5 Smartphone Pilihan Dibawah Rm1k Edisi May 2019
Makin best untuk kita pantau perkembangan model-model mid-range sekarang ni. Apa saja benda baru ada pada model flagship tak perlu tunggu lama untuk sampai ke mid-range. Tapi ye la kan, kalau dah nak balance-kan dengan harga ni tak boleh la nak letak semua features yang ada kat flagship jadi berlaku lah beberapa mix and match pada model-model mid-range ni.
Posting kali ini bertujuan untuk membantu anda memilih model smartphone yang berharga tidak lebih dari RM1000 serta advantage sesuatu model itu berbanding yang lain. Raya pun dah nak dekat kan, kalau bajet tak sampai nak angkat Galaxy S10 atau Huawei P30 silalah baca apa pilihan kami.
Disebabkan kami cuma nak pilih 5, dengan berat hati terpaksa lah keluarkan Asus Zenfone Max Pro M2 dan Vivo Y95. Bukan sebab tak bagus tapi ia cuma sedikit kurang dari segi advantage untuk diketengahkan.
5. Realme 2 Pro – 8GB RAM / 128GB Internal Storage
Harga – RM999
[–> Link ke review penuh] Ia paling otai sebab dah dilancarkan sejak tahun lepas, tapi Realme 2 Pro masih satu-satunya smartphone yang menawarkan RAM besar gedabak, 8GB selain storage 128GB. Secara praktikalnya RAM besar dapat mebantu anda melakukan multi-tasking dengan lebih lancar.
RAM besar ni juga dapat buatkan Realme 2 Pro untuk kekal releven untuk jangka masa panjang atau bahasa Inggerisnya future proof. Tambahan pula keterujaan Realme untuk mendatangkan update terbaru pada smartphone mereka sedikit sebanyak menyokong pendapat ini.
4. Samsung Galaxy A30 – 4GB RAM / 64GB Internal Storage
Harga – RM799
[—>Link ke review penuh] Walaupun Galaxy A30 merupakan smartphone yang paling kurang berkuasa dari segi performance diantara peserta-peserta lain, ia tak boleh diabaikan sama sekali. Selain USB type C yang sering diabaikan dalam price range ini, smartphone dari Samsung ini juga membawa skrin Super AMOLED Full HD+ dan juga lensa kamera ultra-wide.
Mungkin ada yang belum tahu, skrin Super AMOLED dapat memaparkan warna yang terang, contrast yang sangat tinggi, hitam yang pekat. Kiranya kalau dah terbiasa dengan skrin AMOLED ni, tengok skrin IPS lain rasa dah tak syiok.
Lensa kamera ultra-wide pula membuatkan anda tak perlu bergerak ke belakang untuk dapatkan view yang lebih luas. Nah admin payung satu gambar compare lensa biasa dan ultra-wide menggunakan Galaxy A30.
Jika prestasi bukan segala-galanya buat anda, sila pertimbangkan Samsung Galaxy A30, lagipun setakat PUBG medium graphic, ok je jalan tanpa masalah. Lagi penting dapat bergambar raya beramai-ramai dengan ultra-wide camera Samsung ni kan.
3. Honor 8X – 4GB RAM / 128GB Internal storage
Harga – RM849
Honor 8X pula yang menariknya ia menawarkan storage besar (128GB) pada harga yang paling murah. Dan pada masa yang sama performance janaan Kirin 710 adalah setaraf Snapdragon 660 yang ada pada Redmi Note 7.
Walaupun cover belakang plastic (same seperti yang lain kecuali Redmi Note 7), frame aluminium yang digunakan pada Honor 8X betul-betul membuatkannya terasa kemas dan solid. Kalau tak percaya boleh pergi pegang sendiri kat kedai.
2. Redmi Note 7 – 4GB RAM / 128GB Internal storage
Harga – RM999
[–> Link ke review penuh] Redmi Note 7 adalah satu-satunya smartphone dengan cover belakang kaca disini. Bukan kaca biasa-biasa tapi Gorilla Glass 5 ok. IR blaster pun ada, dan tak lupa, port USB type-C. Kamera pula 48 megapixel, performance low light terbaik diantara semua kat sini. Tak cukup lagi dengan tu? Boleh terus masukkan Gcam cuma install APK je, siap dah ada developer buat khas Gcam fully functional lagi.
Saya dah nak letak Redmi Note 7 ni di nombor satu tapi Realme dah buat kacau pulak, dia ada handphone yang lagi power. Apa-pun Redmi Note 7 saya boleh cakap the best, all rounder serba-serbi semua cukup.
1. Realme 3 Pro – 4GB RAM / 64GB Internal storage
Harga – RM899
Disebalik kekecewaan sebab Realme masih guna port micro USB zaman dinosour, namun kehadiran Snapdragon 710 dan pengecasan pantas 20W VOOC 3.0 bukan benda yang boleh dibuat main. Performance terbaik pada segmen pasaran ini bukan saja dari pemprosesan tapi juga masa pengecasan yang dapat mengisi separuh kapasiti bateri dalam masa hanya 30 minit.
Lagi satu yang korang perlu tau, Realme 3 Pro ada fungsi super slow-mo 960 fps, satu-satunya yang ada kebolehan ini disini. Jadi kepada yang pentingkan performance, keupayaan pengecasan, kamera (mungkin), inilah pilihan yang patut anda buat.
The post 5 Smartphone Pilihan Dibawah RM1k – Edisi May 2019 appeared first on Lepak CC.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lepakcc.com/5-smartphone-pilihan-dibawah-rm1k-edisi-may-2019/