5 Langkah Berkesan Melawan Penyakit Kulit Psoriasis


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku

Aku tak malu untuk mengaku bahawa aku merupakan salah seorang penghidap penyakit ini sejak tahun 2011. Sudah lama sebenarnya dan aku sudah terima kenyataan bahawa penyakit ini belum ditemui penawarnya. Tetapi ada beberapa langkah untuk mengawal daripada penyakit ini makin mengganas. In shaa Allah semoga artikel kali ini bermanfaat untuk semua.✌😎
5 LANGKAH BERKESAN MELAWAN PENYAKIT KULIT PRORIASIS

Penyakit kulit psoriasis adalah sejenis penyakit auto-imun yang menjejaskan kulit anda serta tidak mempunyai penawarnya. Namun, dengan melakukan beberapa perubahan rutin harian, ia pasti boleh membantu pesakit psoriasis untuk mengharunginya dengan lebih baik. 
Di sini ada beberapa tip gaya hidup yang sesuai dengan pesakit psoriasis agar dapat menjalani aktiviti harian dengan lebih selesa. 
Baca Juga : Tanam Rumput Beijing | Rumput Siti Khadijah
👉1. PENGURUSAN STRESS MELALUI AKTIVITI MEDITASI 

Tahukah anda, ada perkaitan antara stres dan juga psoriasis. Stres boleh menyebabkan keradangan dalam tubuh lalu memberi kesan kepada keadaan kulit. Bagi meredakan stres yang dialami, anda boleh melakukan aktiviti meditasi. Ini merupakan antara kaedah yang paling berkesan dan murah untuk melegakan stres

Ada juga kajian yang menyatakan bermeditasi dalam tempoh waktu tertentu setiap hari boleh melegakan diri anda daripada stres dan mengurangkan keresahan. Sebagai contoh, satu kajian yang diterbitkan dalam Frontiers in Immunology menyatakan, aktiviti meditasi seperti yoga dan tai chi juga berkemampuan mengubah DNA seseorang. 
Dalam kajian itu, individu yang sentiasa melakukan senaman melibatkan minda dan juga tubuh, akan menghasilkan jumlah cytokin yang lebih rendah. Cytokin adalah sejenis protein yang menyebabkan keradangan pada tubuh

Apabila tahap cytokin yang dihasilkan rendah, maka risiko untuk mendapat penyakit kulit psoriasis juga adalah rendah. Bukan itu sahaja, risiko mendapat kanser dan kemurungan akan turut berkurangan

👉2. UBAH TABIAT PEMAKANAN HARIAN ANDA

Percaya atau tidak, sebarang perubahan kecil dalam tabiat pemakanan anda akan memberi kesan positif terhadap keadaan penyakit kulit psoriasis yang sedang anda alami. Perubahan tabiat pemakanan bukan sahaja boleh mengatasi masalah penyakit ini, malah membantu menghilangkan simptom-simptom yang berkaitan

Perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, bijirin penuh, dan elakkan makanan diproses seperti sosej. Bagi mengelak keradangan, anda dinasihatkan untuk menghindari pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu, lemak trans dan tinggi kandungan garam

Anda juga boleh mengamalkan diet pemakanan yang memberi fokus kepada penurunan berat badan. Ini kerana ia boleh membantu dalam mengawal penyakit kulit psoriasis. Selain itu, obesiti juga dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kulit psoriasis dan juga psoriatic arthritis

Bagi membantu anda mengurangkan berat badan, anda perlu memakan lebih banyak ikan, daging tanpa lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, dan juga produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak

Lakukan juga rutin senaman untuk memastikan kecergasan tubuh. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan berat badan malah memudahkan kehidupan walaupun anda menghidap psoriasis

Baca Juga : Penggunaan Ubat Sapu Steroid Untuk Penyakit Kulit, Bolehkah?
👉3. KERAP LAKUKAN SENAMAN

Antara cara lain yang terbaik dalam mengurangkan kadar stres adalah melalui senaman aerobik yang dilakukan dengan kerap. Aktiviti menari atau yoga terbukti dapat memberikan kesan positif terhadap kesihatan mental dan tubuh manusia. 
Bagi pesakit psoriasis, aktiviti senaman boleh menjadi satu cabaran memandangkan keadaan kulit yang boleh membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin apabila berkunjung ke gimnasium. Tetapi untuk meningkatkan motivasi diri, anda perlu tahu senaman ini mampu memperbaiki mood, merendahkan tahap stres selain mengawal berat badan anda. 
Selain itu, senaman juga mampu mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kulit psoriasis seperti penyakit Crohn, hati, buah pinggang dan juga jantung

Sekiranya tidak mahu ke gimnasium, lakukan senaman dengan cara lain seperti berjoging di taman, berbasikal atau mengikuti senaman melalui tontonan YouTube di rumah sahaja

👉4. PILIH PRODUK PENJAGAAN KULIT DAN BADAN YANG TEPAT 

Ada sesetengah produk penjagaan kulit yang boleh memburukkan lagi penyakit kulit psoriasis yang sedang anda alami, termasuklah deodoran dan sabun mandian

Antara jenis produk yang perlu dielakkan oleh pesakit psoriasis ialah produk yang mengandungi bahan pewangi, alkohol, pewarna dan bahan-bahan kimia tertentu kerana ia boleh membuatkan kulit menjadi lebih kering. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan rasa terbakar dan kemerahan pada kulit

Pesakit psoriasis disarankan untuk menggunakan produk mandian berasaskan bahan semula jadi seperti garam Epsom atau bahan pelembap, yang boleh membantu mengatasi masalah kulit bersisik dan gatal-gatal

Jika anda menggunakan alat solek, pastikan produk yang digunakan dilabel sebagai “non-comedogenic” atau “non-acnegenic”

“Non-comedogenic” bermaksud produk yang tidak menyebabkan penyumbatan pori-pori apabila digunakan. “Non-acnegenic” pula produk yang dirumus untuk tidak menyebabkan jerawat bagi mereka yang mudah mendapat jerawat. 
Untuk pesakit psoriasis, pilihlah produk yang tidak mengandungi kandungan alkohol dan tanpa pewangi kerana ia tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit anda

Baca Juga :  Aczelief Cream - Krim Tanpa Steroid Baik Untuk Masalah Kulit
👉5. HENTIKAN TABIAT MEROKOK

Pesakit psoriasis alah kepada kandungan nikotin yang terdapat dalam rokok. Nikotin bertindak mengubah sistem imun, meningkatkan risiko serangan pada tisu normal dan bukannya benda asing dalam tubuh

Selain itu, kandungan lain yang terdapat di dalam rokok juga telah dikatakan menjadi penyebab kepada sejenis kerosakan sel yang disebut sebagai kerosakan oksidatif. Kerosakan oksidatif ini boleh memburukkan lagi penyakit kulit psoriasis

Kesan pertama yang berlaku apabila pesakit psoriasis berhenti merokok ialah, ia akan meningkatkan respons tubuh badan individu tersebut terhadap ubat-ubatan psoriasis

Kedua, ia akan mengurangkan risiko pesakit psoriasis untuk mendapat penyakit lain seperti penyakit Crohn

KESIMPULAN
Psoriasis mungkin mengambil tempoh masa yang panjang untuk sembuh, tetapi ia juga boleh sembuh pada bila-bila masa jika penghidap penyakit kulit ini mengikuti tip yang disediakan.  Dengan ini, penghidap psoriasis dapat menjalani hidup dengan lebih selesa. 
Ada mereka yang sudah sembuh tetapi beberapa ketika kemudian, penyakit ini menyerang kembali. Apa yang paling penting adalah amalkan langkah-langkah yang tersenarai. Mungkin penyembuhan akan dapat dicapai secara perlahan-lahan

SEKIAN
Baca Juga : Tanda-Tanda Anda Mempunyai Sakit Psoriasis

Sumber : Penyakit Psoriasis | Google Image

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/05/5-langkah-berkesan-melawan-penyakit-psoriasis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kulit Selalu Kusam Dan Kering Ketahui 7 Kelebihan Pelembap Muka Bagi Melawan Masalah Ini

Hiburan Kulit Selalu Kusam Dan Kering Ketahui 7 Kelebihan Pelembap Muka Bagi Melawan Masalah Ini

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 341 hits
Sedihnya apabila setiap kali melihat wajah sendiri di cermin Dah guna pelbagai produk tak kiralah murah atau pun mahal semuanya tak berkesan langsung Seluruh wajah masih kelihatan kusam dan kelembapan nampak tak sekata sehingga menyebabkan ...
Tutup Pasar Basah Jual Haiwan Liar Penyebar Penyakit Zoonatik

Tutup Pasar Basah Jual Haiwan Liar Penyebar Penyakit Zoonatik

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 262 hits
PASAR basah jual haiwan liar digesa tutup ada kaitan dengan penyebaran penyakit zoonotikAmerika gesa China tutup pasar jual haiwan liarWASHINGTON Amerika Syarikat mahu China menutup pasar basah yang menjual haiwan liar di negara itu kerana ...
Penyakit Glaukoma Boleh Menyebabkan Mata Buta

Penyakit Glaukoma Boleh Menyebabkan Mata Buta

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 641 hits
Assalamualaikum wbt Penyakit Glaukoma Boleh Menyebabkan Mata Buta Penyakit Glaucoma adalah berkaitan dengan kerosakan pada saraf optik Tahukah anda bahawa Penyakit Glaucoma ini boleh menyebabkan mata menjadi buta Teruskan pembacaan anda yan...
Kaitan Antara Penyakit Gout Gula

Kaitan Antara Penyakit Gout Gula

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1269 hits
GULA FRUKTOSA DAN GOUT APA KAITANNYA Kebanyakan kita telah faham dan tahu kaitan diantara GULA dengan masalah diabetes dan kegemukan Tetapi masih ramai lagi yang keliru diantara kaitan gula dengan GOUT Secara khususnya kaitan diantara gula ...
Hukum Menjauhkan Diri Daripada Pesakit Yang Menghidap Penyakit Berjangkit Mufti Wpkl

Hukum Menjauhkan Diri Daripada Pesakit Yang Menghidap Penyakit Berjangkit Mufti Wpkl

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 231 hits
Kita semua tahu bahawa wabak COVID 19 ini mendatangkan bahaya sehingga boleh menjangkiti orang orang di sekeliling kita Disebabkan itulah kerajaan Malaysia mengambil langkah berjaga jaga dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi ...
Resipi Kulit Popia Salut Coklat Viral Kuih Raya Paling Mudah Nak Buat Confirm Jadi

Resipi Kulit Popia Salut Coklat Viral Kuih Raya Paling Mudah Nak Buat Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 549 hits
Kadang kadang nak buat biskut raya agak renyah prosesnya Untuk ibu yang tak biasa membakar kemungkinan untuk percubaan membuatnya boleh gagal atau tidak jadi seperti yang diingini Oleh itu para ibu kenalah lebih kreatif untuk menghasilkan k...
Kulit Muka Terbakar Gunakan 5 Bahan Ini Untuk Memulihkannya

Kulit Muka Terbakar Gunakan 5 Bahan Ini Untuk Memulihkannya

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 399 hits
Setiap keluarga pasti pernah meluangkan masa pergi ke pantai untuk bermandi manda ketika waktu cuti sekolah atau cuti panjang Namun selepas selesai mandi pasti korang akan mengalami sunburn akibat terlalu lama terdedah kepada cahaya matahar...
Merawat Masalah Kulit Secara Dalaman Dengan Mylara Platinum Series Collara

Merawat Masalah Kulit Secara Dalaman Dengan Mylara Platinum Series Collara

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 608 hits
Merawat Masalah Kulit Secara Dalaman Dengan Mylara Platinum Series Collara Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua Hari ni kinah nak kongsi dengan korang dengan satu produk kecantikan khusus bagi mereka yang mempunyai masalah kuli...
Habis Semua Barangan Kulit Berkulat

Habis Semua Barangan Kulit Berkulat

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 347 hits
Ramai peniaga yang terkesan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanankan pada 18 Mac 2020 yang lalu Antara peniaga yang mendapat kesan ialah nbsp Nex Nezeum nbsp seorang penaiga dari Sabah Tengok harga beg ini RM679 nbsp Baru bar...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba