5 Perbezaan Di Antara Mentega Marjerin Mentega Lepa Susu Shortening Dan Krimwell


5 Perbezaan Di Antara Mentega, Marjerin, Mentega Lepa Susu, Shortening Dan Krimwell | Salam semua, bagi yang berjinak - jinak dalam dunia baking ini, mesti ambil tahu tentang kegunaan setiap bahan yang digunakan terutamanya dalam membuat kek dan biskut. Bahan yang utama dalam membuat kek dan biskut mestilah penggunaan mentega. Tapi ada juga yang menggunakan marjerin dan juga mentega lepa susu. Ketiga - tiga bahan ini adalah berbeza dari segi rasa, tekstur dan bau.


Manakala shortening dan krimwell juga walaupun tidak digunakan dalam kek dan biskut secara menyeluruh, kedua - dua bahan ini juga ada fungsi tertentu.

Kalau korang tanya sis guna apa kalau buat kek dan biskut. Pilihan sis Buttercup, pilih yang ekonomi sikit. Buttercup dikategorikan di bawah mentega lepa susu. Nanti sis cerita lanjut di bawah, apa beza mentega lepa susu dengan mentega asli. Biasa sis guna Buttercup paling ekonomi untuk baking, nak guna yang mahal - mahal pun tengok bajet juga

Ada orang tanya sis kat video untuk kek marble tu kan boleh tak nak guna butter SCS, itu mentega asli. Sis balas guna mentega asli lagi sedap, dari segi bau dan rasa tu. Mungkin sebab dia tengok sis guna Buttercup kan, takut tak boleh kot. Tak kisah korang nak guna mentega jenis mana, kalau mentega asli tu lagi sedap.

Patut la kalau kita baca resepi ada sebutkan guna mentega siap ada brand kan macam contoh SCS, Tatura, Anchor, yang itu antara jenama pure butter. Nak menghasilkan lagi sedap macam contoh kek buah kukus.

Tapi guna Buttercup pun dah boleh dah, banding guna marjerin tu lagi tak sedap, siapa - siapa nak guna paling ekonomi guna lah Buttercup, sis memang pengguna setia buttercup, buat brownies pun dah jadi dah kedut - kedut, sebab orang cakap nak buat brownies ni kena guna bahan berkualiti baru jadi kedut - kedut. 
Tak apalah orang kata kalau nak lagi sedap guna lah mentega asli atau pun pure butter.Yang penting kita masak atau baking ikhlas dari hati, insyaAllah yang tak jenama sangat pun hasil nya pun sedap la juga. Buat biskut pun dah sedap dah guna Buttercup.

Oklah jom, baca sedikit info secara ringkas dan mudah difahami. Ramai yang masih tidak tahu membezakan mentega dan marjerin. Sebenarnya, info ini semua sis ada terbaca di facebook dari Puan Khaty Kay. Terima kasih nak panjangkan kat sini untuk rujukan. 
Buat korang yang berjinak - jinak dalam dunia baking, perlulah ambil tahu ya. Apapun semuanya adalah asas lemak dan minyak. Jadi semua boleh digunakan. 
Perbezaan Di Antara Mentega, Marjerin, Mentega Lepa Susu, Shortening Dan Krimwell

1. Marjerin 
Marjerin adalah mentega buatan yang diperbuat dari minyak sayur, minyak kelapa sawit, atau minyak haiwan. Marjerin juga mengandungi susu saringan, garam dan pengemulsi.


Marjerin mengandungi lebih banyak lemak berbanding mentega, sehinggakan marjerin lebih banyak digunakan sebagai pengganti mentega. Ada juga marjerin "rendah kalori", yang mengandungi lemak lebih sedikit. Juga mempunyai warna yang lebih kuning.

Contohnya seperti jenama Planta, marjerin cap Pelangi dan juga Daisy. Pilihan korang guna yang mana satu kalau untuk marjerin. Harga marjerin lebih murah nak banding dengan mentega dan rasa nya pun tak lah sesedap mentega.  
2. Mentega ( Butter )
Mentega atau orang kita panggil butter adalah makanan produk susu, dibuat dengan campuran krim yang didapat dari susu. Biasanya digunakan sebagai sapuan pada roti dan biskut, sebagai kandungan lemak dalam beberapa resepi roti dan masakan.

Mentega "pure butter" kebanyakannya menjadi pilihan ramai untuk baking seperti kek dan biskut. Sudah tentu, rasa kek dan biskut sangat sedap. Sebab tu, kalau nak buat kek dan biskut kena tanya diri sendiri dulu nak sedap ke  tak, kalau nak sedap guna mentega pure butter. Mentega asli ada yang salted dan unsalted. Kena guna ikut kesesuaian resepi.

Untuk rasa yang lebih lemak dan mewah dan kadang-kadang bahan untuk menggoreng. Pengganti mentega ialah marjerin, yang biasanya lebih murah. Mentega akan tetap padat walaupun pada suhu bilik

Jenis Butter Di Malaysia 
Kalau kita tengok jenama mentega di pasaran memang banyak. Setakat yang sis tengok di bawah ini adalah jenama - jenama untuk mentega asli "pure butter".

1. Butter SCS
2. Tatura
3. Anchor
4. Lurpak
5. Emborg


Ada satu lagi mentega tapi sis tak pasti halal ke tidak, jadi sis tak sebut kat sini, ramai orang pakai mentega tu dulu. Rasa korang tahu kan mentega mana yang sis maksudkan.

Untuk butter yang paling sedap, ada yang kata Lurpak, ada yang kata Anchor, terpulang ikut tekak korang masing - masing sebab semua mentega ada keistimewaan sendiri kan.

Kadang- kadang mentega asli ni kena guna ikut kesesuaian resepi, contohnya nak buat tart nenas kan, ada yang suka gebu, cair di mulut ataupun ada yang suka rangup. Kalau ikut tekak sis nak guna mentega asli 100 % ni memang sedap tetapi terlalu gebu sangat. Untuk buat tart nenas sis suka guna mentega dari Buttercup. 
3. Mentega Lepa Susu 
Lepa Susu pula adalah gabungan marjerin dan butter yang diperkayakan dengan rasa seperti buttercup, vitalite dan banyak lagi. Selalunya digunakan untuk sapuan roti atau makanan selerti skon dan sebagainya. Contohnya jenama dari Buttercup. 

Oleh kerana jenama buttercup mempunyai perkataan butter ramai ingat ianya adalah butter. Yang mana tidak juga salah kerana kandungannya campuran butter. Tetapi bukan pure butter

Menggunakan pure butter menghasilkan biskut dan pastry yang lebih rapuh dan kek yang lebih sedap dari segi rasa dan tidak dapat disangkal menghasilkan aroma yang sangat lemak dan sedap

Membuat kek menggunakan butter keseluruhan ada kalanya menghasilkan kek yang agak kering dan ada kala tekstur sedikit berderai. Sebab itu ada resepi memerlukan penambahan beberapa sudu susu untuk kelembapannya

Untuk kek mentega yang moist. Memang sis suka guna Buttercup. Walaupun tak semahal dengan mentega asli.

Perbezaan Lemak Sayuran Dan Juga Krimwell 

Lagi satu untuk bahan seperti lemak sayuran dan juga krimwell kena ambil tahu juga. Kedua - dua bahan ini walaupun nampak warna sama tetapi mempunyai  fungsi yang berbeza juga.

4. Lemak Sayuran ( Shortening ) 



Shortening adalah minyak atau lemak dari tumbuhan terutama pokok minyak. Sama seperti marjerin cuma ianya tidak berwarna. Digunakan dalam membuat pastry dan sebahagian roti. Selain berfungsi untuk melembap, ianya juga menghasilkan pastry yang lebih rangup dan rapuh. Juga dikenali sebagai "white butter" walaupun sebenarnya adalah marjerin. Boleh juga dicampurkan dalam pembikinan membuat "butter cream". Untuk hasil lebih pejal dan stabil. Jadi, ketika proses paip ke atas kek ia tidak mudah cair dan lembik

5. Krimwell 



Untuk pengetahuan semua, krimwell ini dikenali juga sebagai cream mixture. Tekstur dan warna yang sama macam lemak sayuran. Walaupun, adik beradik shortening tetapi krimwell lebih ringan dan kurang berminyak serta tidak tepu.

Rasa seperti marjerin masin tetapi berwarna putih krim. Kalau tak letak nama kat bekas tu, sis boleh cakap itu lemak sayuran. Jangan tertukar ya. Cara penyimpanannya tak perlu disimpan dalam peti sejuk, sebab pada suhu bilik pun ia dah membeku. Krimwell hanya mengandungi minyak tumbuhan tidak lemak seperti dari kelapa sawit dan bunga matahari. Krimwell ini sesuai sebagai penggunaan untuk buttercream atau frosting.

Di antara jenama krimwell yang ada adalah di Malaysia adalah Mariana, Creamax dan Super Creamlite.  Sis pun banyak baca kat sini.

Kesimpulannya 
Begitulah sedikit sebanyak perbezaan di antara mentega, marjerin, mentega lepa susu, lemak sayuran dan juga krimwell. Nak belajar baking pun kena ada asas dulu, nanti kalau kek tak jadi, biskut tak jadi, nak salahkan siapa. Harap faham lah kalau tempah biskut dan kek, tengok ke harga tu kenapa mahal sangat. Kena tanya dulu takut - takut guna mentega asli. Memang mahal lah sikit harga kek dan biskut.

Terima kasih sudi baca dan jangan lupa untuk share sekiranya bermanfaat. Jangan lupa untuk follow blog ini ya.

Baca sini : 6 Tips Dan Cara Pilih Ayam Yang Segar
Baca sini : Cara Paling Mudah Nak Buang Kulit Tomato
Baca sini : Tips Pilih Limau Mandarin Yang Manis




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2019/12/perbezaan-antara-mentega-dan-marjerin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Perbezaan Isu Helikopter Dan Terowong

Antara Perbezaan Isu Helikopter Dan Terowong

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 397 hits
ISU 6 BUAH HELIKOPTER TEMPUR Kerajaan dahulu menandatangani kontrak untuk membeli 6 buah helikopter buatan syarikat McDonnell Douglas Amerika Syarikat dengan harga RM300 juta pada bulan November 2016 Pembayaan pendahuluan 35 daripada nilai ...
Ikut Keserasian Anak Bukan Pilih Asalkan Yang Mana Famous Waktu Beli Susu Formula

Ikut Keserasian Anak Bukan Pilih Asalkan Yang Mana Famous Waktu Beli Susu Formula

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 341 hits
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi Kementerian Kesihatan Malaysia mengalakkan agar pemberian susu ibu diberikan secara eksklusif kepada bayi dari lahir sehingga berusia enam bulan Tetapi tidak semua ibu mempunyai keupayaan untuk men...
Sukar Tapi Kena Buat Dah Sampai Masa Ibu Perlu Nekad Putus Susu

Sukar Tapi Kena Buat Dah Sampai Masa Ibu Perlu Nekad Putus Susu

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 352 hits
Proses untuk memutuskan susu adalah satu keputusan yang sukar buat seorang ibu Tidak sampai hati dan risau sama ada anak akan cukup nutrisi adalah antara perkara yang difikirkan sebelum wean off Ada beberapa faktor yang menyebabkan seorang ...
Heroin Diedarkan Warga Pakistan Di Jakpus Dibungkus Kotak Susu Dan Gula

Heroin Diedarkan Warga Pakistan Di Jakpus Dibungkus Kotak Susu Dan Gula

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 251 hits
Saat penangkapan SH polisi mengamankan 5 kilogram heroin yang sudah siap untuk diedarkan dalam bungkus kotak susu dan bungkus kotak gula
Susu Bagus Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Susu Bagus Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 390 hits
Gambar semalam tapi baru harini sempat update hari ni Apa ada hal kan Minum susu tak Fiza ni peminat susu Nombor 1 Tapi susu lembu je lah Susu kambing lansung tak boleh nak lalu kat tekak ni ha Ada sesetengah orang lansung tak lalu nak minu...
Marah Sangat Ke Susu Pisang Tak Ada Pisang Cucur Badak Bukan Ada Badak Pun Aqasha

Marah Sangat Ke Susu Pisang Tak Ada Pisang Cucur Badak Bukan Ada Badak Pun Aqasha

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 977 hits
Minuman susu pisang yang dikeluarkan oleh Neelofa menjadi panas sehari dua ini apabila mendapat kritikan daripada Dr Amalina yang mendakwa pengiklanan minuman tersebut sedikit mengelirukan pada bahagian nutrisi Justeru pelbagai komentar mul...
Kebaikan Mengamalkan Minum Susu Anlene

Kebaikan Mengamalkan Minum Susu Anlene

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 921 hits
Anlene adalah susu dirumus khas tinggi kalsium dengan BoneMax yang mengandungi nutrien utama seperti FOS inulin kalsium vitamin D magnesium protein dan zink untuk kesihatan tulang yang optimum FOS inulin dalam Anlene adalah campuran unik se...
Jangan Sekadar Bilas Bilas Tak Bersih Botol Susu Tak Sabun Steril Membiak Kuman

Jangan Sekadar Bilas Bilas Tak Bersih Botol Susu Tak Sabun Steril Membiak Kuman

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 325 hits
Bagi anak anak yang menggunakan botol susu sangat penting bayi ibu ayah membersihkannya dengan baik bagi mengelakkan pencemaran yang merosakkan kualiti susu Nampak remeh tetapi kepentingan untuk mencucinya dengan baik perlu dititikberatkan ...
Kena Selalu Makan Mentega Kacang Kalau Nak Kulit Sentiasa Cantik Dan Perut Lebih Kenyang

Kena Selalu Makan Mentega Kacang Kalau Nak Kulit Sentiasa Cantik Dan Perut Lebih Kenyang

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 529 hits
Pasti ramai yang suka dengan mentega kacang yang dimakan dengan bersama roti atau apa saja yang sesuai dimakan dengannya kerana mentega kacang sangat sedap disukai ramai orang Kekacang juga tersenarai antara makanan utama yang dapat membant...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih