5 Panduan Pemasaran Berkesan Di Instagram
Sejak penciptaan Instagram, ia telah menjadi platform perkongsian gambar dan video paling terkenal dan diminati ramai. Laman web ini telah mempunyai lebih 800 juta pengguna yang aktif dalam memuat naik gambar dan sebanyak 1.6 billion ‘like’ telah direkodkan dalam masa sehari.
Ramai pengguna mengambil peluang mempromosikan dan memasarkan produk mereka dalam platform ini bagi menarik minat pembeli dan pengeluar daripada seluruh Malaysia ke arah peningkatan penggunaan produk mereka sendiri.
Tetapi ianya agak sukar untuk mengetahui gambar mana yang berkesan untuk penonton setia anda. Oleh itu, berikut kami senaraikan 5 panduan atau tips pemasaran di Instagram yang betul-betul berkesan untuk anda.
Cipta atau tukar ke Akaun Perniagaan Instagram
Sudah tentu, bagi pengguna yang ingin memajukan perniagaan produk mereka di Instagram, penciptaan satu akaun perniagaan adalah perlu bagi memastikan mereka dapat menikmati semua kelebihan yang ada apabila mereka gunakan akaun perniagaan daripada menggunakan akaun biasa.
Sebagai contoh, satu profil perniagaan membolehkan pelanggan dan penonton setia akaun anda untuk menghubungi anda secara langsung daripada halaman utama Instagram anda. Ia akan memudahkan proses pemesanan produk daripada pelanggan tersebut. Anda juga boleh mengakses pelbagai alat Instagram percuma yang datang sekali dengan ciri akaun perniagaan di Instagram.
Gunakan alat Instagram percuma
Alat-alat percuma ini membantu anda dalam memperlihatkan statistik seperti data penglibatan pelanggan, data tontonan dan lain-lain lagi. Kesemua maklumat ini amatlah penting bagi mengenalpasti kadar pertumbuhan perniagaan dan penjualan produk anda.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan demografik pengikut anda termasuklah maklumat berkenaan umur, jantina, lokasi, dan waktu paling aktif mereka. Lebih banyak yang anda tahu tentang pengikut dan pengguna produk anda, lebih mudah untuk anda tetapkan kandungan anda supaya bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan pengikut anda sendiri.
Guna ciri Instagram Story
Salah satu ciri Instagram yang mampu meningkatkan pemasaran produk anda adalah melalui penggunaan ciri Instagram Story. Ciri ini agak sama dengan ciri Snapchat dimana ianya akan memaparkan gambar atau video dalam format tayangan slaid dan hanya akan dimuat naik dalam masa 24 jam.
Selepas tamat 24 jam, gambar tersebut akan hilang dan anda boleh memuat naiknya semula untuk tontonan umum sekali lagi. Salah satu kelebihan pengguna ciri ini adalah apabila ianya dimuat naik, gambar atau video tersebut akan dipaparkan pada halaman utama bahagian garisan masa di atas dimana pengguna mudah untuk melihat dan membukanya setiap masa.
Muat naik gambar pada waktu yang sesuai
Jika anda muat naik gambar yang sama pada setiap masa dan hanya spam kandungan Instagram anda, ia membuka kepada pengurangan pengikut semasa anda. Sekiranya mereka hanya lihat produk anda pada halaman berita anda, mereka tidak akan teragak-agak untuk berhenti mengikuti akaun Instagram anda.
Apa yang anda perlu buat untuk elak daripada perkara ini berlaku adalah dengan memuat naik gambar secara konsisten tetapi tidak terlalu banyak. Buatkan jadual supaya anda dapat kenal pasti hari dan waktu mana yang paling sesuai untuk memuat naik kandungan Instagram anda.
Berinteraksi dengan pengikut anda
Sekiranya ada seseorang yang meninggalkan komen pada gambar anda, jangan lupa untuk ucap terima kasih atau membalas komen tersebut dengan balasan yang baik. Komunikasi biasa ini akan mencipta satu pelanggan yang setia terhadap produk anda.
Terdapat banyak lagi panduan yang anda boleh ikuti dalam memasarkan produk anda secara berkesan di Instagram. Anda juga boleh memuat turun story di Instagram secara ketanpanamaan untuk koleksi peribadi anda. Jika anda hanya mahu menontonnya secara ketanpanamaan, anda juga boleh lakukan sedemikian tanpa pengetahuan tuan gambar tersebut.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://omghackers.com/5-panduan-pemasaran-berkesan-di-instagram/