5 Resepi Sandwich Telur Simple Dan Sedap
Salam semua, sandwich telur ni ramai peminat termasuk lah sis. Resepinya yang mudah dan simple nak buat tu, ramai mak - mak buat bekal sekolah anak.
Ramai juga yang buat untuk jualan sebab permintaan memang tinggi, siapa kata buat sandwich tak boleh buat duit kan.
Bahan utama adalah telur rebus dan mesti kena ada mayonis. Bahan - bahan lain adalah sampingan untuk menambahkan lagi kesedapan sandwich telur.
5 Resepi Sandwich Telur Simple Dan Sedap Selalunya bila nak buat sandwich ni, korang guna roti apa ?. Yang biasa ramai orang makan ada yang roti putih.
Kalau untuk yang tengah diet dan penggemar roti, kalau boleh kena elakkan makan roti putih ni. Korang boleh tukar jenis roti.
Ganti roti putih biasa dengan roti wholemeal with sunflower seeds atau 100% wholegrain with canadian purple wheat. Boleh google tengok macam mana roti tu. Jenama Gardenia.
Paling bagus roti canadian purple wheat tu. Kalau beginner, mula - mula makan memang tak boleh nak terima tekak sikit.
Sebab sis pun macam tu. Sebab dia memang tak ada rasa. Tapi telan saja lah. Untuk diet, kita perlu manjaga kalori pemakanan kita.
Selain itu, makanan yang tinggi serat membantu proses penghadaman dan mengelakkan sembelit, juga baik untuk diet.
Sis pernah baca, makanan yang baik untuk diet juga perlu tinggi dengan vitamin. Canadian Purple Wheat lebih tinggi seratnya berbanding Wholemeal with Sunflower Seeds, serta kalori lebih rendah.
Nilai Glycaemic Index (G.I) untuk Canadian Purple Wheat lebih rendah, iaitu 46 berbanding Wholemeal, iaitu 55.
Apapun, pilihan masing - masing ya. Ok lah, jom sis kongsikan 5 resepi sandwich telur yang boleh korang cuba dan pelbagaikan.
Kredit tuan punya resepi yang diambil dari facebook page Masak Apa Hari Ni
5 Resepi Sandwich Telur Simple Dan Sedap 1. Resepi Sandwich Telur Viral
Bahan - Bahan 5 biji telur yang telur yang telah direbus. ( Asingkan kuning dan putih )Daun bawang secukupnya *Garam dan lada hitam @ putih *3 sudu besar krim cheese *1 sudu teh serbuk paprika *2 sudu besar mayonis *3 biji telur kuning *
Cara - Cara 1. Telur putih di cincang kasar 2. Dalam mangkuk, kacau sebati bahan yang bertanda *3. Kemudian, campurkan bahan tadi ke dalam telur putih. Kacau rata. 4. Sapu atas roti. Kepit dengan roti satu lagi. Potong 2.
Nota : Kalau suka, boleh potong kulit roti bahagian tepi
Kredit : Norsuziyati Yati
2. Resepi Sandwich Telur Cheese
Bahan - Bahan RotiMarjerin atau butterTelurSlice cheddar cheese Garam secukup rasa
Cara - Cara 1. Sapu marjerin atau butter pada sebelah bahagian roti sandwich.
2. Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk, masukkan sikit garam dan kacau sampai sebati.
3. Bila kuali leper dah panas (api sederhana kecil), masukkan telur dalam kuali bagi rata. 4. Tunggu masak sikit tapi jangan sampai kering bahagian atas, nanti letak roti tak melekat, susah nak terbalikkan nanti.
5. Letak roti atas telur, susun macam dalam gambar. Biar seketika
6. Agak - agak telur kat bahagian bawah dah masak. Terbalikkan telur dan roti dengan hati-hati. Letak sekeping cheese atas roti.
7. Agak - agak telur bahagian bawah dah masak, lipat telur kiri dan kanan. Pastu lipat sekali lagi biar roti bertindih.
8. Kira dah masak. Tapi terpulang pada selera masing - masing nak roti garing macam mana sebelum angkat.
9. Bila dah angkat, dirikan sandwich, tak nak bagi bahagian bawah sandwich berpeluh
Kredit : Siti Nor Zainab Taib
3. Resepi Sandwich Telur Bawang Karamel
Bahan - Bahan 1 buku roti 4 sudu besar mayonis7 biji telur rebus 2 sudu bawang karamel 1 pokok daun bawang
Bahan Untuk Bawang Karamel 1 sudu teh serbuk oregano 1 biji Bawang merah dihiris kasar 1 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk lada hitam 2 sudu makan minyak masak
Cara Untuk Bawang Karamel 1. Gaul semua bahan dan masak atas dapur hingga layu. 2. Sejukkan dan campur ke dalam sandwich.
Cara - Cara 1. Dalam mangkuk, telur dicincang kasar. 2. Masukkan mayonis, daun bawang dan bawang karamel. 3. Kacau hingga rata. 4. Ambil sekeping roti dan sapu rata. Letak roti sekeping lagi atasnya. 5. Potong 2 dan boleh hidangkan.
Kredit : Suraya Yaacob
4. Resepi Sandwich Telur Coslow
Bahan - Bahan
Roti
5 biji telur rebus
9 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk lada putih
Garam dan gula ikut citarasa
Limau nipis atau lemon
Kubis ikut nak banyak mana dihiris halus
Carrot hiris halus
Cara - Cara
1. Hancurkan telur dan gaul pakai garfu pun boleh
2. Masukkan kubis, carrot, mayonis dan gaul bersama telur.
3. Masukkan serbuk lada hitam, lada putih, garam dan gula. Gaul hingga sebati.
4. Akhir sekali, masukkan sedikit perahan air asam limau atau lemon
5. Boleh sapu atas roti.
Kredit : Aii You More
5. Resepi Sandwich Telur Dan Sardin
Bahan - Bahan Roti
*Sardin tin (lenyekkan)
Cili potong
Bahan perasa
Serbuk parsley
(Gaul semua)
*Telur (rebus dan lenyekkan)
Mayonis
Kiub ayam
Lada hitam
Serbuk oregano
(Gaul semua)
Letakkan salad di tengah sebagai penghadang. Takut bercampur.
Kredit : Novelis Affieyza Isahak
Facebook Page : Masak Apa Hari Ni ( MAHN )
Itu saja 5 resepi sandwich telur mudah untuk korang cuba. Cara buat sandwich pun tak ada susah mana. Kerajinan yang perlu.
Sandwich Mesin Duit Suri Rumah Sekarang ni kan, permintaan sandwich memang tinggi, mana - mana majlis pun mesti ada menu sandwich.
Untuk korang yang masih tercari - cari nak buat bisnes apa. Apa kata korang dah boleh rancang untuk ambil tempahan sandwich.
Tak tahu nak mula macam mana, meh baca ebook ini. Dalam ni sis pun tak sangka ramai yang dah berjaya buat bisnes sandwich.
Thanks untuk cikgu yang mengajar. Kalau nak kenal siapa cikgu tu ? Korang boleh klik link di bawah :
Bisnes Sandwich Dari Rumah
Baca Juga : 1. Cara Untuk Memulakan Bisnes Tudung Jenama Sendiri Hanya Dari Rumah 2. 10 Rahsia Untuk Mulakan Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah3. Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2023/01/resepi-sandwich-telur-simple-dan-sedap.html