5 Lokasi Air Terjun Terbaik Di Selangor


Astro Awani Negeri Selangor sememangnya kaya dengan keindahan alam sekitar dan kawasan air terjun yang tenang dan mendamaikan. - Foto Tourism Selangor “AIR SEJUK nan jernih, membersihkan minda dan menenangkan jiwa”. Frasa ini cukup dekat dengan pencinta alam sekitar yang senantiasa mencari lokasi yang menenangkan untuk dilawati. Jangan risau, Negeri Selangor merupakan lubuk kepada seleksi lokasi air terjun yang bukan sahaja menakjubkan, malah mencabar.

Negeri Selangor sememangnya kaya dengan keindahan alam sekitar dan kawasan air terjun yang tenang dan mendamaikan. Namun, pemandangan ini mungkin tercela sekiranya orang ramai tidak melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam memelihara kebersihan alam sekitar. Justeru, kita perlu menjadi pengguna yang berhemah agar generasi akan datang dapat terus merasai dan menikmatan keindahan alam sekitar yang berkekalan.

Sila catat lokasi istimewa ini untuk rekod dan perancangan riadah anda. Namun, ada suatu yang perlu diberi perhatian iaitu pengunjung perlu peka terhadap faktor yang boleh mempengaruhi situasi, misalnya keadaan hujan atau elemen cuaca lain yang boleh menjejaskan aspek perjalanan dan keselamatan di lokasi.

1) Sungai Tekala

Jarak Sungai Tekala dari Kuala Lumpur pula adalah kira-kira 50km. - Tourism Selangor
Salah satu air terjun menakjubkan di Selangor ialah Sungai Tekala yang terletak kira-kira 14km dari Semenyih di daerah Hulu Langat. Jarak Sungai Tekala dari Kuala Lumpur pula adalah kira-kira 50km. Pada tahun 1982, orang ramai akhirnya dapat menikmati keindahan Sungai Tekala setelah Taman Reaksi dibuka secara rasmi.

Ia adalah tempat yang ideal untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan kerana anda hanya memerlukan 10 minit untuk sampai ke air terjun dari pintu masuk utama. Dengan caj masuk serendah RM 2 bagi orang dewasa dan RM 1 bagi kanak-kanak, lokasi air terjun ini dilengkapi dengan deretan gerai makan, surau, aksara dan tandas awam.

Bagi yang ingin bermalam, perkidmatan menyewa chalet juga disediakan, atau anda boleh menyewa tapak untuk mendirikan khemah untuk lebih penjimatan.

2) Air Terjun Kanching



Hutan hujan Kanching yang juga dikenali sebagai Hutan Lipur Kanching terletak di antara Bandar Rawang dan Kuala Lumpur. Pada hujung minggu, hutan ini sangat terkenal sebagai lokasi untuk berkhemah, berkelah, berenang dan meredah hutan kerana lokasinya yang strategik dan dekat dengan pusat bandar.

Laluan atau trek di hutan ini adalah agak mudah bagi yang mula ingin berjinak-jinak untuk meredah hutan dan ia juga dipenuhi oleh pelbagai spesis tumbuhan yang jarang dapat dilihat di tempat lain. Hutan ini diuruskan oleh pihak Tourism Selangor, dan mempunyai tujuh lapisan air terjun yang indah dan menakjubkan. Tambahan lagi, adalah suatu pemandangan biasa jika anda terlihat sekumpulan monyet bergayutan dari pokok ke pokok dalam habitat asli mereka. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM 1 seorang dan RM 2 untuk caj parkir bagi sebuah kereta.

3) Lata Medang


Jika anda ingin ke air terjun Lata Medang, anda perlu bersiap sedia untuk mendaki ke lokasi diingini. - Tourism Selangor
Terdapat satu lagi air terjun mencabar yang terletak di Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu. Air terjun ini berhampiran dengan kampung Orang Asli yang menjadi penduduk tetap di Kampung Pertak. Jika anda ingin ke air terjun Lata Medang, anda perlu bersiap sedia untuk mendaki ke lokasi diingini. Laluan trek adalah agak mudah bagi yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian.

Di sepanjang jalan ke air terjun Lata Medang, anda akan dapat menyaksikan pelbagai jenis tumbuhan dan pepohon, disertai permandangan yang indah. Anda akan dikenakan caj masuk sebanyak RM1 seorang untuk tujuan penambahbaikan dan penyelenggaraan lokasi air terjun tersebut.

4) Sungai Pisang


Anda boleh melewati terowong dengan mengharungi laluan yang mempunyai air atau berjalan di bahagian tebing. - Tourism Selangor
Air terjun ini terletak di pinggir Lebuhraya Karak. Untuk sampai ke air terjun ini, anda perlu memulakan aktiviti meredah hutan dari lokasi yang dinamakan sebagai Jungle Lodge (terletak di sepanjang Jalan Gombak lama ke Genting Highland). Perjalanan ke sana akan mengambil masa selama satu jam. Anda akan menyeberangi sungai beberapa kali, melalui terowong yang terletak di bawah Lebuhraya Karak dan mendaki melalui hutan berusia 100 tahun.

Anda boleh melewati terowong dengan mengharungi laluan yang mempunyai air atau berjalan di bahagian tebing. Apa yang lebih menarik, anda boleh menikmati sensasi ala spa dengan air sungai yang menempatkan ikan-ikan kecil menggigit manja kulit-kulit mati yang terdapat di tapak kaki anda,

5) Sungai Chiling


Air terjun Chiling mempunyai 3 paras air terjun tetapi anda hanya dibenarkan untuk menerokai hingga ke paras yang pertama. - Tourism Selangor
Sungai Chiling adalah salah satu daripada air terjun yang menakjubkan dan luar biasa yang terdapat di Negeri Selangor. Perjalanan ke air terjun ini memakan masa kira-kira satu jam melibatkan aktiviti berjalan dan meredah hutan, Jadi anda perlu bersiap siaga untuk sebuah penggembaraan dengan keberangkalian pakaian menjadi basah seusai sampai ke lokasi.

Air terjun dan sungai ini merupakan salah satu dari tapak Perlindungan Ikan Mahseer yang diuruskan oleh Jabatan Perikanan Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor. Air terjun Chiling mempunyai 3 paras air terjun tetapi anda hanya dibenarkan untuk menerokai hingga ke paras yang pertama manakala 2 paras selebihnya tidak dibuka kepada orang awam.



* Artikel disediakan oleh Tourism Selangor.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/5-lokasi-air-terjun-terbaik-di-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Mahasiswa Fakultas Hukum Unram Ditemukan Tewas Di Air Terjun Rinjani

2 Mahasiswa Fakultas Hukum Unram Ditemukan Tewas Di Air Terjun Rinjani

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 204 hits
2 Mahasiswa Fakultas Hukum Unram Ditemukan Tewas di Air Terjun Rinjani Dua mahasiswa tersebut adalah Reza Andika Firdaus asal Kabupaten Sumbawa dan Widia Lasmita dari Kecamatan Kempo Kabupaten Dompu
Jalan Jalan Ke Air Terjun Nagita Slavina Pakai Topi Seharga Motor

Jalan Jalan Ke Air Terjun Nagita Slavina Pakai Topi Seharga Motor

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 370 hits
Berdasarkan akun Fashion Nagita Slavina harga topi itu sebesar Rp 18 200 000
Jom Tengok Keajaiban Dan Keindahan Panorama Air Terjun Berapi

Jom Tengok Keajaiban Dan Keindahan Panorama Air Terjun Berapi

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 468 hits
These waterfall photos have to be the most perfectly timed photos in the history of perfectly timed photos They show water flowing just as the rays of the sun hit the waterfall at the right time causing the water to look more like a river o...
Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman Air Terjun Legend

Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman Air Terjun Legend

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 535 hits
Kalau anda ingat pergi ke Pulau Tioman hanya untuk mandi manda air laut dan pantai tanggapan anda salah Kalau nak tahu ada juga yang unik di sini Kampung Asah Waterfall Pulau Tioman Air Terjun Legend yang wajib singgah kalau ke Pulau Tioman...
Turun Padang Kaedah Terbaik Selesai Masalah

Turun Padang Kaedah Terbaik Selesai Masalah

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 199 hits
Oleh Muhd Afiq ZohirBESUT 5 November Penyelaras Dewan Undangan Negeri Jerteh turun padang merupakan kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah rakyat Pegawainya Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata aktiviti sebegini amat sesuai dijalankan bagi...
Khazanah Perlu Selesaikan Hutang Pilihan Terbaik Atasi Isu Kewangan Plus

Khazanah Perlu Selesaikan Hutang Pilihan Terbaik Atasi Isu Kewangan Plus

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 275 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kg Janda Contoh Penyelesiaan Terbaik Untuk Perhatian Ph

Kg Janda Contoh Penyelesiaan Terbaik Untuk Perhatian Ph

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 425 hits
INDONESIA Mitra Pasuruan Selain di India Kampung Janda yang dihuni oleh para janda juga terdapat di Pasuruan tepatnya di komplek Perumahan Arbain RT 7 RW 1 Kelurahan Gempeng Kecamatan Bangil Kabupaten Pasuruan Perumahan yang dibangun oleh s...
Sampaikan Pesan Manis Di Ulang Tahun Ashanty Azriel Kehadiran Bunda Adalah Hal Terbaik Di Hidupku

Sampaikan Pesan Manis Di Ulang Tahun Ashanty Azriel Kehadiran Bunda Adalah Hal Terbaik Di Hidupku

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 262 hits
Meski bukan ibu kandungnya tapi sosok Ashanty tetap menjadi hal terbaik yang pernah ada di hidup Azriel sejak 8 tahun lalu
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai