5 Perkara Confirm Ditanya Ketika Temuduga
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sekarang ramai graduan dan para penganggur yang susah nak dapat kerja. Tambahan pula di Malaysia, begitu banyak requirement yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Jadi, anda perlulah membuat persediaan secukupnya apabila sudah mendapat tawaran untuk temuduga. Seringkali ramai yang ambil mudah pada beberapa perkara yang menyebabkan mereka tidak mendapat kerja yang ditawarkan
Penulis sendiri membuat research dalam bagaimana untuk berhadapan dan bersemuka dengan penemuduga. Ini adalah salah satu daripada hasil carian. Dalam banyak-banyak soalan, ada 5 soalan yang penulis dapat simpulkan bahawa soalan yang pastinya akan ditanya. In shaa Allah
Semoga semuanya bermanfaat untuk kita semua
Baca Juga : [10+ Koleksi Contoh Resume Yang Lengkap ]
APAKAH YANG ANDA TAHU TENTANG SYARIKAT INI?
Adalah sangat penting untuk anda memiliki pengetahuan yang luas tentang syarikat yang memanggil anda temuduga itu. Bukan itu sahaja, anda juga haruslah berpengetahuan luas tentang tugas bagi jawatan yang anda pilih di syarikat itu
Pengetahuan anda yang luas dalam syarikat serta tugas jawatan yang dipohon bakal memberikan kelebihan buat anda. Penemuduga akan memberi gambaran baik serta positif terhadap anda. Malah, penemuduga akan menganggap anda sebagai seorang yang bermotivasi dan sangat berminat dengan pekerjaan tersebut
Jadi, pastikan anda membuat sedikit kajian atau bacaan tentang syarikat serta jawatan yang anda pohon itu. Pelbagai medium boleh digunakan seperti internet, website syarikat, survey dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat tersebut
MENGAPAKAH ANDA INGIN MENINGGALKAN PEKERJAAN LAMA ANDA?
Sekiranya anda menghadiri temuduga untuk kerja pertama anda, jawab sahaja anda tidak bekerja sebelum ini. Namun, jika anda sedang bekerja di tempat lain ataupun sudah berhenti kerja, soalan ini perlu diberikan perhatian
Anda tidak perlu risau kerana penemuduga hanya ingin mengetahui kronologi serta sebab-sebab anda bertukar kerja. Untuk menjawab soalan ini secara professional, anda boleh gunakan formula yang popular dan sering digunakan ini. Formula tersebut diberi nama LAMPS
L - LocationJarak tempat kerja lama dengan rumah anda tidak strategik (contohnya terlalu jauh).
A - AdvancementNyatakan sebab mengapa karier anda tiada ruang untuk berkembang.
M - MoneyGaji yang dibayar kepada anda tidak setimpal dengan kemahiran serta sumbangan anda di tempat kerja lama.
P - Prestige/PrideAnda ingin menyumbang kemahiran kepada syarikat yang lebih baik dari segi work culture, tugasan dan vision.
S - SecurityKewangan tempat kerja anda tidak stabil. (Adalah dilarang sama sekali buat anda untuk mengutuk serta mencerca tempat kerja lama anda. Hal ini bakal memberikan kesan kepada penemuduga.)
Baca Juga: [ Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris ]
APAKAH KEKUATAN UTAMA ANDA (STRENGTH)?
Tonjolkan kelebihan yang ada pada diri anda. Pertama sekali, adalah dinasihatkan supaya anda sebutkan kekuatan dari segi teknikal terlebih dahulu. Kemahiran teknikal merupakan kemahiran yang memerlukan teknik dan ilmu untuk menyelesaiakan sesuatu tugas
Selepas itu, sebutkan pula sikap professional yang anda miliki. Sikap professional ini merupakan sikap-sikap positif yang anda miliki dan dapat membantu dalam menyelesaikan tugasan. Contoh sikap professional ini adalah seperti kemahiran berkomunikasi, menepati waktu, berfikiran aras tinggi, berkemahiran memimpin dan lain-lain lagi
APAKAH KELEMAHAN UTAMA ANDA? (WEAKNESS)
Sedikit tips dalam menjawab soalan ini adalah jangan sesekali nyatakan kelemahan itu dan menunjukkan bahawa anda sudah berputus asa. Tunjukkan bahawa walaupun anda memiliki kelemahan tetapi anda tetap akan berusaha mengatasi kelemahan tersebut. Anda perlulah jujur dengan menyebut perkara yang anda lemah tetapi sedang berusaha untuk menguasainya
Sebagai contoh, anda mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang ramai terutama sekali apabila mengadakan pembentangan di hadapan khalayak. Namun, anda sentiasa berusaha untuk mengatasinya dengan cara menonton video berkaitan komunikasi dan belajar perkara-perkara penting berkaitan pengucapan awam
Pastikan anda sentiasa menonjolkan sikap ingin memperbaiki diri walaupun anda mempunyai kelemahan. Penemuduga akan melihat anda sebagai seorang yang positif dan tidak berputus asa
APAKAH YANG ANDA BOLEH BERIKAN KEPADA SYARIKAT YANG TIDAK DAPAT DIBERIKAN OLEH CALON LAIN?
Anda sememangnya tidak tahu kebolehan yang dimiliki oleh calon lain akan tetapi anda bolehlah menggunakan taktik ini. Terangkan bagaimana anda memahami tugas serta tanggungjawab jawatan yang anda pohon, masalah yang selalunya akan timbul dan juga sejauh mana anda telah bersedia untuk menghadapinya dengan ilmu yang dimiliki. Tutup jawapan anda dengan menerangkan sikap professional yang boleh anda sumbangkan
Pastikan anda memberikan penekanan yang serius kepada 5 soalan yang dikongsikan ini. Kelima-lima soalan ini bukanlah soalan target tetapi merupakan soalan yang confirm akan ditanya. Diharapkan semoga artikel ini dapat membantu anda dalam menghadapi temuduga. Kami mendoakan kejayaan anda dalam temuduga yang bakal anda tempuhi
Sumber : Kerjaya.co | Google Image
Sekian
Baca Juga: [ Bagaimana Menjawab Soalan "Tell Me About Yourself." ]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2019/06/5-perkara-confirm-ditanya-ketika.html