5 Tanda Luka Jahitan Bersalin Sudah Sembuh


Sebagai ibu yang baru melahirkan anak menerusi pembedahan, anda pasti ingin tahu tanda luka jahitan bersalin sudah sembuh.
Maklumlah, anda pasti tidak sabar untuk lakukan rutin harian yang sudah lama ditinggalkan. Apakah tanda-tanda yang boleh diperhatikan dan bila perlu berjumpa doktor?
Ayuh kita semak bersama-sama.
Apa Itu Luka Jahitan? Luka jahitan adalah luka yang berlaku disebabkan tekanan semasa prosedur melahirkan bayi. Koyakan ini berlaku di kawasan antara pembukaan faraj dan dubur.
Dalam kebanyakan kes, doktor juga mungkin akan melakukan prosedur episiotomi iaitu menggunting kawasan antara pembukaan faraj serta dubur (perineum).
Kebiasannya, doktor akan melakukan prosedur ini apabila kepala bayi dilihat meregangkan lubang faraj hingga beberapa sentimeter.
Ini bagi membolehkan lubang faraj menjadi lebih besar dan bayi lebih mudah keluar.
Selain itu, prosedur ini juga dapat mengelakkan daripada tisu di sekitar faraj terkoyak atau sebarang komplikasi kelahiran.
Tanda Luka Jahitan Bersalin Sudah Sembuh Berikut kami kongsikan beberapa tanda luka jahitan bersalin sudah sembuh buat para ibu yang ingin tahu :
1. Bengkak Berkurangan Seperti mana-mana proses penyembuhan luka bersalin, para ibu akan dapati kulit di bahagian faraj akan membengkak sedikit selepas dijahit.
Meskipun begitu, ia akan mulai surut selepas beberapa minggu. Kemerahan pada bahagian luka juga akan pudar dari semasa ke semasa.
2. Benang Jahitan Terlarut Sendiri Salah satu tanda luka jahitan bersalin sudah sembuh adalah apabila jahitan benang mulai larut.
3. Rasa Sakit Berkurangan Adalah normal bagi para ibu mengalami rasa sakit yang ketara selepas episiotomi. Namun, rasa pedih atau sakit pada kawasan luka jahitan akan berkurangan selepas beberapa minggu.
4. Lebih Mudah Bergerak Antara tanda yang paling ketara yang boleh dirasakan oleh para ibu sekiranya luka jahitan sudah sembuh adalah apabila pergerakan kembali normal.
Anda boleh duduk dan bergerak seperti seperti sedia kala tanpa berasa sakit.
5. Kulit Tumbuh Di Bahagian Luka Dari semasa ke semasa, anda juga boleh periksa di bahagian luka jahitan untuk lihat sama ada kulit pada kawasan tersebut sudah mulai tumbuh atau tidak.
Ini juga menjadi tanda bahawa luka sudah bercantum dan bahagian bukaan faraj sudah kembali normal.
Di samping itu, tempoh untuk jahitan pulih juga adalah berbeza bagi setiap wanita kerana ia bergantung kepada beberapa faktor seperti :
Kedudukan luka Kedalaman bukaan episiotomi Tempoh jangkitan sekiranya ada Perkembangan tisu yang baru tumbuh Perkara Yang Perlu Dielakkan Untuk Luka Bersalin Cepat Baik Selain masalah genetik, penyembuhan luka bersalin yang tidak normal pada kebanyakan masa adalah disebabkan oleh gangguan proses penyembuhan seperti jangkitan dan sebagainya.
Jadi, adalah penting untuk anda mengelakkan beberapa perkara ini khususnya pada 6 minggu pertama setelah bersalin :
Elakkan daripada mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi. Elakkan tugas berat seperti bersenam, mengemas rumah dan apa-apa aktiviti yang memerlukan pergerakan lasak. Elakkan memandu. Sekiranya anda menyusukan atau mendodoi anak, elakkan posisi yang boleh membuatkan anda tidak selesa. Dapatkan rehat secukupnya dan dapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau orang sekeliling. Tips Jaga Luka Jahitan Selain mengelakkan perkara-perkara di atas, para ibu juga perlu patuhi cara untuk jaga luka jahitan dan ikuti tips ini supaya luka dapat sembuh dengan baik.
Jaga Kebersihan
Bahagian luka bersalin perlulah dijaga sebaiknya. Selepas buang air kecil atau besar, bersihkan kawasan luka dengan air suam dengan perlahan-lahan.
Elakkan penggunaan sabun atau produk pencuci lain yang boleh mengaibatkan iritasi luka.
Para ibu juga digalakkan untuk gantikan tuala wanita dengan kerap bagi mengelakkan pembiakan bakteria.
Pastikan Luka Sentiasa Kering
Setelah dibersihkan, jangan lupa untuk lap sehingga kering menggunakan kain bersih.
Sekiranya tiada sesiapa di rumah atau di bilik, anda juga digalakkan untuk dedahkan luka jahitan pada udara atau anginkannya supaya cepat kering.
Jika pendarahan selepas bersalin sudah berhenti, anda juga digalakkan untuk tidak memakai pakaian dalam pada waktu malam bagi memberikan pengudaraan.
Lakukan Rendaman Punggung
Rendaman punggung adalah digalakkan bagi wanita bersalin bagi membasuh kotoran di sekitar luka yang tidak boleh dibersihkan dengan air suam sahaja.
Anda boleh lakukan rendaman ini dalam satu bekas air suam yang dicampur dengan larutan antiseptik.
Makan Ubat Tahan Sakit
Sekiranya anda rasa sakit yang melampau sehingga mengakibatkan demam, anda boleh makan ubat tahan sakit.
Makan bila perlu sahaja ya kerana ibu yang sedang menyusu tidak digalakkan untuk mengambilnya.
Bila Perlu Berjumpa Doktor? Adalah penting untuk para ibu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami simptom berikut ketika luka bersalin sedang dalam proses sembuh :
Demam Badan terasa seram sejuk Sakit kaki Kawasan luka berdarah atau bernanah Pendarahan berlaku dengan banyak Rasa sakit yang berlarutan dan semakin teruk Sesak nafas Semoga perkongsian mengenai tips penjagaan luka dan tanda luka jahitan bersalin sudah sembuh ini dapat memberi panduan kepada para ibu.
Bagi yang masih ragu atau merasakan terdapat masalah pada luka jahitan, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Sumber : ellsee.my, Facebook Klinik Dr Asmah
Baca Juga : Luka Jahitan Bersalin Terbuka, Ini 7 Tips Cepat Sembuh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tanda-luka-jahitan-bersalin-sudah-sembuh/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tanda-luka-jahitan-bersalin-sudah-sembuh

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uyaina Arshad Selamat Bersalin Anak Kedua Alhamdulillah Kedatangan Anakanda Kedua Yang Dikasihi

Uyaina Arshad Selamat Bersalin Anak Kedua Alhamdulillah Kedatangan Anakanda Kedua Yang Dikasihi

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 204 hits
Selamat Bersalin Anak Kedua Alhamdulillah Kedatangan Anakanda Kedua Yang Dikasihi Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan anak keduanya pada 17 Mei Melalui hantaran dilaman Instagram masing masing Uyaina dan suaminya penyanyi...
8 Jenama Pad Bersalin Terbaik Untuk Bakal Ibu

8 Jenama Pad Bersalin Terbaik Untuk Bakal Ibu

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 210 hits
Bakal ibu pasti teruja untuk menimang cahaya mata Namun bagaimana pula dengan persiapan setelah bersalin Sudahkah anda mendapatkan pad bersalin yang selesa untuk dipakai nanti Terdapat pelbagai jenama tuala wanita dengan rekaan yang berbeza...
Terima Kasih Anak Nelysa Norazlan Selamat Bersalin Timang Anak Lelaki

Terima Kasih Anak Nelysa Norazlan Selamat Bersalin Timang Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 212 hits
Tahniah diucapkan buat pempengaruh Nelysa Norazlan yang telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Sabtu lalu Menerusi media sosialnya Nelysa dan suami berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua Nelysa yang mesra di sapa Ne...
Isteri Baru Bersalin Suami Uyaina Arshad Tampal Nota Di Kereta Sorry Slow Wife Czer

Isteri Baru Bersalin Suami Uyaina Arshad Tampal Nota Di Kereta Sorry Slow Wife Czer

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 317 hits
Suami Uyaina Arshad tampal nota sorry slow wife czer di belakang kereta sewaktu membawa isterinya pulang dari hospital selepas bersalin anak kedua mereka Perlu pandu kereta perlahan Pelakon Raja Syahiran Raja Azhanrianshah 30 dilihat begitu...
Fella Aufiyya Pengalaman Kedua Bersalin Secara Normal

Fella Aufiyya Pengalaman Kedua Bersalin Secara Normal

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 380 hits
Hai Blog dah berwajah baru lebih semangat rasanya nak menulis Thanks a lot kak Since sebelum puasa rasanya dia tolong kemaskinikan blog Mimin Hari ni baru rasa berlapang dada nak buang habuk habuk Rasanya kali ni tak ada masalah untuk updat...
Assalamualaikum Rhea Shila Amzah Selamat Bersalin Timang Bayi Perempuan

Assalamualaikum Rhea Shila Amzah Selamat Bersalin Timang Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 166 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami suaminya Ubai yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka semalam Perkhabaran gembira itu dikongsikan Ubai dan Shila menerusi akaun Instagramnya Bayi perempuan comel itu dilah...
Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 543 hits
Ada kes ibu bersalin tiba tiba Belum sampai waktu tetapi tanda kontraksi sudah datang dan ibu perlu melahirkan bayi Situasi ini dikenali sebagai kelahiran kecemasan atau Born Before Arrival Bagaimana si ibu dan ahli keluarga terdekat harus ...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada