5 Sebab Kpm Tidak Terima Tawaran Ytl Sambung Kontrak Khidmat Internet Di Sekolah




PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memberi lima sebab tidak menerima tawaran daripada YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) untuk menyambung kontrak perkhidmatan internet percuma menerusi 1BestariNet.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas, berkata sebab pertama ialah kos tersembunyi, iaitu bermula kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 hingga kini, YTLC tidak pernah membayar caj elektrik struktur menara telekomunikasi yang dipasang syarikat itu di sekolah dan premis kerajaan.

Katanya, anggaran caj elektrik membabitkan 2,715 tapak bagi struktur berkenaan adalah RM41.881 juta dan ia terpaksa ditanggung kerajaan.

“Laporan Ketua Audit Negara menegur berkaitan caj elektrik supaya kos ditanggung YTLC kerana menara telekomunikasi yang dipasang juga untuk tujuan komersial, selain kegunaan sekolah.

“Kedua, kerajaan berpotensi kehilangan pendapatan penyewaan komersial menara telekomunikasi di mana bagi enam bulan tawaran interim oleh YTLC, kerajaan berpotensi kehilangan penyewaan sebanyak RM32.5 juta.

“Ketiga, kelemahan dihadapi dalam pelaksanaan Projek 1BestariNet Fasa 2 akan berulang; (sebab keempat) tidak dapat meneroka teknologi terkini dan bersesuaian; dan (sebab kelima) dapatan hasil Kajian Impak dan Hala Tuju Pendidikan Digital Negara mendapati kualiti capaian internet yang dibekalkan tidak memuaskan,” katanya dalam sidang media di sini.

Semalam, YTLC menerusi kenyataan berkata, syarikat itu terkejut apabila tawaran mereka untuk memberi internet secara percuma kepada 10,000 sekolah ditolak KPM.

Dalam kenyataan itu, YTLC turut mendakwa KPM memungkiri janji untuk melaksanakan tender terbuka, sebaliknya bersetuju untuk membayar kepada tiga penyedia perkhidmatan internet walaupun ditawarkan perkhidmatan secara percuma.

Mereka juga menegaskan tindakan yang diambil berkaitan 1BestariNet adalah demi kepentingan guru, murid dan sekolah.

Dr Mohd Gazali berkata, keputusan KPM berkaitan 1BestariNet dibuat bagi membolehkan kerajaan menyediakan sistem pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan terbaik, serta mengoptimumkan sumber kewangan negara.

Beliau berkata, KPM tidak pernah meminggirkan mana-mana syarikat telekomunikasi yang layak, termasuk YTL dalam proses tender.

Malah, katanya, YTLC masih boleh mengambil bahagian dalam proses tender untuk perkhidmatan talian internet ke sekolah bagi tempoh mulai 1 Januari 2020 dan seterusnya apabila proses tender secara terbuka dikeluarkan kelak.

“Dakwaan YTLC bahawa KPM melanggar obligasi kontrak dan tidak bertindak dengan niat baik adalah tidak berasas sama sekali dan ia tuduhan tidak adil ke atas kementerian dan kerajaan.

“Perlu ditegaskan KPM tidak melanggar kontrak dengan YTLC. Kontrak 1BestariNet sudah tamat pada 30 Jun 2019 dan bukan ditamatkan,” katanya.

Beliau berkata, bagi menyediakan perkhidmatan sepanjang enam bulan mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2019, KPM memanggil syarikat telekomunikasi utama, termasuk YTLC untuk diberi penerangan mengenai perkhidmatan yang diperlukan, iaitu tempoh sementara sebelum tender baharu dibuka.

“Ada syarikat memberi maklum balas dan ada yang tidak. Susulan itu, KPM melantik tiga syarikat iaitu TM One, Maxis dan Celcom Axiata yang sudah mengemukakan tawaran berdasarkan liputan terbaik oleh syarikat mereka,” katanya.

Dr Mohd Gazali juga menyifatkan dakwaan YTLC tidak berasas apabila menyatakan pihaknya ada menawarkan penyelesaian lengkap perkhidmatan internet percuma dan Frog VLE bagi tempoh sementara sehingga tender baharu dibuat, namun ditolak.

“Pihak kementerian juga sudah memberi maklum balas kepada permintaan YTLC yang dipanjangkan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dengan syarat yang diputuskan kementerian,” katanya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/5-sebab-kpm-tidak-terima-tawaran-ytl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kehilangan Permata Kpm Terima Kasih Datuk Dr Amin Senin

Kehilangan Permata Kpm Terima Kasih Datuk Dr Amin Senin

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 509 hits
Semalam merupakan hari terakhir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Dr menjalankan tugas beliau sebagai penjawat awam Berbakti mengemudi antara kementerian yang paling mendapat perhatian masyarakat saya rasa bukan calang calang orang m...
Atuk Pinjam Motor Kawan Bawa Tiga Cucu Terima Bantuan Kelengkapan Sekolah

Atuk Pinjam Motor Kawan Bawa Tiga Cucu Terima Bantuan Kelengkapan Sekolah

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 381 hits
PARIT BUNTAR Kerana kesempitan hidup seorang lelaki terpaksa meminjam motosikal rakannya untuk membawa tiga cucunya ke program sumbangan kelengkapan persekolahan Back To School anjuran Dewan Undangan Negeri Titi Serong di sini semalam Loadi...
Influenza A Kementerian Terima Laporan Penutupan Sekolah Di Beberapa Negeri

Influenza A Kementerian Terima Laporan Penutupan Sekolah Di Beberapa Negeri

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 261 hits
Beberapa sekolah ditutup apabila terdapat pelajar yang disahkan positif influenza A KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan mengesahkan menerima laporan penutupan sekolah di beberapa negeri antaranya Pulau Pinang dan Selangor apabila terdapat p...
Apakah Agaknya Yang Boleh Dilakukan Sementara Menanti Tawaran Sambung Belajar

Apakah Agaknya Yang Boleh Dilakukan Sementara Menanti Tawaran Sambung Belajar

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 147 hits
Apakah Agaknya Yang Boleh Dilakukan Sementara Menanti Tawaran Sambung Belajar Rasanya anak anak dah fikirkan dan dah ada perancangan untuk membuat apa usai tamat peperiksaan SPM ataupun STPM yang lalu Mungkin ada yagn sedang bercuti di luar...
Iman Dapat Tawaran Ke Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman Terengganu

Iman Dapat Tawaran Ke Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman Terengganu

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 760 hits
Iman Dapat Tawaran Ke Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman Keputusan untuk kemasukan ke sekolah menengah agama negeri Terengganu telahpon diperolehi pada 19 Disember 2019 jam 10 pagi KakYa semak keputusan melalui online dan Alhamdulillah...
Tpm Menteri Lawat Sekolah Terima Aduan Perhiasan Melampau Tahun Baharu Cina

Tpm Menteri Lawat Sekolah Terima Aduan Perhiasan Melampau Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 511 hits
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengetuai deligasi melawat dan memberi sokongan terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong 1 di Selangor selepas sekolah itu menerima aduan daripada ibu bapa yang meminta hi...
Kami Beri Percuma Tetapi Kpm Tak Mahu Kata Ytl

Kami Beri Percuma Tetapi Kpm Tak Mahu Kata Ytl

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR YTL Communications Sdn Bhd mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia telah melantik tiga penyedia perkhidmatan internet untuk sekolah sedangkan syarikat itu menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma Kami beri percuma tetap...
Sebab Sebab Kenapa Ytl Yes Ditolak Oleh Kpm Sewaktu Maszlee Menteri Pelajaran

Sebab Sebab Kenapa Ytl Yes Ditolak Oleh Kpm Sewaktu Maszlee Menteri Pelajaran

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 596 hits
Sebab sebab kenapa YTL yes ditolak oleh KPM sewaktu Maszlee menteri pelajaran 5 SEBAB KPM TIDAK TERIMA TAWARAN YTL SAMBUNG KONTRAK KHIDMAT INTERNET DI SEKOLAH Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini memberi lima sebab tidak menerima tawara...
Tamatkan Projek Taikun Ytl 1bestarinet Isu Utama Dr Maszlee Diarah Letak Jawatan Menteri Kpm

Tamatkan Projek Taikun Ytl 1bestarinet Isu Utama Dr Maszlee Diarah Letak Jawatan Menteri Kpm

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 685 hits
Tamatkan projek taikun YTL 1BestariNet isu utama Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM16 01 Jan 02 2020 By SabahKini2 21Sekalipun banyak isu dikaitkan dengan Dr Maszlee namun isu paling besar ialah menamatkan kontrak 1BestariNet milik...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Apa Motif Majlis Peguam Kenapa Kerajaan Takut Bertindak

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Ipt Flysiswa

Rukun Islam Jangan Ditambahkurangi Itu Namanya Dholalah Finnar

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Mata Wang Kripto Doge Jumaat 3 Mei 2024