5 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Percutian Keluarga


Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk percutian keluarga | Cuti sekolah tidak lama lagi. CN percaya pasti ramai di kalangan anda yang merancang percutian bersama keluarga. Jika anda suka kan percutian di bandar, apa kata cipta kelainan dengan bercuti ke Kuala Lumpur. Ada banyak tempat menarik di Kuala Lumpur tau. Memang satu pengalaman yang indah jika bersama anak-anak. 
Sebenarnya ada banyak tempat best di Kuala Lumpur ini, cuma dalam artikel ini CN berkongsi 5 tempat sahaja. Mungkin artikel lain CN akan berkongsi lagi tentang tempat menarik lain pula di sekitar Kuala Lumpur ye. 

5 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk percutian keluarga

5 Tempat Menarik di Kuala Lumpur 
1. Zoo Negara: Sebut sahaja Zoo Negara, mesti CN akan teringat filem P. Ramlee, Masam Masam Manis. Dating dekat Zoo Negara tau! Jadi, bukan sahaja sesuai bawa anak-anak ke sana, pasangan yang tengah honeymoon pun sesuai hokay. Jalan-jalan tengok binatang sambil berpegangan tangan gituw. So sweet. Selain itu, tarikan utama  ke Zoo Negara sudah tentu adalah pasangan panda yang sangat comel! CN percaya anak-anak anda pasti teruja berada di Zoo Negara tau. 
Harga tiket: Kanak-kanak : RM18Dewasa : RM45Warga emas : RM23
2. Tugu Negara: Apa kata terap kan semangat cintakan negara pada anak-anak dengan membawa mereka ke Tugu Negara atau National Monument. Di sana ada banyak tempat menarik untuk bergambar. Sangat sesuai untuk mereka yang suka upload gambar ke media sosial. 
Tugu Negara ini terletak bersebelahan dengan Taman Tasik. Kawasan hijau sekitarnya menyejukkan mata memandang. Selain Tugu Negara, ada banyak tempat menarik sekitarnya tau. Anda boleh membawa anak-anak ke Taman Burung KL (KL Bird's Park), Taman Rusa, Taman Rama-Rama dan Taman Bunga Raya & Orkid. Oh ya, tidak jauh dengan Tugu Negara ada Masjid Negara yang tersergam indah, Muzium Kesenian Islam, Memorial Tunku Abdul Rahman, Memorial Tun Abdul Razak, Memorial Tun Husein Onn dan Seri Perdana. 
Harga tiket:  Percuma
3. Petrosains Kuala Lumpur: Petrosains, The Discovery Center Kuala Lumpur adalah pusat penemuan sains interaktif untuk kanak-kanak dan orang dewasa di mana anda boleh melihat, mendengar, menyentuh, bermain dan berinteraksi dengan pameran dan pemasangan. 
Apa yang ada di Petrosains dan apa yang boleh anda serta anak-anak lakukan bersama di sana

Perjalanan anda dan anak-anak ke dunia Sains dan penemuan bermula sebaik sahaja anda memasuki lobi pintu masuk sehingga akhir. Terdapat banyak kawasan bertema yang akan anda temui. Tema futuristik memang menarik dengan pelbagai term kejuruteraan dan ada juga replika Formula 1 yang pasti mengujakan anak-anak. Geotime Diorama pula merupakan bahagian pameran kehidupan dinasour dan anda dapat melihat sendiri kejadian gempa bumi. Menarik kan

Harga tiket: Kanak-kanak 2 tahun ke bawah : PercumaKanak-kanak 3 - 12 tahun : RM8Dewasa 13 - 60 tahun : RM20Warga emas 61 tahun ke atas : RM10
4. FRIM: Jika anda suka hiking bersama anak-anak, apa kata bawa mereka ke FRIM yang terletak di Kepong. Bukan sahaja terasa damai apabila berada di tengah-tengah rimbunan kehijauan hutan, malah susunan lanskap perhutanan FRIM sangat mempersonakan. 
Jika anda bukan lah seorang yang gayat, apa kata cuba naik ke Jambatan Rimba (Forest Skywalk). Dari sini, anda boleh menyaksikan pelbagai flora dan fauna liar. Malah anda juga dapat melihat bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dari menara peninjauan seperti KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia. 
Harga tiket: Kanak-kanak/pelajar berpakaian seragam sekolah : PercumaPelajar 13 tahun ke atas & dewasa : RM1Kereta sekali masuk : RM5
CN dan keluarga kecil di Aquaria KLCC 
5. Aquaria KLCC: Aquaria KLCC adalah salah satu tempat yang mesti pergi. Berbaloi sangat ke sini. Memang best! CN pernah pergi pada tahun 2019 bersama-sama anak-anak. Sampai sekarang anak-anak masih teruja bercerita betapa seronoknya ke sana. Antara tarikan utama di sana adalah kita seolah-olah berada dalam akuarium bersama-sama hidupan air. Dapat tengok depan mata ikan pari yang besar dan ikan jerung. Memang best! Selain itu, anda juga boleh mencuba aktiviti 'diving with sharks' tau. Memang satu pengalaman yang sukar diperoleh di tempat lain. 
Harga tiket: Kanak-kanak : RM39Dewasa : RM49Warga emas : RM39

Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Kuala Lumpur yang sesuai untuk percutian keluarga. Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, apa kata rancang percutian keluarga ke Kuala Lumpur. Lagi berbaloi menginap di hotel sebab sekarang ada banyak hotel promo tau. Untuk percutian keluarga, anda boleh memilih hotel in Kuala Lumpur yang berdekatan dengan tempat-tempat kunjungan pelancong ini. Lagi best pilih jarak yang dekat tanpa perlu menaiki kenderaan. Jalan kaki je, baru lah rasa seperti pelancong kan? Hehehe.


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cekgunorazimah.com/2021/11/5-tempat-menarik-di-kuala-lumpur-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Menarik Kuala Terengganu

Tempat Menarik Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 504 hits
Sedang saya sibuk buat pakej 3H2M ke Kuala Terengganu ni saya ambik masa sikit untuk tulis entri tak seberapa ni Untuk semua jugak Sebabnya saya sebagai agen pelancongan akan cuba sedaya upaya bagi yang terbaik untuk kemudahan semua Kuala T...
Hiking Bukit Kiara Kuala Lumpur Balik Pekena Ikan Bakar Tanglin

Hiking Bukit Kiara Kuala Lumpur Balik Pekena Ikan Bakar Tanglin

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 285 hits
Salam to all readers Hiking Bukit Kiara Kuala Lumpur Balik Pekena Ikan Bakar Tanglin Last week aku hiking ke Bukit Kiara Kuala Lumpur Biasanya sehari sebelum hiking kiteorang dah plan nak ambil gambar dekat port mana cantik after melihat be...
Staycation Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur Yang Best

Staycation Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur Yang Best

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 318 hits
Salam dears Rezeki yang tak disangka sangka itu yang Mama rasa masa pergi staycation di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur pada akhir bulan Oktober yang lepas Sebab asalnya Mama tempah bilik Deluxe ja tapi bila sampai di sana rupa rupanya teng...
Air Mata P Ramlee Di Kuala Lumpur

Air Mata P Ramlee Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 445 hits
P Ramlee muncul dalam filem pertamanya iaitu Chinta Bukan sebagai watak utama dia hanya memainkan peranan sebagai seorang penjahat dan suaranya digunakan untuk nyanyian latar Dan filem pertama P Ramlee diberi kepercayaan memegang watak utam...
Caj Parkir Di Kuala Lumpur Meningkat 150

Caj Parkir Di Kuala Lumpur Meningkat 150

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 185 hits
Senang cerita caj parking yang dimiliki oleh DBKL meningkat sehingga 150 Caj di kawasan dalam pusat bandar meningkat dari 80 sen jam ke RM2 untuk jam pertama Untuk jam kedua dan seterusnya caj parkir adalah RM3 jam Di luar pusat bandar meni...
6 Hotel Di Sekitar Kuala Lumpur Yang Sesuai Untuk Famili Staycation

6 Hotel Di Sekitar Kuala Lumpur Yang Sesuai Untuk Famili Staycation

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 304 hits
6 Hotel di Sekitar Kuala Lumpur Yang Sesuai Untuk Famili StaycationAlangkah seronoknya kalau dapat melihat keriangan anak anak ketika bercuti apatah lagi dapat bercuti di hotel yang selesa dan lengkap dengan fasiliti tambahan pula terdapat ...
Kidzania Kuala Lumpur Set To Bring More Unique Experiences To Families

Kidzania Kuala Lumpur Set To Bring More Unique Experiences To Families

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 245 hits
Improved facilities under new ownership includes representation of A W Subway and Jamaica Blue Coffee through newly formed industry partnership Presentation of Key To The CityWith the year end school holidays just a couple of weeks away pla...
Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 472 hits
Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini sedang dibuka permohonannya bermula 13 November sehingga tarikh tutup pada 27 November 2021 Warganegara yang berminat dan berkelayakan adalah digalakkan untuk mengisi mana mana kekosongan jaw...
Tower Walk 100 Tarikan Terbaharu Menara Kuala Lumpur

Tower Walk 100 Tarikan Terbaharu Menara Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 572 hits
hai assalammualaikumTower Walk 100 Tarikan Terbaharu Menara Kuala Lumpur Korang pernah rasa berjalan dekat tempat tinggi 100 kaki masa tengah jalan korang nampak bawah lepastu dapat nikmati pemandangan yang indah dari atas Korang nak rasa t...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat