5 Sebab Writer S Block Atau Tiada Idea Nak Menulis Apa
Punca atau Sebab Tiada Idea Nak Update / Menulis Apa atau Writers Block. Tahukah anda kebanyakkan blogger mengalami masalah writer's block atau tiada idea nak update atau tulis apa? Salah satu sebab ialah kerana ketandusan idea / kekeringan idea nak update apa. Dalam dunia blog ini memang penting untuk kita menjadi kreatif dan berfikiran di luar kotak. Gagal untuk berfikiran kreatif akan membuatkan blog kita tidak di update beribu tahun lamanya (metafora). Jadi disini aku nak kongsikan beberapa faktor yang menyumbang ke writer's block atau tiada idea nak tulis apa. Writer's block dalam bahasa melayu apa ye? Ramai blogger tahu dengan term ini. Writer's block ini macam anda ketandusan idea untuk menulis apa.
Sebab Writer's Block atau Tiada Idea Nak Menulis Apa
Sebab-sebab yang boleh menyebabkan writer's block. 1. Tak Banyak Membaca Bila kita tak banyak membaca. Jadi idea nak menyampaikan lebih banyak ilmu itu lebih terhad. Jadi banyakkan membaca blog, majalah atau apa-apa media yang boleh membantu anda meningkatkan ilmu anda tentang apa yang anda nak tulis itu. Kalau contoh niche blog anda berkaitan dengan tips kurus. Anda kena lah mahir dalam bidang itu atau anda sendiri yang experience cara kurus tersebut. Memang lancar je anda menulis entry tips kurus itu. Begitu juga time menjawab exam. Bila kita banyak membaca, kita tahu nak beri jawapan yang tepat siap dengan contoh yang terbaik.
Membaca Gaya Wawasan
2. Takut Orang Tak Nak BacaAku selalu mengalami situasi ini. Takut tiada sambutan dan tiada orang nak baca. Tapi aku fikir balik, aku nak kejar long term achievement. Entry aku ini akan berguna dan dapat sambutan nanti. Aku tak target followers aku akan baca. Tapi random traffic atau organic traffic akan cari dan baca artikel aku ini. Jika anda nak cepat orang baca entry yang anda baru update itu. Aku selalu akan update sahaja entry yang best walaupun aku tahu pembacanya akan kurang. Tapi aku elak berfikiran macam itu. Sebab berfikiran macam itu akan membuatkan aku writer's block. Contoh entry aku yang tiada pembaca mula-mula nya dan menjadi ada pembaca seperti Tempat Best Makan Di Kuching, Trip Bajet Ke Sunway Lagoon, Trip Bajet Ke Universal Singpore, Trip Ke Gunung Serapi. Memang banyak traffic dari google yang akan membaca post aku ini. Jadi jika anda pernah ke satu tempat itu, apa kata anda blog tentang tempat itu, apa yang best, tulis macam mana nak pergi sana secara murah dan bajet.
3. Tak Selalu BlogwalkingBenda paling jarang aku buat ialah blogwalking. Since blog niche aku lebih kepada niche yang menguntungkan adsense. Aku akan pergi ke blog-blog yang kongsi sama niche macam aku. Aku akan tengok cara penulisan dia. Cara dia menyampaikan idea. Kita boleh ikut untuk improve atau menambah baikkan cara penulisan kita. Akan tetapi, bila blog dalam bloglist aku ada update entry, walaupun tak sama niche aku. Aku tetap akan terjah sebab aku nak baca kisah mereka. Sebab blog mereka best, sebab best lah aku letak dalam bloglist. Bukan suka-suka letak je. Macam mana aku cari blog sama niche? Aku google lah popular post dalam blog aku di google. Dan click mana-mana blog yang terlist atas-atas dalam first page google search itu.
4. Tiada Inspirasi Inspirasi. Anda beblog pernah tak ada inspirasi. Nak jadi macam blogger ini dan itu. Aku tak tahulah. Dari dulu lagi aku jadikan blog CikEpal sebagai inspirasi dunia blog aku. Dari dia belom kahwin lagi sampailah dia ada anak. Aku bukan obsessed dengan dia. Just kebetulan tahu. Dia pun pernah viral sebab ada suami yang sweet. Tapi banyak je yang menyirap bajet sweet. Mereka pun tak minta di viral kan. Apa yang best dengan blog cik epal ini? Follower dia ramai dan dia pandai bermain dengan keyword tanpa nampak dia struggle to win the seo contest. Aku merapu apa ni? Blog dia santai-santai je cara penulisan dia. Tapi blog dia mudah je terindex dalam first page di google search. Jadi carilah blogger yang boleh beri inspirasi anda untuk berblog atau menaikkan semangat blog anda.
Sebab Writer's Block atau Tiada Idea Nak Menulis Apa
5. Terlalu Focus Dengan Short Term Achievement Aku rasa point ini sama je dengan point no 2. Tapi itulah. Ramai blogger sekarang cepat sangat give up sebab tak dapat sambutan di blog mereka. Buka blog stats, viewer masih 10 20 orang. Aku dah post banyak ni weh? Itu mungkin anda mengalami short term achievement. Nak kejayaan datang cepat-cepat. Kalau nak post anda cepat dapat sambutan. Boleh cuba cara cepat tingkatkan traffic blog. Tapi saya suka long term achievement. Biarlah dia makan masa untuk mendapat sambutan, asalkan nanti post ini akan membantu menaikkan traffic aku. Contoh post aku yang aku type tanpa peduli tentang dapat sambutan ke tidak. Tips Naikkan Follower Instagram Cepat, Tips Elak Hack Whatsapp, dan Interview Experience With Airasia. Aku tak fikirkan dulu kalau ada sambutan ke tidak entry aku taip ini. Yang penting aku taip dan sampaikan ilmu. Alhamdullilah, entry ini adalah antara yang menjadi carian terhangat di internet, lagi-lagi di google. Bila aku search sendiri, memang blog aku antara yang berada di first page google search.
By the way, aku rasa aku macam salah je penggunaan Short Term and Long Term Achievment itu. Tapi tak apalah. Anda buat-buat faham je lah idea yang cuba aku sampaikan. Almaklumlah aku dah lama tinggalkan bidang Human Resource Management ini. Jadi dah banyak karat ilmu tentang HRM ini.
Jika anda ada kisah tersendiri sebab mengapa anda mengalami writer's block atau ketandusan idea nak menaip apa. Bolehlah kongsikan pengalaman anda di ruangan comment di bawah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.amerjaya.com/2020/04/5-sebab-writers-block-atau-tiada-idea.html