5 Kelebihan Dan Khasiat Sawi Yang Orang Ramai Perlu Tahu


Sayur sawi. Menyebutnya saja dah membuatkan Tok terbayang mee goreng dengan sawi yang berlambak-lambak. Sedap sungguh sampai terliur Tok membayangkannya. Sawi memang sayur yang popular kat Malaysia ni

Umumnya, semua orang tahu sawi ni ada banyak adik-beradik. Tapi jenis sawi yang paling sedap dan menjadi pilihan Tok adalah sawi bunga atau ada juga panggil sawi hongkong. Batangnya rapuh dari hujung sampai lah ke pangkalnya. Teksturnya seakan-akan kailan, tapi tak mempunyai rasa pahit macam kailan

Mengenali Taksonomi Tumbuhan : SawiKingdom : PlantaeSub Kingdom : TracheobinontaSuper Divisio : SpermatophytaKelas : MagnoliophytaSub Kelas : DileniidaeFamilia : BrassicaceaeGenus : BrassicaSpesies : Brassica juncea L

Jenis sawi yang ada di pasaran Malaysia :1. Sawi Hijau (Brassica parachinensis) atau disebut choy sum2. Sawi Putih (Brassica chinensis var) atau disebut pak choy3. Sawi Mini (Brassica rapa chinensis) atau disebut bok choy4. Sawi Bunga (Brassica rapa Cruciferae)

Kandungan Zat Dalam Sawi Yang Ramai Orang Tak TahuKalau kamu orang sebelum ini tahu makan sawi saja, apakata kali ni kita pakat sama ambil kisah akan khasiat dan kebaikan sawi pada tubuh badan manusia pula. Apakah manfaat sayur sawi ini sebenarnya? Sawi ini kaya dengan vitamin apa? Bagus juga jika dapat tahu khasiat dan kelebihan sayur sawi yang sering kita makan hampir setiap hari ini

1. Sawi sebagai sumber vitamin K yang penting untuk:- membantu pembekuan darah- penyakit serius seperti penyakit jantung & stroke- menjaga tulang dari proses osteoporosis-  menangani kanser- mencegah penyakit alzheimer - mengawal kadar gula dalam darah
2. Sawi mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi dan vitamin A ini bagus untuk menjaga kornea mata agar sentiasa sihat

3. Sawi turut mempunyai kandungan vitamin C dalam pembentukan kolagen interselular. Vitamin ini sangat penting dalam penyembuhan luka serta turut dapat meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan infeksi dan stress

4. Sawi juga mengandungi asid folik yang dapat mengatasi anemia (kurang darah merah) terutamanya di kalangan wanita hamil. 
5. Sawi kaya dengan serat dan mineral. Serat dan mineral ini dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dan paras gula dalam darah. Ia juga dapat mencegah diabetes dan kanser kolon (barah usus)

Jadi antara khasiat yang tersembunyi di dalam sayur sawi ini adalah seperti Vitamin A, B, C, E, K, karbohidrat, protein, kalsium, kalium, zat besi dan magnesium. Sayur sawi ini juga boleh bantu lancarkan perjalanan darah dan mengurangkan tekanan di dalam injap jantung manusia

Sawi Baik Untuk Ibu Berpantang dan Pesakit Kencing ManisSayur sawi sendiri terbukti baik digunakan untuk mengatasi pelbagai gangguan penyakit termasuk mengurangkan risiko kanser dan menyembuhkan luka dengan cepat. Disebabkan sayur sawi boleh bantu sembuhkan luka dengan cepat maka ia sering diamalkan sebagai salah satu menu untuk ibu berpantang lepas bersalin

Para pesakit diabetes juga elok mengamalkan sayur sawi dalam diet makanan seharian kerana sayur sawi ini turut mengandungi antioksidan yang dikenal dengan alpha licoic acid yang bermanfaat untuk menjaga kadar gula darah. Malangnya, masih ramai yang tidak gemar untuk makan sayur sawi disebabkan rasanya yang agak sedikit pahit

Sayur yang paling sering dijumpai di pasar dengan harga yang agak murah adalah sawi hijau dan juga sayur sawi putih. Manfaat sayur sawi putih juga hampir sama dengan jenis sawi yang lain. Sayur sawi ini bukan saja murah tapi mudah untuk dimasak dengan pelbagai jenis menu. Walaubagaimanapun, setakat yang Tok tahu, sawi putih bersifat sejuk. Jadi tak sesuai untuk ibu dalam pantang. 

Cara Mudah Tanam Sawi Belakang RumahSayur sawi memang boleh dimasak dalam pelbagai cara. Jadi, kalau kita mempunyai pokok sawi sendiri di rumah, nescaya tak rugi pun tanah yang kita ada tu. Sayur sawi kalau di celur dengan bawang besar dan sedikit gula, kemudian cicah sambal belacan atau sambal picit, huh memang terangkat

Soalan lazim tentang cara tanam pokok sawi
S: Berapa lama tempoh untuk benih sawi tadi bercambah? J: Antara tiga ke empat hari
S: Bila masa sesuai untuk pindah anak benih ke bekas yang lebih besar? J: Apabila tunas sawi mengeluarkan 4 ke 6 helai daun
S. Apa medium tanah yang sesuai digunakan pertumbuhan sawi yang sihat
J: Tanah campuran

Pelbagai Resepi Sayur Sawi Yang Mudah dan SedapResepi Sayur Sawi Tumis Simple & Resepi Sayur Sawi Tumis Telur


Bahan-Bahan :segenggam sawi (cuci bersih dan potong ikut saiz yang disukai)2 ulas bawang merah (hiris nipis)2 ulas bawang putih (di ketuk)sedikit ikan bilis belah (cuci bersih & toskan)1 biji telurGaram dan air secukupnyaMinyak masak untuk menumis
Cara Memasak :1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali/periuk
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik bau
3. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih
4. Masukkan sayur sawi, biarkan seketika kemudian pecahkan telur ke dalamnya
5. Bila telur dah masak, masukkan garam secukup rasa dan matikan api


Resepi Sayur Sawi HainanSayur sawi goreng ala-ala kantonis yang diadun dengan sos tiram memang sedap dan membangkit selera. Nak lagi sedap, tambahkan tauhu telur atau tauhu jepun ke dalamnya

Bahan-bahan:Sayur sawi jenis Pak ChoySedikit minyak untuk menumis3 ulas bawang putih1/4 cawan air5 sudu makan sos tiramsedikit gula pasirsedikit air bancuhan tepung jagung (tak letak tak apa)
Cara-caranya:1. Didihkan air di dalam periuk dan celur semua Bok Choy, susun atas pinggan2. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak masak. Masukkan sos tiram dan air
3. Masukkan gula pasir secukup rasa, jika rasa kurang masin boleh tambah garam4. Masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung jika sukakan kuah yang pekat
5. Tuang ke atas sayur dan siap untuk di makan
Selain dua menu di atas, sawi juga sedap untuk dibuat Sayur Sawi Goreng dan juga Sup Sayur Sawi yang dipelbagaikan dengan meletakkan makanan laut, telur, fishball dan sebagainya. Terpulanglah pada citarasa masing-masing

Rumusan akhir yang dapat Tok buat adalah, makanlah sayur berdaun hijau setiap hari untuk kesehatan usus dan mikro flora di dalam usus tu. Nak lagi molek, makanlah sayur-sayuran yang ditanam sendiri. itu lebih afdhol kata Pak Imam surau kuning hujung selekoh jalan masuk kampung Tok ni. Wassalam. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.tokwan.com.my/2021/02/khasiat-sawi-dan-cara-semai-pokok-sawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Dan Khasiat Bird S Nest

Kelebihan Dan Khasiat Bird S Nest

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 355 hits
Khasiat Sarang Burung Untuk Kesihatan Kulit Bird s nest atau sarang burung sememangnya diketahui mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan dalaman kita Diantara manfaat sarang burung kepada kecantikan dan kesihatan seseorang ialah saran...
Pokok Sacha Inchi Spesies Ciri Ciri Dan Khasiat

Pokok Sacha Inchi Spesies Ciri Ciri Dan Khasiat

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 458 hits
Apakah khasiat dan spesies pokok sacha inchi Artikel ini akan membincangkan tentang spesies ciri ciri cara penanaman kegunaan dan khasiat pokok sacha inchi Pengenalan Sejak kebelakangan ini pokok sacha inchi mula menarik minat rakyat Malays...
Khasiat Daun Sup Yang Selama Ini Orang Tak Ambil Kisah

Khasiat Daun Sup Yang Selama Ini Orang Tak Ambil Kisah

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 335 hits
Tok ada la kisah pasal daun sop ni Alkisah bini pesan suruh beli daun sup untuk diletakkan dalam masakan sup daging Tapi Tok tersilap beli satu lagi daun yang seakan akan daun sup iaitu daun ketumbar Bukan daun ketum ye Balik balik bini kat...
Khasiat Buah Mangga Dalam Masakan

Khasiat Buah Mangga Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 549 hits
Khasiat Buah Mangga Dalam Makanan Buah mangga walau apa namanya samada mangga lemak manis mangga harum manis mangga susu pelam kundang dan banyak lagi tetap sedap dimakan macam gitu aje atau diletakkan dalam makanan sebagai penyedap rasa Bu...
Nak Tahu Khasiat Telur Separuh Masak

Nak Tahu Khasiat Telur Separuh Masak

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 583 hits
Khasiat Telur Separuh Masak Nak tahu khasiat telur separuh masak Telur amat bagus dimakan terutamanya sebagai sarapan pagi Yang terbaik adalah telur rebus dan telur separuh masak Kedua duanya bila direbus memang banyak khasiatnya Anda tak t...
Khasiat Daging Burung Merpati

Khasiat Daging Burung Merpati

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 273 hits
Di Malaysia amalan makan daging burung merpati tidak terkenal berbanding burung puyuh Berbeza di negara seperti Perancis Amerika Itali Maghribi Mesir dan beberapa negara di Asia makan daging burung merpati dianggap satu amalan biasa Makan d...
Kebaikan Khasiat Siput Gondang Emas

Kebaikan Khasiat Siput Gondang Emas

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 2075 hits
Siput gondang emas adalah haiwan perosak utama bagi tanaman padi Memang sukar untuk menghapuskan siput gondang emas disebabkan kadar pembiakannya amat tinggi Siput ini boleh bertelur sehingga 8 000 biji telur setahun Lebih daripada 90 telur...
Inilah Khasiat Spesial Paku Asmak Pagar Gaib

Inilah Khasiat Spesial Paku Asmak Pagar Gaib

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 448 hits
Salam dari Saya Ki Sabrang Alam Pakar Mistik Nusantara apa kabar Semoga Anda selalu dalam keadaan baik sehat selalu dan apa yang menjadi hajad atau keinginan Anda segera di kabulkan dan di dekatkan oleh Tuhan YME Amin Apa itu Paku Asmak Pag...
9 Khasiat Ginseng Jawa

9 Khasiat Ginseng Jawa

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 466 hits
Pokok pokok Ginseng Jawa yang saya tanam di sekitar rumah saya1 Mengenal Ginseng Jawa Ginseng jawa pun dikenal dengan nama lain yakni Flameflower Jewels of Opar tu ren shen dan som jawa Sumber worldofsucculents comKolesom jawa som jawa atau...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan