5 Masakan China Berempah Idea Gerenti Sedap Ikbn Peretak


Juadah negara Asia memang terkenal dengan penggunaan rempah dan rasa pedasnya. Di China masakan yang menggunakan rempah ratus dalam masakannya kebanyakannya berasal dari Sichuan dan Hunan,yang terkenal dengan penggunaan rempah ‘peppercorn’ Sichuan (Szechuan), campuran serbuk rempah lima sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, peppercorn Sichuan dan jintan.
Berbeza dengan juadah China di wilayah lain, juadah di sini agak pedas dan kaya dengan rempah ratusnya. Jom kita lihat resepi dari barisan tenaga pengajar muda dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak iaitu Norshazila Mohamed Rahman,Norazilah Abd Rahman,dan Harmayah Argadan

.
1. MA PO TOFU

.
BAHAN-BAHAN :
200gm daging cincang2 batang tauhu lembut | dipotong dadu½ cawan air stok ayam1 sudu makan tepung jagung2 sudu makan kicap cair1 sudu makan gula1 sudu makan minyak bijan3 ulas bawang putih | dicincang2 sudu makan halia | dicincang halus2 tangkai daun bawang | dihiris halus1 sudu makan taucu½ sudu teh Sichuan pepper corn | dikisar halus2 sudu makan minyak cili3 sudu makan minyak masakGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih, halia, tauchu peppercorn Sichuan, minyak cili, minyak bijan dan kicap cair. Masukkan daging cincang serta perasakan dengan garam dan gula. Biarkan hingga daging masak dan sebati dengan kuah sos yang dimasak tadi.
2. Masukkan tauhu yang telah dipotong dadu.
3. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan stok ayam. Masak hingga pekat.
4. Tabur dengan daun bawang untuk dimakan bersama nasi panas
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Ma Po Tofu adalah kombinasi dari tauhu lembut dengan rasa pedas
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Tauhu perlu direbus dahulu dengan sedikit garam supaya tauhu tidak hancur ketika digaul bersama sos.
2. HOT & SOUR GLASS NOODLES

.
BAHAN-BAHAN :
250gm suhun (glass noodles)2 sudu makan kacang tanah | digoreng terlebih dahulu1 sudu makan minyak kacang tanah3 ulas bawang putih | dicincang halus2 tangkai daun bawang | dihiris2 sudu makan cuka1 sudu teh peppercorn Sichuan | dikisar halus50gm daun ketumbar | dihiris1 sudu teh serbuk rempah 5 sekawan1 sudu makan minyak cili1 sudu makan minyak bijan1 sudu makan jeruk lobak masin1 sudu makan kicap cair500ml stok ayamGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak kacang tanah dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2. Ambil satu mangkuk dan masukkan minyak bawang putih tadi, peppercorns Sichuan, minyak cili, serbuk rempah 5 sekawan, kicap, minyak bijan, jeruk lobak masin, cuka dan garam secukupnya.
3. Panaskan air stok ayam, celur suhun ke dalamnya sehingga lembut dan kemudian masukkkan suhun dan air stok ayam ke dalam mangkuk tadi, gaul hingga sebati.
4. Hias dengan daun bawang, daun ketumbar dan kacang tanah.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan celur
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Suhun berempah yang kaya dengan rasa kacang tanah
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Suhun tidak perlu dicelur terlalu lama untuk mengelakkan daripada hancur.
3. CHICKEN WITH CHINESE MUSHROOM

.
BAHAN-BAHAN :
350gm ayam50gm cendawan shitake2 sudu makan cuka3 kuntum bunga lawang2 tangkai daun bawang | ambil batang yang putih di pangkal5sm halia | potong batang mancis, halus (fine julienne)2 sudu teh serbuk lima sekawan1 sudu makan minyak bijan2 sudu makan kicap cair2 sudu makan kicap pekatGaram secukup rasaGula secukup rasa2 tangkai cili kering | digunting pendek4 ulas bawang putih | dicincang halus2 cawan airCARA MEMASAK :
1. Di dalam mangkuk rendam cendawan shitake dalam 20 minit dengan air panas sehingga kembang dan lembut. Ketepikan seketika
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah dicincang. Kemudian masukkan ayam, cuka, bunga lawang, serbuk rempah 5 sekawan, kicap cair, kicap pekat, cili kering, minyak bijan dan perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga sebati
3. Masukkan air dan cendawan shitake kemudian tutup seketika dalam 10-15 minit sehingga ayam empuk. Biarkan ia mereneh
4. Angkat dan taburkan daun bawang dan hirisan halia sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Sajian sihat ayam dan cendawan menggunakan kaedah mereneh
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Pastikan api perlahan masa mereneh.
4. STIR FRY SZECHUAN BEEF AND BROCCOLI

.
BAHAN-BAHAN :
350gm daging batang pinang | dihiris nipis100gm brokoli | dipotong floret *teknik memotong3 ulas bawang putih | dicincang½ labu bawang Holland | dihiris2 sudu makan peppercorns Sichuan | dikisar halus2 sudu makan kicap cair1 sudu makan kicap pekat3 tangkai cili kering | dipotong pendekGaram secukup rasa2 batang daun bawang | ambil batang yang berwarna putih1 sudu makan minyak bijan1 sudu teh bijan putih | disangai20gm gajus | disangai3 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, peppercorn Sichuan, kicap cair, kicap pekat, cili kering sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging batang pinang yang sudah dihiris nipis, minyak bijan dan sayur brokoli, perasakan garam.
3. Taburkan gajus dan bijan putih. Hias dengan hirisan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Rasa pedas peppercorn Sichuan dan lada kering sungguh melazatkan
Anggaran kos : RM40
INFO CHEF : Memasak cara stir fry ini menggunakan hanya minyak yang sedikit.
5. STIR FRY DUMPLING INTI UDANG DAN BAYAM (China)

.
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti dumpling :
200gm isi udang | dihancurkan100gm bayam | dicincang1 sudu makan minyak bijan1 sudu makan lobak masin1 sudu makan peppercorns Sichuan | dikisar halusGaram secukup rasa2 sudu makan cuka2 sudu makan tepung jagung1 sudu makan air2 sudu makan minyak masak15 keping kulit wontonBahan menumis :
50gm lobak merah | dipotong halus batang mancis (fine julienne)50gm lobak merah | dipotong halus fine julienne1 sudu makan halia | disagat halus3 ulas bawang putih | dicincang halus2 sudu makan kicap cair2 sudu makan minyak masak1 sudu makan minyak bijanCARA MEMASAK :
1. Mula-mula sediakan bahan-bahan inti dumpling, gaulkan kesemua bahan-bahan kecuali tepung jagung dan air.Perasakan dengan garam secukupnya.
2. Ambil sekeping kulit wonton dan satu sudu teh inti dumpling, kemudian lipat dua. Gunakan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air sebagai pelekeat kulit wonton.
3. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan dumpling dalam 10 minit dan ketepikan
4. Kemudian panaskan minyak tumiskan bawang putih yang telah dicincang halus, tumis sayur lobak merah, timun dan halia sehingga masak.
5. Masukkan kicap cair, minyak bijan dan perasakan dengan garam.
6. Kemudian masukkan dumpling yang telah digoreng sebentar tadi, kacau sebati.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian pembuka selera, China
Keistimewaan : Enak dimakan begitu sahaja dengan ramuan peppercorn Sihuan sungguh berperisa
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Terdapat pelbagai kaedah memasak dumpling selain menggoreng , boleh juga dididihkan atau direbus dan juga dikukus.
RESIPI : NORSHAZILA MOHAMED RAHMAN, NORAZILAH ABD RAHMAN & HARMAYAH ARGADAN
Terima kasih : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru, Selangor. https://ift.tt/2oxxRWS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/5-masakan-china-berempah-idea-gerenti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Perap Masak Ayam Goreng Berempah Yang Sedap

Cara Perap Masak Ayam Goreng Berempah Yang Sedap

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 796 hits
Menu Ayam Goreng Berempah ni nampak mudah tapi untuk dapatkan serat serat yang rangup dan bergumpal tu kena ada cara dan tekniknya Nak cuba Jom lihat resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni Selamat mencuba CARA MASAK AYA...
10 Masakan Tradisi Pahang Yang Sedap Pepalih Wehhh

10 Masakan Tradisi Pahang Yang Sedap Pepalih Wehhh

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 1327 hits
Lain daerah lain cita rasa itulah yang dapat digambarkan untuk masakan tradisional negeri Pahang menu ikan sungai atau air tawar seperti Patin Talapia dan Lampam cukup gu dengan tempoyak mahupun asam rom yang hanya ada di Pahang sahaja Teru...
3 Aneka Puff Pastri Lapis Yang Gerenti Gebu Dan Sedap

3 Aneka Puff Pastri Lapis Yang Gerenti Gebu Dan Sedap

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 504 hits
Puff Pastri atau Pastri Lapis memang renyah sikit buatnya Memanglah ada dijual pastri yang siap diproses tetapi kadang kadang kurang rasa marjerin atau menteganya Anda boleh memilih samada hendak menggunakan mentega atau marjerinSetiap kali...
Koleksi Resepi Masakan Nasi Yang Sedap Mesti Di Cuba Buat Suatu Hari Nanti

Koleksi Resepi Masakan Nasi Yang Sedap Mesti Di Cuba Buat Suatu Hari Nanti

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 614 hits
Terkadang agak menjemukan apabila asyik masak yang itu dan itulah saja di ulang ulang Nak juga sesekali merasa kelainan Tercari cari aku resepi masakan nasi agak berlainan dari kebiasaan di FB untuk menjadi Koleksi Resepi aku di kemudian ha...
Kambing Perap Sedap Dari Mamasab

Kambing Perap Sedap Dari Mamasab

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 655 hits
Ini bukan review berbayar ya Makcik beli makcik masak dan makan makcik rasa sedap sangat lalu makcik kongsikannya di sini Hahaha kambing perap tu dah sama besar dengan muka makcik Ada dua saiz ya Sekilo dan setengah kilo Masak dalam pemangg...
Sedap Ke Sweet Chilli Fish Burger Mcdonalds

Sedap Ke Sweet Chilli Fish Burger Mcdonalds

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 1189 hits
Sedap Ke Sweet Chilli Fish Burger McDonalds Inilah yang selalu bermain difikiran bile ingin mencuba sesuatu menu makanan yang belum kita pernah rasa sebelum ini Sedap ke Pedas ke sebab ada chilli tertulis disitu Berbaloi ke nak rasa Jadi se...
Ini 4 Cara Masak Sup Sayur Paling Mudah Sedap

Ini 4 Cara Masak Sup Sayur Paling Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 390 hits
Ramai yang suka sup sayur dan ramai ang boleh memasaknya Tapi tahukah korang ada beberapa rahisa yang boleh jadikan sup sayur lebih sedap cukup rasa dan kaya dengan khasiat nutrisinya Berikut empat tip boleh korang cuba sangat mudah dan han...
Daging Goreng Kicap Resipi Lejen Sedap Makan Dengan Nasi Panas

Daging Goreng Kicap Resipi Lejen Sedap Makan Dengan Nasi Panas

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 480 hits
Kalau stok daging masih banyak dalam peti sejuk tu jom try resipi daging goreng ni Tapi ni bukan daging goreng semata mata tau Yang ni daging goreng tapi dimasukkan kicap Sedap teruk Beza lauk yang ini dengan daging masak kicap adalah lauk ...
Resipi Kuih Kole Kacang Yang Sedap Mudah Kurang Manis

Resipi Kuih Kole Kacang Yang Sedap Mudah Kurang Manis

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 704 hits
Kuih tradisional seperti Kuih Kole Kacang memang sedap Kalau tabur banyak tahi minyak lagi sedap Namun tak ramai yang berani nak cuba buat kuih ini secara homemade kerana beranggapan ia susah untuk dihasilkan Menerusi perkongsian saudari No...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids