5 Resipi Perapan Ayam Bakar Mesti Cuba Untuk Hidangan Bbq Beramai Ramai
Ayam bakar memang menjadi pilihan utama santapan BBQ bersama teman atau keluarga selain ikan dan daging. Ayam bakar masak macamana lagi nak cuba untuk aktiviti membakar atau memanggang kali ini?
Jadi jom kita selongkar dan sendiri resipi ayam bakar gerenti sedap sesuai untuk hidangan ramai seisi keluarga, rakan dan taulan sewaktu sambutan keraian atau harian.
1. Resipi Ayam Bakar Ala Nandos
Bahan - Bahan
1 ekor ayam (dikembang kupu-kupu)
6 biji cili padi (kurangkan sekiranya nak kurang pedas)
1 biji capsicum merah
1 biji lemon (diperah jusnya)
2 sudu besar paprika
2 sudu kecil garam
1 sudu besar oregano
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 cawan minyak sayuran (boleh juga guna minyak zaitun)
5 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil pewarna merah
Cara Memasak
1. Ayam dikembang kupu-kupu. Ketepikan.
2. Masukkan kesemua bahan (kecuali ayam) ke dalam blender dan proses sehingga sebati. Sos ini akan digunakan untuk memerap ayam. Ia juga boleh dimasak dengan sedikit air sehingga agak pekat dan digunakan untuk mencicah semasa menikmatai ayam nanti. Boleh juga dibuat kuantiti yang lebih besar dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya sos ini dibuat awal sehari sebelum digunakan untuk memerap kerana rasanya akan lebih sedap lagi.
3. Langkah ini boleh diabaikan tetapi kalau buat akan bertambah sedap, moist dan lembut ayamnya. Masukkan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1/2 cawan cuka, jus sebiji lemon, sesikit daun ketumbar dan sedikit daun pasli ke dalam bekas yang muat seekor ayam. Masukkan air sejuk. Kacau sebati. Masukkan ayam, biarkan tenggelam. Tutup dan sejukkan 1 ke 4 jam. Selepas itu keluarkan, bilaskan dengan air dan bolehlah diperap dengan bahap perapan.
4. Lumurkan sos perapan ke seluruh permukaan ayam, juga di celahan-celahan. Tutup dan sejukkan semalaman.
5. Preheat oven ke 170ºC
6. Masukkan ayam ke dulang yang telah digris. Bakar selama 20 minit. Terbalikkan ayam pada minit ke 10.
7. Setelah 20 minit, kurangkan suhu ke 120ºC. Terbalikkan ayam, sapu sedikit sos pada ayam dan bakar lagi lebih kurang 15 ke 20 minit. Sapukan sos sekali lagi pada minit ke 10.
8. Untuk mendapatkan efek BBQ, gunakan fungsi broil pada oven dan bakar lebih kurang 5 minit untuk setiap belah. Sekiranya tiada fungsi broil, alihkan ayam ke rak paling atas, gunakan api atas sahaja, setkan suhu ke 200ºC dan bakar 5 minit untuk setiap belah. Perhatikan supaya tidak sangat hitam.
2. Ayam Bakar Sate
Bahan-bahan diperlukan:
1 ekor ayam - dipotong2
15 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2 cm halia
10 - 15 tangkai cili kering - ikut kepedasan sendiri
10 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil garam
2 cawan teh gula pasir (resepi ni memang menggunakan banyak gula bertujuan supaya ayam tu cantik berkilat masa dipanggang dan rasanya seimbang manisnya sebab dah bercampur dengan rasa pedas dan rempah2 dalamnya...memang seakan2 rasa sate)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
5 sudu besar madu
Cara menyediakan dan memasak:
Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu.
Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.
Tuang madu dan sebatikan lagi.
Perap dahulu sebelum dibakar. ( perap 24 jam untuk dapatkan rasa ayam bakar ala sate yang lebih best )
Panaskan oven dan bakar ayam selama 1 jam dengan suhu 180c. guna api atas bawah untuk mendapatkan ayam bakar yang cantik garingnya dan sentiasa terbalikkan ayam tu...
Jangan Lupa Like, Share & Komen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://selongkar10.blogspot.com/2019/03/5-resipi-ayam-bakar-mesti-cuba-sempena.html