5 Petua Kurangkan Gula Dalam Masakan Harian


Salam semua, ramai dah mula sedar tentang bahaya gula berlebihan. Tapi bila sebut pasal nak kurangkan gula dalam masakan, mulalah terbayang makanan jadi tawar, tak sedap dan macam "eh kenapa tak rasa apa ni?".



Tapi sebenarnya, dengan sikit usaha dan perubahan gaya masak, kita masih boleh makan sedap tanpa perlu banjirkan gula.

Dalam entri ni, sis nak kongsi 5 (eh, lebih dari tu!) petua yang sis sendiri praktikkan. 
Harapnya bermanfaat, lagi-lagi kalau tengah cuba ubah gaya hidup ke arah lebih sihat.
1. Gantikan Gula Putih dengan Pemanis Semulajadi Kalau selalu masak bubur atau kek letak gula pasir, cuba tukar dengan kurma, madu asli, atau gula kelapa. 
Kurma contohnya, bila kisar jadi pes, bukan je manis tapi ada rasa yang kaya sesuai sangat buat kek, lempeng, atau bubur.
Madu pula sedap campur dalam air lemon, teh panas atau buat salad dressing. Tapi penting, pastikan madu tu madu asli, bukan yang campur sirap glukosa.
Gula kelapa pun suka, rasa dia macam karamel sikit. Tambah dalam kek atau kuih tradisional pun ngam. 
Semua ni lebih mesra indeks glisemik, maksudnya tak naikkan gula darah secara mendadak.
Tip mesra dapur: Bila guna pemanis semulajadi, kena uji sikit-sikit. Jangan terus tukar sukatan 1:1 dengan gula putih sebab manis dia lain.
2. Kurangkan Gula Secara Perlahan
Deria rasa kita boleh dilatih. Sis sendiri dulu memang suka juga minuman manis, tapi tak terlalu manis eh. Nak lagi kalau kopi tu letak susu pekat. 
Gula putih dulu selalu buat stok. Tapi lama-lama kurangkan jadi dua sudu, lepas tu satu. Sekarang beli 1kg pun tak habis. Beli sebab takut ada tetamu datang rumah nak buat air tak ada gula pulak haa. 

Boleh mula dengan yang paling mudah kurangkan gula dalam air minuman dulu. Bila lidah dah terbiasa, rasa manis yang dulu sedap tu akan jadi terlalu manis pula.
Kalau boleh tukar dari gula putih kepada pemanis sihat. Sebab kat rumah dah mula guna pemanis sihat.
3. Gunakan Rempah dan Bahan AromatikNak masakan jadi “balance”, kadang-kadang kita letak gula. Tapi sebenarnya ada cara lain guna rempah dan bahan yang wangi-wangi.
Contohnya:
Kayu manisBuah pelagaBunga cengkihSeraiHalia
Kalau buat masak kicap ayam, cuba tumis kayu manis dengan bawang. Terus naik bau sedap! Tak payah pun letak banyak gula. Kicap tu pun dah ada rasa manis. 
Rempah ni bukan je bagi rasa, tapi bantu penghadaman dan bagus untuk kesihatan juga.



4. Elakkan Sos & Produk Proses yang ManisRamai tak sedar sos cili, sos tiram, kicap manis, semua tu mengandungi gula tersembunyi. Bila dah campur semua, tak sedar sekali masak, masuk 3–4 jenis produk yang ada gula.
Baca label tu penting. Kalau ada perkataan macam “glucose”, “corn syrup”, atau “fructose”, itu petanda ada gula tambahan. 
Lagi elok kalau buat sendiri contohnya sambal tumis, kita boleh kawal sendiri manis dan pedas dia.

Kalau rajin, boleh buat stok pes sambal dalam peti. Bila nak masak cepat, tinggal ceduk je. Jimat masa dan jimat gula!
5. Didik Selera Anak & Keluarga Awal-AwalNak makan sihat, kena teamwork satu rumah. Tak boleh sorang-sorang je usaha. Anak kecil sebenarnya lagi senang nak biasakan dari awal lagi bagi rasa original makanan.
Contoh:
Buat jus tanpa tambah gulaBiskut homemade guna kurma blendTeh suam kosong waktu makan malam
Kalau dari kecil dah terbiasa, bila besar dia tak cari makanan manis sangat. 
Dan sebenarnya, bila satu keluarga tukar selera, semua jadi lebih peka. Lama-lama, tekak automatik reject benda manis melampau.
6. Kurangkan Minuman Manis di LuarNi real talk banyak minuman viral kat luar tu manis bukan main. Teh ais kaw, float, boba pearl boleh jadi satu cawan je dah cukup untuk keperluan gula sehari.

Kalau nak minum juga, apa kata buat sendiri? Teh ais limau homemade pun sedap. Boleh kawal manis ikut cita rasa. 
Atau buat air infused water letak lemon, timun dan daun pudina segar dan sihat!.
Tapi tahu tak sis pun kadang - kadang ada juga minum kopi tak letak pemanis sihat. Saja nak try boleh ke tak lidah ni minum air macam ni tanpa gula. Banyak kali juga berjaya buat. 
7. Masak Sendiri, Lebih TerjaminBila masak sendiri, kita tahu apa yang kita letak. Bawang tumis lama sikit pun dah keluarkan rasa manis semulajadi. Tak perlu tambah gula pun sambal dah sedap.

Contohnya, sambal bilis. Tumis bawang sampai garing dulu, baru blend dan masak rasa dia lebih “umami”, manis semulajadi tanpa gula pun dah sedap sangat.
Fakta Ringkas: Gula & Kita di MalaysiaPernah dengar tak?
WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) sarankan kita tak ambil lebih daripada 6 sudu teh gula sehari  lebih kurang 25 gram je untuk orang dewasa.
Tapi... realitinya?
Rakyat Malaysia rata-rata ambil lebih 7 sudu teh sehari. Tu belum campur lagi air manis yang kita minum hari-hari, biskut, kek, makanan proses semua tu ada ‘gula tersembunyi’.

Tak hairanlah kan, sekarang makin ramai yang ada masalah obesiti, kencing manis, dan masalah kesihatan lain. Salah satu puncanya pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan harian.

Pengalaman Saya Cuba Gula Alternatif Mana Satu Paling 'Ngam'?Sejak sis mula sedar tentang betapa banyaknya gula tersembunyi dalam makanan harian, mula lah perlahan-lahan cari alternatif. 
Bukan nak jadi health freak sangat, tapi bila tengok statistik Malaysia tentang diabetes dan obesiti, memang buat terfikir "Takkan nak tunggu sakit dulu baru nak berubah?"

Jadi bermulalah episod nak 'eksperimen' dengan beberapa jenis gula alternatif. 
Cuba macam-macam  ada yang ok, ada yang buat tekak rasa pelik, tapi tak berapa pelik jugak faham tak dan ada juga yang sis guna sampai sekarang. 
Dalam banyak - banyak pengganti gula ni sis dah bertahun guna stevia. Beli gula kelapa tu sebab nak rasa macam mana taste dia. 
Jom sis kongsikan pengalaman sebenar. 
1.Gula Kelapa – Bau Sedap, Rasa Pun Lemak ManisMula-mula cuba gula kelapa. Masa tu tengok ramai health blogger guna dalam baking, jadi sis pun nak try juga. Bau dia memang buat teringat kuih lama-lama macam bau gula Melaka, tapi lebih ringan. 

Sis guna letak dalam minuman dan juga masakan je. Ok je dengan tekak sis tapi tu lah gula ni memang versi sihat sungguh susah nak manis sikit haa. 
Sebab manis dia sedang - sedang je, letak banyak kan nanti over manis pulak walaupun dah namanya pemans sihat tetap berpada - pada jugak kena guna. 
2. Madu – Pilihan Semula Jadi, Tapi Kena Pilih ElokMadu ni siapa je yang tak pernah cuba kan. Sis guna madu waktu nak ganti gula dalam air. Pernah guna juga untuk baking. 
Memang rasa dia lebih 'real' berbanding gula putih. Tapi satu benda yang sis perasan tak semua madu sama.

Pernah beli yang murah sikit, rasa dia cair dan pelik. Tapi bila beli yang betul-betul asli, baru terasa beza. 
Jadi kalau nak guna madu sebagai alternatif gula, memang pilih yang ada label ‘pure’ atau dari sumber yang boleh dipercayai.
Madu ni susah nak tahu keaslian tu la pure ke tak. Risau takut kena tipu. Kalau murah - murah sangat ni pun tak boleh jugak takut madu dah dicampur dengan gula. 
3. Stevia – Manis Tapi Rasa Pelik SikitStevia antara yang paling banyak disebut bila bab pengganti gula ni. Sis pun tak terlepas nak cuba. Kat rumah banyak guna yang ni sebelum beralih yang terakhir punya produk akternatif untuk gula. 
Katanya sesuai untuk diabetik, tak naikkan gula darah, dan zero kalori. Memang menarik!
Tapi kan ada orang kata tak boleh go dengan rasa aftertaste stevia tu. Memang rasa macam hujung - hujung tu pahit - pahit sikit. Sis ok je boleh minum. 
Tu lah ikut tekak orang, ada orang kena dengan tekak ada orang tak kena. 
4. Hegula – Jumpa yang Serasi!Dan akhirnya… jumpa Hegula Plus +. Banyak lalu lalang kat TikTok siap masuk fyp, tertanya - tanya pemanis sihat yang mana satu pulak ni.
Sejujurnya masa mula-mula tu skeptikal juga. Nama pun tak biasa dengar. Disebabkan produk ni alternatif untuk ganti gula putih ok cuba dulu. 
Tapi bila cuba wow, manis dia sedap, takde rasa pelik langsung!

Rasa dia sangat hampir dengan gula biasa tapi versi sihat. Paling best, tak tinggalkan kesan pelik kat tekak macam stevia. 
Sekarang dah lebih 10 bekas sis guna Hegula untuk semua dari minuman sampai ke masakan. 
Sekarang ni tengah guna Hegula sebagai pengganti gula biasa, sebab dia tak ada rasa pelik macam stevia. 
Kalau nak try juga, boleh beli yang ni kat Shopee pastikan original. Kat sini memang original punya. Kalau dulu dalam botol, sekarang dah tukar packaging baru mungkin nak lagi jimat. 
Pengeluaran dalam botol ni makan kos.
==> Beli kat Shopee je senang yang ni Hegula yang saya guna
Soalan Lazim (Sikit-Sikit Tapi Bermakna)Q: Kena buang terus gula ke?
Tak perlu sampai zero gula. Badan kita still perlukan tenaga dari karbo dan sedikit gula. Tapi yang penting jangan berlebihan dan pandai pilih sumber manis. 
Contohnya, kurma, madu, buah-buahan lebih baik daripada gula pasir biasa.
Q: Dah biasa makan manis, susah lah nak mula kurangkan
Fuhh memang susah kalau terus potong semua! Start slow. Yang ni pernah ada satu komen dia cakap 1 cawan tu sampai letak 3 sudu Hegula. Sis letak setengah sudu dah rasa manis.
Lidah macam ni memang dia dah biasa minum manis, tiba - tiba dia baru nak belajar slow kurangkan gula putih. Kiranya macam terkejut la kejap. 
Tapi tak apa memang lidah kena biasakan dulu. Lama - lama ok la.Tukar satu benda dulu contohnya, tukar air manis ke air kosong, atau kurangkan gula dalam teh. 
Bila lidah dah biasa, automatik kita akan rasa manis sikit pun dah cukup.

Q: Nak ubah gaya hidup tapi ahli keluarga tak sokong. Macam mana tu?
Cuba ajak mereka masak sekali, atau rasa makanan yang dah diubah suai sikit. Bila mereka rasa sedap walaupun kurang gula, baru lah terbuka sikit mata dan hati. 
Slowly but surely. Tak perlu paksa kita bagi rasa dulu.
KesimpulanKurangkan gula bukan bermaksud makan jadi tak seronok. Sebenarnya, bila kita mula rasa makanan yang asli tak berselindung dengan rasa manis melampau barulah kita hargai rasa sebenar bahan-bahan dapur.
Setiap orang punya selera dan keperluan berbeza. Apa yang sesuai untuk sis, mungkin tak sesuai untuk orang lain. Tapi kalau nak mula kurangkan gula, kena try and error. Bagi tekak masa nak sesuaikan diri.

Dulu pun rasa mustahil nak tinggalkan gula biasa. Tapi sekarang, tak sangka dah boleh survive tanpa satu sudu gula putih pun. Yang penting, ada pilihan dan kita sendiri tentukan nak pilih yang mana.
Mulakan dengan satu perubahan kecil hari ni. Lama-lama jadi habit. Lebih sihat, lebih bertenaga, dan inshaAllah kurang lawatan ke klinik!

Kalau ada petua sendiri, kongsikan kat ruangan komen ya. Sis pun tengah usaha sama-sama. Jangan lupa share entri ni mana tahu, boleh bantu kawan-kawan yang tengah usaha kurangkan gula juga.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2025/07/pengalaman-guna-hegula-pemanis-sihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Sejuta Penyokong Gaza Harian Metro 16 07 2025

Himpunan Sejuta Penyokong Gaza Harian Metro 16 07 2025

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 101 hits
Kuala Lumpur Humanity for Gaza yang menghimpunkan beberapa badan bukan kerajaan bakal menganjurkan Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza 9 Ogos ini Pengarah H4G Datuk Mohd Apandi Mohamad berkata penganjuran ya...
Rahsia Pelajar Straight A Rutin Harian Gaya Belajar Motivasi

Rahsia Pelajar Straight A Rutin Harian Gaya Belajar Motivasi

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 89 hits
Original Content Dalam setiap kelas pasti akan ada satu atau dua pelajar yang konsisten memperoleh keputusan cemerlang straight A Ramai menganggap kejayaan mereka sebagai sesuatu yang lahir daripada bakat semula jadi Tetapi hakikatnya kejay...
Doktor Dedah Bahan Xenoestrogen Dalam Produk Harian Punca Kanak Kanak Baligh Awal

Doktor Dedah Bahan Xenoestrogen Dalam Produk Harian Punca Kanak Kanak Baligh Awal

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 105 hits
Sebagai ibu bapa mungkin ramai yang tak sedar bahawa bahan kimia yang ada dalam produk rumah tangga kita seperti pencuci dan kosmetik boleh menjadi punca anak anak mengalami baligh awal atau precocious puberty Menurut pakar nutrisi kanak ka...
Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 161 hits
Dalam industri makanan dan minuman setiap sentuhan kecil memainkan peranan besar dalam membina jenama dan menaikkan jualan Salah satu cara paling mudah tetapi sangat berkesan ialah menggunakan sleeve cup custom untuk cawan kopi teh aiskrim ...
Bawang Putih Goreng Rangup Tak Pahit Rahsia Sedap Masakan

Bawang Putih Goreng Rangup Tak Pahit Rahsia Sedap Masakan

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum Pernah tak bila korang goreng bawang putih jadi pahit dan keras Dah la bau semerbak satu rumah tapi bila rasa aihh tak sedap langsung Sebenarnya ada cara senang je nak buat bawang putih goreng yang rangup sedap dan tak pahit...
10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 176 hits
Masa zaman kanak kanak kita dulu popular dengan permainan masak masak yang biasa kita sebut dengan main pondok pondok Ingat lagi tak Petik daun itu ini bunga bunga mak habis dibuat masak Paling best tu siap buat api betul betul lagi Lepas t...
Petua Ketika Makan Durian Elak Panas Badan Kembung

Petua Ketika Makan Durian Elak Panas Badan Kembung

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 150 hits
Musim durian dah tiba Memang menggoda bau dia tapi ramai yang mengadu rasa panas badan perut kembung malah ada yang pening lepas makan Jadi jom amalkan beberapa petua orang lama yang masih relevan sampai hari ni 1 Minum Air Dalam Kulit Duri...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Azam Baki Should Identify Culprits In Beng Hock S Death Not Doling Out Funds For His Kid

Terbang Ke Perth Australia Dengan Air Asia Sempena Wedding Anniversary

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Hotel Comfort Inn Suite Goodearth Perth Australia

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Discover Unique Teacher T Shirts At Teachersgram Perfect For Back To School And Beyond

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

Keputusan Spm 2024 Depan Kaabah

Nasihat Imam Syafie

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap