5 Perkara Jom Buat Bulan Muharram
hi there, salam semua ... macam tahun tahun yang lalu, hari merdeka aku duduk jak di rumah dengan anak anak .. siang kasi kawan mr.Husband beli barang keperluan utk family day 1 Sept ni, lepas tu aku duduk rumah dgn anak2, asben pula pigi gotong royong kemaskan rumah famili member yg akan digunakan sbg lokasi hari keluarga ...
dan hari keluarga kami kebetulan adalah jatuh pada tarikh 1 Muharram juga , kiranya sambut family day time new year , yeay ... pembukaan awal tahun maal hijrah yang baik dengan mengeratkan silaturrahim ❤
5 PERKARA JOM BUAT BILA TAHUN BARU BERMULA
1. LETAK AZAM YANG BAIK BAIK
biasanya kalau awal tahun (bulan Januari ler), ramai betul kita yang buat azam kan, entah jadi entah tidak tu azam , tapi setiap tahun la bah kunun simpan azam itu ini.
nah kali ni kita buat azam di tarikh 1 Muharram, setiap tahun buat azam bila masuk bulan Muharram, lepas tu bulan January nnt, audit la azam kamurang .. azam kamurang status macam mana, berjaya atau ndak atau dlm progres
doakan aku mampu kasi habis bacaan alquran aku, ada 6 juzuk lagi, tapi lidutnya aku membaca bah, dan juga mau qada puasa wajib aku .. bilalah mau habiskan semua hutang puasa ni?
2. BACALAH DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN .....
membaca doa akhir tahun dan awal tahun, mudah mudahan kita mendapat keredhaanNya dan sentiasa dalam keadaam sejahtera.
Doa akhir tahun dibaca sebelum solat Maghrib, pada hari terkhir tahun hijrah tersebut
doa awal tahun dibaca pada waktu maghrib pada tahun terahir hijrah tersebut
3. RANCANG PELAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA
tidak salah merancang walaupun semua yg berlaku itu atas kehendak Allah yang Maha Perkasa ...
kalau tahun lepaa ada hutang tertunggak, tahun ini usaha kasi bayar ni semua hutang piutang ...
tulis rancangan kamu, dan berusaha untuk execute apa yang sudah kamu rancang .. cari cara dan jalan keluar terhadap segala hal yang menghalang kamu mencapai hajat kamu .. ingat formula ini >>> usaha usaha tawakkal ... jangan putus asa. Banyakkan berdoa dan meminta kepadaNya.
4. BERTAUBATLAH
janganlah kecam sis ya , ni sebagai nasihat saja bah ni ... kita ni manusia biasa syurga neraka ndak tau lagi mana kita dapat masuk ... telaga kausar pun ntah dapat ka ndak tu kalau tidak kita minum, ekeke.
bertaubatlah .. cuba fikir apa kesilapan kita sepanjang tahun , kalau ndak pun banyak, tetap sedikit ada kita buat dosa kan ...
5. RAJINKAN BERSEDEKAH
kalau tahun lepas kedekut betul mau sedekah, tahun ni kasi rajin2 utk bersedekah.
sedekah ni ada pelbagai cara mau buat, ada guna duit, ada guna tenaga , so kamuramg rajin2 sedekah kerana Allah SWT ok, manatau rezeki lagi banyak kan, insya allah amin.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya (berbuat baik) serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” (Riwayat At-Tirmidzi)
7 Nasihat Dari Kubur Untuk Umat Islam
Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIM.Aku adalah tempat yang paling sepi, maka ramaikanlah aku dengan perbanyakan membaca AL-QUR’AN.Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan, maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH.Aku yang menyepitmu hingga hancur bilamana kamu tidak solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucap Kalimah “LAILAHAILALLAH“.
tu sajalah mrs pip mau share some ideas apa mau buat untuk new year ni. semoga tahun baru ini lebih bermanfaat untuk kita semua.
Amin.
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2019/08/5-perkara-boleh-buat-dalam-bulan-muharram.html