5 Pizza Di Kl Yang Wajib Cuba
Kadang bosan juga asyik makan masakan sendiri di rumah. Nak juga tukar selera ikut tekak minah salleh sesekali yea tak?Selalunya bila sebut selera minah salleh, yang paling dekat di hati rakyat Malaysia ni, Pizza.. Yesza..tak lain tak bukan, paling menjadi pilihan selepas burger adalah pizza.
Sambil tengok tv, walaaa layan Pizza..Tambahan sekarang kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Jadi memang rutin duduk kat rumah sambil layan Netflix, sambil mulut mengunyah Pizza...walaaahhh…
Bila sebut pizza yang jadi pilihan kita kebiasaanya Pizza Hut ataupun Domino's Pizza. Yea tak?Kalau di KL ni, paling popular memang 2 jenama ni lah di hati. Nak makan Pizza je, ingat Pizza Hut..Domino's Pizza. Ala..bukan kata tak sedap 2 jenama ni. Memang dah well known pun.
Jom check it out Pizza di KL yang wajib kita cuba..
1. La Risata @ Ampang & Medan Damansara
Dah beroperasi di KL dalam perkhidmatan penyediaan makanan Itali sejak tahun 1996 & pernah menang BEST ITALIAN dalam Time Out KL Food Awards 2011 & 2013 dan tersenarai dalam kategori yang sama pada tahun 2010 & 2012. Pada tahun 2009, La Risata disenarai pendek BEST PIZZA dalam kategori makanan & La Risata mendapat pengiktirafan ini 100% melalui undian pelanggan di KL. Ini membuktikan La Risata terkenal kerana popularitinya & konsisten dalam penyediaan makanan bagi mengekalkan rasanya yang menyebabkan ia menjadi pilihan pelanggan sekitar KL
Cara penyediaan Pizza di La Risata menggunakan ketuhar tradisional kayu api & hasilnya Pizza La Risata nipis dan rangup.
Untuk korang yang berada di dua lokasi La Risata ni & nak mencuba keenakan Pizza La Risata, boleh membuat pesanan melalui Pizza Delivery
2. Pezzo Pizza
Pernah dengar tak Pezzo Pizza ni?Tak pernah. Hah, kalau tak pernah meh kenalkan. Pezzo Pizza. Walaupun ada yang tak kenal, Pezzo Pizza ni rupanya dah ada 6 cawangan di KL (Shell Damansara Jaya, Tesco Cheras, One Utama, Setia City Mall, Midvalley & Nu Sentral serta ada 3 lagi cawangan di Johor Bahru.
Dari review yang k.fiezz baca, kelebihan Pezzo Pizza ni, kita boleh beli 1 keping sahaja ataupun boleh custom untuk setiap kepingan berlainan rasa dalam satu pan. Wah..Best ni. Jadi nak puas hati ,meh la cuba sendiri. Mesti terangkat sebab ikut citarasa kita.
Malas nak keluar, terutama musim COVID-19 ni. Apa susah Pizza Delivery kan ada..Mana yang ada berdekatan dengan lokasi cawangan Pezzo Pizza ni, cuba semak dalam aplikasi link atas ni, mungkin pihak Pezzo Pizza ada membuat penghantaran pizza ke kawasan kita
3. Mikey's Original New York Pizza @ Bangsar & Publika, Solaris Dutamas
Pizza di Mikey's Original New York pizza yang beroperasi di dua lokasi iaitu Bangsar & Publika, Solaris Dutamas ni memang sudah terkenal dengan resipi sejak turun temurun. Kita boleh pilih pelbagai jenis perasa pizza dengan kerak yang nipis dan meriah dengan bahan-bahan segar & berkualiti. Kalau pilih pizza di sini, paling wajib cuba adalah pepperoni-heavy Tony Soprano & Chocolate Chip Pizza.
Nak order, tak ada masalah. Pizza Delivery sedia membantu.
4. Cubes Pizza @ Solaris Dutamas
Cubes Pizza ni asalnya dari Bandar Mississauga di Canada. Di Cubes Pizza kita boleh nikmati Pizza Sicily dengan sos tradisional yang di buat sendiri menggunakan campuran rempah Itali bersama pilihan daging berkualiti serta topping yang terdiri dari sayur-sayur segar. Paling menarik, adunan doh pizza di sini diuli dengan tangan setiap hari untuk kekalkan tradisi Itali.
Nak order, tak ada masalah. Pizza Delivery sedia membantu.
5. Puzzini Swedish Pizza @ TTDI & Damansara Uptown
Di Ikea terkenal dengan bebola daging yang popular. Di Puzzini pula terkenal dengan bebola daging Sweden yang setaraf IKEA dan juga pelbagai jenis pizza.
Tak kisah lah kita ni penggemar pizza ayam, daging, makanan laut atau pun vegetarian. Pilih saja ikut citarasa masing-masing.
Malas nak keluar. Bukan alasan hokay. Pizza Delivery pada bila-bila masa. Lapar tengah malam, guna sahaja aplikasi di atas ni.
Jadi dari senarai di atas, nampak tak kelebihan kita yang tinggal di bandar besar seperti KL ni. Banyak sebenarnya pilihan pizza di KL yang ada. Cuma kita kena rajin guna segala applikasi yang ada untuk memudahkan kita meneroka macam-macam jenis makanan yang ada seperti Pizza ni. Kadang nak juga tukar selera Pizza. Asyik yang biasa kita makan sahaja. Nak juga rasa Pizza dari jenama lain macam di atas ni. So Pizza Delivery sentiasa ada di sisi..ewah...
Nak Makan Pizza? Order Dari Rumah Pun Boleh!
Cuma k.fiezz nak war war kan dengan korang, ada lagi pizza di KL yang wajib korang cuba.. Tak cuba tak tahu. Dah cuba, berkali-kali nak ulang. Nak makan pizza tapi malas nak keluar? Eh apa susah, pizza delivery kan ada.. buka applikasi di telefon, pilih saja nak yang mana? Bayar..dan tunggu pizza yang di order tu sampai depan pintu rumah.
Bila-bila masa rasa teringin nak makan pizza tu, cuba semak dalam aplikasi Foodpanda di handphone atau sebagainya dan bolehlah buat tempahan penghantaran pizza mengikut kawasan tempat tinggal masing-masing.
Tetiba je perut terasa lapar bila terbayang bermacam jenis menu pizza dengan topping menarik yang boleh dinikmati. Lagi-lagi jika ada extra cheese yang sedap amat tu! Makan pulak panas-panas, pergh benar-benar mengugat nafsu makan tanpa boleh di sekat-sekat.
So bila ada servis Pizza Delivery dari Foodpanda yang sentiasa ada di sisi.. Ewah… memang suka sangat-sangatlah!! Apa tunggu lagi, jom makan pizza!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/06/5-Pizza-Di-KL-Yang-Wajib-Cuba.html