5 Tip Elakkan Pisang Cepat Rosak Berubah Warna


5 Tip Elakkan Pisang Cepat Rosak & Berubah Warna
Pisang merupakan antara salah satu buah yang paling popular dan mudah ditemui di seluruh dunia. Rasanya yang manis, teksturnya yang lembut membuatkan ia menjadi pilihan utama bagi semua peringkat umur.
Selain itu, pisang juga kaya dengan pelbagai nutrien yang bermanfaat kepada tubuh. Oleh sebab itu, pisang juga sering dijadikan sebagai makanan snek yang sihat terutamanya bagi individu yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Bukan itu sahaja, selain dari dimakan terus, pisang juga digunakan secara meluas dalam pelbagai hidangan tradisional mahupun moden.
Malah, pelbagai variasi makanan atau juadah boleh diolah. Sebagai contoh, pisang goreng, pengat pisang, lepat pisang dan pelbagai lagi.
Namun, di sebalik pelbagai fungsi dan khasiat yang ada, pisang juga mempunyai sifat yang mudah rosak sekiranya tidak disimpan dengan baik ataupun dibiarkan lama.
Pisang boleh berubah warna Pisang boleh berubah warna dengan sangat cepat dari putih atau kuning kepada coklat keperangan sebaik sahaja dikupas. Selain itu, kulit pisang juga akan menjadi gelap jika dibiarkan lama.
Hal ini kerana disebabkan enzim polifenol oksida yang terdapat dalam pisang. Enzim ini bertindak balas dengan oksigen dalam udara dan menghasilkan tindak balas kimia yang dikenali sebagai enzymatic browning.
Akibatnya, kulit dan isi pisang akan menjadi perang dan itu menandakan proses penuaan semula jadi buah tersebut.
BACA: Pisang Mas Masuk Senarai 10 Pisang Terbaik Dunia Tip elak pisang rosak Namun, anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa teknik mudah untuk memastikan pisang kekal segar. Berikut adalah cara memastikan pisang yang masih belum dikupas atau sudah dikupas kekal segar dan tidak rosak.
Pembalut plastik
Apabila anda membeli pisang, bahagian atas buah tersebut mungkin dibalut dengan plastik. Jangan buang plastik tersebut dan sebaliknya anda boleh biarkannya.
Ini kerana bahagian atas pisang menghasilkan gas etilena yang merangsang proses enzymatic browning.
Jadi, untuk memanjangkan jangka hayat buah tersebut, balutkan sedikit plastik sekiranya ia belum dibalut. Ini bertujuan mengurangkan pendedahan udara dan memperlahankan proses pematangan.
Gantung pisang berasingan
Pisang tidak sesuai disimpan bersama buah-buahan lain kecuali jika ia digunakan dalam salad buah atau smoothie. Ini kerana buah-buahan lain seperti tomato, avokado dan epal menghasilkan jumlah gas yang banyak.
Oleh itu, elakkkan membeli pisang sekiranya ia digantung bersama buah yang lain. Menggantung pisang juga merupakan satu alternatif untuk mengelakkan buah menjadi lebam dan mengurangkan kemungkinan isi pisang terdedah kepada oksigen.
Guna asid sitrik
Asid sitrik biasanya digunakan dalam serbuk pengawet bagi mengelakkan pengoksidaan pada buah yang telah dipotong. Serbuk ini direka khas bagi menghalang perubahan warna pada pisang yang telah dipotong. Cara menggunakannya juga mudah.
Anda boleh rendam pisang dalam mangkuk berisi air. Kemudian, tambahkan jumlah serbuk mengikut isipadu yang tertera pada bekas asid tersebut. Selepas tiga hingga lima minit, toskan pisang sebelum ia digunakan.
Simpan dalam peti sejuk
Pisang sebenarnya boleh disimpan dalam peti sejuk. Suhu yang sejuk dan kering akan melambatkan proses kematangan pisang tersebut.
Oleh sebab itu, pasar raya biasanya tidak menyimpan pisang di dalam peti. Dalam erti kata lain, sekiranya anda meletakkan pisang yang belum masak, pisang tersebut kemungkinan akan kekal dalam keadaan begitu.
Bekukan
Pisang juga boleh dibekukan. Mengisar pisang yang beku akan menghasilkan rasa yang manis, berlemak dan boleh dijadikan sebagai smoothie.
Namun, perlu diingatkan untuk tunggu pisang anda masak terlebih dahulu sebelum bekukan ia. Ini kerana proses pembekuan juga akan melambatkan proses ia matang.
BACA: 6 Tip Rebus Telur Supaya Kekal Cantik & Tak Retak Sumber: Slurrp
The post 5 Tip Elakkan Pisang Cepat Rosak & Berubah Warna appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/28/5-tip-elakkan-pisang-cepat-rosak-berubah-warna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gigi Rosak Berkulat Ketahui 8 Punca Utama

Gigi Rosak Berkulat Ketahui 8 Punca Utama

papar berkaitan - pada 28/12/2025 - jumlah : 135 hits
Gigi Rosak Berkulat Ketahui 8 Punca Utama Umum mengetahui bahawa gigi merupakan salah satu anggota tubuh yang penting untuk setiap individu Tambahan lagi ia juga penting kerana dianggap mampu menambah keyakinan seseorang Bukan itu sahaja ji...
Orang Yang Enggan Berubah

Orang Yang Enggan Berubah

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 85 hits
Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membangkitkan rasa ingin tahu dan tanda tanya Artikel ini bukan sekadar pernyataan tentang stagnasi tetapi satu pengisytiharan identiti yang kukuh Dalam dunia yang mengagungkan perubahan kelajuan dan ...
Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 143 hits
Kuala Lumpur Polis mengesahkan bahawa empat kenderaan mengalami kerosakan dalam sebuah kemalangan yang tular melibatkan sebuah treler di Kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh Melaka semalam Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan ...
Kajian Dedah Minuman Ini Dapat Tingkatkan Tekanan Darah Lebih Cepat Daripada Garam

Kajian Dedah Minuman Ini Dapat Tingkatkan Tekanan Darah Lebih Cepat Daripada Garam

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 126 hits
Kajian Dedah Minuman Ini Dapat Tingkatkan Tekanan Darah Lebih Cepat Daripada Garam Kini pelbagai jenis minuman yang boleh didapati di pasaran Dari kopi yang menyegarkan teh manis hingga minuman bekarbonat dan tenaga yang menyegarkan Namun b...
Kripto Bukan Skim Cepat Kaya Ini Realiti Sebenarnya

Kripto Bukan Skim Cepat Kaya Ini Realiti Sebenarnya

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 118 hits
Kripto Bukan Skim Cepat Kaya Ini Realiti Sebenarnya Setiap kali ada yang bercerita tentang kripto pasti terselit harapan untuk The post appeared first on
Salam Yang Tak Pernah Berubah

Salam Yang Tak Pernah Berubah

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 151 hits
Salam Yang Tak Pernah Berubah Habit aku bila bertemu orang yang lebih berusia dan rapat aku salam dan cium tangan Lelaki Sepuluh kali jumpa sepuluh kali itu juga aku buat perkara yang sama Ramai yang hairan Ada yang senyum pelik Ada yang di...
Ini Jangkakan Apa Yang Akan Terjadi Di Malaysia Menjelang 2030 Situasi Pendidikan Juga Berubah

Ini Jangkakan Apa Yang Akan Terjadi Di Malaysia Menjelang 2030 Situasi Pendidikan Juga Berubah

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 193 hits
Ini Jangkakan Apa Yang Akan Terjadi Di Malaysia Menjelang 2030 Situasi Pendidikan Juga Berubah Dunia hari ini begitu pantas bergerak dan pernahkan anda terfikir bagaimana hala tuju kita pada tahun tahun yang mendatang Peristiwa peristiwa pe...
Atlet Pahang Yang Berjaya Meraih Pingat Di Sukan Sea Thailand Berpeluang Menerima Imbuhan Mengikut Warna Pingat

Atlet Pahang Yang Berjaya Meraih Pingat Di Sukan Sea Thailand Berpeluang Menerima Imbuhan Mengikut Warna Pingat

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 154 hits
KUANTAN Atlet Pahang yang berjaya meraih pingat untuk negara pada Sukan SEA Thailand berpeluang menerima imbuhan mengikut warna pingat diterima Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Badan badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal be...
Perodua Traz Harga Rasmi Warna Varian Spesifikasi

Perodua Traz Harga Rasmi Warna Varian Spesifikasi

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 141 hits
Perodua Traz merupakan SUV baharu dalam segmen B yang dilancarkan untuk memenuhi keperluan pengguna berkeluarga yang mahukan kenderaan lebih luas selesa dan menjimatkan Ditawarkan dalam dua varian dengan harga bermula RM76 100 model ini had...
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Program Penurunan Berat Badan Di Kalangan Kakitangan Kesihatan Keberkesanan Cabaran Dan Implikasi Amalan

Permulaan Hari Yang Baik Dengan Hati Yang Bersih

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak

Allah Tidak Pernah Silap Memilih Bahu Untuk Ujian

Ecentral Kukuh Sebagai Gergasi Kandungan Digital Melayu Serba Digital Catat 365 Juta Capaian Sepanjang 2025