5 Soalan Yang Anda Wajib Tanya Setiap Kali Temuduga Ambil Pekerja Baru



Apa soalan yang anda tanya dalam temuduga setiap kali nak ambil pekerja baru?
Kalau ada pengalaman bekerja di syarikat besar, terutamanya dalam jabatan sumber manusia, anda tentu ada pengalaman yang lebih luas dalam bab temuduga ni.
Syarikat besar ada cara yang tersusun dalam proses pengambilan pekerja. Pegawai yang terlibat dalam temuduga akan diberi latihan yang mencukupi dalam proses melaksanakan temuduga yang berkesan.
Tapi kalau anda tak ada pengalaman kerja di syarikat besar. Pengalaman buat temuduga pun tak ada. Bila jadi usahawan, proses temuduga selalunya dilakukan secara spontan ikut selera sendiri sahaja. Semua berterabur dan tak ada cara yang sistematik.
Itu antara amalan yang saya buat bila berniaga bila nak ambil pekerja. Tak pasti apa soalan yang terbaik yang perlu ditanya pada calon orang yang datang temuduga.
2 kelayakan utama pekerjaSebelum saya kongsikan pasal 5 soalan yang anda perlu tanya dalam temuduga, elok saya ulang lagi apa perkara utama yang perlu dilihat dalam proses pengambilan pekerja.
Ada 2 perkara utama:
Kemahiran – Perlu pastikan orang yang nak diambil ada kemahiran yang diperlukan untuk laksanakan kerjanya. Kemahiran itu pula bergantung kepada jenis kerja yang dia minta.Sikap – Sikap yang sesuai penting untuk pastikan orang yang masuk sertai syarikat, dapat sesuaikan diri dengan cara anda jalankan bisnes. Itu kita panggil budaya syarikat.Dari 2 perkara utama kat atas tu, sebagai usahawan, anda wajib tahu secara terperinci senarai semua kemahiran dan sikap yang sesuai yang semua pekerja perlu ada.
Ramai usahawan rasa dia macam jelas pekerja macam mana yang dia nak. Tapi bila minta disenaraikan bersama penjelasan satu persatu, baru sedar rupanya masih kabur.
Anda boleh selesaikan masalah ini dengan mula buat senarai kemahiran yang dipelrukan untuk setiap tugasan yang ada dalam syarikat.
Buat juga senarai sikap macam mana yang setiap pekerja perlu ada terutamanya yang unik untuk syarikat anda.
Jika dah dapat sediakan semua itu, barulah terbukti bahawa anda sudah jelas.
5 soalan perlu tanya dalam temudugaSekarang saya kongsikan 5 soalan yang perlu ditanya dalam setiap temuduga dalam proses ambil pekerja baru.
1. Tanya pasal syarikat andaSetiap pekerja yang datang temuduga, saya akan tanya soalan penting ini.
“Apa yang anda tahu pasal syarikat ini?”
Kalau dia jawab tak tahu apa-apa. Malah syarikat buat bisnes apapun dia tak tahu. Saya akan pantaskan temuduga untuk ditamatkan dengan segera.
Saya berikan nasihat dengan baik agar dia ubah sikap selepas ini untuk luangkan masa, ambil inisiatif sikit untuk cari maklumat berkenaan syarikat yang dia nak minta kerja.
Ada calon yang jelaskan dia tak pentingkan sangat pasal syarikat. Dia hanya mahu ada kerja untuk cari makan.
Bagus ada sikap nak cari makan tu. Saya pun tak kata salah dengan sikap tak peduli syarikat apa dia nak mohon kerja. Itu hak dia.
Tapi saya ambil peduli tentang setiap pekerja yang nak jadi rakan sekerja saya. Saya harapkan para pekerja akan kekal selama mungkin. Membesar dan membangun bersama syarikat, susah atau senang.
Saya cuma wujudkan sebuah keluarga atas ikatan satu syarikat yang diperjuangkan bersama.
Kalau dia rasa syarikat tak penting, elok pergilah cari syarikat lain yang tak pentingkan perkara itu. Memang ada saja syarikat yang macam tu. Syarikat yang anggap setiap pekerja adalah hamba yang dibayar untuk diperah kerja sekuat mungkin.
Alasan tak tahu sebab syarikat saya tak popular tak boleh diterima.
Ini zaman teknologi maklumat. Hanya orang yang sangat malas dan leka saja yang tak tahu bagaimana nak cari maklumat. Hanya dengan sedikit usaha saja, anda akan berjaya jumpa maklumat syarikat yang ada di dalam negara ini. Apatah lagi jika syarikat jenis sendirian berhad.
2. Soalan untuk tengok perangaiMacam yang saya sebut kat atas tadi. Perangai adalah perkara penting untuk anda cuba selidik.
Adakah orang yang minta kerja itu ada perangai yang dah anda senaraikan macam saya suruh kat atas tadi.
Dalam satu artikel yang saya baca, separuh atau 50% daripada soalan temuduga perlu fokus kepada soalan-soalan berkaitan perangai atau mengenal sikap.
Katakan anda nak ambil pekerja customer servis. Anda perlu pastikan dia punya sikap penyabar dalam menguruskan pelanggan.
Boleh cuba tanya soalan seperti,
“Cuba kongsikan pengalaman paling teruk pernah anda hadapi ketika berhadapan dengan pelanggan yang tak puas hati?”
“Dan macam mana anda selesaikan masalah tersebut?”
Jika anda perlukan pekerja yang mampu datang kerja awal, soalan yang berkaitan dengan bangun awal perlu ditanya.
Anda boleh tanya soalan seperti,
“Apa pandangan anda terhadap orang yang suka tidur dan bangun lewat?”.
Atau,
“Pukul berapa yang anda anggap sangat awal pagi untuk waktu masuk dan mulakan kerja?”.
Kalau dia kata pukul 9 adalah sangat awal, anda tahulah macam mana dia punya ukuran tentang awal tu.
Jika anda tahu perangai macam mana yang diperlukan, mudahlah nak rangka soalan yang sesuai.
Jangan lah tanya soalan yang terlalu bendul atau direct.
Contohnya nak tanya samada dia sabar atau tidak anda tanya,
“Adakah anda seorang yang penyabar?”. Mike Tyson pun akan jawab “Ya!”.
3. Tanya pasal boss lamaIni satu lagi soalan penting yang anda perlu tanya.
Suruh dia ceritakan pasal boss lama dia. Kekuatan dan kelemahan boss lama yang dia nampak.
Kemudian cuba tanya apa agaknya yang boss lama dia tu akan ceritakan tentang diri calon itu, anda telefon boss lama tu sekarang.
Dari jawapan yang dia berikan, anda boleh lihat dengan jelas macam mana dia menilai dirinya sendiri dari kacamata orang lain, terutamanya boss yang dia pernah kerja sebelum ini.
4. Bagaimana masa lapang diisiSoalan ni nampak macam geli. Tapi sebenarnya sangat besar kegunaannya. Ia bakal menjawab samada calon yang anda sedang temuduga itu seiring dengan budaya syarikat yang nak diterapkan.
Kalau dia jawab, bersama keluarga. Itu tandanya dia punya pegangan kuat dalam amalan menjaga perhubungan dan kekuatan keluarga.
Mungkin dia akan jawab, pikat burung. Itu tandanya dia jenis suka layan hobi yang perlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk menunggu hasil. Tekun punya sikap tu.
Kalau dia kata main tenis atau badminton. Itu tandanya dia ada ciri bersaing. Jadi salesman bagus tu.
Bila dia kata suka mengembara. Tandanya dia seorang yang gemarkan cabaran dan mencuba pengalaman baru.
Orang yang suka habiskan masa lapang dengan membaca sudah tentu punya sikap ingin membina diri dan menjadi lebih bagus dari masa ke masa.
Bagi orang yang kata dia bersenam angkat besi atau pergi gym pula adalah orang yang pentingkan kesihatan diri dan penampilan diri.
Anda boleh cuba tafsirkan sendiri dengan apa saja jawapan yang dia berikan. 
Kalau nak lebih faham lagi, tanya dengan lebih mendalam. Kenapa dia suka habiskan masa dengan aktiviti itu dan lain-lain lagi seumpamanya.
5. Adakah anda selalu bernasib baik?Ini soalan yang saya baru jumpa. Saya rasa ia soalan yang menarik untuk ditanya.
Anda boleh lihat apa yang dia jawab dan boleh baca perangainya macam mana.
Orang yang merasakan dia sentiasa bernasib baik biasanya ada satu sikap yang berbeza berbanding orang lain.
Bukan sebab nasib baik tu.
Tapi lebih kepada cara seseorang itu bertindak sebaik saja melihat peluang muncul di depan mata.
Orang yang boleh pergi jauh dan berjaya adalah jenis yang sentiasa buka mata melihat peluang dan mempergunakan peluang tersebut semaksimum mungkin.
Bagi orang yang anggap dia sentiasa tidak bernasib baik pula bukanlah sebab dia sentiasa malang. Tetapi sebab dia jenis tidak mencari peluang dan tidak konsisten berusaha terhadap sesuatu.
Bila peluang datang terbuka, dia tidak bersungguh-sungguh menggunakan peluang tersebut pula. Malah tak mampu untuk melihat adanya peluang.
Anda sendiri tentu boleh perasan macam mana sikap orang yang dipanggil dan ditawarkan jawatan naik pangkat atau pindah ke tugasan lain yang lebih mencabar.
Bagi orang yang tak cemerlang, dia akan cuba menolak apa saja tawaran atau peluang sedemikian. Alasan biasa yang diberikan adalah tak bersedia, tak layak dan macam-macam lagi.
Saya macam tulah satu ketika dahulu. Sekarang pun masih ada sikit lagi perangai macam tu.
Sepanjang yang saya ingat. Bila saya buang sikap menolak dan mula rebut setiap peluang yang diberikan. Lalu gunakannya semaksimum mungkin, kehidupan mula  berubah jadi lebih baik.
Saya yakin, bagi orang yang cemerlang, dia akan terus saja merebut tawaran dan menggunakan kesempatan itu sebaik mungkin. Sebab itu dia rasa yang dirinya sentiasa bernasib baik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/07/5-soalan-yang-anda-wajib-tanya-setiap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buasir Otak Tv Setiap Kali Bila Harga Barang Naik

Buasir Otak Tv Setiap Kali Bila Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 270 hits
Setiap kali bila harga barang naik lepas tu menteri dan pemimpin kerajaan bagi kenyataan merapu Jom tonton animasi ini
Setelah 10 Bulan Itzy Kembali Temui Peminat Dengan Lagu Baru Sneakers

Setelah 10 Bulan Itzy Kembali Temui Peminat Dengan Lagu Baru Sneakers

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 289 hits
Akhirnya ITZY kembali menemui peminat dengan lagu baharu ARTIKEL BERKAITAN Pad 15 Julai ITZY telah membuat kemunculan semula dengan mini album CHECKMATE bersama judul lagu SNEAKERS Bukti populariti kumpulan album baharu itu berjaya mengumpu...
Anak Lelaki Nak Sesuatu Dia Banyak Diam Ibu Ayah Kena Faham Baru Mudah Tackle

Anak Lelaki Nak Sesuatu Dia Banyak Diam Ibu Ayah Kena Faham Baru Mudah Tackle

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 268 hits
Selalu orang cakap anak lelaki jangan dimanjakan sangat kena ajar dia berdikari supaya dewasa akan jadi kuat Bukan itu saja ada juga berpendapat anak lelaki tak boleh dibiar manja Bagaimanapun semua ini silap sebab anak lelaki pun mempunyai...
Saya Tak Ajar Pelajar Merempit Hanya Kongsi Pernah Gagal Mahu Bina Hidup Baru Haqiem Stopa

Saya Tak Ajar Pelajar Merempit Hanya Kongsi Pernah Gagal Mahu Bina Hidup Baru Haqiem Stopa

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 315 hits
Saya tak ajar pelajar merempit hanya kongsi pernah gagal mahu bina hidup baru Haqiem StopaAwal Julai lalu TikTokers Haqiem Stopa dikecam hebat di media sosial susulan penampilannya sebagai penceramah motivasi di sebuah sekolah menengah Buka...
Berita Baik Buat Noh Udang Stadium Nak Buat Baru Tengok Betapa Baguihnya Ph Tak Salah Pun Bn Ph Bina Baru Teruih

Berita Baik Buat Noh Udang Stadium Nak Buat Baru Tengok Betapa Baguihnya Ph Tak Salah Pun Bn Ph Bina Baru Teruih

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 328 hits
Bina semula Stadium Shah Alam babit kos RM787 juta kata Amirudin July 15 2022 Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pembangunan baharu Stadium Shah Alam akan dilaksanakan Malaysian Resources Corporation Berhad dijangka siap pada 202...
Spesies Baru Dinosaurus Berlengan Pendek Mirip T Rex Ditemukan Di Argentina

Spesies Baru Dinosaurus Berlengan Pendek Mirip T Rex Ditemukan Di Argentina

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 226 hits
Ahli paleontologi di Argentina menemukan spesies baru dinosaurus dengan lengan pendek seperti Tyrannosaurus rex atau T rex
Mungkin Kita Kena Kempen Naikkan Harga Baru Okey Kan

Mungkin Kita Kena Kempen Naikkan Harga Baru Okey Kan

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 167 hits
Tindakan tegas akan diambil terhadap peserta flashmob yang membantah kenaikan harga barang dan gagal mematuhi undang undang kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani Flashmob anjuran Amanah itu dijadual berlangsung jam 5 15 petang ha...
Mencicipi Lezatnya Sepiring Nasi Ayam Kemangi Menu Sarapan Baru Di Roti Cengli

Mencicipi Lezatnya Sepiring Nasi Ayam Kemangi Menu Sarapan Baru Di Roti Cengli

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 290 hits
Roti Cengli punya menu baru Kedai roti dan kopi yang berlokasi di Jalan Kepundung nomor 44 Malang ini sekarang juga menawarkan makanan berat
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner