
Jangan kongsikan nombor kad ATM debit atau kredit pada orang lain apatah lagi berikan kad itu kepada sesiapa. Ini membolehkan scammer mendaftar atau menukar maklumat perbankan internet anda tanpa anda sedar. Selain kehilangan wang simpanan, lagi takut jika scammer guna bank anda untuk buat aktiviti scam. Nanti, anda pula yang akan dihadapkan ke mahkamah dan didakwa membuat jenayah itu.
Sama juga seperti nombor kad ATM, jika anda dedahkannya duit anda boleh dicuri dan scammer juga berpeluang daftar atau tukar maklumat perbankan internet anda sewenang-wenangnya. Kalau anda sayangkan duit simpanan anda, rahsiakan nombor pin dan jangan dedahkannya dimana-mana.
Anda tahu tak, dengan mendaftarkan nombor telefon orang lain semasa pembukaan akaun, ia boleh menyebabkan anda kehilangan wang dalam akaun bank anda itu? Lebih-lebih lagi jika nombor telefon itu adalah milik scammer. Suspek boleh daftarkan perbankan internet tanpa pengetahuan anda. Nombor TAC juga akan dihantar ke nombor telefon scammer. Jadi, guna maklumat sendiri apabila membuka akaun simpanan.
Janga serahkan nombor TAC/OTP pada scammer. Mereka boleh ambil alih perbankan internet anda dan pindahkan wang ke pihak ketiga. Jadi, jika anda ada terima panggilan kononnya nombor TAC individu itu tersalah hantar ke nombor anda, abaikannya sahaja. Sudah pasti itu adalah cubaan untuk mencuri wang simpanan. Kemaskini nombor telefon jika ia berlaku.
Mungkin ada individu yang menyamar menjadi pegawai bank hubungi anda, kemudian minta maklumat ini dari anda. Ingat, jangan kongsi ID dan kata laluan akaun bank dalam talian anda kepada sesiapa pun. Jika tidak, sudah tentu akaun anda dengan mudah akan diakses oleh orang lain.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |