5 Kek Guna Pengukus Gerenti Lembab Dan Padat


Teringin nak masak kek eh tiba-tiba baru perasan oven rosak pulak . Maklumlah guna oven pun jarang-jarang, mahu tak ‘mogok’ oven tu. Jangan panik, pengukus kan ada.
Masak kek dengan pengukus memang ternyata perbezaannya. Selain dari tahan lama, kek kukus juga naiknya lebih padat dan lembab. Samada kek buah , pandan, coklat, brownies apa sahaja jenis kek ia boleh dimasak menggunakan teknik kukus.
Jom cuba ‘kehebatan’ kek kukus dari Norbaini Rahwi, penulis buku “Kek Mentega Dulu & Kini’ terbitan alaf 21 dengan koleksi resepi kek kukusnya.
1.KEK KUKUS PANDAN GULA MELAKA

Bahan-bahan :
Bahan A :
4 biji kuning telur2 biji putih telur100 gm gula kastor½ sudu kecil garamBahan B :
125 gm tepung gandum | diayak25 gm tepung jagung | diayak½ sudu teh serbuk penaikBahan C:
25 ml susu segar25ml perahan air daun pandanBahan D :
35 ml minyak jagung/masakBahan untuk topping :
400gm whipping cream/fresh cream20 gm gula aising10 gm kelapa kering yang telah di gaul dengan pes pandanSedikit gula Melaka | telah dicairkan.CARA MEMASAK :
Kek :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 15 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan Bahan C. Gaul hingga sebati
4 .Akhir sekali masukkan bahan D, di kacau hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 bahagian.
Buat topping :
1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
2. Sapukan krim di setiap potongan dan ditaburkan kelapa kering dan disirakan gula Melaka. Lakukan sehingga bahagian atas.
3. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara dua bahagian dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 15 sm @ 6 inci
Waktu memasak: 15- 20 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan :Rasa pandan yang mewah dengan krim, kelapa kering dan gula Melaka
Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF :Untuk kek yang gebu dan ringan bagi kek kukus, cara pembuatan yang digunakan adalah secara kek span. Jika dibuat secara method kek mentega (butter cake) kek akan padat dan kurang enak rasanya.2.KEK KUKUS MARBLE ZEBRA
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
8 biji kuning telur2 biji putih telur115 gm gula kastor½ sudu makan ovaletBahan B:
130 gm tepung gandum }diayak sekali dengan serbuk penaik½ sudu teh serbuk penaik100gm minyak jagung/masak25 ml susu segar1 sudu teh esen vanila1 sudu teh coklat emulco½ sudu teh kopi emulcoCARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersize 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan susu segar. Gaul hingga sebati
4. Masukkan minyak jagung,kacau hingga rata dan akhir sekali masukkan esen vanilla
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan bahagian lagi digaul bersama coklat dan kopi emulco.
7. Sendukkan berselang seli dengan satu senduk/1/2 cawan ke dalam loyang.
8. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak.
9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 20 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Rasanya tidak ubah seperti kek mentega marble, menariknya kek ini hanya dikukus dan tidak dibakar.
Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Jangan menyapu minyak atau mentega/marjerin di bawah dan di sekeliling loyang, ia akan menyebabkan kek mengecut.3.KEK KUKUS COKLAT BADAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan A
5 biji kuning telur1 biji putih telur75 gm gula kastorBahan B:
65 gm tepung gandum | diayak25gm serbuk badam | diayak15gm serbuk koko | diayak¼ sudu teh serbuk penaik | diayak65 gm coklat gelap compound/ coklat masakan | dicairkan50 ml susu segar25 ml minyak jagung/masakBahan topping :
400 gm whipping cream/fresh cream20 gm gula aising50 gm NutellaCARA MEMASAK :
Kek :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan coklat dan susu segar Gaul hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan minyak jagung, di kacau hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 keping.
Topping :
1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
2. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga bahagian atas.
3. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara kepingan kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 20-25 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek coklat kukus dengan badam dan topping fresh cream dan Nutella, pasti menambat hati si kecil.
Anggaran kos: RM 20
INFO CHEF :Kek kukus yang di buat dengan menggunakan minyak ke dalam ramuan akan menghasilkan tekstur yang lebih lembut.4.KEK KUKUS BUAH
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
310 gm gula kastor60 gm air panas250 gm mentega500 gm buah-buahan campur1 sudu teh krim tartar2 sudu teh baking sodaBahan B:
350 gm tepung gandum | diayak3 biji telur1 sudu teh esen vanilla1 sudu teh oren emulcoCARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 20 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2 .Masak gula halus sehingga perang dan larut, kemudian masukkan air panas secara perlahan-lahan. Gaul rata.
3. Masukkan mentega dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan buah-buahan campur dan renehkan sebentar sahaja bersama dengan krim tartar dan baking soda. Sejukkan.
5. Setelah sejuk masukkan Bahan B dan gaul rata.
6.Kemudian masukkan telur dan pukul sedikit telur sebelum di campurkan ke dalam adunan.
7. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan coklat emulco, di kacau hingga rata.
8. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 4 jam.
9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 4 jam
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek kukus ini tidak terlalu manis dan boleh di sejuk bekukan.
Anggaran kos: RM20
INFO CHEF : Seperti juga kek kukus yang lain, tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil agar air tidak menitis ke dalam adunan kek buah.5.BROWNIES KUKUS KEJU
BAHAN-BAHAN:
Bahan A :
115 gm putih telur110 gm gula kastor1 sudu teh ovaletBahan B :
80gm tepung gandum | diayak20gm serbuk koko | diayak½ sudu teh serbuk penaik50 gm coklat gelap compound/coklat masakan | di cairkan70 ml minyak jagung/masak½ sudu teh esen vanilla4 keping keju cheddar50 gm cip coklatSedikit parutan keju | untuk hiasanCARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati
4. Kemudian masukkan coklat gelap dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan bahan minyak jagung,keju cheddar dan coklat cip, kacau hingga rata.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
7. Panaskan periuk kukus dan kukuskan1 bahagian brownies selama 10 minit. Setelah masak keluarkan kek serta susunkan keju cheddar di atas permukaan brownies dan di taburkan cip coklat. Kemudian tuangkan baki 1 bahagian lagi di atas lapisan cheese, dikukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak.
8. Setelah masak sejukkan brownies dan hiaskan dengan parutan keju. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm
Waktu memasak: 30 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Brownies kukus rasanya lebih lembut dan enak dilapisi keju cheddar.
Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Segera keluarkan brownies dari loyang setelah 10 minit dikeluarkan dari pengukus supaya brownies tidak basah.Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/02/5-kek-guna-pengukus-gerenti-lembab-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Rumah Guna Loan Kerajaan

Beli Rumah Guna Loan Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 353 hits
Beli rumah guna loan kerajaan Alhamdulillah impian membeli rumah pertamaku dimakbulkan dan telah diluluskan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam akhir bulan lalu Ibarat bulan jatuh ke riba memiliki rumah sendiri setelah saban tahun meny...
Hiburan Sajat Buka Akaun Instagram Baru Kali Ini Guna Nama Nur Sajadiah

Hiburan Sajat Buka Akaun Instagram Baru Kali Ini Guna Nama Nur Sajadiah

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 525 hits
Baru baru ini akaun Instagram Nur Sajat iaitu nursajat23 tidak dapat ditemui lagi dan dikatakan telah dipadam oleh pihak Instgram selepas mendapat banyak laporan daripada netizen yang mendakwa Sajat melanggar syarat dan panduan pengguna Tid...
Video Bahaya Guna Telefon Masa Tengah Charge

Video Bahaya Guna Telefon Masa Tengah Charge

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 364 hits
Jangan asyik sangat dengan handphone sampai tak sedar bahaya yang menanti Dah diberitahu masa tengah isi minyak jangan main habdphobe jangan caj malam malam pastu korang kelaut tido maut nak ooii Lagi satu yang tak berape cerdik korang teng...
Pes Belacan Serba Guna Mudahkan Kerja Memasak Di Dapur Jimat Masa

Pes Belacan Serba Guna Mudahkan Kerja Memasak Di Dapur Jimat Masa

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 341 hits
Apabila berada di dapur antara benda paling renyah nak buat adalah menyiapkan bahan bahan atau orang panggil sebagai ramuan Apa kata kita buat siap siap bahan perencah untuk dijadian ramuan dalam makanan yang bersesuaian Pes begini sebenarn...
Informasi M Siaku Lacur Guna Wechat Serbu

Informasi M Siaku Lacur Guna Wechat Serbu

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 318 hits
Lebih mengejutkan apabila 10 buah bilik hotel bajet itu sengaja disewa khas oleh sindiket terbabit bagi meletakkan wanita warga asing untuk melayan pelanggan SERI KEMBANGAN Aplikasi Wechat kini digunakan sindiket pelacuran untuk meraih pela...
Informasi Ahmad Zahid Tawar Pas Guna Bangunan Umno Bukti Kerjasama

Informasi Ahmad Zahid Tawar Pas Guna Bangunan Umno Bukti Kerjasama

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 252 hits
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan Datuk Misbahul Munir Masduki dalam program Wacana Kepimpinan Kerjasama UMNO dan Pas Bagan Datuk Sejauh Mana di Bagan Datuk semalam UTUSAN ONLINE AIN SAFRE BIDINBAGAN DATUK...
Guna Cuka Dan Baking Soda Untuk Cantikkan Kereta Rileks Media

Guna Cuka Dan Baking Soda Untuk Cantikkan Kereta Rileks Media

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 285 hits
Perjalanan jauh memang sangat meletihkan ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas yang berjam jam terpaksa dihadapi pasti akan membuatkan anda merasa rimas dan tidak selesa Jika berada dalam keadaan begini pastinya anda inginkan kereta be...
Haram Kedai Makan Guna Milo Murah Tanpa Pengetahuan Pelanggan Kata Mufti

Haram Kedai Makan Guna Milo Murah Tanpa Pengetahuan Pelanggan Kata Mufti

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 646 hits
PERBUATAN pengusaha kedai makan menukar serbuk milo kepada serbuk coklat yang lebih murah untuk dijadikan minuman adalah haram kata Mufti Wilayah Persekutuan Dalam satu kiriman menerusi Facebook Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri menegask...
Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Akibat Guna Alat Pengecas Tiruan

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Akibat Guna Alat Pengecas Tiruan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 519 hits
Lelaki maut terkena renjatan elektrik akibat guna alat pengecas tiruanSeorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang mendengar lagu melalui fon telinga yang disambung pada telefon bimbit yang sedang dicas Dalam kejadian ...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Pengalaman Kerja Sambil Belajar

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Terkejut Dr M Rakib Sampai Di Pelabuhan Udara Bandung

Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

Medical Follow Up With Dato Dr Marina Di Kpj Seremban

Sarapan Di Kacang Pool Haji Larkin