5 Sarapan Tidak Sihat Menurut Pakar Perunding Kardiologi


Dr. Onn Akhbar Ali, seorang Pakar Perunding Kardiologi di KPJ Kajang menerusi akaun Youtube dan Tiktoknya telah berkongsi kepada para penonton tentang tabiat sarapan pagi tidak sihat dikalangan rakyat Malaysia.
Sarapan boleh diambil jika perut dalam keadaan kosong (lapar). Namun disebabkan oleh gaya hidup masyarakat yang kian sibuk disamping perlu memenuhi pelbagai tanggungjawab, ia menjadikan kita tiada masa untuk mengambil sarapan pagi.
Walaupun ramai dikalangan doktor dan pakar pemakanan percaya sarapan pagi adalah hidangan paling penting untuk memulakan hari, namun ia bukan sesuatu yang wajib untuk diambil terutama jika anda mengambil makanan yang tidak berkhasiat sebagai sarapan.
Malahan ada beberapa jenis makanan dimomokkan sebagai makanan yang berkhasiat sedangkan realiti yang sebenarnya tidak. Sesetengah daripadanya juga boleh memberi kesan kepada orang dewasa terutama yang mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, kolestrol ataupun sakit jantung.
Beliau juga sedar tentang tahap kesibukan masyarakat kini tidak dapat dibendung lagi. Sebab itu kebanyakan daripada kita memilih pemakanan yang senang, sedap, dan mengambil masa yang singkat. Tetapi sarapan tidak sihat ini mungkin boleh membawa kemudaratan kepada si pemakannya kerana mempunyai kandungan gula yang tinggi yang menyumbang kepada penyakit.
Atas keperihatinan tersebut, beliau kongsikan kepada anda semua tentang 5 senarai sarapan tidak sihat yang mengandungi gula yang tinggi yang perlu dielakkan. Antaranya adalah seperti berikut:
5. Air Jus
Menurut Dr Onn, kita kena melihat kembali bagaimana proses pembuatan air jus dilakukan. Setiap kali kita membuat air jus, kita mengakstrek gula dan air daripada buah yang diproses dan buang semua khasiat lain untuk diminum.
Segelas jus epal juga memerlukan kira-kira 3-5 biji epal untuk diproses. Walau air jus itu sedap, kita hanya mampu rasa kenyang selama setengah jam ke satu jam sahaja. Kalau orang yang menghidapi penyakit kencing manis mengamalkan tabiat minum jus, pasti kadar gula dalam badan mereka juga akan naik mendadak. Kemudian bila lapar, makan balik.
4. Bijiran
Kita selalu terpengaruh dengan gambaran filem tentang bagaimana sarapan pagi itu mesti dengan bijiran. Warna yang menyerlah menyebabkan kita pun teringin nak makan sama sampai terkeluar air liur.
Tapi kalau diteliti dengan lebih lanjut tentang kandungan bijiran, kita pasti akan sedar yang bijiran ini mempunyai karbohidrat ringkas dan kandungan gula yang tinggi.
Contohnya tentang bagaimana salah satu jenama bijiran yang berada di pasaran menawarkan saiz hidangan sebanyak 45g, tetapi apabila melihat bahan-bahannya pula menunjukkan kandungan karbohidrat sahaja 34.6g, kandungan gula pula 12.6g.
Malahan ada sesetengah bungkusan bijiran cuba untuk mengaburi mata pembeli mereka dengan memberikan nama yang lebih berteknologi seperti High Fructose syrup sedangkan realiti yang sebenar ia tetap gula.
3. Roti Putih
Seterusnya ialah roti putih kecil yang berharga RM1++ yang biasa dijadikan sarapan oleh rakyat Malaysia. Jangan kata kunyah, hisap-hisap pun boleh telan terus sampai boleh disamakan seperti gula kapas. Orang tiada gigi pun boleh makannya.
Enak kita bersarapan dengannya, roti jenis ini juga antara sarapan yang mengandungi banyak gula, banyak karbohidrat tetapi tidak punyai protein, tiada lemak dan fiber yang berkhasiat.
2. Milo
Seterusnya ialah Milo. Ini adalah minuman kegemaran rakyat Malaysia yang sejak dahulu lagi dimomokkan sebagai pemakanan yang sihat. Kalau dibaca kandungan milik yang terdapat pada tin Milo yang berada di pasaran, 40% daripadanya adalah kandungan gula. Contohnya dalam sepeket Milo, kalau anda bersarapan dan punyai hidangan sebanyak 30g, kandungan gulanya sahaja ialah 12.2g. 
1. Minuman 3 dalam 1
Minuman 3 dalam 1 adalah satu bentuk kemalasan yang ketara. Tuang air panas sahaja, kopi atau nescafe terus siap terhidang sedangkan tanpa disangka 50% daripada adalah kandungan gula. 
Kalau anda tidak percaya, anda boleh periksa sendiri kandungan minum segera tersebut dan lihat dengan teliti bahan-bahannya. Sudah tulisannya kecil, kalau orang tua tengok pun kena pakai cermin mata.
Contohnya daripada segi saiz hidangan Nescafe Late Hazelnut, bagi hidangan 24g, jumlah gula sahaja adalah 12g. Maknanya separuh hidangan itu adalah gula. Susu sikit sahaja.
Akhir kata dari Dr. Onn Akhbar Ali Akhir kalam, ada nasihat yang cuba disampaikan oleh Dr. Onn Akhbar Ali. Katanya jika anda semua bangun pagi dan tidak sempat untuk bersarapan pagi, anda tidak perlu bersarapan pagi. Ini lebih baik daripada anda makan makanan yang tidak berkhasiat.
Baca juga: Asal usul Bintang Michelin yang menjadi idaman restoran
Baca juga: 11 Tip Mengendalikan Makanan Yang Anda Perlu Tahu
Sarapan juga bukan makanan paling penting dalam memulakan hari. Anda boleh buat puasa berkala (intermittent fasting) dengan cara makan tengah hari lewat atau makan malam awal, makan sehari sekali atau makan sehari dua kali sahaja. Terpulang kepada diri anda.
Lagipun ia pilihan yang lebih baik berbanding makan makanan yang tidak berkhasiat. Makanlah makanan yang fresh dan nikmatinya bersama keluarga. 
Tonton video perkongsian beliau The post 5 Sarapan tidak sihat menurut Pakar Perunding Kardiologi appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/5-sarapan-tidak-sihat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Pilihan Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Try Buat

5 Pilihan Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Try Buat

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 295 hits
Korang suka tak skip sarapan pagi Kalau suka skip better ubah Pagi pagi sebelum melakukan sebarang aktiviti memang perlu bersarapan terlebih dahulu Bila tubuh ada energi barulah kita jadi lebih bersemangat untuk beraktiviti Lagipun banyak k...
Hutang 1mdb Tak Guna Dana Awam Pakar Ekonomi Tempelak Najib Menipu Dalam Parlimen

Hutang 1mdb Tak Guna Dana Awam Pakar Ekonomi Tempelak Najib Menipu Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 189 hits
perakinsights com Kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad adalah tidak benar dan tepat Menurut pakar ekonomi Datuk Dr Nungsari A...
T18c14 Bawa Aina Ke Kompleks Pakar Dan Rawatan Harian Hkl

T18c14 Bawa Aina Ke Kompleks Pakar Dan Rawatan Harian Hkl

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 211 hits
Pagi tadi kami ke Hospital Kuala Lumpur atas urusan membawa Nor Aina menerima pemeriksaan susulan di klinik pakar bedah plastik di sana Temujanji kami adalah pada jam 9 pagi tapi disebabkan oleh masalah jarak dan juga kesesakan jalan kami s...
Pakar Kongsi Cara Simpan Stok Susu Ibu Ada Satu Peti Di Rumah Tak Jadi Masalah

Pakar Kongsi Cara Simpan Stok Susu Ibu Ada Satu Peti Di Rumah Tak Jadi Masalah

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 203 hits
Rezeki sebenarnya ibu dapat menyusu anak Selagi ada peluang itu buatlah semaksimum mungkin kerana tak semua ibu berpeluang menyusukan bayi dalam tempoh masa sehingga 2 tahun Bagaimanapun yang menjadi persoalan ramai ibu menyusu adalah penyi...
Pakar Meramalkan Kenaikan Kadar Pinjaman Utama Kanada

Pakar Meramalkan Kenaikan Kadar Pinjaman Utama Kanada

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 182 hits
Dengan latar belakang data ekonomi kukuh daripada Statistik Kanada sehari sebelumnya bank pusat berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah dengan lebih cepat Bank of Canada dijangka memulakan beberapa siri kenaikan kadar faedah minggu ini u...
Trend Ambil Parasetamol Meningkat Tanya Pakar Dahulu

Trend Ambil Parasetamol Meningkat Tanya Pakar Dahulu

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 738 hits
KUALA LUMPUR Trend mengambil ubat jenis parasetamol tanpa mendapatkan nasihat pakar perubatan dan ahli farmasi bagi meredakan kesan sampingan pengambilan vaksin dan dos penggalak Covid 19 dilihat semakin meningkat kebelakangan ini Malah dil...
Usia 2 Tahun Anak Tantrum Teruk Jangan Cepat Marah Pakar Kongsikan Punca Baru Tahu Nak Buat Apa

Usia 2 Tahun Anak Tantrum Teruk Jangan Cepat Marah Pakar Kongsikan Punca Baru Tahu Nak Buat Apa

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 670 hits
Sukar nak faham perangai anak umur 2 tahun terutama bila mereka tantrum Tapi ayah terutamanya jangan cepat marah sebaliknya kena sabar dan pujuk si kecil Kenapa tak dengar cakap papa ni Kan papa suruh diam Jangan nangis lagi Degil ya marah ...
Masukan Pakar Untuk Kebijakan Ppln Masuk Bali Tanpa Karantina

Masukan Pakar Untuk Kebijakan Ppln Masuk Bali Tanpa Karantina

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 467 hits
Direktur Pasca Sarjana Universitas YARSI Prof Tjandra Yoga Aditama memberikan lima masukan kepada pemerintah mengenai kebijakan bebas karantina bagi PPLN masuk ke Bali Pertama setiap PPLN yang masuk ke Bali harus menjalani tes Polymerase Ch...
Pakar Saran Aktiviti Untuk Anak Susah Fokus Buat Bersama Lebih Mudah Anak Nak Hadam

Pakar Saran Aktiviti Untuk Anak Susah Fokus Buat Bersama Lebih Mudah Anak Nak Hadam

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 203 hits
Membuat aktiviti aktiviti menarik di rumah bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak anak malah ia juga dapat membantu si kecil untuk belajar dan meneroka Namun pasti sukar untuk dapatkan fokus daripada mereka kan Ada y...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan

Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital