5 Langkah Mudah Untuk Membersihkan Penghawa Dingin Dan Secara Tidak Langsung Dapat Menjimatkan Bill Elektrik Anda
Untuk memiliki sebuah sistem penghawa dingin bukanlah sesuatu yang murah. Harganya boleh mencecah lebih tinggi daripada sebiji telefon bimbit malah mungkin lebih mahal jika dibandingkan dengan barang keperluan atau kelengkapan penting lain dalam rumah kediaman
Seperti kebanyakan peralatan atau mesin, untuk memastikan penghawa dingin anda berfungsi dengan baik dan cekap dalam tempoh yang lama buat seisi keluarga, sudah pasti tugas-tugas penyelenggaraan terutamanya pencucian perlu dilakukan. Tugas penyelenggaraan tersebut tidaklah rumit, ianya boleh dilakukan dengan mudah secara D.I.Y
Ini bermakna anda tidak perlu melantik mana-mana kontraktor untuk melakukan tugas-tugas mencuci penghawa dingin yang boleh melibatkan kos perbelanjaan lebih RM 100 untuk satu unit. Ini juga bermakna, anda tidak perlu berhadapan dengan kerumitan untuk menjadualkan masa untuk kontraktor datang dan menunggu mereka melakukan kerja pencucian.
Pastikan penghawa dingin anda sentiasa dalam keadaan bersih dan diselenggarakan secara rutin dapat mengatasi masalah kerosakkan kronik yang memerlukan kos perbelanjaan lebih tinggi apabila rosak.
Tidak tahu bagaimana mencuci penghawa dingin anda sendiri? Inilah 5 langkah mudah yang perlu dilakukan:
Pastikan sambungan kuasa telah diputuskan sepenuhnyaKeluarkan penapis unit penghawa dingin dan cuci habuk yang melekat pada penapis Sembur 3-IN-ONE® PROFESSIONAL AIR CONDITIONER CLEANER pada sirip penyejuk secara menegak dari arah kiri ke kanan. Pastikan semburan menutupi keseluruhan permukaan sirip Biarkan agen pembersih menembusi sirip. Tunggu selama 10 minit kemudian pasang semula penapis unit Hidupkan penyaman udara selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk memastikan mana-mana kotoran yang melekat keluar melalui hos saliran
ITU SAHAJA! Kaedah cuci yang tidak memerlukan anda melakukan bilasan. Ini disebabkan oleh 3-IN-ONE® PROFESSIONAL AIR CONDITIONER CLEANER merupakan agen mencuci berasaskan air yang boleh menguraikan gris, kotoran, kulat, dan lain-lain dari gegelung penyejuk penghawa dingin anda
Penghawa dingin anda akan menjadi lebih cepat sejuk dan secara tidak langsung ia dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik setelah pencucian dilakukan. Ini juga bermakna penghawa dingin anda dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan hasilnya ia membantu mengurangkan impak terhadap persekitaran.
Apa yang lebih menarik dan terbaik? Anda dapat menikmati udara yang lebih segar dan bersih dari penghawa dingin.
Hanya 20 minit sahaja perlu diperuntukkan bagi setiap tiga ke Sembilan bulan untuk melakukan pencucian. Segalanya bergantung kepada kekerapan dan cara penggunaan yang dicadangkan oleh pembekal penghawa dingin. Selain itu, ia juga mengambil kira faktor kebersihan dan kualiti persekitaran
Jangan tunggu sampai penghawa dingin anda mula menyemburkan udara panas dan tidak berfungsi secara cekap baru anda ingin memulakan langkah D.I.Y yang mudah ini
Untuk lebih banyak idea dan tip bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti penyelenggaraan di kediaman anda dengan produk yang tepat, jangan lupa layari http://wd40.asia. Di samping itu juga, WD-40® turut membariskan produk 3-IN-ONE® untuk tugas-tugas penyelenggaraan lebih berat yang juga sentiasa menjadi pilihan penggiat industri profesional. (Syarikat WD-40 memulakan perniagaan 3-IN-ONE® Oil pada tahun 1995.)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2019/07/5-langkah-mudah-untuk-membersihkan.html