5 Perkara Dapat Membela Anda Dalam Perbicaraan Di Padang Mahsyar Kelak



Setiap perbicaraan yang dilakukan di mahkamah dunia memerlukan peguam. Seorang peguam akan membela dengan hujah dan bukti yang akhirnya akan menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak. Semakin besar suatu kes, maka semakin besar juga persiapan yang akan dilakukan. Peguam terbaik dibayar, bukti dicari bahkan hingga ada yang mereka-reka bukti palsu kerana tidak mahu disabitkan sebagai pesalah dan tidak mahu dihukum.
Kelak di akhirat ada perbicaraan yang lebih dahsyat. Hakimnya Allah sendiri. Tidak ada walau sedikit perkara yang akan terlepas daripada perhatian Allah. Dan hukuman yang akan diberikan hanya dua – syurga atau neraka.
Saat itu agaknya siapakah ‘peguam’ yang dapat menjadi pembela kita untuk melepaskan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan di dunia? Meskipun sekarang kita mampu berkata – “Tak apa, aku akan tanggung dosa aku sendiri di akhirat nanti”
Percayalah apabila berada di sana nanti, hatta untuk menanti perbicaraan pun kita tidak mampu apatah lagi untuk menerima hukuman.
Maka Allah sebenarnya telah memberikan kita jalan keluar. Ada beberapa perkara yang telah disebutkan dalam hadis sahih, mampu untuk membantu kita saat itu. Berikut antaranya:
#1- Al-Quran
Pembela pertama kita di padang mahsyar ialah Al-Quran sendiri. Beruntunglah bagi orang yang menjadikan Al-Quran sebagai temannya ketika di dunia. Al-Quran tidak hanya dicari ketika bulan puasa, ketika bacaan Yasin di masjid atau ketika majlis khatam Al-Quran sahaja. Tetapi Al-Quran dijadikan teman yang dibaca setiap hari, yang dicari saat hati senang dan susah.
Nabi SAW bersabda,
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
“Rajinlah membaca Al-Quran, kerana dia akan menjadi syafaat bagi penghafalnya di hari kiamat.”
(HR. Muslim, no.1910)
Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Bacalah Al Quran kerana Al Quran akan datang pada hari kiamat nanti sebagai syafi’ (pemberi syafa’at) bagi yang membacanya…” (Petikan hadis dari HR. Muslim no. 1910- Status hadis sahih)
#2- Puasa Sunat
Rasulullah SAW bersabda,
ﺍﻟﺼِّﻴَﺎﻡُ ﻭَﺍﻟْﻘُﺮْﺁﻥُ ﻳَﺸْﻔَﻌَﺎﻥِ ﻟِﻠْﻌَﺒْﺪِ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ، ﻳَﻘُﻮﻝُ ﺍﻟﺼِّﻴَﺎﻡُ : ﺃَﻱْ ﺭَﺏِّ، ﻣَﻨَﻌْﺘُﻪُ ﺍﻟﻄَّﻌَﺎﻡَ ﻭَﺍﻟﺸَّﻬَﻮَﺍﺕِ ﺑِﺎﻟﻨَّﻬَﺎﺭِ، ﻓَﺸَﻔِّﻌْﻨِﻲ ﻓِﻴﻪِ، ﻭَﻳَﻘُﻮﻝُ ﺍﻟْﻘُﺮْﺁﻥُ : ﻣَﻨَﻌْﺘُﻪُ ﺍﻟﻨَّﻮْﻡَ ﺑِﺎﻟﻠَّﻴْﻞِ، ﻓَﺸَﻔِّﻌْﻨِﻲ ﻓِﻴﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻓَﻴُﺸَﻔَّﻌَﺎﻥِ
“Amalan puasa dan membaca Al-Quran akan memberi syafaat bagi seorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Rabb, aku telah menahannya dari makan dan syahwat di siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Dan Al-Quran berkata: Aku menahannya dari tidur di waktu malam, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya, maka keduanya pun diizinkan memberi syafaat.” (HR. Ahmad, Sahih At-Targhib: 1429)
Pelbagai jenis puasa sunat boleh dilakukan, antara ialah puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat tiga hari dalam setiap bulan Islam (pada tanggal 13, 14, 15) dan juga puasa pada hari ‘Arafah.
#3- Solat Sunat
Solat sunat tambahan berfungsi untuk menampung kekurangan yang ada dalam solat fadhu. Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya amalan yang pertama kali dihisab pada manusia di hari kiamat nanti adalah solat. Allah ‘azza wa jalla berkata kepada malaikatNya dan Dialah yang lebih tahu,
“Lihatlah pada solat hambaKu. Apakah solatnya sempurna ataukah tidak? Jika solatnya sempurna, maka akan dicatat baginya pahala yang sempurna. Namun jika dalam solatnya ada sedikit kekurangan, maka Allah berfirman: Lihatlah, apakah hambaKu memiliki amalan sunnah. Jika hambaKu memiliki amalan sunnah, Allah berfirman: sempurnakanlah kekurangan yang ada pada amalan wajib dengan amalan sunnahnya.” Kemudian amalan lainnya akan diperlakukan seperti ini.” (HR. Abu Daud no. 864, Ibnu Majah no. 1426 dan Ahmad 2/425 – Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini sahih)

#4- Doa Selepas Azan
Amalan membaca doa selepas azan juga mampu membantu kita di akhirat. Ia amalan yang sangat mudah dilakukan, namun memberikan kelebihan yang sangat besar. Di Malaysia, azan senang didengari walaupun di tengah-tengah bandar besar. Kemudahan masjid dan tempat solat ada di mana-mana, malah kita juga mampu mengaktifkan tetapan azan pada aplikasi solat dalam telefon pintar.
Jabir bin ‘Abdillah RA telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa – Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan – luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat (Sahih Bukhari, no. 614)
#5- Orang Soleh
Orang soleh ialah mukmin yang beriman. Allah bercerita tentang ciri orang Mukmin dalam Al-Quran antaranya, mereka ialah orang yang mengerjakan solat, menjauhkan diri daripada dosa, bertawakkal kepada Allah, bersedekah dan orang yang mempunyai rasa takut di hatinya kepada Allah.
Maka orang yang beriman juga mampu membantu untuk menyelamatkan kita daripada azab api neraka kelak, dengan syarat kita berteman dengan mereka di dunia. Dalam erti kata lain, kita berteman dengan mereka kerana ingin mendapatkan kebaikan, ingin diberi peringatan tentang Islam.
“Demi Allah Yang jiwaku ada di tanganNya. Tidak ada seorangpun diantara kamu yang lebih bersemangat di dalam menyerukan permohonannya kepada Allah untuk mencari cahaya kebenaran, dibandingkan dengan kaum Mu’minin ketika memohonkan permohonannya kepada Allah pada hari Kiamat untuk (menolong) saudara-saudaranya sesama kaum Mu’minin yang berada di dalam Neraka. Mereka berkata : “Wahai Rabb kami, mereka dahulu berpuasa, solat dan berhaji bersama-sama kami”.
Maka dikatakan (oleh Allah) kepada mereka : “Keluarkanlah oleh kalian (dari Neraka) orang-orang yang kalian tahu!” Maka bentuk-bentuk fisik merekapun diharamkan bagi Neraka (untuk membakarnya). Kemudian orang-orang Mu’min ini mengeluarkan sejumlah banyak orang yang dibakar oleh Neraka sampai pada pertengahan betis dan lututnya.
Kemudian orang-orang Mu’min ini berkata: “Wahai Rabb kami, tidak ada lagi di Neraka seorangpun yang engkau perintahkan untuk mengeluarkannya”. Allah berfirman : “Kembalilah! Siapa saja yang kalian dapati di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat satu dinar, maka keluarkanlah (dari Neraka)!” Maka merekapun mengeluarkan sejumlah banyak orang dari Neraka.
Kemudian mereka berkata lagi : “Wahai Rabb kami, tidak ada lagi seorangpun yang kami sisakan dari orang yang Engkau perintahkan untuk kami mengeluarkannya”. Allah berfirman : “Kembalilah! Siapa saja yang kalian dapati di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat setengah dinar, maka keluarkanlah (dari Neraka)”. Merekapun mengeluarkan sejumlah banyak orang.
Selanjutnya mereka berkata lagi : “Wahai Rabb kami, tidak ada seorangpun yang Engkau perintahkan, kami sisakan (tertinggal di Neraka)”. Allah berfirman: “Kembalilah! Siapa saja yang kalian dapati di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat biji dzarrah, maka keluarkanlah (dari Neraka)”. Maka merekapun mengeluarkan sejumlah banyak orang.
Kemudian mereka berkata : “Wahai Rabb kami, tidak lagi kami menyisakan di dalamnya seorangpun yang mempunyai kebaikan”.
Pada waktu itu Abu Sa’id al Khudri mengatakan: “Apabila kalian tidak mempercayai hadis ini, maka jika kalian suka, bacalah firman Allah (yang ertinya): “Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang meskipun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar”. (Surah An Nisaa’ : 40) … al Hadits”. (HR. Bukhari dan Muslim, 8 – Status hadis sahih)
Berdasarkan hadis di atas, Hasan Al- Bashri juga ada berkata,
استكثروا من الأصدقاء المؤمنين فإن لهم شفاعة يوم القيامة
”Perbanyaklah berteman dengan orang-orang yang beriman. Karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat.” (Ma’alimut Tanzil 4/268)
Kesimpulan
Daripada hadis-hadis yang telah disebutkan di atas, kita tahu sebenarnya Allah sangat pengasih kepada hamba-hambaNya. Allah tidak membeza-bezakan kita dan hanya memberi kelebihan kepada ‘orang baik’ sahaja. Allah telah memberitahu rahsia yang dapat menyelamatkan diri kita di akhirat kelak. Maka, ambil lah peluang bermula sekarang untuk mencari ‘pembela-pembela’ ini – Al-Quran, solat dan puasa sunat, doa selepas azan dan juga orang yang beriman.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post 5 Perkara Dapat Membela Anda Dalam Perbicaraan Di Padang Mahsyar Kelak appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/5-perkara-dapat-membela-anda-dalam-perbicaraan-di-padang-mahsyar-kelak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berkasih Sayang Di Dunia Naungan Di Padang Mahsyar

Berkasih Sayang Di Dunia Naungan Di Padang Mahsyar

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 410 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Setiap kita akan bertemu Allah pada hari akhirat untuk menerima balasan di atas segala amal yang dilakukan semasa di dunia Setiap manusia akan dibangkitkan dan melalui kesusahan dan kepayahan padang mahsy...
Malaysia Najib U Turn Kini Mahu Perbicaraan Disiar Di Tv

Malaysia Najib U Turn Kini Mahu Perbicaraan Disiar Di Tv

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 369 hits
Najib Razak menyokong siaran langsung perbicaraannya berdepan 7 tuduhan berkaitan SRC International pada Rabu 3 April meski pun sebelum ini beliau memohoh perintah mahkamah menghalang orang awam dari membincangkan perbicaraan dirinya di med...
Najib Sokong Perbicaraan Kesnya Disiarkan Secara Langsung

Najib Sokong Perbicaraan Kesnya Disiarkan Secara Langsung

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 285 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menyokong agar perbicaraannya berdepan tujuh tuduhan berkaitan SRC International Sdn Bhd bermula pada Rabu depan disiarkan secara langsung Katanya ia kerana rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran berhubung kesn...
Siar Secara Langsung Perbicaraan Kes Najib

Siar Secara Langsung Perbicaraan Kes Najib

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 397 hits
Penasihat Pertubuhan Bukan Kerajaan Saudara Islam Malaysia Shafik Abdullah berbincang dengan ahlinya mengenai permohonan mereka kepada Ketua Hakim Negara supaya perbicaraaan mahkamah keatas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak d...
Jho Low Beku Akaun Bapa Tunjuk Perbicaraan Tak Adil Pada Saya

Jho Low Beku Akaun Bapa Tunjuk Perbicaraan Tak Adil Pada Saya

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 296 hits
MALAYSIAKINI Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low mendakwa langkah kerajaan membekukan akaun bank bapanya menjadi bukti bahawa dia sendiri tidak akan menerima perbicaraan yang adil di Malaysia Ini adalah satu lagi contoh perbicaraan media o...
Pesawat Terbesar Di Dunia Bersaiz Padang Bola Sepak Lakukan Penerbangan Pertama

Pesawat Terbesar Di Dunia Bersaiz Padang Bola Sepak Lakukan Penerbangan Pertama

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 336 hits
Pesawat Karbon komposit yang merupakan pesawat terbesar di dunia kini telah berjaya melakukan penerbangan pertamanya yang merentasi Gurun Mojave di California Pesawat terbesar di dunia ini dibina oleh Stratolaunch System Corp yang diasaskan...
Rumah Makan Di Padang Ketiban Rezeki Pemilu

Rumah Makan Di Padang Ketiban Rezeki Pemilu

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 299 hits
Salah satu pengelola rumah makan Padang Edi di Padang mengakui hari ini dia kewalahan melayani pesanan nasi bungkus
Malaysia Perbicaraan Najib Macam Sarkas Wan Azizah

Malaysia Perbicaraan Najib Macam Sarkas Wan Azizah

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 440 hits
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail bimbang siaran langsung perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak dijadual bermula 3 April ini menjadikannya kecoh dengan sorak sorai seperti persembahan sarkas Itu bidang kuasa mahk...
Perbicaraan Sia Sia Membazirkan Masa Muhammad Shafee

Perbicaraan Sia Sia Membazirkan Masa Muhammad Shafee

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 234 hits
Mohd Azam Shah Yaacobmohdazam mediaprima com myMUHAMMAD Shafee ketika ditemui media selepas perbicaraan Najib membabitkan dana SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur FOTO Aswadi AliasPEGUAM Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memper...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat