5 Nutrisi Untuk Meningkatkan Imuniti Tubuh Melawan Jangkitan Kuman


Dalam musim wabak COVID 19 sekarang semua kita dalam keadaan berjaga-jaga dan bimbang di jangkiti virus yang telah menjadi satu wabak di seluruh dunia. Sehingga kini masih belum ada ubat dan penawar khusus yang di temui dan tiada lagi vaksin yang boleh di gunakan.
Satu yang kita boleh harapkan untuk melawan jangkitan adalah sistem imuniti atau pertahanan tubuh kita yang di kurniakan oleh Allah. Sistem imuniti ini perlu sihat dan ‘tip-top’ untuk ia berfungsi dengan baik dan efektif melawan jangkitan kuman. Di samping kita melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti jarak sosial, duduk di rumah, mencuci tangan bila perlu dan juga menggunakan topeng muka bila keluar rumah.
Pemakanan sihat adalah kunci kepada sistem antibodi yang ampuh dan efektif . Kerana jika di takdirkan kita mendapat jangkitan COVID 19 ini, maka sistem imuniti kita atau yang biasanya kita panggil sebagai antibodi ini lah yang akan membantu kita melawan kuman virus tersebut.
Pengambilan mikronutrien yang penting iaitu vitamin A, B, C, D dan E dan juga mineral seperti zat besi, selenium, zink dan magnesium adalah kuncinya. Dalam artikel ini saya akan menerangkan serba ringkas, bagaimana ia berfungsi dan sumbernya dalam pemakanan kita untuk kita amalkan.
Kajian telah menunjukkan kepentingan semua zat-zat surih ini dalam menyokong sistem imuniti atau pertahanan badan yang kuat dan ampuh.
1. VITAMIN A
Vitamin A berfungsi menjaga dan mengekalkan struktur sel-sel kita di kulit, saluran pernafasan dan usus. Lapisan ini adalah lapisan perlindunan utama tubuh kita daripada jangkitan kuman. Oleh kerana itu, vitamin A secukupnya amat penting sebagai nutrisi pertahanan di barisan depan.
Vitamin A juga berfungsi untuk menghasilkan antibodi yang akan melawan kuman pathogen yang cuba untuk masuk menjangkiti manusia . Antibodi adalah seperti askar yang akan berperang dengan musuh (kuman) yang cuba merosakkan tubuh kita dan menyebabkan penyakit.
Sumber vitamin A yang utama adalah ikan, kuning telur, keju, tofu, kekacang, biji-bijian, wholegrain dan legum.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan bahan beta karotina seperti buah betik, buah mangga, karot (lobak merah), labu dan juga sayur berdaun hijau. Bahan beta karotina ini akan di ubah menjadi vitamin A dalam tubuh kita.
2. VITAMIN B
Vitamin B secara khususnya Vitamin B6 (pyridoxine) , B9 (folate) & B12 (methylcobalamin) adalah menyumbang kepada respon tubuh yang awal apabila ia di jangkiti oleh kuman pathogen. Ia melakunya dengan mempengaruhi penghasilan dan meningkat aktiviti sel-sel pertahanan tubuh yang di panggil sel NK (natural killer) .
Sel-sel NK ini bertindak dengan menyebabkan ‘kemusnahan dalaman’ (implode) sel-sel tubuh yang telah dijangkiti kuman pathogen tersebut dalam satu proses yang dipanggil ‘apoptosis’ . Ia seolah-olah ‘pengebom berani mati yang akan mencari dan akan meletupkan dirinya bersama kuman pathogen yang menceroboh.
Sumber utama vitamin B6 ini adalah kekacang, legum, cereal, sayur berdaun hijau, buah-buahan, ikan, ayam dan daging. Sumber utama vitamin B9 (folate) adalah sayur berdaun hijau, legum, kacang dan biji-bijian. Sumber utama vitamin B12 adalah sumber haiwan seperti daging, hati, telur,susu dan susu soya yang do fortifikasi.
3. VITAMIN C
Vitamin C adalah penting sebagai satu vitamin yang bersifat anti-oksidan untum menyeimbangkan keseimbangan ‘redoks’ dalam tubuh kita. Apabila berlaku ketidakseimbangan redoks ini maka radikal bebas akan menjadi lebih banyak dan akan menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh kita.
Kajian menunjukkan vitamin C akan meningkatkan sistem imuniti tubuh kita dengan mengawal stres oksidatif dan meningkatkan jangka hayat sel-sel imun tubuh kita dan mengurangkan kerosakan sel-sel tubuh akibat jangkitan kuman. Di sinilah kelebihan vitamin C dalam membantu tubuh kita melawan kesan jangkitan kuman seperti virus.
Kerosakan akibat serangan radikal bebas ini berlaku dalam paru-paru pesakit yang di jangkiti virus Covid 19 ini yang menyebabkan keadaan yang dipanggil ‘ribut sitokin’ (cytokine storm) yang akan menyebabkan kesan kegagalan fungsi paru-paru di panggil ARDS (Acute Respiratory Distress Syndrome). Di sini lah kenapa didapati pesakit kritikal dan serius di ICU akibat jangkitan kuman Covid 19 pulih selepas di berikan vitamin C dalam dos yang tinggi. Kajian telah dijalankan oleh doktor-doktor dan penyelidik di China dan laporan kejayaan merawat pesakit Covid 19 ini sedang di buat dengan penggunaan dos sehingga 10,000mg ke 20,000mg sehari .
Hasil rawatan dengan vitamin C ini telah memberikan kesan positif dan inilah bukti yang tidak boleh disangkal lagi kelebihan menggunakan vitamin C dalam dos tinggi ini. Yang menariknya, tiada apa-apa kesan sampingan merbahaya berlaku kepada pesakit yang mengambil rawatan ini dan tiada laporan kerosakan organ seperti buah pinggang yang terjadi.
Vitamin C adalah satu nutrisi yang terpenting dalam mengaktifkan sistem imuniti tubuh kita melawan jangkitan kuman bakteria dan virus berdasarkan kajian terkini. Teorinya adalah vitamin C membantu sel-sel antibodi tubuh kita menghasilkan protin yang mengaktifkan sel-sel antibodi ini melawan jangkitan kuman pathogen termasuklah virus.
Sumber utama vitamin C adalah buah-buahan seperti buah jambu batu, kiwi, oren, limau, epal, ceri, strawberi dan sebagainya.
4. VITAMIN E
Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang terdiri daripada 2 jenis iaitu tokoferol dan tokotrienol. Setiap varian ini pula mempunyai 4 varian ladi yang dipanggil sebagai α (alfa) ,β (beta), δ (delta) dan γ (gamma).
Semasa tubuh kita melawan jangkitan kuman, badan akan mengalami tekanan oksidatif yang kuat. Ia disebabkan penghasilan radikal bebas yang akan merosakkan sel-sel tubuh kita yang lain dengan menyebabkan kebocoran dinding sel menyebabkan berlakunya proses keradangan yang kuat.
Vitamin E sebagai bahan anti oksidan akan membantu mengawal kesan tekanan oksidatif ini dan juga mengawal keradangan. Ini akan membantu mengurangkan kerosakan sel-sel tubuh dan membantu tubuh untuk pulih dan kuat semula.
Vitamin E adalah kaya dalam minyak sihat seperti minyak kelapa sawit, minyak zaitun, minyak kacang, bijan dan juga dalam kekacang serta sayur berdaun hijau.
5. VITAMIN D
Vitamin D atau Cholecalciferol adalah vitamin larut lemak yang dibuat daripada kolesterol yang diperlukan oleh tubuh untuk pelbagai fungsi seperti untuk kekuatan tulang dan juga menguatkan sistem imuniti tubuh manusia. Vitamin D dihasilkan di bawah kulit kita apabila di ransangkan oleh cahaya matahari dan juga ia boleh didapati daripada makanan seperti telur, makanan laut, mentega dan susu.
Secara umumnya kebanyakan manusia zaman sekarang mengalami kekurangan vitamin D kerana kurang terdedah kepada cahaya matahari dan juga akibat tidak mengambil cukup makanan berkolesterol.
Dalam satu kajian , suplemen vitamin D didapati melindungi seseorang daripada mendapat masalah jangkitan kuman saluran pernafasan terutama seseorang yang mempunyai masalah kekurangan vitamin D yang kronik.
6. MINERAL
Manusia memerlukan mineral seperti zat besi , zink, selenium dan magnesium dalam perkembangan dan kekuatan sistem imuniti tubuh.
Kajian menunjukkan zat besi (iron) amat penting dalam membunuh dan memusnahkan kuman pathogen dengan menghasilkan banyak radikal bebas dalam sel-sel kuman pathogen tersebut. Ia juga mengawal dan meregulasi reaksi enzim dalam sel-sel imun untuk mengenali dan men’target’ kuman pathogen sebelum ia diserang oleh sel-sel antibodi.
Zink pula membantu mengawal integriti kulit dan membran mukosa dan ini akan mencegah kemasukan kuman pathogen ke dalam tubuh. Zink dan selenium juga bertindak sebagai anti oksidan dan membantu mengawal kesan serangan radikal bebas akibat jangkitan kuman pathogen yang menyebabkan tekanan oksidatif. Magnesium juga penting dalam metabolisma sel-sel tubuh terutama sel-sel imun atau antibosi tubuh kita.
Sumber utama zat besi adalah daging merah, ayam dan ikan dan juga sumber tumbuhan seperti legum, wholegrain dan cereal. Zink kaya dalam makanan laut seperti tiram, kerang, kupang, ikan, sotong, udang, ayam, daging, dan kekacang. Sumber selenium pula dari kekacang, cendawan, daging dan bawang putih. Magnesium sumber utama daripada sayur-sayuran seperti brokoli dan juga daging merah.
KESIMPULAN
Secara umumnya pemakanan berkhasiat adalah keutamaan dan ianya perlu di buat dahulu. Suplemen hanyalah sebagai tambahan kepada pemakanan sihat yang kita ambil.
Pemakanan yang sihat perlulah mengambil makanan asli seperti nasi, daging, ayam, ikan, udang, sotong, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga minyak sihat. Elakkan tabiat yang merosakkan kesihatan dan sistem imuniti tubuh kita seperti makan gula berlebihan, makanan proses, merokok, tidak bersenam dan sebagainya.
Di musim COVID 19 ini ikutlah nasihat langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan topeng muka, membasuh tangan selalu dan pen’jarak’kan sosial serta duduk di rumah dan jangan keluar jika tidak perlu.
Insyaallah
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MScAARMMA (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)
MMC: 36627
Rujukan:
1. Beck MA, Handy J, Levander OA. Host nutritional status: the neglected virulence factor. Trends Microbiol. 2004 Sep;12(9):417-23.
2. Maggini S, Pierre A, Calder PC. Immune Function and Micronutrient Requirements Change over the Life Course. Nutrients. 2018 Oct 17;10(10). pii: E1531. doi: 10.3390/nu10101531
3. https://www.healthdirect.gov.au/vitamin-a
4. https://en.wikipedia.org/wiki/Antibody
5. https://www.betterhealth.vic.gov.au/…/HealthyLivi…/vitamin-b
6. https://en.wikipedia.org/wiki/Natural_killer_cell
7. https://en.wikipedia.org/wiki/Apoptosis
8. Davison G, Gleeson M. Influence of acute vitamin C and/or carbohydrate ingestion on hormonal, cytokine, and immune responses to prolonged exercise. Int J Sport Nutr Exerc Metab. 2005 Oct;15(5):465-79.
9. Yokoo S, Furumoto K, Hiyama E, Miwa N. Slow-down of age-dependent telomere shortening is executed in human skin keratinocytes by hormesis-like-effects of trace hydrogen peroxide or by anti-oxidative effects of pro-vitamin C in common concurrently with reduction of intracellular oxidative stress. J Cell Biochem. 2004 Oct 15;93(3):588-97.
10. https://en.wikipedia.org/wiki/Reactive_oxygen_species
11. https://www.healthdirect.gov.au/vitamin-e
12. https://www.betterhealth.vic.gov.au/…/HealthyLivi…/vitamin-d
13. Martineau AR, Jolliffe DA, Greenberg L et al. Vitamin D supplementation to prevent acute respiratory infections: individual participant data meta-analysis. Health Technol Assess. 2019 Jan;23(2):1-44. doi: 10.3310/hta23020.
14. https://www.betterhealth.vic.gov.au/…/ConditionsAndTre…/iron
15. Maggini S, Pierre A, Calder PC. Immune Function and Micronutrient Requirements Change over the Life Course. Nutrients. 2018 Oct 17;10(10). pii: E1531. doi: 10.3390/nu10101531.
Gambar: swim.by
The post 5 Nutrisi Untuk Meningkatkan Imuniti Tubuh Melawan Jangkitan Kuman appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/5-nutrisi-untuk-meningkatkan-imuniti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cegah Virus Corona Ini 5 Cara Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh

Cegah Virus Corona Ini 5 Cara Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 219 hits
Berbagai macam upaya pencegahan Covid 19 harus terus dilakukan Salah satu cara yang paling efektif untuk mencegah agar tidak mudah terinfeksi virus corona adalah meningkatkan sistem kekebalan tubuh
14 Manfaat Air Kelapa Meningkatkan Energi Hingga Kekebalan Tubuh

14 Manfaat Air Kelapa Meningkatkan Energi Hingga Kekebalan Tubuh

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 179 hits
Air kelapa menjadi salah satu minuman favorit ketika cuaca panas Buah yang banyak ditemui di negara tropis ini memang ampuh untuk menghilangkan dahaga Namun selain bisa mendapatkan kesegaran air kelapa ternyata menyimpan banyak sekali manfa...
Begini Cara Kerja Vaksin Di Dalam Tubuh Untuk Melawan Virus

Begini Cara Kerja Vaksin Di Dalam Tubuh Untuk Melawan Virus

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 227 hits
Vaksinasi melatih sistem kekebalan tubuh Anda untuk mengidentifikasi dan melawan penyakit tertentu Ini seperti mempersiapkan pasukan Anda sebelum perang dimulai
Bisakah Bercinta Jadi Jalan Bagi Seseorang Untuk Meningkatkan Kekebalan Tubuh

Bisakah Bercinta Jadi Jalan Bagi Seseorang Untuk Meningkatkan Kekebalan Tubuh

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 105 hits
Sejumlah penelitian menerangkan bahwa orang yang bercinta secara rutin sekali atau dua kali seminggu memiliki tingkat immunoglobulin lebih tinggi Hal ini merupakan molekul yang diproduksi oleh sel darah putih yang penting untuk respons imun
7 Manfaat Sirsak Untuk Kesehatan Bisa Meningkatkan Kekebalan Tubuh

7 Manfaat Sirsak Untuk Kesehatan Bisa Meningkatkan Kekebalan Tubuh

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 197 hits
Sirsak juga berfungsi sebagai antioksidan yang mampu menghilangkan rasa sakit dan mencegah radikal bebas Lantas apa saja manfaatnya Simak 7 manfaat sirsak untuk kesehatan yang perlu Anda ketahui berikut ini
7 Manfaat Kolang Kaling Untuk Kesehatan Penuhi Nutrisi Tubuh

7 Manfaat Kolang Kaling Untuk Kesehatan Penuhi Nutrisi Tubuh

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 263 hits
Kolang kaling merupakan salah satu makanan yang akrab dengan masyarakat Indonesia dan cukup mudah untuk ditemui di pasaran apalagi jika sudah memasuki bulan puasa Kolang kaling kerap dijadikan campuran dalam menu makanan atau resep minuman
7 Manfaat Yoghurt Bagi Tubuh Hasil Fermentasi Yang Kaya Nutrisi

7 Manfaat Yoghurt Bagi Tubuh Hasil Fermentasi Yang Kaya Nutrisi

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 227 hits
Yoghurt adalah produk dari susu yang dibuat dengan fermentasi bakteri yang ada di dalam susu Selain memiliki rasa yang unik yoghurt yang alami juga dikenal dengan manfaatnya bagi kesehatan
5 Kematian Covid 19 Kerana Jangkitan Daripada Pesakit Yang Menyembunyikan Maklumat Ke Itali

5 Kematian Covid 19 Kerana Jangkitan Daripada Pesakit Yang Menyembunyikan Maklumat Ke Itali

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 229 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati masyarakat supaya memberi maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid termasuk tidak menyembunyikan sejarah perjalanan keluar negara Ketua Pengarah Kes...
Jangkitan Import Dari Itali Cetus Kluster Baharu Punca Lima Kematian Di Malaysia

Jangkitan Import Dari Itali Cetus Kluster Baharu Punca Lima Kematian Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 227 hits
Jangkitan import dari Itali cetus kluster baharu punca lima kematian di MalaysiaKetua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan COVID 19 di Kementerian Kesihatan hari ini Turut sama Timbalan Ketua...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord