5 Tahun Huni Stesen Minyak Terbiar Sayang Kucing Lebih Dari Diri Sendiri Pemuda Terkejut Tengok Wajah Bersih Warga Emas
SEORANG warga emas menjadikan sebuah stesen minyak terbiar di Putatan, Sabah sebagai ‘persinggahan’ terakhirnya di dunia ini.
Dikenali sebagai pakcik Osong, dia sudah lima tahun tinggal bersendirian dalam premis berkenaan yang tidak mempunyai bekalan elektrik mahupun air.
Kisah lelaki berusia 66 tahun itu meraih perhatian ramai selepas dia menerima kunjungan seorang aktivis kebajikan, Adrian Edy, 26, pada Isnin dan Rabu lalu.
Menurut Edy yang aktif menjalankan kerja kebajikan di Sabah, dia terkesan dengan kehidupan warga emas itu yang disifatkan cukup pilu dan menjentik emosinya.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
“Saya dapat komen di Facebook mengenai kisah pakcik Osong. Jadi pada Isnin malam saya pergi ke stesen minyak terbiar itu untuk buat tinjauan. Dia sebenarnya berasal dari Semporna, dah lima tahun duduk di situ, sejak tahun 2017.
“Dia datang ke Kota Kinabalu sejak 1996. Sebelum ini dia pernah kerja sebagai pengawal keselamatan. Akhir sekali dia kerja di stesen minyak itu sebelum ia ditutup. Dia kata ada dua orang anak yang tinggal di Semporna dan Kuala Lumpur, tapi saya tak tanya lanjut.
“Saya kira ini adalah misi bantuan yang paling sedih saya pernah jumpa. Selama ini saya kerap lalu depan stesen minyak terbiar tu, tak sangka dia duduk di situ. Dia tidur malam guna lilin, masak pun guna kayu api. Itu pun kalau ada barang. Kadang-kadang ada orang hantar makanan untuk dia, tapi tak selalu.
“Jadi pada Isnin malam tu saya beri dia roti, saya tanya apa yang dia perlu dan berjanji untuk datang semula pada Rabu,” ujar Edy yang menyantuni warga emas itu bersama empat lagi rakannya.
Biarpun tinggal dalam premis terbiar, Edy berkata dia kagum dengan warga emas itu yang cukup teliti dalam soal kebersihan, malah semua barang yang ada disusun dengan sangat rapi.
Pakcik Osong tinggal dalam premis itu tanpa bekalan air dan eletrik.
“Saya terharu bila jumpa dia. Biasanya kita fikir tempat terbiar mesti kotor dan berbau. Tapi bila saya masuk, saya nampak sangat bersih. Bajunya tergantung rapi, tilam pun tersusun.
“Tempat dia solat pun lagi tinggi dari tempat dia tidur. Dia pun selalu pergi sapu sampah di sebuah masjid berdekatan. Muka dia sangat bersih,” ujarnya lagi.
Menurut Edy, dia membawa pakcik Osong ke sebuah pasar raya pada Rabu untuk membeli barang keperluan, malah turut menawarkan tempat tinggal yang lebih selesa untuknya.
Dia tidur malam guna lilin, masak pun guna kayu api.ADRIAN EDYAKTIVIS KEBAJIKAN
Namun kata Edy, warga emas itu menolak tawaran tersebut kerana enggan menyusahkan sesiapa, malah dia juga enggan menerima motosikal atau basikal yang mahu diberikan kepadanya.
“Masa pagi Rabu, saya tanya dia, pakcik makan apa semalam? Dia kata dia makan roti yang saya beri pada Isnin malam. Maknanya dia memang tak ada makanan pada Selasa, dia hanya makan roti yang saya beri pada Isnin.
“Saya tanya dia, apa yang dia perlukan? Saya nak beli motor atau basikal, tapi dia tak mahu. Saya tawarkan bilik sewa pun dia tak mahu. Kalau dia nak, saya akan bayar sewa setiap bulan untuknya.
Dia turut dibawa ke KFC pada Rabu lalu.
“Jadi saya hadiahkan dia dapur gas. Ketika di pasar raya, dia lebih tertarik nak beli makanan kucing. Walaupun keadaan begitu, dia masih fikir mengenai tiga ke empat ekor kucing yang berkeliaran di kawasan tempat tinggalnya. Dia takut kucing-kucing tu lapar.
“Saya juga bawa dia makan KFC (Kentucky Fried Chicken). Dia kata dah dua tahun tak makan KFC. Dalam dompet dia, RM1 pun tiada. Saya sangat tersentuh dengan kisahnya. Dia nak cari kerja pun susah sebab dah umur 66 tahun,” ujar Edy lagi.
Pakcik Osong menolak pelawaan Edy untuk menempatkannya di kediaman lebih selesa.
Dalam pada itu, Edy turut berkongsi bingkisan video memaparkan kunjungannya ke ‘teratak’ pakcik Osong sehingga menerima lebih 1.3 juta tontonan di TikTok.
Untuk rekod, aktivis muda itu aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan di sekitar negerinya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun 2020.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/MXkVSeY
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/07/5-tahun-huni-stesen-minyak-terbiar.html