5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu
5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu | Kepelbagaian kaum yang ada di negara kita ni menjadikan negara kita begitu unik di mata dunia. Jadi apabila sebut je pasal makanan, apa yang tak ada di Malaysia ni. Cakap je nak makan makanan jenis apa, Melayu, India, Cina, Jepun, Korea ehh semua ada la. Jadi, tak hairan la bila Malaysia ni digelar negara syurga makanan bagi pelancong asing.
Kata orang, lain tekak lain citarasanya. Disebabkan itu, wujudnya restoran halal yang menghidangkan pelbagai sajian supaya kita sebagai umat Islam dapat menikmati sajian yang dipilih tanpa rasa was was. Oleh itu, kinah nak kongsi dengan korang 5 makanan Cina yang begitu popular dan sinonim dengan orang Melayu. Haaa mana satu pilihan korang ekkk....
5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu 1. Char Koay TeowMujurlah ada gambar char kuey teow ni dalam blog kita ni ha.Siapa kat sini peminat Char Kuey Teow kita geng. Bila sampai mood malas nak masak, kinah mintak Yop carikan Char Kuey Teow, bila dah tau kawasan mana yang sedap dan kena dengan tekak kami, memang gerai tu je yang kami cari. Tak sangka, rupanya selama ni makanan kegemaran kami ni adalah makanan tradisional orang Cina rupanya.
Char Kuey Teow ni biasanya di masak bersama udang, kerang, dan juga telur dan yang menjadikan char kuey teow ni lebih aumm adanya taugeh dan sayuran lain. Pergh memang leleh la makannya. Kalau kinah dapat satu pinggan ni, memang tak pandang lain dah.
2. Mee WantanGodek dalam galeri, ehh mujur jumpa mee wantan ni haMee wantan adalah makanan Cina yang semakin popular dalam kalangan orang Melayu. Kinah mula berjinak mencuba makan mee wantan ni semasa kinah bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat bas di Ipoh. Pada masa tu, memang pilihan makanan sangat terhad. Nak keluar lunch tempat lain memang tak la sebab kekangan waktu. Mujurlah ada satu gerai berdekatan yang menawarkan makanan halal di situ. Sejak dari tu, memang itu je la makanan ruji kinah semasa lunch.
Bagi yang baru nak mencuba, mee wantan merupakan hidangan mee kantonis yang dihidangkan bersama sup panas, sayur hijau seperti sayur sawi dan wantan. Kalau korang nak tahu, wantan ni ada dua versi sama ada digoreng mahupun direbus bersama sup. Ikutlah citarasa korang bagaimana. Hmm tetiba rindu pulak mee wantan maklong tu.
3. Tau Fu Fah
Credit to : siraplimau.comSebut je tau fu fah, semua orang tahu. Biasanya tau fu fah kinah beli di pasar malam. Bila singgah pasar malam je, confirm akan beli sebekas tau fu fah ni. Kemudian simpan dalam peti ais sebab suka dengan teksturnya yang lembut bila di makan semasa sejuk. Tau fu fah ni biasanya di makan bersama dengan air gula putih atau pun air gula merah. Korang lebih suka yang mana?
Tau fu fah ataupun lebih dikenali dengan dòufuhuā atau dòuhuā diperbuat daripada tauhu yang sangat lembut. Dikatakan tau fu fah ni berasal daripada negara Cina semasa zaman purba Dinasti Han. Jadi, orang-orang Cina pada masa tu telah pelbagaikan resipi masakan berasaskan tauhu mengikut citarasa sendiri.
4. Dim sum
Credit to : keluarga.myHmm satu lagi pilihan makanan Cina yang popular dalam kalangan orang Melayu ialah dim sum. Kinah mula belajar makan dim sum ni semasa pergi bercuti ke Thailand pada 3 tahun yang lepas. Kami beli dim sum tu dari peniaga yang beragama Islam di sana. Sejak dari tu, mulalah tekak ni gatal nak makan dim sum je. Mujurlah ada satu restoran cina muslim dekat dengan rumah ni. Jadilah, buat lepas teringin hehe.
Pada yang masih belum mencuba dim sum, dim sum ni comel je saiznya. Ianya diperbuat daripada tepung gandum, dan tepung jagung. Kemudian intinya pulak sama ada ayam, udang, daging dan ada juga sayuran. Ikut la selera dan citarasa korang nak yang macam mana.
5. Nasi Ayam Hainan
Credit to : ceriasihat.comSatu lagi makanan Cina yang popular dalam kalangan orang Melayu ialah nasi ayam hainan. Kinah kalau pergi ke klinik lepas check up Lulu, memang tak sempat nak masak. Biasanya datang pagi, balik dah tengahari, memang tak sempat nak masak. Jadi, sebelum balik tu, kinah bungkus dulu nasi ayam hainan buat santapan kami sekeluarga. Bukannya selalu gantung kuali ni ye dak haha.
Nasi ayam hainan ni merupakan hidangan masyarakat Cina yang berasal dari Hainan, China. Hidangan ni dinamakan nasi ayam hainan kerana ia dipopularkan oleh masyarakat Hainan yang berasal dari kawasan Nanyang. Di Malaysia, hidangan ni biasanya disajikan bersama sos cili yang lebih pedas kerana dipengaruhi rasa Asia Tenggara.
Kalau diikutkan banyak lagi senarai chinese food yang popular dalam kalangan Melayu. Kalau kinah senaraikan nanti panjang berjela pulak entri ni. Nahh sekarang baru nampak betapa uniknya negara kita ni kan. Kita boleh terima segala jenis makanan Cina kerana rasanya yang enak dan apa yang penting lebih sihat. Disebabkan mendapat sambutan dari kaum yang lain, kinah tengok dah banyak restoran halal menyediakan sajian ini bagi memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan.
Kalau dah rasa malas nak ke restoran, korang order je dengan foodpanda, lebih mudah, cepat dan jimat masa. Tapi sebelum membuat pesanan tu, pastikan restoran tersebut adalah halal ye.
Selamat Menjamu Selera!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apekinah.com/2021/04/5-makanan-cina-popular-dikalangan-orang-melayu.html