakaian tipis atau terlalu ketat hingga terbayang bentuk tubuh badannya). Orang yang alim tetapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan pribadi. "

41. Rasulullah ﷺ bersabda:

"Empat golongan wanita yang berada di syurga ialah:

a. Perempuan yang menjaga dirinya dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.

b. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang (dalam kehidupannya) bersama suaminya.

c. Perempuan yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang maka ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.

d. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurus anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia menikah karena kuatir putera puterinya akan tersia-sia. (Kalau ada jaminan putera-puterinya tidak akan disia-siakan barulah ia mahu menikah).

42. Dan empat golongan wanita yang berada dalam Neraka ialah:

a. Wanita yang jelek (kotor) mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya pergi, ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memakinya (memarahinya),

b. Wanita yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang dia tidak mampu.

c. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum laki-laki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik kaum laki-laki).

d. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak sanggup berbakti kepada Allah dan tidak sanggup berbakti kepada Rasul-Nya dan tidak sanggup berbakti kepada suaminya."

43. Rasulullah SAW bersabda:
"Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya."

44. Rasulullah ﷺ bersabda:
"Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan orang yang masuk ke masuk ke dalamnya ialah golongan miskin, manakala orang-orang kaya tertahan di luar pintu surga kerana dihisab. Selain dari itu ahli Neraka diperintahkan masuk ke dalam Neraka dan aku telah berdiri di atas pintu Neraka, aku lihat kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah wanita."
(Riwayat Imam Bukhari dan Usamah bin Lad r.a)

45. Rasulullah ﷺ juga bersabda: "Aku lihat api Neraka, tidak pemah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli Neraka ialah wanita." Baginda ditanya, "Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa puas hati dan cukup." (Riwayat Imam Bukhari)

46. Sabda Nabi SAW: "Kebanyakan ahli Neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, apakah karena mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi, "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

47. Sabda Rasulullah SAW:
"Keadaan wanita sepuluh kali ganda seorang laki-laki di dalam Neraka dan dua kali ganda seorang laki-laki di dalam surga. "

Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat anaknya Fatimah ra dan didapatinya sedang menangis. Maka bertanyalah Rasulullah
SAW: "Apakah yang membuat engkau menangis, wahai Fatimah?'
Fatimah menjawab, "Wahai ayahku, aku menangis disebabkan oleh keletihan yang tidak terkira ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah. Sekiranya ayahanda menyuruh Imam Ali membeli seorang wanita suruhan, itu akan menjadi pemberian yang besar bagiku."

Mendengar kata-kata itu, hati Rasulullahﷺ teriris hingga berlinang air mata baginda. Lalu baginda pun duduk berhampiran alat pengisar kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan (basmalah).

Ketika Rasulullah ﷺ memasukkan gandum tersebut ke dalam alat pengisar maka bergeraklah alat itu dengan sendirinya sambil alat itu memuji Allah dalam bahasa yang amat indah dan suara yang amat merdu sehingga semuanya dikisar. Lalu Baginda pun berkata, "Berhentilah kamu wahai alat pengisar " Ketika itu Allah telah menjadikan alat itu dapat berkata-kata. "Demi Allah yang mengantarmu dengan kebenaran sebagai seorang Rasul dan dengan berita sebagai orang yang diamanahkan. Aku tidak akan berhenti sebelum kau memberi jaminan dari Allah untuk menempatkan aku di dalam surga dan menjauhkan aku dari api Neraka." Berkata Rasulullah SAW: "Kau adalah batu, namun kau takut pada api Neraka" Alat pengisar menjawab, "Wahai Rasulullah, aku telah mendengar kata-kata ini dari Al Quran: "Wahai orang yang beriman, jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka yang pembakarnya terdiri dari manusia dari batu-batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, tidak mendurhakai terhadap apa yang diperintahkan Allah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
Maka Rasulullah pun mendoakan untuk keselamatan batu itu. Selesai berdoa turunlah malaikat Jibril a.s dan berkata: "Wahai Muhammad, Tuhan yang untuknya segala pujian dan yang Maha Tinggi, mengirim salam dan penghormatan dan berpesan kepada engkau, beritahu batu itu berita gembira bahwa Allah telah menganugerahkan pada batu itu keselamatan dari api neraka dan meletakkannya di antara batu-batu surga di dalam mahligai Fatimah di mana ia akan bercahaya bagaikan matahari di alam ini."

Lalu disampaikan berita itu. Baginda memandang kepada Fatimah lalu bersabda: "Wahai Fatimah, sekianya begitu kehendakAllah, pengisar ini akan bekerja setiap hari tetapi Allah ingin mencatatkan untukmu perbuatan baik dan meninggikan derajatmu karena tanggung jawabmu yang berat itu. "

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api Neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi. "

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khusus untuknya di atas takhta di hari Akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya pahala sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dinnya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memperhatikan." (Riwayat Abu Hurairah)

50. Asma binti Khanyah Fazari diriwayatkan telah berkata pada puterinya pada hari pernikahan anaknya itu: "Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan dia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya dia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai-bagai kesukaran karena itu akan memungkinkan dia meninggalkamu. Kalau dia mendekatimu, dekatilah dia dan jika dia menjauhimu maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah biarkan suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum, Jangan pula dia mendengar melainkan yang enak dan janganlah dia melihat melainkan yang indah saja pada dirimu."

Bergenang airmata saat saya habis membaca pesanan di atas. Banyaknya fadilat menjadi wanita. Begitu mulia wanita dengan asal kejadiannya. Wanita adalah insan terpilih yang Allah hadiahkan pahala dan kebaikan selagi dia berkelakuan mengikut seperti yang disyariatkan.

#sumber
Sebarkan Bahagia:Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2014/11/50-wasiat-rasulullah-istimewa-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Singapura Perdaya Wanita Untuk Lakukan Hubungan Intim Dirakam Amp Video Dihantar Kepada Suami Mangsa

Lelaki Singapura Perdaya Wanita Untuk Lakukan Hubungan Intim Dirakam Amp Video Dihantar Kepada Suami Mangsa

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 202 hits
Seorang lelaki yang sudah berkahwin di Singapura sanggup menyamar sebagai ejen pengiring dan pelanggan hanya untuk memperdaya seorang wanita bagi melakukan hubungan intim dengannya Apabila mangsa berusia 28 tahun itu menyedari dirinya telah...
Mampu Beli Kereta Honda Tetapi Tak Mampu Nak Naik Taraf Rumah Sendiri Wanita Sindir Jirannya Di Aplikasi Tiktok

Mampu Beli Kereta Honda Tetapi Tak Mampu Nak Naik Taraf Rumah Sendiri Wanita Sindir Jirannya Di Aplikasi Tiktok

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 521 hits
Seorang pengguna TikTok sengaja menyindir jirannya yang baru sahaja membeli sebuah kereta Honda sambil merakam keadaan rumah lelaki itu bagi menampakkan dia lebih mengutamakan kereta berbanding menaiktaraf kediamannya nbsp TikToker Anaayyy2...
Izue Islam Elak Bersentuhan Pelakon Wanita

Izue Islam Elak Bersentuhan Pelakon Wanita

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 197 hits
KUALA LUMPUR 18 DIS 2014 Pelakon Izzue Islam masih berpegang pada prinsip cuba tidak akan bersentuhan dengan pelakon wanita di set penggambaran terutama babak romantik Bagi dirinya banyak cara lain untuk melihat sesuatu plot itu kelihatan m...
Hari Wanita Sedunia 2023 Tarikh Sejarah Tema Logo

Hari Wanita Sedunia 2023 Tarikh Sejarah Tema Logo

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 729 hits
Sambutan Hari Wanita Sedunia disambut 8 Mac setiap tahun termasuklah di Malaysia Jika kita renungi kembali ibu kakak adik wanita guru wanita dan sesiapa sahaja wanita dalam perjalanan hidup kita telah memainkan peranan penting dalam hidup k...
Roche Anjur Webinar Memimpin Kesaksamaan Dan Keadilan Bersempena Hari Wanita Sedunia 2023

Roche Anjur Webinar Memimpin Kesaksamaan Dan Keadilan Bersempena Hari Wanita Sedunia 2023

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 629 hits
ROCHE ANJUR WEBINAR MEMIMPIN KESAKSAMAAN DAN KEADILAN BERSEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2023 Assalammualaikum semua Pada 8 Mac bersempena Hari Wanita Sedunia 2023 Ruby berbesar hati dapat memanfaatkan hari tersebut dengan menyertai Sesi Perbin...
Tak Rasmi Hajat Sharizat Ketuai Semula Wanita Umno Tak Tercapai

Tak Rasmi Hajat Sharizat Ketuai Semula Wanita Umno Tak Tercapai

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 259 hits
malaysiakini comAhli Parlimen Parti Sulong Noraini Ahmad berjaya mempertahankan jawatan selaku ketua Wanita Umno meskipun berdepan saingat sengit daripada pencabarnya Shahrizat Abdul Jalil Berdasarkan keputusan tidak rasmi Noraini mendapat ...
Wanita M1steri Call Radio Meng1lai Minta Tolong Fazziq Muqris Tak Buat G1mik Satu Konti Merem4ng

Wanita M1steri Call Radio Meng1lai Minta Tolong Fazziq Muqris Tak Buat G1mik Satu Konti Merem4ng

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 348 hits
PENYAMPAI radio Fazziq Muqris menafikan d4kwaan sesetengah pihak kononnya panggilan wanita m1steri yang diterima semasa dia mengendalikan segmen Carta 40 Era pada malam Jumaat lalu merupakan lakonan dan g1mik semata mata Mengulas mengenai d...
Official Noraini Stays As Wanita Umno Head Akmal New Youth Chief

Official Noraini Stays As Wanita Umno Head Akmal New Youth Chief

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 356 hits
Noraini Ahmad has successfully defended her position as Wanita Umno chief defeating her challenger and predecessor Shahrizat Abdul Jalil Umno election committee chairperson Shahrir Abdul Samad said Noraini garnered 112 votes out of 189 Wani...
Tottenham Wanita Memecat Rehanne Skinner Dengan Vicky Jepson Untuk Memimpin Melawan Leicester Berita Sepak Bola

Tottenham Wanita Memecat Rehanne Skinner Dengan Vicky Jepson Untuk Memimpin Melawan Leicester Berita Sepak Bola

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 253 hits
Tottenham Wanita telah memecat Rehanne Skinner setelah sembilan kekalahan beruntun di WSL dengan asisten pelatih Vicky Jepson untuk mengambil alih sementara Spurs belum pernah memenangkan pertandingan WSL mereka sejak mengalahkan Brighton 8...
Bukan Sekadar Gabungan Ini Sebab Utama Malaysia Dibentuk

Fattah Amin Dedah Fatima Selesa Panggil Amira Othman Aunty Mira

Rezeki Dikongsi Hari Malaysia 16 09 2025

Sabah Electricity Worker Swept Away In Flood

Pm Anwar Umum Peruntukan Rm2 Juta Hidupkan Pendekar Madani Di Sekolah Ipt

Banjir Di Perak Pulih Lebih 3 000 Mangsa Terjejas Di Sabah Kelantan

Macc Adopting Ai Digital Systems To Boost Anti Graft Efforts

Pendakwa Mendapat Pemenjaraan 12 Tahun Untuk Charlie Javice Dalam 175j Penipuan Jpmorgan Financefeeds


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Secret Recipe Teams Up With Zus Coffee For A Match Made In Malaysia

Lina Store In Lisbon By Kate Turbina A Spatial Meditation On Identity And Minimalism

Batu Umno Division Chief Resigns From Federal Territories Foundation

Disgruntled Activist Moots Exiled Sabah Gov T In Down Under As Legitimate Voice Of Sabahans

Perhaps Biomedical Engineers Can Help Save Malaysia S Ageing Future

Jalan Jalan Cuti Sekolah September 2025