5 Tahun Mendiamkan Diri Setelah Dihina Cikgu Sendiri Akhirnya Gadis Ini Nekad
“Bagai lilin membakar diri”. Ungkapan ini sudah biasa kita perkatakan buat guru-guru yang gigih mendidik anak bangsa. Tidak kira betapa mencabarnya arus pendidikan yang dihadapi, guru tidak pernah lokek dalam berkongsikan ilmunya. Sebab itulah kita perlu menghargai dan hormat pada insan mulia ini. Namun begitu, tidak semua pelajar mempunyai kenangan manis dengan guru masing-masing. Sama seperti kisah seorang gadis yang tular di Twitter ini apabila dia terpaksa berhadapan dengan guru yang agak menguji kesabaran.
Gambar sekadar hiasan
Aku pernah dipanggil sund*l oleh cikgu dulu. Siap
hina keluarga aku lagi. Tapi masa habis sekolah, aku jumpa dia minta
maaf. Dia pun minta maaf juga. Ini bukan soal simpan kesumat. Cumanya
kena faham tentang adab.
Bercakap semula tentang kejadian dihina itu, rupa-rupanya semua terjadi apabila gadis ini terserempak dengan guru tersebut di sebuah pusat membeli-belah. Dek kerana tidak senang dengan penampilan terdedah gadis ini, siapa menyangka guru tersebut telah mengeluarkan kata-kata yang tidak mampu dilupakan sehingga sekarang.
Gambar sekadar hiasan
Benda positif daripada kejadian ni, aku belajar
macam mana nak bertenang dalam menghadapi situasi macam tu. Benda ni
ajar aku macam mana nak hadap benda negatif dan sanggup minta maaf
walaupun bukan salah kita. Merendahkan diri, ego serta hormat pada orang
yang lebih tua meskipun mereka bertindak biadap. Kita tak tahu apa yang
mereka hadapi. Doa yang baik buat mereka.
Mungkin ramai yang menganggap gadis ini mempunyai hati yang luhur kerana sanggup meminta maaf meskipun dirinya tidak bersalah. Namun tegasnya, dia berbuat demikian kerana mahu mendapatkan ketenangan dan enggan lagi menyimpan rasa tidak puas hati yang sememangnya sudah lama terpendam.
Sumber : Twitter Dri
KISAHDUNIA
The post 5 Tahun Mendiamkan Diri Setelah Dihina Cikgu Sendiri, Akhirnya Gadis Ini Nekad.. appeared first on Media Serius.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaserius.my/5-tahun-mendiamkan-diri-setelah-dihina-cikgu-sendiri-akhirnya-gadis-ini-nekad/