5 Sebab Seronok Bercuti Di Kota Bharu Berserta 21 Cadangan Hotel Sekitar


5 Sebab Seronok Bercuti Di Kota Bharu Berserta 21 Cadangan Hotel Sekitar | Sebagai seorang insan yang menetap di Pantai Timur sudah semestinya daku sering ke Kota Bharu. Berada di Kota Bharu benar-benar membuka mata aku kerana hakikatnya suatu masa dulu daku pernah menganggap yang Kota Bharu ini tidaklah begitu maju. Ah sangat cetek daya pemikiran aku waktu tu. 

Daku juga pernah berasa was-was sewaktu mula ingin berpindah ke Pantai Timur dulu. Mana tidaknya daku ni dah terbiasa dengan kehidupan sibuk di bandar besar. Daku juga dah terbiasa dengan pelbagai kemudahan 'moden' di bandaraya Kuala Lumpur sebelum ni. 

Seronok Bercuti Di Kota Bharu
Hinggalah saat di beritahu suami perlu pindah maka daku minta supaya dia bawa daku ni untuk pusing-pusing sekitar Pantai Timur ni. Salah satu tempat yang di bawa adalah Kota Bharu dan saat itu daku mula tertanya-tanya, bagaimanakah sebenarnya rupa bandar Kota Bharu? 

Apa pula tempat menarik di Kota Bharu yang patut ku jejak? Daku tak perlu pening kepala untuk pilih selain ikut saja ke mana suamiku bawa. Tempat menarik di Kota Bharu Kelantan yang pertama sekali suamiku bawa pastinya bandar Kota Bharu itu sendiri. 


Seronok Bercuti Di Kota Bharu
Ternyata Kota Bharu Sangat Berbeza Dari Sangkaan 

Nak datang ke Kota Bharu tak susah. Flight kan ada! Dan saat pertama kali melangkah ke Kota Bharu daku dah mula terpegun! Wah maju rupanya bandar Kota Bharu. Ada pelbagai pasaraya besar juga untuk di singgah. Penat kaki berjalan, besar jugak bandar Kota Bharu. Hati mula semakin teruja untuk bercuti ke Kota Bharu dengan lebih lama. 


Seronok Bercuti Di Kota Bharu
Banyak kedai di sana sini dan rata-rata peniaga adalah daripada kaum wanita. Tidak kiralah apa saja yang di jual memang peniaga adalah wanita. Turut ada wanita di usia muda yang turut menjadi seorang peniaga. Muda-muda dah berniaga! 

Hebat betul aura perniagaan di kalangan kaum hawa kat Kota Bharu ni. Saat melangkah ke Pasar Siti Khadijah, mata aku makin bersinar. Mau taknya banyak betul makanan! Paling daku tak leh tahan adalah kuih muihnya yang beraneka jenis. 

Ada taik itik, puteri mandi, lompat tikam dan lain-lain lagi. Apa yang best kebanyakannya memang tidak ada di negeri Utara tempat asal kelahiranku. Bila beli dan rasa,... sedap! Sangat-sangat sedap! Paling daku suka kuih lompat tikam dan juga akok. Jika kalian punya kesempatan datang bercuti ke Kota Bharu cubalah cari dan rasa kuih yang ada. 


Seronok Bercuti Di Kota Bharu
5 Sebab Terpenting Mengapa Perlu Datang Bercuti Ke Kota Bharu 

Dari apa yang ku perhatikan selama bercuti di Kota Bharu ini, bumi Kelantan punya banyak keistimewaan. Di sini daku senaraikan 5 sebab utama mengapa kalian perlu jejakkan kaki ke Kota Bharu dan tanah bumi Kelantan ini khususnya. 

1. Adat Budaya
Tak dinafikan adat dan budaya di Kelantan ini memang masih lagi kuat di jaga. Sebagai contoh di Kelantan ada budaya bermain wau bulan yang besar terbang tinggi di langit. Tak lupa yang paling utama adalah dikir barat dan wayang kulit. Persembahan dikir barat ini sangat sinonim dengan Kelantan dan tak hairanlah bila mana sanak-kanak sekolah ikut jadikan persembahan dikir barat sebagai salah satu pertandingan menarik.

Dikir Barat Kelantan
2. Makanan
Soal makanan memang daku mengaku ianya best! Jika tadi daku baru sebut tentang kuih muih, haaa jangan lupa untuk cuba menu aneka nasi yang ada. Antaranya adalah nasi kerabu yang berwarna biru, nasi dagang dengan ikan tongkol, nasi berlauk dengan gulai ayam dan sambal serta lain-lain lagi. Apa yang daku suka ada juga mee celup dan nasi air yang sangat sesuai untuk dinikmati seisi famili.

nasi kerabu berwarna biru
3. Gaya Hidup
Menyentuh tentang soal gaya hidup, di Kelantan sememangnya adalah negeri yang ramai kaum melayu. Itu tak dinafikan dan ianya berasaskan agama Islam. Namun tak bermaksud kaum lain diketepikan begitu saja.

Buktinya daku suka bila bersembang dengan bangsa Cina dan India di Kelantan ni. Percaya ataupun tidak dah macam tengah bercakap dengan orang melayu tempatan! Bahasa yang digunakan dialek Kelantan pekat dan ikatan sesama kaum juga nampak sangat akrab. Jadi tak hairan jugalah mengapa ada di kalangan warganegara luar ikut tertawan dengan negeri Pantai Timur termasuk Kelantan ini.

pernah viral : pengantin lelaki Kelantan dengan isteri Korea
4. Pemandangan
Jika di tanya adakah ada pemandangan menarik di Kota Bharu? Jawapannya mestilah ada. Jika ke Kota Bharu kalian boleh pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Kalian juga boleh singgah ke Bachok yang sudah kelihatan bagaikan berada di Pulau Nami Korea. Tak hanya itu, ada juga bangunan lama sisa tinggalan Jepun yang masih kekal utuh hingga kini. Eh takkan lupa kot.... dulu Jepun kan mendarat di pantai Kelantan.

Bagai berada di Pulau Nami Korea
5. Seloka Bahasa 
Bahasa memang sangat lain daripada yang lain. Daku sendiri boleh bertukar cara penggunaan ayat. Yang paling tak boleh lupa daku asyik tersilap antara 'kecek' dan juga 'ghoyat' (boleh sebut tak ni? haha).

Hmmm memang kena gelak dek suami jugalah masa saat mula-mula nak belajar bahasa dialek Kelate ni dulu. Tapi sekarang takpe dah. Dah paham cara nak cakap dengan betul ikut gaya percakapan orang Kelantan.



Boleh Sewa Hotel Untuk Bermalam Di Kota Bharu

Nak bermalam di Kota Bharu Kelantan ni tak susah. Ada banyak hotel dan boleh pilih mana satu yang sesuai dengan bajet. Antara hotel tersebut adalah seperti :

1. Hotel Perdana
Hotel Perdana merupakan hotel di Kota Bharu yang sesuai untuk percutian pasangan yang ingin berbulan madu dan bercuti bersama keluarga. Ia adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang yang elegan dan eksklusif. Sangat selesa dengan pelbagai kemudahan.Bilik hotel yang luas, katil yang besar dan empuk serta menikmati pemandangan cantik bandar Kota Bharu adalah ciri utamanya. Lokasinya juga sangat strategik dengan pelbagai restoran terkenal yang ada berhampiran. 
2. Hotel Grand Renai
Antara hotel di Kota Bharu yang menjadi pilihan ramai adalah The Grand Renai. Mengapa hotel ini dianggap mesra keluarga adalah kerana staffnya yang sangat mesra. Sebelum ini ia dikenali sebagai Hotel Renaissance Kota Bharu. 

Memang tersangat selesa kerana ia adalah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di tengah-tengah bandar. Ciri bangunannya yang tinggi dan tersergam indah memang mudah nak di cari. 




3. Holiday Villa Hotel & Suites
Special untuk kaki shopping! Ini adalah hotel yang sangat hampir dengan Wakaf Che Yeh yang sangat terkenal sebagai tempat seronok membeli belah. Lokasinya terletak betul-betul di hadapan tempat membeli belah Wakaf Che yeh. Jalan kaki je. Jika terasa lapar dan ingin makan segera, McDonalds turut ada berdekatan.

Hotel eksklusif empat bintang ini menawarkan kelengkapan yang lengkap. Sudah pasti, biliknya serba selesa dan cantik, bilik airnya moden dan bersih serta layanan yang diberikan juga agak mesra.
Untuk dapatkan info mengenai hotel-hotel lain untuk yang ada di Kota Bharu Kelantan, kalian boleh baca artikel yang berjudul 21 Hotel Di Kota Bharu Yang Menarik Untuk Percutian ni. Klik je kat situ dan ada banyak info lengkap berserta gambar tentang keadaan hotel, harga sewa per night dan lokasi. Sangat mudah untuk bantu kalian buat pilihan nanti.


Ohya kalau lepas baca nak terus tempah pun boleh sebabnya ia memang dah ada ruangan untuk buat tempahan. Haa kan mudah tu. Tak payah lagi buang masa lama-lama. Lihat info lengkap, rasa okay, boleh terus tempah ikut berapa malam nak bercuti di Kota Bharu Kelantan.  

Yang pasti, jika bercuti ke Kelantan kalian tidak perlu risau sebab negeri ini memang sangat sesuai untuk bercuti. Bercuti di Kelantan boleh dipenuhi masa dengan pelbagai aktiviti sambil ambil pengalaman berada di negeri yang penuh dengan adat dalam pertuturan dialek yang sangat unik. 

Perlu bijak memilih penginapan sama dan pastikan hotel yang terbaik sangat tepat dengan kedudukan, pekhidmatan dan juga harga. Anggaran kasar untuk perbelanjaan asas bercuti di Kelantan juga perlu di ambil kira. Jangan nanti duit dah habis sedangkan masih banyak lagi benda lain yang perlu dinikmati sebagai kenangan termanis sepanjang berada di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. 

Apa yang di tunggu lagi tu? Jom singgah ke Kota Bharu Kelantan! Best sangat-sangat tau!! 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/06/21-cadangan-hotel-sekitar-Kota-Bharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cari Senarai Hotel Terbaik Di Kota Bharu Kelantan Menggunakan Aplikasi Bagasi My

Cari Senarai Hotel Terbaik Di Kota Bharu Kelantan Menggunakan Aplikasi Bagasi My

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 910 hits
Cari Senarai Hotel Terbaik Di Kota Bharu Kelantan Menggunakan Aplikasi Bagasi my Hai korang jom kita sembang sembang tentang travel pulak kali ni Dalam setahun mesti kita akan bercuti ditempat tempat pilihan keluarga kan Macam sis memang ak...
Mr Dakgalbi Restoran Korea Di Kota Bharu

Mr Dakgalbi Restoran Korea Di Kota Bharu

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 2917 hits
Mr Dakgalbi Restoran Korea di Kota Bharu Memandangkan pengaruh K Pop semakin menjadi jadi di Malaysia maka banyaklah restoran yang menghidangkan masakan Korea di buka termasuklah di Kota Bharu Kelantan Di Kelantan sendiri sudah memiliki beb...
Dari Kota Bharu Tesco Ke Kerinchi

Dari Kota Bharu Tesco Ke Kerinchi

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 566 hits
Ini adalah catatan perjalanan umum yang Master alami semasa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan ke Kuala Lumpur Di Kota Bharu Master naiki bas di Terminal Bas Lembah Sireh yang lebih dikenali sebagai Terminal Bas Tesco Selalu ...
Kota Bharu Lunch Box Delivery Dengan Pelbagai Menu Western Dan Korea Yang Wajib Dicuba

Kota Bharu Lunch Box Delivery Dengan Pelbagai Menu Western Dan Korea Yang Wajib Dicuba

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 831 hits
Kota Bharu Lunch Box Delivery Dengan Pelbagai Menu Western Dan Korea Yang Wajib Dicuba Salam semua zaman sekarang ni nak makan pun dah mudah bila dah ada khidmat delivery Aglio olio with grilled chicken Bukan setakat KFC MC D ke Kedai makan...
5 Tempat Menarik Di Shah Alam Dan Pilihan Hotel Yang Selesa Sekitar Shah Alam

5 Tempat Menarik Di Shah Alam Dan Pilihan Hotel Yang Selesa Sekitar Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 635 hits
5 Tempat Menarik Di Shah Alam Dan Pilihan Hotel Yang Selesa Sekitar Shah Alam Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera semua Teringat dulu ketika Sha bersama suami dan Abang Zaryth ke Shah Alam atas urusan kerja dan perlu bermalam untuk berehat ...
Berhari Raya Dengan Buffet Seloka Aidilfitri Di Hotel The Pearl Kuala Lumpur

Berhari Raya Dengan Buffet Seloka Aidilfitri Di Hotel The Pearl Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 859 hits
Hello pembaca kesayangan Kita masih lagi di dalam mood Raya Tiap hujung minggu kita sibuk dengan jemputan rumah terbuka atau menjemput tetamu datang ke rumah kita Buat mereka yang masih mencari lokasi untuk mengadakan keraian sempena dengan...
Hotel De Art I City Seperti Fantasy Wonderland

Hotel De Art I City Seperti Fantasy Wonderland

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 286 hits
HOTEL DE ARTIa seperti berada dalam fantasi watak watak tertentu seperti Hello Kitty The Horbit dan Super Mario itulah yang dapat digambarkan apabila menginap di hotel yang terletak bersebelahan dengan taman tema I City Langkah pertama keti...
Tamu Hotel Kuala Lumpur Milik Bumiputra Muslim

Tamu Hotel Kuala Lumpur Milik Bumiputra Muslim

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 847 hits
Hari ini berpeluang berkenalan lebih rapat dengan usahawan Muslim yang berjaya Dato Mohd Khay Ibrahim a very humble person tetapi tegas dan berprinsip jelas dalam bisnes Beliau merupakan pengasas syarikat Zikay Group bersama adik beliau Dat...
Hotel Tabung Haji Alor Setar Pilihan Staycation Raya 2019

Hotel Tabung Haji Alor Setar Pilihan Staycation Raya 2019

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 908 hits
Hotel Tabung Haji Alor Setar Pilihan Staycation Raya 2019 Hai korang Baru nak sambung citer raya hihi Seperti yang mommy maklum dalam entry raya sebelum ni Raya kedua kami balik kampung belah mommy Tak jauh pun iaitu Kubor Panjang Pendang B...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut