5 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Ubah Suai Rumah












Sudah menjadi lumrah kita manusia seringkali menginginkan sesuatu yang indah, terutama sekali untuk kediaman kita. Maklumlah, bak kata pepatah, “rumahku, syurgaku”.

Jika anda seorang pemilik rumah, sama ada rumah yang baru siap dibina atau rumah yang sudah diduduki untuk sesuatu tempoh, akan tiba masanya yang buat anda terfikir untuk mengupah renovation contractor untuk melakukan kerja ubah suai di rumah anda. Antara faktor-faktor yang menyebabkan rumah perlu diubah suai biasanya adalah disebabkan pertambahan ahli keluarga, kerosakan yang tidak boleh dibaiki dan keinginan untuk menikmati suasana baru.

Walau apa pun faktor yang membuatkan anda berhasrat untuk mengubah suai rumah anda, ada lima perkara penting yang WAJIB anda faham tentang kerja mengubah suai rumah. Jom baca apakah lima perkara yang saya maksudkan itu.

1. Tetapkan bajet

Sebelum anda membuat komitmen dengan mana-mana kontraktor, tetapkan bajet untuk projek ubah suai tersebut. Jika ini adalah kali pertama anda hendak mengubah suai rumah, mungkin anda langsung tidak tahu bagaimana hendak menjangka kos yang diperlukan. Jadi, apa yang anda perlu lakukan ialah, kongsi maklumat ringkas tentang kerja ubah suai yang anda perlukan dengan kontraktor ubah suai rumah, dan tetapkan bajet anda melalui anggaran sebut harga yang anda terima.

Lebih baik lagi, tambahkan sekitar 15%-20% bajet tambahan untuk kegunaan kecemasan di kemudian hari. Ada kalanya, stok barang seperti jubin, vinyl flooring atau cat yang anda kehendaki sudah habis dan kontraktor terpaksa minta anda untuk memilih bahan yang lebih mahal.

   Source: mirajan-enterprise-construction-renovations

2. Lakukan perancangan awal

Jika rumah baru anda akan siap dibina tidak lama lagi, semak pelan lantai rumah dan lakukan perancangan awal untuk kerja ubah suai yang hendak dibuat. Dengan berbuat demikian, anda boleh membuat tempahan slot kontraktor dengan lebih awal, mempunyai masa untuk mencari bahan binaan yang lebih murah, dan membuat tempahan kabinet dapur atau almari baju built-in untuk ruang yang sesuai.

Selain itu, anda juga perlu semak kalendar untuk mengenal pasti cuti umum dan musim perayaan yang ada sepanjang tempoh kerja ubah suai tersebut. Sesetengah kontraktor akan bercuti pada waktu tersebut atau mengenakan caj tambahan untuk upah pekerja buruh yang bekerja pada cuti umum.

    Source: QM Design

3. Perhatikan kos tersembunyi

Tidak semua kontraktor mempunyai kepakaran untuk membekalkan kelengkapan yang anda mahu. Lalu, mereka akan bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan kelengkapan tersebut daripada pembekal lain yang mereka kenali. Antara kelengkapan yang dimaksudkan ialah seperti menempah jeriji (grill) pintu dan tingkap, kerja elektrik, pemasangan kertas hiasan dinding dan menempah custom kitchen cabinet.

Jika anda mencari ruang untuk mengurangkan kos untuk kerja ubah suai rumah tersebut, elakkan dari menggunakan pembekal yang dicadangkan oleh kontraktor utama tadi, dan cari sendiri pembekal untuk kelengkapan tersebut. Dengan itu anda akan dapat sebut harga asal tanpa sebarang caj tambahan oleh orang tengah.

    Source: mahroja-resources

4. Bandingkan sebut harga

Luangkan masa untuk berhubung dan berbincang dengan lebih daripada satu kontraktor sebelum anda membuat sebarang perjanjian atau membayar deposit. Kemudian, dapatkan sebut harga yang lengkap dengan butiran terperinci tentang jenama, saiz dan kod bahan yang akan digunakan.

Berdasarkan maklumat lengkap yang ada di tangan anda itu, anda boleh lakukan perbandingan secara menyeluruh sebelum membuat keputusan untuk memilih kontraktor yang terbaik. Jika anda tidak mempunyai senarai kontraktor berhampiran anda untuk mendapatkan sebut harga, gunakan saja laman Recommend.my untuk berhubung dengan kontraktor rumah berpengalaman dari seluruh negara yang berdaftar dengan mereka.



Source: hexagon-concept
 
5. Faham kepakaran kerja kontraktor atau pereka hias dalaman

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, sebelum anda membuat keputusan untuk mengupah renovation contractor atau interior designer untuk melakukan kerja penambahbaikan rumah anda, anda harus fahami apakah kepakaran dan kekuatan kedua-dua pihak ini.

Jika kerja ubah suai rumah anda itu melibatkan membina atau merobohkan struktur rumah, kontraktor ubah suai lebih pakar dalam melakukan kerja tersebut. Tetapi jika ia melibatkan pengubah suaian hiasan dalaman seperti susun atur dan penambahan struktur tidak tetap, pereka hiasan dalaman pasti akan berjaya melakukan kerja-kerja itu dengan baik.



Source: icon-interior-design-renovation



Ingin mengubahsuai rumah anda?

Saya berharap semua pembaca blog saya yang berhasrat untuk mengubah suai rumah telah mendapat manfaat daripada perkongsian di atas. Banyakkan membaca dan berbincang dengan ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mendapatkan nasihat dan cadangan. Lebih penting lagi, jangan malas untuk mencari kontraktor yang anda benar-benar yakin dengan kepakarannya.

Layari Recommend.my untuk mendapatkan anggaran sebut harga daripada renovation contractor yang berpengalaman berhampiran anda. Dengan lebih 900 renovation contractor yang berdaftar di Recommend.my, anda pasti akan berjaya mencari kontraktor untuk mengubah suai rumah anda.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.artyazkee.com/2018/02/5-perkara-anda-wajib-tahu-sebelum-ubah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkara Wajib Yang Perlu Dilakukan Sebelum Pulang Berhari Raya

Perkara Wajib Yang Perlu Dilakukan Sebelum Pulang Berhari Raya

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 380 hits
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi Sudah tentunya khusus bagi umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan ini untuk bercuti dan ingin pulang ke kampung bagi merayakan Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara Suda...
Pasang 6 Buah Air Cond Kat Rumah Tapi Bil Tak Sampai Rm70 Ini 9 Tips Jimat Elektrik Korang Wajib Tahu

Pasang 6 Buah Air Cond Kat Rumah Tapi Bil Tak Sampai Rm70 Ini 9 Tips Jimat Elektrik Korang Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 586 hits
Dua bulan kebelakangan ini umum hangat membicarakan mengenai isu bil elektrik yang naik mendadak walhal penggunaaannya sama seperti biasa Isu ini menjadi topik hangat di media sosial dan menjadi tajuk utama di ruangan akhbar Malah ramai yan...
Tahun Ni Beraya Di Rumah Mertua Golongan Menantu Kena Tahu 17 Adab Ini Sebelum Kena Sembur

Tahun Ni Beraya Di Rumah Mertua Golongan Menantu Kena Tahu 17 Adab Ini Sebelum Kena Sembur

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 512 hits
Setiap tahun pasti banyak keluarga yang akan beraya di kampung Sama ada di kampung suami atau isteri sudah semestinya salah seorang akan menjadi menantu Perkara ini nampak mudah Takkan beraya pun nak kena ada garis panduan Untuk orang yang ...
Pesan 7 Nasihat Bermanfaat Ini Kepada Anak Anak Sebelum Pergi Beraya Di Rumah Orang

Pesan 7 Nasihat Bermanfaat Ini Kepada Anak Anak Sebelum Pergi Beraya Di Rumah Orang

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 399 hits
Sambutan perayaan Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi setelah sebulan seluruh umat Islam menahan lapar dan dahaga Sempena sambutan yang akan berlangsung dalam masa beberapa hari sahaja lagi pasti anda semua telah melakukan segala pers...
Bibik Baru Kerja 8 Hari Dah Rembat Rm6 500 Sebelum Lari Dari Rumah

Bibik Baru Kerja 8 Hari Dah Rembat Rm6 500 Sebelum Lari Dari Rumah

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 763 hits
The ReporterSeorang pembantu rumah warga asing dilaporkan telah melarikan diri dari rumah majikannya di Setia Alam malam tadi Majikannya Aisyah Basirah berkata pembantu rumah bernama Marlinawati 43 berasal dari Medan Indonesia itu baru saja...
10 Jenis Rumah Yang Jin Suka Tinggal Di Dalamnya

10 Jenis Rumah Yang Jin Suka Tinggal Di Dalamnya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 673 hits
Jin dan syaitan beza atau sama Sama tapi tak serupa fungsi syaitan untuk menyesatkan manusia jin pula suka menakut nakutkan manusia Mereka sama dicipta dari api Syaitan ditambat pada bulan Ramadan manakala jin tidak Sebab itu santau dan sih...
Kisah Seram Semasa Menyewa Rumah Pengamal Ilmu Hitam Di Tingkat 10

Kisah Seram Semasa Menyewa Rumah Pengamal Ilmu Hitam Di Tingkat 10

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1051 hits
Namaku Nana Aku merupakan pengantin baru Disebabkan suamiku seorang pembantu doktor kerjanya tak tentu masa Kami berpindah di satu kawasan apartment berdekatan dengan hospital suamiku berkhidmat Pada mulanya aku tidak bersetuju untuk berpin...
Taman Tersembunyi Di Taman Botani Musim Sejuk Di Rumah 4 Musim

Taman Tersembunyi Di Taman Botani Musim Sejuk Di Rumah 4 Musim

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1047 hits
TAMAN CANTIK TERSEMBUNYI DI TAMAN BOTANI RUMAH 4 MUSIM Entri kali ini masih berkisahkan Taman Botani Shah Alam Jangan bosan baca entri UA ya Huhu Taman Botani kalau kita betul explore macam macam ada dan macam macam aktiviti boleh dilakukan...
Your Ultimate Defense The Benefits Of A Strong Toto Verification Community

Revolutionize Your Viewing Experience With Xtv Ultra Iptv Player

Perbezaan Antara Buah Naga Merah Dan Buah Naga Putih

Haji Hadi Ajak Selamatkan Orang Melayu

Ballet Nights Kuala Lumpur Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang Sophia Ong Dari Selangor

Timor Leste Pm Departs Home After Three Day Official Visit To Malaysia

Biodata Ben Amir Pelakon Popular Dan Perjalanan Karier

Inovasi Energi Terbarukan Yang Mengubah Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup


Hyde Hotel Bodrum By Ye Im Kozanl Architecture Interior Design

Two Tales By Ministers Over Dnb

Yacht Outing Was Afternoon Tea Not 1mdb Embezzlement Plot Najib

Nearly 14 000 New Teachers Placed In Schools This Year

Dual Boot Windows Dan Ubuntu

Finding Hidden Passwords Saved In Your Browsers